Di
minggu lepas kita telah pun mengupas akan penggunaan bahan semulajadi
sebagai stem pipa. Berkadar langsung dengan kemajuan teknologi yang
pesat, banyak bahan sintetik baru dihasilkan demi mencapai matlamat
keselesaan dan kepenggunaan manusia. Jadi minggu ini kita akan lihat
dengan lebih dekat tentang penggunaan bahan sintetik seperti bakelite,
vulcanite dan akrilik sebagai stem pipa.
Bakelite
mula diperkenalkan pada tahun 1907 dan merevolusikan industri pembuatan
pada zaman itu kerana ia adalah bahan plastik yang pertama untuk muncul
secara besar-besaran. Efektif sebagai insulator kepada elektrik dan
haba, tahan lasak, mudah dibentuk dan licin, mudah untuk kita fahami
mengapa bakelite adalah pengganti ideal kepada bahan stem semulajadi
yang agak bermasalah.
Menjadi
“the in thing” pada sekitar 1920an, bakelite adalah satu “fashion
statement” pada ketika itu. Namun ia tidak mengambil masa yang lama
untuk bahan plastik lain dicipta, dengan kadar ketahanan dan penerimaan
warna yang lebih baik dari bakelite. Juga yang menjadi persoalan adalah
tahap keselamatan produk bakelite yang terhasil dari phenol dan
formaldehyde yang sudah pun diwartakan sebagai “carcinogenic” – boleh
menyebabkan kanser.
Dalam
masa yang lebih kurang sama, penggunaan bahan ebonite telah pun
mencapai tahap populariti yang baik dikalangan para pemipa. Ebonite
(atau nama asalnya vulcanite) adalah bahan gentian getah yang terdiri
daripada getah, minyak linseed dan sebahagian besar sulfur. Ebonite
diperkenalkan lebih awal dari bakelite, yakni sekitar lewat 1800an dan
penggunaannya untuk bahan stem juga diterima dengan baik oleh pemipa.
Ebonite
pada zaman itu masih belum menerima “stylisation” warna dan corak maka
ia hanya ada dengan warna hitam keabuan / hitam pudar yang
diterima-pakai sebagai standard.. Mungkin kerana itulah apabila bakelite
diperkenalkan, ia meraih populariti yang lebih baik buat sementara
waktu. Ia mengambil masa yang agak lama untuk ebonite berevolusi menjadi
lebih berkilat (dengan paduan lebih unsur sulfur namun ia masih tidak
sekilat akrilik) dan menarik dengan paduan warna yang lebih baik seperti
yang ditonjolkan oleh Dunhill di dalam “Cumberland stem” mereka. Agak
jelas saya nyatakan di sini yang stem Cumberland juga adalah dari jenis
ebonite.
Apa
yang menjadi asas yang kukuh buat ebonite adalah sifatnya yang lembut
dan tahan; ramai pemipa merasa sangat selesa menggigit stem ebonite
berbanding bakelite atau akrilik kemudiannya. Sifat lembut dan liat ini
juga menjadikannya tahan dengan gigitan, lantas stem pipa dengan
“button” yang lebih halus dapat dizahirkan. Peminat stem ebonite
semestinya mempertaruhkan faktor keselesaan ini sebagai sebab utama
untuk mereka kekal dengan ebonite. Dan perkara ini dapat kita fahami
kerana setelah sekian lama menggunakan stem dengan button yang nipis,
tentunya sukar untuk menerima button stem akrilik yang lebih tebal.
Akrilik
pula adalah sejenis thermoplastik yang dibangunkan demi menggantikan
material-material sebelumnya yang memiliki kelemahan-kelemahan tertentu.
Terdapat banyak jenis akrilik dengan komposisi-komposisi berlainan
tetapi apa yang kita biasa lihat di dunia perpipaan adalah lucite atau
plexiglass. Penggunaan lucite sebagai material stem pipa telah
diperkenalkan buat pertama kali di dunia perpipaan oleh Castello sejak
awal 1950an dan sejajar dengan kegilaan Amerika terhadap jenama hebat
Itali ini pada tahun 60an ia membuka ruang yang lebih luas untuk lucite
diperkenalkan kepada seluruh dunia perpipaan.
Seringkali
pemipa agak keliru dengan akrilik hinggakan semua bahan stem yang bukan
ebonite mereka klasifikasikan sebagai akrilik. Ini adalah tidak benar!
Akrilik memiliki spektrum yang agak luas, dan jenis yang kita lihat pada
pipa-pipa berjenama baik kebiasaannya adalah lucite, dimana ia datang
dengan “high gloss finish” dan terkadang di dalam warna-warna lain tanpa
had kepada sebarang spektrum warna. Perkara ini tidak hadir pada stem
dengan akrilik biasa yang selalu dipadankan dengan pipa-pipa basket,
stem pipa corncob, clay dan kebanyakan stem pipa meerschaum gred rendah
dan menengah yang berwarna legap (atau terkadang berwarna kuning
lutsinar). Stem-stem ini kebiasaannya adalah dari acuan tuang (anda akan
dapat melihat garisan simetri acuan tuang di tengah-tengah bahagian
tepi stem) dan walaupun ia masih tergolong sebagai akrilik tetapi ia
bukanlah dari kelas lucite atau plexiglas yang merupakan akrilik pada
kualiti terbaik.
Akrilik
adalah sangat berbeza dengan ebonite, terutamanya dari segi penampilan
dan penyelenggaraannya. Akrilik memiliki lebih daya tahan kerana ia
lebih keras. Ia juga mampu untuk menerima buffing yang menjadikan
permukaannya sangat berkilat dan hadir dalam pelbagai pilihan warna dan
pola corak. Walau bagaimanapun lucite tidak memiliki “give” yang baik
seperti ebonite, malah ia bersifat licin jadi mungkin agak mengambil
masa bagi seseorang pemipa yang sudah terbiasa dengan ebonite untuk
menerima lucite. Oleh kerana tekstur licin ini mengurangkan grip
gigitan, ia akan menyebabkan pemipa berasa agak “insecure” dan
berkecenderungan untuk menggigit stem lucite dengan lebih kuat. Jadi
kebiasaannya stem lucite akan dibina dengan button sedikit tebal demi
memberikannya lebih daya tahan untuk menangani kekuatan gigitan tadi.
Juga
kelebihan yang paling umum akrilik berbanding ebonite adalah sifatnya
yang seumpama “maintenance-free” – ia tidak akan terdedah kepada risiko
oksidasi kerana ia tidak mengandungi bahan sulfur. Ini menjadikan stem
akrilik lebih tahan lasak dan versatil – ia boleh dibawa ke mana sahaja
tanpa perlu risau akan pendedahannya terhadap cahaya matahari.
Sudah
tentu juga telah wujud preferensi di dalam memilih material untuk stem
pipa anda – sama ada anda mahukan kepastian grip dan keselesaan mengulit
pipa, ataupun anda sangat suka melihat “glossy finish” yang
“sharp-looking” pada pipa anda dan mahukan sesuatu yang lebih lasak dan
“maintenance-free”, ia adalah hak dan preferensi anda yang tersendiri.
Yang paling penting adalah kita memiliki banyak pilihan dan ia
sememangnya bagus untuk memiliki pilihan yang meluas kerana anda mungkin
mahukan semua kelebihan ini di dalam barisan pipa-pipa koleksi anda.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment