Stonehenge
Flake adalah satu memori yang agak jauh (jika ada) untuk peminat VA/Per
dan VA/Bur. Tahun 2001 – saya sendiri masih belum mula berpipa dan
masih adalah seorang pelajar!
Akan
tetapi siapa yang dapat menyangka yang penantian itu memakan masa yang
sangat panjang – dan di dalam kes ini, hampir 16 tahun?
Berdasarkan
pemerhatian saya disepanjang pembakaran 7-8 bowl setakat ini,
Stonehenge Flake adalah satu blend yang agak “potent” dan memuaskan. Ia
tergolong di dalam genre VA/Per dengan sedikit adunan burley yang
mungkin menjadikannya satu ” marriage” yang meriah di antara tunjang
VA/Per dan sedikit ciri VA/Bur. Cara ia disediakan adalah seperti
blend-blend Lakeland (kukus, “hot-pressed” dan aged) namun setakat ini
saya gagal untuk menemukan apa-apa flavor yang boleh menjurus ke arah
Lakeland.
Pedulikan
sebentar akan rujukan Lakeland ini, kerana “the real highlight” bagi
saya adalah “marriage” antara VA/Per + VA/Bur seperti yang dikatakan
tadi. Pada permulaan, flavor-flavor utama VA/Per adalah “spot on”,
sepertimana anda boleh dapatkan dari Dunhill Elizabethan Mixture. Namun
keseronokan Stonehenge bermula apabila pembakaran menjadi stabil dan
ember terbentuk, dimana flavor VA/Bur yang sedikit “nutty” lengkap
dengan nuansa “spiced chocolate” akan bergabung dengan itinerari VA/Per
tradisi – “hay-ish”, pedas (terkadang, heavy serta sedikit perit di
tekak) dan “bright”. Mungkin kesamaan beberapa komposisi dan cara
penyediaan akan mengingatkan kita kepada Peterson 3P, diiringi “golden
hay goodness” dari VA/Per yang bersifat “bright” seperti rujukan kepada
Elizabethan tadi.
Blend
ini sudah pun agak kompleks walaupun tinnya baru dibuka tidak sampai
sebulan, dan untuk membayangkan betapa baiknya faktor “aging” kepada
blend ini di kemudian hari, ia membuatkan kita kecur air liur dan tidak
sabar untuk menunggu hasilnya. Tambahan pula, ia sememangnya dicipta
untuk “aging beautifully” mengenangkan ia datang di dalam bentuk flake
yang agak tebal dan sedikit lembap.
Ramalan
akan Stonehenge Flake kali ini akan menuruti blend asalnya juga hampir
jadi kenyataan. 3000 tin yang ada untuk jualan di Smokingpipes.com telah
pun hampir habis (ketika artikel ini ditulis pada 23 Julai – genap
sebulan ia diiklankan di laman sesawang itu, hanya 300 lebih tin sahaja
yang masih tinggal – 2700 tin telah dibeli dan di”cellar” oleh ramai
pemipa dengan pemikiran mikro-ekonomik baccy yang baik nampaknya).
Syukurlah yang ianya disasarkan sebagai “regular run” sekarang. Namun,
kita juga tahu akan beberapa blend “regular run” yang sudah semakin
pupus seperti Pelican dari Butera, Three Oaks Syrian (dan anything
Syrian sekarang), blend-blend Germain & Sons – kesemuanya adalah
“regular run” sebelum ianya menjadi “regularly out-of-stock”!
You
see, that’s why saya sangat menyukai tembakau pipa. Sentiasa penuh
dengan elemen kejutan dan ketidakpastian tentang keberadaan bahan. Hal
ini ditambah pula dengan pergerakan anti tembakau yang sudah pun
meletakkan banyak syarat-syarat kepada pengeluar tembakau, menjadikan
keadaan semakin kusut lagi tidak menentu.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment