Saturday 13 June 2015

Perihal Pipa Bulldog & Hala Tujunya.

Hmm...bila kita berbicara tentang pipa bulldog ini, masa terasa seakan singkat.

Sudah menjadi tabiat manusia yg sukakan kepada keindahan, kita sebagai pipester tidak sama sekali terkecuali dari ini. Dalam dilema dunia perpipaan yang semakin menarik dan penuh warna ini, mengambil preferensi adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. 

Mengenai topik kita, pipa berbentuk bulldog, shape ini agak distinctive dan kemas berbanding kebanyakan pipe shapes yang lain (subjektif pada individu). Bagi saya, ini adalah pipa kategori shape tradisi yang paling elegan dan bergaya. Bentuknya melampiaskan style dan persona. Unjuran bowl ke crown nya mencerminkan imej gentleman yang sangat yakin dan penuh hemah. 

Pipa bulldog senang dikenalpasti dengan melihat beberapa struktur utamanya: bahagian atas bowl berbentuk seperti crown (dan juga dipanggil crown / cap), dan bahagian ini dipisahkan dari bahagian bawah bowl oleh alur / lurah kecil yang dipanggil "fuller" (bahagian ini adalah diameter terbesar pada bowl sesuatu bulldog), kemudian dari fuller tadi bowlnya akan menirus secara drastik menuju kearah hujung bowl, dimana titik terakhir akan mengambil 90 darjah dari menegak ke mendatar dan bersambung terus kepada shank. Shank pipa bulldog pula adalah semestinya berbentuk "diamond" atau segi empat berbucu keatas dan inilah yang membezakan ia dengan sepupunya iaitu Rhodesian (yang memiliki shank bulat). Stem bulldog pula boleh hadir dalam pelbagai bentuk; samada taper / tirus, saddle bit atau army type dgn stick bit.

Sedikit pemerhatian tentang shank "diamond": Penggunaan istilah "diamond" seharusnya lebih tepat dari "square" atau "segi empat", kerana square shanks merujuk kepada shanks yang bersegi empat dengan permukaan rata menghadap ke atas dan bucu di tepi, yang terkadang digunakan oleh Danish pipemakers dalam menghasilkan pelbagai bentuk "freehand" pipes mereka.

Pembuatan sesuatu pipa bulldog ini pula memerlukan kemahiran pipemakers yang agak tinggi. Kalau kita lihat baik-baik, pipa bulldog biasanya memiliki bentuk slanting yang acute pada bahagian bawah bowl. Itulah bahagian pipa yang paling kritikal dan lemah, dimana kebanyakan pipemakers tidak mahu mengambil risiko tertebuk bahagian yang nipis ini. Kalau tak tertebuk pun, jika terlalu nipis ianya akan cepat panas dan senang rosak / berlubang jika tidak berhati-hati ketika berpipa. Oleh itu, pipemakers cenderung untuk tidak mengambil risiko membuat pipa yang cepat rosak, dimana jika ini terjadi nanti pastinya akan merosakkan prestij mereka di kemudian hari pula.

Seperti yang diterangkan di atas, bahagian atas bowl sesejenis pipa bulldog selalunya akan ada cap / crown. Di sinilah pipemakers akan cuba memanipulasikan briar dengan sebaik mungkin, kerana jika bowlnya straight grain, bahagian cap / crown ini akan menampakkan birdseye yang banyak dan memukau! Yang lebih menarik lagi, birdseye selalunya hanya nampak pada bahagian atas atau bawah pipa (utk straight-grain / flame-grain pipes), dan tepi (utk cross-grain pipes) untuk pipa-pipa jenis lain, akan tetapi hanya pipa bulldog yang mampu menampakkan combination straight / flame grain dengan birdseye ini pada satu-satu sisi.

Bagi bowl sesuatu pipa bulldog pula, gaya tersendiri pipemakers mempengaruhi keseluruhan bentuknya. Ada yang menegak, ada yang sedikit terkedepan (forward-canted) dan ada yang menyenget kebelakang (backward-canted). Ada yang ratio crown ke bowlnya tinggi, dan ada yang rendah. Ada juga bulldog dengan bowl yang tinggi, dan ada juga yang rendah (selalunya digelar "squat bulldog"). Ini semua bergantung pada citarasa masing-masing. Akan tetapi sebenarnya yang agak ketara disini ialah shape bulldog ini banyak bergantung pada air tangan pipemakers. Malah jika kita hanya lihat pada satu jenama pipa saja pun boleh ada pelbagai bulldog yang mungkin nampak macam sama, tapi kelainan dari bowl canted dan proportion itu agak ketara, kerana berlainan tukangnya. Yelah, mana tidaknya, jenama seperti Dunhill dan Castello masing-masing memiliki 6 hingga 12 orang pipemakers yang rata-ratanya dah lebih 30 tahun bekerja di sana. Jadi setiap pipemakers pastinya memiliki style masing-masing, dan saya dapati memang zahirnya kelainan styles dari setiap individual pipemakers ini melahirkan bulldog-bulldog yang mungkin anda suka, atau yang anda tidak suka tetapi digilai kawan anda, dan seterusnya...

Walaupun shape ini sudah tercipta agak lama, pipa bulldog ini masih relevan sekarang, masih diminati ramai terutamanya di kalangan gentlemen, sebagai simbol kemachoan. Ia juga selalu dijadikan perdebatan dan dambaan hati pemipa yang tenggelam punca di dalam pemilihan style pipa yang semakin bertambah dek kehadiran pipa-pipa freehand yang batasnya adalah hanya terhad kepada imaginasi pipemakers sahaja...

No comments:

Post a Comment