Saturday 30 April 2016

Hubungan Astral Pemipa dengan Pipanya.

Mulanya kita mengenal pipa sebagai satu konduit untuk pemipa menikmati tembakau. Kemudian kita sedar yang pipa adalah "men's greatest companion" - satu "accolade" yang boleh dikatakan sangat besar untuk dianugerahkan kepada sesuatu benda yang tidak bernyawa.

Tidak lama kemudian, si pemipa budiman mulai secara perlahan-lahan sedar akan wujudnya hubungan astral antara beliau dan pipanya...

Bagi kebanyakan kita pemipa, pipa adalah satu kelengkapan yang agak peribadi. Ia sering dikaitkan dengan aktiviti santai, rehat dan kegembiraan. Namun, jika betul sekadar satu kelengkapan atau alat, mengapa kita berhabis wang kerananya? Mengapa dihias sedemikian rupa? Mengapa tangan-tangan berseni memperindahkan rupa bentuknya? Mengapa perak dan emas ditatah padanya?

Persoalan di atas menggambarkan betapa istimewanya tempat duduk sesebuah pipa di hati sanubari seorang pemipa. Hubungan pemipa dengan pipanya sudah lama wujud sejak dari saat pipa itu dibeli lagi. Dari situ, selalunya hubungan tadi akan menjadi lebih akrab hinggalah sampai ke tahap-tahap "extremist" - tidur memeluk pipa, memberikan nama timangan untuk pipa, mengabadikan pipa ke atas kanvas, malahan ada yang terbawa-bawa pipanya ke dalam mimpi.

Hubungan sebegini sebenarnya berlaku dua-hala. Pipa-pipa yang kita boleh kategorikan sebagai "men's greatest companion" seperti yang kita bincangkan sedikit masa dahulu, juga memikul tanggungjawab yang berat terhadap kita si tuan. Mereka terpaksa sentiasa bersiap-siaga untuk memberikan persembahan yang terbaik. Masakan tidak, kita pemipa kadangkala berkelakuan seperti desiran asap pipa kita yang bergerak secara rawak, untuk menurut gerak hati melangkaui rotasi yang dirancang, secara tiba-tiba mahu membakar Frog Morton di dalam Lovat, katakanlah, dan pipa bershape Lovat itu dicapai tanpa sebarang temujanji atau amaran.

Dalam pada itu, kita juga menjangkakan persembahan terbaik si Lovat seperti sediakala. Sudah tentu pipa kita juga dapat memahami tuannya. Seperti enjin kereta "smart car" yang mampu membaca gaya pemanduan kita dan "adjust" mengikut gaya tersebut, pipa kita juga mampu berbuat sedemikian. Cuma, yang penting kita haruslah rajin menjaga kebersihan pipa; lalukan "pipecleaners" sekerap mungkin, bersihkan bahagian dalam shanks, jangan biarkan "cake" menjadi tebal dan lain-lain. Smart car juga perlu diservis bila tiba sela masa dan "mileage"nya, bukan?

Hubungan astral yang terbentuk antara pemipa dan pipa juga melantunkan gaya dan "swagger", atau "stylo" ("remarks" gaya Malaysia bila kita lihat sesuatu yang ada gaya dan ada kelas). Tiada teori yang sahih dan tiada fashionistas yang mampu memperjelaskan perihal astral "swagger" ini, tetapi ia lebih kepada "chemistry" dan faktor yang menarik atau "appeal" pada seseorang pada sesuatu masa tertentu.

Dalam hal "swagger" ini, seringkali kita melihat seseorang pemipa samada di kaca TV, di majalah, di coffee lounge tertentu atau di mana saja, bersahaja mengulit pipa dan secara kebetulan minda kita menangkap yang bentuk, shape, warna stem, warna briar, tekstur (smooth, sandblast atau rustik), ada silver mount atau tidak, hembusan asapnya, adalah sangat "matching" dan memberikan si pemipa tersebut satu penampilan yang sangat budiman, "gentlemanly", "macho", menarik, "übercool", "awesome" dan mungkin "chic-magnet". Sesuatu yang mungkin tidak akan berlaku sekiranya pemipa tadi memegang sebatang rokok.

Perkara sebeginilah yang menyebabkan ramai pemipa sangat mengambil berat akan faktor-faktor kecil seperti bentuk, saiz, jenis stem, "mounting" dan lain-lain. Cuma masalahnya faktor ini adalah lain dari seseorang pemipa ke pemipa di sebelahnya, jadi ia bukanlah semudah "gamitlah Dunhill Dress atau Castello Perla Nera bersama tuxedo anda di majlis-majlis formal", seperti yang kita sangkakan. Sesuatu yang astral, konstellasi antara galaksi agaknya, yang menzahirkan hubungan pipa-pemipa yang "match-to-fit" sebegini.

Di dalam banyak "facet" hubungan astral Pemipa dengan pipanya ini, yang lebih praktikal dan jelas adalah faktor keselesaan dari keterbiasaan. Perumpamaan yang baik adalah "nothing feels good like your old, worn pair of shoe". Itulah pipa yang anda kenal, yang anda bersumpah "performance" nya tidak akan mengecewakan, yang anda selalu capai, dan hubungan astral tadi pula bersifat "reciprocal" di mana ia pun tak pernah mengecewakan, sentiasa bersedia, anti-ghosting (dipacking baccy apa pun tidak ghosting), dan lebih menarik jika yang dapat memberikan anda "swagger" bila tiba ketikanya.

Tiada perkara yang lebih menyenangkan apabila anda mencapai pipa anda, packing baccy ke dalam bowlnya tanpa perlu mengagak-agak sangat, "charring lights" semudah ABC dan seterusnya "true lights", dan anda terus dibawa ke kerusi pemanduan melintasi dataran rumput Cyprus, melalui bandar tua Smyrna dan sampai ke kaki pergunungan Yenidje dengan mata separuh pejam.

Dengan hubungan astral sebaik itu di sepanjang pemanduan merentas Balkan tadi, samada anda memandu Ferrari/Castello, Bentley/Dunhill, Mustang/Florov, Mazda/Tsuge atau memecut Preve/lokal, siapa peduli?

Keselesaan secara kolektif dan inspirasi dari pandangan perspektif boleh mendorong suatu rutin tertentu, dimiliki penuh oleh seseorang lelaki budiman yang tahu apa yang beliau mahukan. Hubungan astral antara pemipa dan pipanya ini, hanya para lelaki budiman yang mampu menaksirkan.

No comments:

Post a Comment