Monday 4 April 2016

Soliloquy pada Apresiasi "Estate" Mk. I

Sesetengah pengalaman tidak memerlukan sebarang persediaan kecuali keberanian untuk mengalaminya sendiri...

Namanya tidak mencerminkan keadaan pipa yang sebenar. Sewaktu mula berpipa, apabila terdengar orang menyebut pipa "estate" saya selalu terbayang akan pipa-pipa dari bentuk atau shape yang disukai oleh pengurus-pengurus ladang.

Mungkin ia berinspirasikan shape-shape yang popular di zaman penjajahan dimana pengurus-pengurus estet adalah mat salah bermisai tebal, kehulu-kehilir mengelumit pipa dengan tangan di belakang dan mata memandang ganas pada pekerja-pekerja ladang selenggaraannya.

Mungkin juga ia adalah "company issue" atau yang disediakan oleh syarikat perladangannya, umpama askar dibekalkan bayonet. Jauh juga pemikiran pra-matang saya menerawang, ketika itu.

Namun, bayangan neo-klasikal saya itu musnah sama sekali bila mengetahui yang pipa estate ini sebenarnya merujuk kepada pipa-pipa "second hand". Secara ligat otak berputar, memikirkan dimana logiknya menghisap pipa kotor yang mungkin berkerak dengan kek yang tebal dan "nasty". Ghosting pula semestinya ada, memandangkan kemungkinan rasa baccy yang dihisap oleh tuan terdahulu semestinya degil untuk meninggalkan pipa tersebut.

Dari situlah perkembangan kendiri seorang pemipa itu penting dalam keterbukaan untuk menerima sesetengah faktor biasa yang mungkin sebelum ini nampak sangat buruk tetapi ada tarikannya yang tersendiri. Sudah tentunya, perkara ini tidak "appealing" kepada saya di waktu permulaan berpipa namun, masa membentuk kita dan penerimaan terhadap pipa estate kemudiannya datang dengan sendiri.

Sebagai pipa estate pertama saya, Dr Plumb Bent Bulldog paten 50410 ini datang dengan penuh kesederhanaan; sedikit "over-reamed" hingga dasarnya melebihi lubang shank dan bowl yang sedikit besar dari asal. Saya bukanlah peminat bowl bersaiz besar (baccy agak mahal sekarang) tetapi kondisi bowl yang sedikit "over-reamed" tadi masih boleh diterima. Cuma yang agak merisaukan saya adalah "over-reamed" pada dasar bowl - di mana pada perkiraan saya tentunya akan membawa kepada pengumpulan air di dasar bowl nanti dan "wet smokes" bakal menyusul.

Insignia pengeluar / "nomenclature" masih boleh dibaca dengan baik, cuma insignia "London Made" dengan bahagian "London" itu hampir hilang tulisannya. Sambungan / "fitment" shank ke tenon masih ketat, dan stem bit yang memiliki kesan gigitan yang sederhana; hanya bercalar dan tidaklah berlubang. Sesuailah dengan harganya yang mampu milik.

Kita juga harus tahu yang Dr Plumb ini adalah jenama kedua kepada GDB, sepertimana jenama Parker kepada Dunhill. Walaupun hanyalah jenama "seconds", keluaran zaman terdahulu masih berpegang utuh pada faktor kualiti. Bukan setakat itu, ada juga pipa-pipa keluaran Dr Plumb yang saya akui agak menggiurkan dan setanding "masterpieces" dari jenama lebih "upmarket", terkadang dengan grain yang sangat baik walaupun kebarangkaliannya untuk menjumpainya adalah kecil.

Yang menarik adalah pipa ini "ghost-free", mungkin pemilik asal tidak menyukai blend-blend English jadi saya tidak perlu menyusahkan diri dengan teknik "salt-alcohol treatment" (untuk eksterminasi segera) atau "unused-aro stuffing & puffing" (untuk eksterminasi "comatose" ICU).

Jadi, pada hari pertama saya sudah mampu menikmati pipa estate ini. Persembahan yang baik diberikan secara terus, tanpa "wet smoke" dan "hot smoke" namun saya mengesan sedikit "gurgling" terhasil pada pertengahan bowl. Lama di kemudian hari, barulah saya sedar yang "slow puffing" dapat mencegah masalah "gurgling" tadi.

Di sini dapat kita lihat akan salah satu faktor terbaik untuk memiliki pipa estate - di mana anda tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk "break in" briar anda. Semuanya telah dilakukan oleh pemilik terdahulu dan asalkan kondisi pipa estate itu masih baik, tiada masalah untuk mendapatkan fungsi berpipa yang bagus daripadanya.

Dari segi estatiknya pula, saya dihadiahkan dengan unjuran ira-ira grain yang menarik, dan sandblasting efeknya adalah dalam dan jelas! Jika diikutkan, sandblasting yang dalam sebegini selalu dikaitkan dengan briar Algerian yang agak lembut struktur kayunya. Kebarangkalian itu tinggi, kerana kebanyakan pipa-pipa Dr Plumb terdahulu dihasilkan di Saint Claude, France, tempat syarikat ia ditubuhkan.

Tidak dapat saya pastikan dari siri manakah pipa Dr Plumb ini tetapi kualiti briar sandblastnya adalah sesuatu yang menarik. Jika ia ditakdirkan lahir di kilang Dunhill, saya percaya paling tidak ia akan diklasifikasikan di dalam siri "ring grain" atau "shilling" dan nilainya mungkin berlipat-ganda naiknya (agak sinister memikirkan betapa harga sesuatu boleh digandakan oleh sebuah titik putih kecil, bukan?) Namun jika itu berlaku sudah tentu harganya pun tinggi dan mungkin terjual di "upmarket".

Dek kerana pola sandblasting nya yang agak dalam, pipa Dr Plumb ini agak seronok untuk dipegang-pegang, terutamanya di dalam kereta ketika mengharungi kesesakan trafik sewaktu pergi dan pulang dari kerja. Ia juga selalu mendapat tempat dalam rotasi pipa mingguan saya.

Seperti yang kita pernah bincangkan di dalam artikel lepas "Pipa Estate & Observasi Pasarannya", pasaran ini memberikan satu ruang kepada pemipa untuk bukan sahaja untuk membeli pipa-pipa pada harga yang mampu milik, tetapi juga memberi peluang untuk kita memiliki dan menikmati briar-briar terdahulu yang terpilih lantaran masih banyaknya pokok-pokok "erica arborea" bertaburan di sekitar Mediterranean.

Sejak mendapatkan Dr Plumb bent bulldog 50410 ini, saya tidak lagi teragak-agak untuk menambahkan koleksi dengan pipa-pipa estate, lebih-lebih lagi apabila terjumpa model-model langka / "rare" atau yang sukar ditemukan pada hari ini. Dan semuanya pada harga mampu milik!

No comments:

Post a Comment