Adalah
sangat mudah untuk membina titik kolektiviti yang tinggi bagi setiap
jenama pipa. Siri yang paling mahal tentulah adalah paling “rare” dan
paling diinginkan, bukan? Kita selalu bercakap tentang “the pinnacle of
the collection” – yang biasanya ditag kepada siri-siri yang berstatus
tinggi ini. Jadi boleh dikatakan “rarity” adalah satu persoalan tentang
berapa harga yang mampu anda bayar.
Dengan Castello, ianya bukanlah semudah itu.
Jauh
di suatu sudut, pengkolektivitian Castello memuncak dan berpusar kepada
sesuatu yang lebih bermakna. Satu pengkategorian pipa yang mampu
dimiliki oleh kolektor di tahap mana pun – asalkan mereka tahu apa yang
mereka cari. Satu koleksi yang menampilkan penggunaan bahan yang sangat
baik, yang sudah menerima cukup air curing di kedua-dua arena, sama ada
di bengkel Castello ataupun di rak pameran kolektor asal.
Pernah anda terdengar akan “Legendary Old Briar”?
Oleh
itu, apa yang anda akan dapat adalah sebuah pipa “unsmoked” yang
mungkin dibeli oleh kolektor asal sejak dari tahun 60-70an lagi. Sesuatu
yang tidaklah meralatkan kerana pipa-pipa ini terjaga rapi walaupun
anda bukanlah pemilik pertama nya. Castello pastinya tidak akan
mengeluarkan sesebuah pipa ini semula sekiranya ia tidak menepati
piawaian mereka. Nomenclature “LOB” ditatah pada setiap pipa ini,
menjadikannya satu penghargaan yang tidak ternilai kepada sesebuah pipa
yang sudah pun bertaraf “estate unsmoked”.
Perlu
ditekankan yang kualiti bahan dahulu vs sekarang adalah sangat sukar
untuk ditandingi. Anda bayangkan akan betapa banyaknya pohon briar yang
tua dan matang pada 50 tahun lepas. Blok-blok briar dengan kualiti
sebegini kemudiannya sampai di Castello yang sememangnya mengamalkan
proses “air curing” untuk minimum 8-10 tahun. Sudah tentu hasil yang
bakal dinikmati oleh pemipa adalah briar yang dirawat secara rapi dan
eksesif, jauh dari impurities dan sap/ getah pokok yang terkadang masih
ada di dalam sesebuah blok briar.
Bagi
kolektor, ia adalah satu peluang yang sukar untuk dilepaskan kerana
bukan mudah untuk kita (apatah lagi sesebuah firma) untuk mendapatkan
kembali koleksi-koleksi pipa lama mereka, lebih-lebih lagi yang
berkategori “unsmoked” pada jumlah yang sesuai. Scotti mungkin bertindak
untuk menyimpan semua koleksi-koleksi ini di mini muzium beliau, atau
koleksi sebegini mungkin akan dijual kepada auction house untuk dilelong
sebagai pipa berkategori “estate unsmoked”. Namun Scotti dapat mengesan
titik novelti pengkolektivitian jenama Castellonya dan memutuskan untuk
memberikan pipa-pipa ini satu label baru – LOB – sekaligus memberikan
para peminat Castello satu peluang untuk menikmati kebaikan briar-briar
Corsican (tentunya pada masa itu Castello belum bermula dengan briar
Legurian lagi) yang dirawat rapi oleh mereka.
Bagi
saya, ia adalah “the best of the both world” kerana anda bukan sahaja
bahan briar Corsican itu sendiri adalah highlight kepada siri koleksi
ini, malah kemahiran para artisan Castello terdahulu juga adalah satu
ciri penting yang dapat dizahirkan dengan LOB. Jika koleksi ini benar
adalah dari 60-70an, sudah tentu ada antara pipa-pipa ini yang
dihasilkan oleh nama-nama besar seperti Ascorti atau Luigi Radice,
sebelum mereka meninggalkan Castello untuk melakar sejarah Caminetto. Ia
adalah suatu tanggapan yang sangat mengujakan untuk anda berfikir
tentang betapa pipa di tangan anda adalah hasil kerja nama-nama besar di
arena perpipaan sebegini.
Saya
agak teruja lagi bersyukur kerana diberikan peluang untuk memiliki satu
LOB ini di dalam keadaan pipanya yang masih baru dan “unsmoked”. Dengan
pipa LOB ini, saya diberi peluang untuk mengalami sendiri kebaikan
briar-briar terdahulu. Flavor-flavor perique dan virginia dapat diterima
dengan baik sekali oleh pipa LOB ini. Pembakaran yang berlaku juga
sangat baik sehinggakan pada waktu tertentu dan yang saya masih ingat
dengan jelas lagi adalah pada bowl yang pertama dimana saya tidak perlu
menggunakan tamper langsung untuk mengawal pembakaran di dalam bowl LOB
ini. Saya percaya yang ketepatan kejuruteraan, kawalan kualiti yang
ketat dan penggunaan briar terdahulu yang cukup dirawat adalah gabungan
faktor yang memungkinkan pipa LOB seperti ini berfungsi dengan sangat
baik sekali.
Menelusuri
penawaran Castello, kita boleh senantiasa menantikan Great Line
Fiammata, Perla Nera atau Occhio di Pernice. Atau mungkin Preziosa dan
Pezzo Unico apabila kita ada wang yang lebih untuk memikatnya apabila ia
dikeluarkan. Akan tetapi, Castello hanya menerima sekali sahaja koleksi
pada skala dan kualiti sebegini untuk Legendary Old Briar, dan ia
adalah sangat customer-centric juga bagi Castello untuk menawarkan para
peminatnya peluang untuk mengalami sendiri kebaikan briar dan pembuatan
pipa mereka di suatu masa yang terdahulu.
Selain
dari menikmati segala itu, banyak juga yang saya dapat pelajari dari
Legendary Old Briar ini. Ia adalah satu pipa yang saya tidak akan trade
the whole world with.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment