Monday 13 March 2017

McClelland 221B Series : Membawa Sherlock Holmes Kembali ke Dunia Pipa

Sewaktu Sir Arthur Conan Doyle menulis cereka fiksyennya “A Study in Scarlet” seratus dua puluh tujuh tahun yang lalu, tidak ia menjangka yang watak detektif yang direka olehnya bakal menjadi detektif yang dikenali di serata dunia.
Tidak juga beliau menjangkakan yang Sherlock Holmes bakal menjadi pemipa yang paling ikonik.
Walaupun ia bukanlah kali pertama Sherlock Holmes diabadikan pada blend tembakau pipa, McClelland agak terpanggil untuk mengeluarkan satu siri tembakau pipa yang memberikan pendekatan yang khusus kepada hasil penulisan hebat ini. Cabarannya adalah untuk menghasilkan blend yang bukan sahaja menepati rupa bentuk tembakau seperti yang dapat dibaca di dalam siri Sherlock Holmes, malah untuk turut menepati deskripsi flavor seperti yang tertera di dalam penulisan Sir Arthur Conan Doyle itu, menjadikan misi ini sebagai agak “suicidal”.
Sebagai permulaan, nama “221B” yang merujuk kepada alamat kediaman detektif itu di Baker Street disemat sebagai nama siri yang kekal. McClelland 221B mengenengahkan 3 koleksi baccy yang agak berlainan antara satu sama lain. Para blender tembakau di McClelland pastinya tidak cukup tidur untuk berpadu tenaga bagi menghasilkan blend-blend yang diolah supaya dapat memberikan flavor dan tekstur yang sangat menghampiri dengan apa yang digambarkan di dalam novel detektif tersebut.
Siri ini bermula dengan Black Shag, tembakau “staple” Sherlock sendiri yang merupakan sebuah blend “stoves virginia” di dalam bentuk shag – potongan ribbon yang agak kecil. Ia diikuti oleh Arcadia, blend kegemaran Dr Watson yang bukan setakat memenuhi ruang penceritaan, ia juga adalah satu blend yang mencuba untuk mengembalikan sebuah blend lagenda dengan nama yang sama.

Blend ketiga yang juga berfungsi sebagai blend penutup kepada siri ini adalah berkategori “straight virginia” yang tidak kurang hebatnya. Datang dengan bentuk broken flake, nama “Honeydew” yang diberikan kepadanya merujuk kepada proses tembakau tersebut dihasilkan, bukan ia ditambah perisa honeydew! Proses yang sudah lama ditinggalkan ini adalah satu “revival” yang menarik untuk kita cuba.
Tidak cukup dengan itu, setiap tin dilengkapi dengan “liner notes” yang memberikan sedikit penerangan berkenaan penghasilan blend-blend ini dan watak-watak utama Sherlock Holmes dipetik semula untuk digunakan sebagai deskripsi di belakang tin ketiga-tiga baccy mengikut sub-siri masing-masing. Sentuhan-sentuhan sebegini lah, walaupun berskala kecil tetapi mampu untuk memberikan kepuasan yang tersendiri buat kita pemipa.
Siri ini ternyata masih kukuh walaupun sudah berusia 20 tahun (blend pertama siri ini Black Shag dikeluarkan pada 1997). Berkemungkinan, ia akan kekal “evergreen” sebagaimana kekalnya watak Sherlock Holmes dan rentetan cerekanya. 










pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

No comments:

Post a Comment