Saturday 27 February 2016

"Breaking In" Pipa - Sejauh Mana Kebenarannya?

Konsep "breaking in" selalu berada di sekitar kita. Ia adalah satu cabang konsumerisma yang tidak akan tercatat dalam manual tetapi diketahui umum sebagai perkara-perkara yang perlu dilalui atau dilakukan.

Antara contohnya ialah kereta baru, cuma konsepnya ditukar nama kepada "running in" dan anda disaran untuk memandu bawah 90km/jam dan menukar minyak hitam pada sela masa 1000km pertama. Logiknya adalah enjin baru yang mungkin masih berserpih besinya, masih tajam lagi bucu2 komponen dalamannya, jadi penukaran minyak dan pemanduan perlahan adalah untuk keselamatan dan menjamin prestasi enjin selepas tempoh tersebut.

Serumit sebuah enjin, begitulah jua pipa anda. Anda pun sedia maklum yang pipa anda bukanlah hanya sepotong kayu biasa yang boleh dibuat sesuka hati. Briar mampu untuk menyesuaikan diri dengan cara perpipaan anda. Sesetengahnya memiliki preferensi tersendiri - hanya gemilang dengan sesetengah baccy sahaja. Sesetengah mampu memberikan anda nikmat yang tak terhingga dengan kadar "puffing" tertentu.

Namun untuk menikmati semua ini, pipa anda haruslah dijaga dengan baik. Kaedah pembersihan yang efisyen, pengudaraan bowl yang baik, cara simpanan yang betul, menjaga ketebalan kek dan lain-lain adalah pemangkin kepada pipa yang baik. Juga, paling penting adalah kesabaran untuk pipa tersebut mencapai tahap "breaking in" nya.

Melihat kepada logiknya sesebuah pipa perlukan masa untuk "breaking in"; pipa diperbuat dari kayu, selalunya briar, dan walaupun kayu-kayu ini telah pun menerima rawatan tertentu ia masih memerlukan sedikit masa untuk bersedia menerima haba pembakaran yang tinggi. Walaupun dirawat secara rebusan, siraman, pematangan (yang memakan masa bertahun) dan pengudaraan, kemungkinan masih ada sap dan getah tumbuhan di dalam briar tersebut.

Tetapi, menjeling kepada ketidaklogikannya pula, sukar untuk diramal bila atau pada sela masa manakah pipa anda akan "break in" dan dapat memberikan kebaikan perpipaan yang optimum? Sampai sekarang tidak ada alat atau petanda yang mampu menyelesaikan masalah ini.

Apabila pipa anda sudah "break in", di manakah titik tolaknya? Perkara ini juga banyak dipersoalkan oleh para pemipa. Terkadang, apabila sesebuah pipa anda secara tiba-tiba menghasilkan "pipesmoking experience" yang sangat baik, kita akan mulai mengaitkan ia dengan cara packing baccy dan faktor-faktor pembolehubah yang lain.

Mujurlah pengalaman melalui proses "break in" yang jelas berlaku pada saya sendiri. Seperti yang saya pernah ceritakan sebelum ini, pipa Savinelli Leonardo saya pada permulaannya adalah bagai melepaskan anjing tersepit.

Setiap sesi perpipaan menghasilkan "tounge bite" walaupun baccy dipack dengan baik dan slow puffing diamalkan. Umpama lidah direjam seribu lembing. Malah, banyak jenis baccy yang saya cuba dengannya dan hasilnya tetap begitu. Mungkin pada bowl yang ke 20 atau lebih, secara tiba-tiba segala masalah tadi hilang. Apa yang berganti adalah asap-asap lembut dengan flavor-flavor pada not-not yang nyaman dan penuh perisa hinggap di lidah dan palate. Ya, pertukaran "from hell to heaven" ini berlaku dalam sekelip mata, tanpa petanda atau amaran.

Jadi anda cuba bayangkan; saya menyukai pipa ini, terutamanya kerana shapenya yang mempersembahkan bentuk seakan hibrid bent rhodesian dan acorn dengan baik sekali. Tetapi tiap kali me"loading" baccy saya boleh bayangkan seksaan yang bakal saya lalui sebentar lagi. Ia ibarat keterpaksaan untuk pergi ke kelas tusyen subjek geografi yang tiada pelajar perempuan cantik untuk memotivasi anda menghadiri sesi-sesi banal tersebut.

Jika saya mengalah dan terus membuang Savinelli Leonardo tadi, anda bayangkan betapa ruginya - proses "break in" mungkin akan berlaku pada bowl seterusnya!

Pengalaman inilah yang memberi satu kepastian mutlak pada saya bahawa proses "break in" sememangnya wujud. Dan ia memberi satu motivasi untuk terus menggunakan pipa-pipa yang baru dibeli (samada estate atau baru) dan mengamalkan rotasi yang baik supaya masing-masing ada peluang untuk bersinar, ketika mencapai tempoh "breaking in" mereka.

Di sebalik semua ini, kita juga harus tahu yang sesetengah pipa mungkin tidak akan "break in" atau boleh dikatakan tidak sesuai untuk kita. Jika anda berkecimpung dalam dunia estate yang melibatkan "trade in" sesama rakan pemipa, anda akan mengetahui perkara sebegini dengan lebih mendalam. Sesetengah pipa kita yang tidak "bersinar", memberikan rasa tembakau yang tidak memuaskan kita, secara tiba-tiba "performing" dan menjadi pipa terbaik sahabat kita selepas di"trade in". Hal ini semangnya benar-benar berlaku, dan ianya agak pelik sekali, tanpa sebarang penjelasan saintifik yang terjangkau oleh kita. Tetapi yang penting, konsep "reciprocal" ada di situ; kawan kita menyukai pipa kita, dan kita juga menyukai pipa pertukarannya, atau setidak-tidak mengurangkan satu pipa dari koleksi, hanya untuk diisi oleh pipa yang baru kelak!

Demikianlah adanya, seperti halnya dengan pembinaan kek di dalam bowl pipa, dunia perpipaan kita masih tidak kurang dengan mitos dan teori-teori konspirasi "unexplained" yang gagal dibuktikan oleh sains dan matematik, tetapi nyata berlaku. Kita percaya hobi berpipa ini adalah organik, banyak pembolehubah disekeliling pipa dan tembakau yang mungkin tidak perlu kita fikirkan sangat tentang usul kejadiannya.

Seperti seorang pemipa yang budiman, belajarlah untuk bersabar dan cuba rotasikan pipa kita sekerap mungkin. Mana lah tahu, selang beberapa minggu lagi hasil kekerapan berpipa akan mempercepatkan proses "breaking in" beberapa buah pipa anda lagi, cukup untuk membentuk "champions" bagi setiap genre baccy.




pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

No comments:

Post a Comment