Monday 8 June 2015

PETERSON IRISH FLAKE

Salah satu faktor kenapa baccy-baccy keluaran Peterson digemari ramai adalah kerana ianya mudah untuk diperolehi. Boleh dikatakan dengan keadaan sedia adanya, ditambah dengan harganya yang berpatutan, Peterson seringkali menjadi pilihan pemipa-pemipa baru.

Walaupun begitu, Irish Flake bukanlah dicipta untuk pemipa newbies. Blend ini mengenengahkan rasa yang agak keras dan full bodied, suatu yang jarang digemari oleh pemipa baru yang biasanya lebih cenderung ke arah aromatik. Palate seseorang pemipa haruslah lebih maju / developed untuknya menghargai dan menikmati Irish Flake ini.

Dari segi komposisi blend, Irish Flake menggunakan air-cured burley dan flue-cured virginia sebagai tembakau primer, dimana adunan ini disertai oleh sedikit dark fired kentucky sebagai pelengkap. Oleh itu, kita boleh kategorikan ia sebagai blend Va/Bur secara kasarnya. Bila tin dibuka, saya dapati flake yang ada di dalam adalah agak lembap, dimana bentuk flake itu mampu menyimpan kelembapan pada tembakau untuk jangkamasa yang agak panjang. Juga, hasil pemerapan tembakau-tembakau ini menjadikan flakenya agak gelap, diselang-seli dengan untaian kecoklatan disana sini. Juga, penapaian tembakau masih berlaku kerana ada sedikit hablur-hablur gula ringkas yang melekat pada flake di serata tempat.

Note dari tinnya memiliki bauan cigar yang lemah dan sedikit masam prune, tanda dominasi adunan burley yang mungkin lebih menonjol dari virginia dan kentucky nya. Secara tak langsung, mungkin inilah apa yang dikatakan "bau tembakau", keras dan maskulin. Flake gelap di dalam tin memiliki kelembapan yang cukup, tidak terlalu basah dan tidak pula terlalu kering, jadi anda boleh terus pack dan light tanpa persediaan / prepping. 

Sebaik sahaja api mancis anda menyambar flake gelap di dalam bowl pipa anda ini, asap pertama yang menyelubungi palate anda akan memiliki rasa nuttiness burley yang kuat, dengan sedikit hint / pembayang cigar dan sedikit citrus. Beberapa puff kemudian, rasa spicy yang agak lembut datang seolah-olah memujuk anda untuk menerima flavor yang datang seiringan - sesuatu yang agak keras seakan mahu menerjah belakang tekak anda - penanda pembakaran daun dark fired kentucky yang mula menonjolkan dirinya. Tidak lama kemudian, flavor utama menjadi semakin stabil dan dominan: rasa tembakau dengan imej maskulin yang mengemudi perpipaan, berteraskan nuttiness yang datang dari burley. Flavor ini juga ditemani hint-hint flavor kecil seperti sedikit rasa daun teh, kayu manis, dan allspice yang saling bersulam. 

Perkahwinan rasa burley + virginia + kentucky inilah yang cuba ditonjolkan oleh Irish Flake kepada palate anda. Namun gabungannya menghasilkan flavor tembakau old world yang full-bodied, woody, sangat maskulin dan mungkin juga keras bagi sesetengah pemipa. Jika anda rasa begitu, saya mencadangkan anda untuk mencapai segelas teh atau kopi yang mungkin dapat membantu anda di sepanjang sesi perpipaan. Irish Flake juga adalah antara blend yang mampu menerima re-light tanpa mengubah struktur rasanya. Kepahitan yang selalu dikaitkan dengan re-light juga tidak terdapat pada blend ini. Sama ada anda di awal, pertengahan atau hujung bowl, konsistensi flavor dapat anda nikmati.

Satu perkara yang saya rasa agak kurang adalah kontribusi partikel dark firednya. Walaupun rasa kentucky itu hadir di dalam setiap sesi perpipaan, kadar nikotin yang diharapkan darinya tidak kunjung tiba, kerana ianya agak sederhana. Agak sayang sekali kerana jika kadar nikotinnya tinggi, Irish Flake mampu memberikan dimensi yang lebih baik daripada menjadi sekadar blend Va/Bur yang keras dan maskulin. Jadi, tidak perlulah anda mengharapkan "room spinning" atau "drousing feel" dari Irish Flake ini.

Walau bagaimanapun, alunan flavor dari Irish Flake ini tetap memuaskan. Rasa yang full-bodied ini adalah seperti rasa tembakau yang sebenar. Agak keras, tetapi ia bukanlah dalam kategori extreme seperti plug-plug keluaran Samuel Gawith, jadi selepas seketika palate kita akan terbiasa dengan Irish Flake dan ketika itulah kita akan dianugerahkan dengan kebaikan dan keenakan tembakau semulajadi / straight tobacco feel.

Berteraskan old-school feel inilah, saya boleh melipat dan memasukkan (fold & stuff) Irish Flake ini di dalam bowl pipa meerschaum saya sambil membayangkan duduk di pangkin rumah ladang Inggeris di New World countries, di atas bukit yang tinggi, sambil memerhatikan pekerja-pekerja ladang menuai hasil tembakau untuk dihantar ke pelabuhan. Gabungan atribusi full-bodied, old world feeling ini ditambah dengan maskuliniti yang mampu dievokasi darinya, menjadikan Peterson Irish Flake ini sangat sesuai untuk dinyalakan di majlis-majlis formal, autoshows dan upacara-upacara formal yang berteraskan kelelakian dan kemachoan.

No comments:

Post a Comment