Squadron
Leader pula adalah salah satu blend English dari Samuel Gawith yang
juga agak popular. Malah, ia boleh dikatakan sebagai blend berbentuk
ribbon yang paling digemari para peminat blending house itu sendiri.
Popularitinya hanya diatasi oleh Full Virginia Flake dan adalah satu
blend staple bagi kebanyakan pemipa.
Dengan
design tin yang menampilkan gambar kapal terbang perang dunia pertama
dan kedua, blend ini menggunakan daunan bright dan dark virginia sebagai
asas blend, dengan latakia dan daunan Turkish dicampurkan bersama,
menjadikannya sebuah blend English secara harfiahnya.
Melihat
kepada tembakau yang berada di dalam tin segiempat trademark Samuel
Gawith ini, Squadron Leader adalah your no-nonsense lighter English
blend. Ia mudah disediakan – terima kasih kepada bentuk ribbonnya yang
agak kering, jauh lebih kering berbanding lain-lain blend keluaran
Samuel Gawith yang terkenal dengan flake yang agak basah. Nota bauan
yang nyata adalah latakia, pemeraman tembakau, hay / jerami, sedikit
masam dan tangy. Agak menyelerakan.
Malah
terkadang saya rasakan seperti menikmati premium stoved Virginia,
sepertimana yang anda dapat rasakan pada blend McClelland 221B Black
Shag, yang ditambah dengan sedikit latakia untuk memberikan dimensi
“light English” kepadanya. Mungkin Squadron Leader bukanlah dicipta
untuk mengemulasikan blend proper English idaman anda, kerana banyak
lagi blend-blend Samuel Gawith yang menjurus ke arah genre itu.
Tidak
terlalu kejam untuk saya menyalakan yang Squadron Leader adalah blend
English yang agak santai, simple dan bersih – pengaruh oriental adalah
rendah tetapi ia membantu latakia untuk menjadi sedikit refined. Smooth
smoking dapat dicapai dengan mudah oleh Squadron Leader – terutamanya
selepas tin anda dibuka selama 3 bulan ke atas.
Walaupun
peminat blend English tegar mungkin akan sedikit kecewa dengan
karakteristik Englishnya yang agak lemah, sebenarnya agak mudah untuk
kita menyukai Squadron Leader terutamanya pada sesetengah waktu dimana
apa yang kita mahukan adalah blend English yang santai dan lebih
menonjol di bahagian base blend virginianya. Atas sebab itulah ia masih
merupakan sebuah blend SG yang agak popular di kalangan pemipa. How
could majority goes wrong?
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment