Masihkah anda ingat kepada filem James Bond “Casino Royale”?
imej dari movieplacepicture.com |
Di dalam babak akhir yang menemukan Bond dengan Mr White di sebuah vila yang indah di pesisir tasik, Lake Como Itali adalah lokasi penggambaran tersebut. Pada masa yang sama, tidak jauh dari situ, beberapa bongkah briar sedang diperhalusi, di”stamp” logo sebuah castle dan diberikan nama “Castello”…
Setiap
perkara yang penting pastinya bermula dengan sebuah nama yang
memberikan signifikasi yang mendalam. Scotti mahukan sebuah nama yang
mudah dikenali dan tidak asing bukan sekadar di Itali sahaja tetapi di
sekitar Eropah, jadi nama “Castello” yang membawa maksud “castle” atau
istana di dalam bahasa Inggeris adalah sangat bersesuaian – ia juga
sangat dekat dengan bahasa Sepanyol (Castillo) dan Portugis (Castelo).
Ini bermakna Scotti dari awal lagi sudah mensasarkan untuk pipa Castello
menembusi pasaran luar Itali, satu cita-cita yang bakal menjadi bukan
setakat kenyataan, malah jauh lebih baik daripada itu!
imej dari pipacastello.com |
imej dari smokingpipes.com |
Pengaturan
masa pipa Castello ini memasuki pasaran US juga adalah satu
keajaibannya yang tersendiri, kerana kebetulan pula pada ketika itu
produk Itali mula bersinar di Amerika terutamanya di dalam industri
fesyen; kegilaan terhadap sut Armani dan butik-butik “superbrands” Itali
seperti Gucci etc sudah mula bertapak di sana, membuatkan persepsi
Amerika terhadap produk Itali berada di tahap yang tinggi. Ketika itu
juga lah penggunaan “diamond” sebagai logo untuk Castello pasaran US
mula digunakan (kerana logo “white bar” sudah pun digunakan dan dipaten
oleh jenama lain). Kehadiran briar-briar bersaiz besar, dengan grain
yang sangat indah dan imej “100% handmade” yakni satu usaha dan hasil
seni seorang artisan yang melarik pipa dari sebuah blok briar yang kasar
sehingga ia siap, membuatkan pemipa dan kolektor US yang sudah terbiasa
dengan pipa keluaran industri tidak ragu-ragu lagi untuk mendapatkan
Castello sehinggakan ianya habis terjual dalam masa yang sangat singkat.
imej dari marcoreggi.it |
Tidak dinafikan juga akan pendekatan baru yang segar dari Castello terhadap bentuk-bentuk pipa tradisional juga memainkan peranan yang penting di dalam dominasi pipa mereka di USA. Walaupun penghasilan awal pipa-pipa Castello adalah berteraskan bentuk-bentuk tradisional seperti apa yang diusahakan oleh Dunhill dan Charatan, pendekatan artisanal Carlo Scotti dan “Italianesque flair” yang dapat dikesan dari seni zaman renaissance (yang memang jelas terpampang di dalam senibina bangunan dan fountain di tengah-tengah bandar mereka, walaupun bandar kecil!) menyebabkan dengan mudah pipa keluaran Castello berubah kepada karya seni yang masih mengekalkan shape-shape tradisional, tetapi dengan “flow & lines” yang lebih bebas, lebih seksi dan lebih organik. Ini menjadi satu “appeal” yang sangat menarik terutamanya di waktu pasca perang, dimana bentuk-bentuk pipa tradisional yang praktikal terdahulunya mulai kelihatan membosankan dan banal.
Peperangan adalah satu peristiwa yang walaupun pahit, sebenarnya sangat membantu dalam melonjakkan daya kreativiti kepada umat manusia. Telegraf, teknologi atom, radar dan sebagainya berevolusi dek kerana peperangan. Begitu jua halnya dengan teknologi kepenggunaan. Jika Peterson memperkenalkan kemasan Spigot kepada pemipa hasil dari idea perajurit yang memperbaiki shank pipa mereka yang retak dengan kelongsong peluru dek kerana kelasakan di medan perang, Castello pula memainkan peranan yang sama besar dengan membawa masuk bahan akrilik di dalam dunia perpipaan. Sebelum itu, vulcanite adalah bahan utama untuk stem pipa dan Carlo Scotti, menjadi seorang “gentlemen” yang diakui oleh ramai pipemakers yang pernah bekerja dengannya, tentu tidak mahu stem pipa keluarannya berwarna kusam, pudar dan dinaiki oksidasi. Bahan lucite yang diperkenalkan Castello menjamin stem pipa kekal berada di dalam keadaan senantiasa berkilat dan “maintenance-free”, yang sekarang digunapakai oleh mungkin 75% pengeluar pipa sedunia.
Pendekatan
artisanal Carlo Scotti juga bukan setakat memberikan satu revolusi baru
kepada industri pembuatan pipa Itali, ia juga melahirkan ramai artisan
yang kemudiannya membentuk jenama sendiri selepas berkhidmat di bengkel
Castello. Antara nama-nama yang terkenal adalah seperti Luigi Radice dan
Giuseppe “Peppino” Ascorti yang keluar dan membentuk jenama Caminetto,
sehingga masing-masing mengambil haluan sendiri dengan jenama Radice dan
Ascorti. Bukan itu sahaja, beberapa artisan lain seperti Baldo Baldi
juga bermula dengan mengukir beberapa blok briar dari bengkel Castello
dan terus mengorak langkah semenjak dari itu. Begitulah besarnya
pengaruh Castello di dalam “renaissance” dunia perpipaan Itali yang
masih kekal sehingga kini.
imej dari smokingpipes.com |
Kedatangan Franco Coppo, yang mengahwini anak perempuan Scotti Savina pada awal 80an, adalah satu rahmat buat Castello. Coppo kemudiannya turut mengemudi legasi Castello dengan sangat baik sekali. Pengkelasan pipa-pipa Castello diperkemaskan lagi dengan insignia “K” (yang kemudiannya ditukar ke aksara kecil “k” di dalam gelungan) untuk menggred saiz bagi siri Old Antiquari ke bawah. Ia juga turut digunakan untuk menggred unjuran grain bagi siri Trademark ke atas. Ini menggantikan sistem SA-SS untuk penggredan saiz bagi pipa Castello. Coppo yang lebih mesra dikenali sebagai “Kino” itu tentunya sangat memahami akan signifikasi “dating” di dalam pengkoleksian sesebuah jenama pipa, jadi penggunaan logo ikonik “castle” dengan nombor di bahagian bawah logo diperkenalkan pada 1987. Kino sangat menitip-beratkan konsep “dating” untuk sesebuah pipa Castello dimana kita boleh mengetahui pada tahun mana sesebuah pipa Castello itu diperbuat. Perkara ini ternyata telah mempertingkatkan lagi tahap kolektiviti sesebuah pipa Castello, sepertimana Dunhill dengan konsep “birth year” mereka.
Kini
Castello kekal sebagai “gold standard” kepada pipa-pipa keluaran Itali.
Status penjenamaannya adalah setaraf dengan pipa Dunhill, atau mungkin
lebih tinggi lagi dengan ramai pemipa yang tidak ragu-ragu untuk
menceritakan tentang “smoking qualities” yang mereka dapat dari sesebuah
pipa Castello, disamping kualiti kemasan luaran dan penggunaan briar
“top grade” yang sudah menerima proses “curing” sebaik mungkin.
Sama
ada sebagai konduit untuk menikmati tembakau atau sebuah koleksi karya
seni yang cantik dan bergaya, setiap pipa Castello mampu memberikan anda
kedua-dua dimensi tersebut tanpa mengira sama ada yang berkondisi baru,
estate atau yang telah lama dihasilkan.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment