Seperti
yang kita telah kupas pada minggu lepas, siri McClelland 221B
mengenengahkan 3 koleksi baccy yang berinspirasikan cerita fiksyen
detektif Sherlock Holmes. Telah kita bincangkan secara santai akan
tujuan dan motif McClelland dengan siri yang hebat ini, dan kali ini
marilah kita menelusuri pula blend-blend yang ditawarkan olehnya, satu
per-satu.
“Honeydew”
ialah keluaran ketiga dari siri blend detektif tersohor McClelland
221B. Nama “Honeydew” ini mungkin agak mengelirukan untuk para newbies:
ianya bukanlah baccy aromatic yang menampilkan flavor buah honeydew.
Tidak sama sekali. Sebenarnya, di dalam dunia blending dan kultivasi
tembakau, “honeydew” merujuk kepada penyediaan tembakau yang diperam
dengan molasses atau liquorice. Penapaian secara semulajadi daun light
virginia (virginia daun cerah yang selalunya dibiar tumbuh agak lama
sedikit sebelum ia dituai) ini bertindakbalas dengan molasses tersebut,
untuk menghasilkan satu komponen blend yang sedikit extra kemanisannya
dan agak unik rasanya.
Sebaik
sahaja anda membuka penutup tin, bau yang enak seperti kismis dan
toffee yang dipanggang terus menerpa nasal anda. Baccy ni datang di
dalam keadaan “broken flake” jadi terpulanglah sama ada anda mahukan
tembakau berbentuk flake di dalam bowl anda, atau dipotong menjadi cubes
ataupun digosok mudah di telapak tangan anda untuk ia membentuk menjadi
ribbons. Sebenarnya sudah hampir tiga tahun tin saya ini dibuka tetapi
moisture level tembakaunya masih baik, kondisinya tidak terlalu kering
dan tidak juga terlalu lembap. Memang kondisi yang sangat sesuai untuk
sesi perpipaan yang baik.
Dengan
situasi yang tidak kering dan tidak lembap ini, saya tidak menghadapi
banyak masalah untuk mendapat “initial light”. Kepulan asap awal
memberikan nota-nota buah tin (fig) bakar, dengan sedikit “honey” dan
“sweetness” yang selalu hadir bersama buah plum yang dilontarkan di
dalamnya. Kemudian anda tidak akan dapat lari dari merasakan sedikit
tona “grassy” yang sangat menyegarkan. Flavor “grassy” yang baik
sebegini hanya hadir pada blend-blend “straight VA” yang menggunakan
daunan virginia berkualiti baik dan ternyata McClelland 221B Honeydew
juga adalah begitu.
Semakin
lama anda bersekongkol dengan baccy ini, anda akan dapati yang flavor
utamanya atau apa yang terkedepan adalah “grassy” dan “sweet plum ” yang
juga agak creamy. Saya percaya yang elemen rasa dan flavor yang ada ini
adalah hasil proses “honeydew” yang sememangnya agak istimewa itu.
Aroma “honey” tadi muncul dan pergi di sepanjang sesi perpipaan.
Flavor-flavor ini juga kekal hingga ke penghujung bowl, dimana ia
membuktikan yang Honeydew ini adalah sebuah blend yang sangat konsisten,
cuma sedikit intensiti dari segi “strength” dan “tobacco taste” akan
meningkat naik dan memberikan sedikit kepuasan kepada blend yang
memiliki kadar nikotin yang agak rendah ini.
Hasil
pemeraman istimewa “honeydew” yakni penggunaan molasses dan liquorice
di dalam tembakau virginia yang diperam untuk menghasilkan blend ini,
flavor “sweet plum” yang diolah baik dengan flavor “honey” adalah satu
elemen yang khusus kepada baccy ini. Berbalik kepada proses penghasilan
blend tembakau “honeydew” ini, ianya sudah tidak popular lagi sekarang
(ya, sebenarnya jarang sekali atau mungkin kita tidak pernah jumpa blend
lain yang diolah dari teknik “honeydew” sebegini) kecuali, jika kita
mahu berspekulasi, mungkin beberapa blend yang memiliki “proses rahsia”
atau “sos istimewa” seperti Dunhill Royal Yacht dan G.L. Pease
Montgomery adalah antara beberapa blend yang boleh kita kaitkan apabila
proses “honeydew” dikeutarakan.
Apa
yang lebih menarik adalah aroma “honey” yang turut menghantui blend
ini. Ini adalah antara “features” blend dengan proses istimewa yang
tidak ada pada blend-blend tembakau pipa yang lain. Proses “honeydew”
ini, walaupun tidak diperjelaskan dengan baik di dalam novel detektif
fiksyenal tersebut, adalah menepati beberapa deskripsi tembakau ini yang
walaupun bukanlah tembakau “go-to” Sherlock Holmes, ia adalah antara
blend yang sangat digemari oleh detektif tersebut dan diakui olehnya
sebagai “fragrant Irish Flake which is also gentle to the palate”.
Jika
saya diberikan peluang untuk menyingkap sedikit teori dan apresiasi
kepada blend ini, saya merasakan yang ianya mungkin adalah satu blend
“crossover” kepada blend-blend “straight VA” sepertimana blend Frog
Morton kepada blend Dunhill Nightcap. Pemipa pemula mungkin akan menolak
beberapa jenis VA yang bersifat “straight” seperti McClelland Christmas
Cheer, Capstan blue, Orlik Long Gold Flake atau yang lain, dan mungkin
juga Irish Flake yang bersifat “heavy” seperti Peterson Irish Flake.
Pendek kata, 221B Honeydew bersifat sangat mesra palate dan juga agak
memuaskan.
Blend
sebegini sememangnya sangat sesuai untuk dinyalakan secara santai,
sambil menonton tv di rumah atau sambil menikmati pemandangan di balkoni
rumah atau hotel dan yang seumpamanya. Perkara yang lebih penting
adalah McClelland 221B Honeydew adalah sesuai untuk semua golongan, sama
ada anda adalah newbie atau veteran anda akan tersenyum puas apabila
menikmati satu persembahan tembakau berkualiti yang sangat baik dan
konsisten.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment