Industri
perpipaan dan pertembakauan juga tidak terkecuali dari menyambut
perayaan-perayaan sebegini. Sudah menjadi satu lumrah terutamanya kepada
industri pembuatan pipa untuk merayakan ulangtahun dekad demi dekad
mereka, terkadang jubli perak atau jubli emas yang sambutannya lebih
meriah. Kebiasaannya, pengeluaran pipa dengan bentuk yang unik atau
istimewa, selalunya di dalam keluaran terhad, adalah satu norma yang
pasti dinantikan oleh peminat-peminat mereka.
Bagi
industri pertembakauan pula, para blender bertungkus-lumus di dalam
menghasilkan blend-blend khusus untuk perayaan sambutan ulangtahun
blending house mereka. Biasanya ia akan datang di dalam packaging tin
yang istimewa, di dalam bentuk yang terhad, dan selalunya adalah sedikit
gubahan dari blend asal. Ramai peminat tembakau yang tidak melepaskan
peluang untuk memiliki smoking pernaphelia yang unik ini kerana harga
sesebuah baccy ulangtahun yang agak terhad akan baik dengan mendadak
apabila ia habis terjual di pasaran.
Permasalahan
kepada blend-blend ulangtahun sebegini adalah boleh dikatakan hampir
80% yang ditawarkan adalah di dalam jenis aromatik. Mungkin apa yang
dilakukan adalah sedikit perubahan dari blend asal mereka, yang mana apa
yang baru adalah flavor yang diterapkan ke dalam blend itu sendiri. Ini
adalah benar kerana saya rasa kita boleh hitung dengan jari akan
blend-blend anniversary yang bukan aromatik. Tiada masalah untuk
menghasilkan blend aromatik, cuma adalah lebih baik untuk menggunakan
tembakau yang agak berkualiti sekiranya aromatik adalah blend pilihan.
Bermainlah
dengan cara kultivasi yang berlainan atau jenguk-jenguklah long lost
recipe atau cara penyediaan tembakau zaman silam. Atau paling tidak,
berkolaborasilah dengan blender-blender lain atau anjurkan pertandingan
blending untuk mencungkil idea-idea baru dari peminat. That is how you
engage us pipesmokers, terutamanya mereka yang setia dengan blend-blend
keluaran anda.
Pada
saya, blend-blend anniversary adalah lebih dari sekadar tin yang cantik
dan jumlah pengeluaran yang sedikit. Walau bagaimana sukanya kita
kepada tin-tin tembakau yang cantik – paling tidak ia akan menjadi satu
memorabilia kepada kita pemipa kelak – biarlah ia menjadi satu ingatan
yang lebih memberangsangkan seperti “aku masih ingat anniversary blend
ini yang menggabungkan hot-pressed virginia dengan campuran mahalla dan
djebec, ah sangat menyegarkan!” setiap kali kita membelek kembali
tin-tin lama.
Pendek
kata, untuk seseorang tobacco blender, it really say something jika
situasi di atas berlaku ke atas blend anniversary yang kita hasilkan.
Blend anniversary bukanlah hanya sekadar satu medan untuk setakat
menghasilkan untaian tembakau yang hanya akan menjadi kering dan dibuat
potpourri dek isteri anda pada sedikit masa kelak. Ia sepatutnya adalah
jauh lebih bermakna dari itu. Satu peluang kepada tobacco blender untuk
menghasilkan blend-blend baru bermutu tinggi yang mampu menzahirkan
lebih kreativiti dan cetusan idea pertembakauan yang utuh.
Bukankah ia sepatutnya begitu, teman pertembakauan?
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment