Saturday 27 January 2018

Anekdot Perpipaan #10 : Bayonet Soldadu di Gudang Senjata…

Satu penyakit yang saya bersyukur ditimpai setakat ini adalah obsesif saya terhadap sesebuah minat.
Perkara yang tidak baik yang datang dengan perihal sebegini adalah, anda akan kehilangan wang dan masa, kerana anda akan menumpukan sumber kewangan, masa dan tenaga untuk sesuatu. Seperti orang yang gila Moto GP, Man U (or Liverpool, but better be Juventus), kereta half cut, Lego atau apa pun. Setiap perhatian anda akan tertumpu kepada perkara-perkara sebegini. Sampai sanggup bersengkang mata dan beradu tenaga demi mencapai kepuasan terhadap minat tersebut.
Namun begitulah lumrahnya sesebuah hobi yang menjadi obsesi. Bagi orang yang tidak minat, sudah tentu ianya bagaikan membuang masa. Namun bagi yang minat ia adalah sangat menarik dan melalaikan. Banyak kali saya mengatakan yang “it’s not a waste of time if you enjoy the time you waste”, yang juga boleh diaplikasikan kepada duit dan tenaga. Adakah kita rugi wang dan tenaga pergi main futsal sampai lewat malam? Sudah tentu tidak, bukan…
Pernahkah isteri atau anak-anak anda, atau girlfriends anda bertanyakan tentang minat anda terhadap pipa? Balik kerja, terus menuju ke arah pipa anda dan membelek-belek deretan tin baccy untuk memilih baccy malam ini (sepatutnya adalah “baccy petang ini” – kekangan kerja yang semakin meruntun memaksa saya balik ke rumah agak lewat kebelakangan ini) seperti ia adalah satu keutamaan yang lebih penting berbanding makan malam? Mungkin tidak pernah kerana kebiasaannya mereka sudah pun terbiasa melihat kita sebegitu. Namun, ia adalah satu obsesi balik kerja yang sangat dinantikan.
Pernahkah pula mereka bertanyakan kepada anda kenapa anda perlu memiliki beg tangan lelaki yang mirip kepada clutch mereka? Atau mengapa perlu bersusah-payah menusuk-nusukkan pipecleaner ke dalam pipa selepas selesai menikmatinya? “Ada cecair di dalam kayu (pipa) tu – biarkan aja nanti dia kering sendiri lah” moments dan suggestions? Hmm, mereka semestinya tidak mengerti apa yang kita lakukan. Kebiasaannya saya akan hanya senyum dan meneruskan apa sahaja yang sedang saya kerjakan, kerana tiada gunanya bertanding logik akal apabila kegilaan kita sendiri pun sememangnya di luar konteks logik.
Pernahkah pula mereka bertanyakan berapa banyak anda telah habiskan untuk pipa dan baccy? Hmm…jawapan terbaik saya selalunya adalah “Alah, lapan puluh ringgit je pipa ni….” ataupun “daripada beli rokok 17 ringgit sekotak, baik beli baccy, ada lagi 7 ringgit balance…”. Pendek kata, harga pipa saya yang saya “declare” kepada mereka biasanya lapan puluh ringgit. Dan sudah tentunya jangan pernah membawa mereka mengikut anda mengunjungi tobakonis. Tidak, sama sekali.
Saya bukan mengajar anda berbohong. Akan tetapi itulah hakikatnya apabila kita cuba mempertahankan perkara-perkara yang kita sukai. Masa yang panjang pun tidak mencukupi, baccy di cellar hampir mencecah atap pun masih membeli – kerana ada sahaja blend-blend baru yang sangat interesting. Bloody hell.
Dan bagaimana pula dengan pipa-pipa yang bersusun seperti senapang berbayonet milik soldadu di gudang senjata itu? Kelihatan seperti kepunyaan sebuah platun, hakikatnya semua milik kita seorang. Kalau di”rotate” sebulan pun belum tentu habis satu rotation, dan sebelum ia habis kita terfikir-fikir tentang pemburuan baru pula. Mungkin kerana rindukan perasaan dan hati berbunga-bunga tatkala menunggu pipa baru sampai – siapakan tahu betapa hebatnya perasaan itu?
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

No comments:

Post a Comment