Setelah
kita melihat kepada perkembangan sejarah Castello di bahagian I,
sekarang adalah masa untuk kita mengenali selok-belok penawaran mereka.
Sepertimana
kebanyakan jenama pipa yang lain, “entry line” atau model yang paling
asas atau permulaan adalah sudah tentu adalah dengan finishing
rusticated, kemudian naik ke sandblasted dan seterusnya ke pipa-pipa
smooth, dimana kadar dan posisi grain menentukan gred dan tingkatan
tertentu. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keluaran Castello dengan
finishing rusticated akan tetapi memiliki gred yang agak tinggi –
kesemuanya akan kita perjelaskan dan kupas satu per satu kelak,
disepanjang siri Compendium ini.
i) Sea Rock
Sea Rock adalah siri Castello “entry level” yang telah diperkenalkan sejak dari Castello mula bertapak di dalam pembuatan pipa lagi. Scotti sangat menyukai fenomena batuan tepi laut yang sering terhakis dek ombak, menjadikan teksturnya cantik lagi menarik. Tanpa disedari Scotti, Sea Rock adalah lebih dari sekadar pengabadian memorinya terhadap fenomena itu.
Walaupun Sea Rock adalah Castello “entry-level”, ia merevolusikan pipa rusticated dengan permukaan rustiknya yang kasar, ditemani penggunaan tona warna merah dan hitam untuk permukaan berbeza-beza yang menjadikan keseluruhan penampilannya agak drastik tetapi “pleasing to the eye”. Masakan tidak, proses pembuatannya juga adalah sangat rumit, memakan masa dan tenaga. Para artisan di Castello menggunakan alat yang berupa skru dengan empat titik yang tajam, menggerakkan tangan mereka ke kiri dan kanan untuk meratakan bahagian rustifikasi itu secara menyeluruh. Koordinasi tangan dengan tenaga yang banyak dari lengan menjadikan proses ini sebagai agak “labour intensive”.
Old Antiquari adalah pipa Castello bergred biasa / regular run yang paling sedikit dihasilkan – kerana 10% briar dan tenaga kerja diperuntukkan untuk menghasilkannya. Ia disudahi dengan proses sandblast yang walaupun tidak menggunakan kederat yabg banyak, ia masih memakan masa yang agak panjang untuk dihasilkan oleh seseorang artisan. Siri ini bermula agak lewat, tidak seawal Sea Rock dan kadar kedalaman blasting nya juga turut bertambah dari masa ke semasa – terutamanya apabila pasaran 90an mulai meminati stail blasting yang lebih dalam.
iii) Trademark
Trademark pula adalah entry level kepada Castello-Castello berkategori “smooth finish”. Kebiasaannya pipa-pipa smooth yang tidak tersenarai untuk kategori Collection dan Castello akan digolongkan di dalam siri ini. Namun ini bukanlah bermakna siri ini adala “reject” kerana terkadang banyak pipa-pipa Trademark yang memiliki unjuran grain yang memukau. Cuma mungkin apa yang terdapat adalah sedikit “blemishes” atau “sandpit” yang tidak terlalu nyata di sekitar bowl atau shank. Atau mungkin juga unjuran grain yang baik tetapi tidak sekata – juga akan dikategorikan di dalam siri Trademark.
Trademark pula adalah entry level kepada Castello-Castello berkategori “smooth finish”. Kebiasaannya pipa-pipa smooth yang tidak tersenarai untuk kategori Collection dan Castello akan digolongkan di dalam siri ini. Namun ini bukanlah bermakna siri ini adala “reject” kerana terkadang banyak pipa-pipa Trademark yang memiliki unjuran grain yang memukau. Cuma mungkin apa yang terdapat adalah sedikit “blemishes” atau “sandpit” yang tidak terlalu nyata di sekitar bowl atau shank. Atau mungkin juga unjuran grain yang baik tetapi tidak sekata – juga akan dikategorikan di dalam siri Trademark.
iv) Castello
Siri
ini dinamakan “Castello” untuk sebab-sebab yang saya tidak ketahui.
Tidak lama dahulu, banyak album pertama dari artis-artis yang
dikeluarkan dengan “self-titled” seperti satu petanda yang ianya adalah
album sulung. Jika teori Ini adalah berkaitan, mungkin it is worth
mentioning yang pipa Castello siri “Castello” adalah pipa yang pertama
menampilkan finishing smooth, jauh sebelum siri Trademark diperkenalkan.
Oleh
kerana siri ini berada “di antara dua darjat” – entry level “Trademark”
dan higher level “Collection”, anda akan menemui bermacam-macam unjuran
grain di sini. Kebiasaannya, pipa-pipa dengan grain cantik tetapi tidak
memiliki unjuran yang terbaik akan diklasifikasikan di siri “Castello”,
seperti contohnya flame grain yang cantik tetapi agak berserakan
susunannya. Ataupun straight grain yang tidak rapat. Kebiasaannya
unjuran grain pada sesebuah pipa dari siri Castello Ini adalah lebih
menarik berbanding siri Trademark. Atau “nicely priced great grains” –
terpulang kepada bagaimana anda mahu menterjemahkannya.
(bersambung minggu hadapan)
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment