Berapa banyak kah latakia yang anda perlukan di dalam blend anda?
Dan perlukah kita menggembleng segala latakia itu?
Latakia
bukanlah seperti perique. Tembakau kulitivasi St James Parish itu
memang “a little goes a long way”. Latakia sebaliknya adalah sebuah
tembakau condiment yang agak lemah dari segi flavoring – ia memerlukan
tembakau asas seperti virginia atau burley untuk menyokongnya. Tanpa
daunan asas sebegini, keseimbangan sesebuah blend akan menjadi lari dan
“unbalanced”.
Lebih
dos latakia tidak bermakna blend itu akan menjadi lebih “English” atau
lebih “kaw”, dan kurang latakia tidak pula menjadikan persembahan
English sesebuah blend itu hambar. Let’s be realist dan minimalist.
Sepertimana seorang chef yang baik, penggunaan badan-bahan perasa adalah
sangat minimum namun adunan yang tepat dan pada masa mana sesebuah
bahan dimasukkan, memainkan peranan yang lebih penting di dalam
penonjolan rasa sesebuah masakan. Same goes for tobacco blenders.
Mengecapi tiga ke empat tin Squadron Leader setakat kehidupan berpipa yang fana ini, boleh saya katakan yang kandungan latakianya adalah agak rendah. Malah, dengan melihat kepada komposisi Squadron Leader secara visual, tidak banyak kelihatan untaian ribbon hitam. Yang banyak adalah ribbon coklat terang dan coklat gelap.
Namun,
itulah kekuatan sebenar Squadron Leader. Ribbon coklat terang gelap
inilah yang mengalunkan kesegaran virginia dengan interplay yang agak
hay-ish dan grassy, memberikan lebih bayangan genre stoved virginia
berbanding English. Smokiness yang hadir, walaupun tidak intensif
sepertimana blend-blend English powerhouse seperti Nightcap dan Levant
Mixture atau yang lain-lain, adalah memadai dan memuaskan.
Dari keterbiasaan dengan blend-blend terbabit kita secara automatik mengharapkan double smokiness apabila blend English powerhouse ini dipack ke dalam bowl pipa dan dengan Squadron Leader, saya mencari interplay antara virginia dan latakia. It’s all about managing one’s expectation.
Dari keterbiasaan dengan blend-blend terbabit kita secara automatik mengharapkan double smokiness apabila blend English powerhouse ini dipack ke dalam bowl pipa dan dengan Squadron Leader, saya mencari interplay antara virginia dan latakia. It’s all about managing one’s expectation.
Sebenarnya,
jika kita lihat pada satu sudut yang lain, ini adalah satu peluang baik
untuk “breakaway” dari blend English tradisi sepertimana yang kita tahu
dan biasa nikmati. Ataupun kita letakkan ia begini; layan Squadron
Leader seadanya dan apabila detik untuk menikmati blend English berdos
tinggi itu tiba, capailah tin Nightcap atau Levant Mixture yang
sememangnya tersedia ada di tepi meja anda…
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment