Friday 19 January 2018

If It Wasn’t For the Old Dub…

Agak sinis untuk kita memikirkan, betapa kita suka melupakan sesuatu yang senantiasa ada di depan mata…
Seperti yang kita sedia maklum, Old Dublin adalah blend tembakau berteraskan latakia dari Peterson. Strategi pemasaran Peterson yang utuh memastikan kebanyakan negara di dunia ini memiliki bekalan Old Dublin secara berterusan dari dahulu hingga lah sekarang. Pergi sahaja ke mana-mana tobakonis di Malaysia atau di luar negara, tin bulat biru ini senantiasa tersimpan kemas di dalam rak mereka. Jarang hanya satu – selalu di dalam “stack” beberapa tin sekaligus, ia menjadi satu pertaruhan untuk rekomendasi tobakonis apabila blend berteraskan latakia adalah pilihan pemipa baru, atau yang baru mula mahu berjinak dengan blend English.
Ah, sebentar. English?
Naivety di zaman awal perpipaan adalah sangat indah dan terkadang, melalaikan. Tatkala itu, kenapa kita perlu menyerabutkan kepala kita dengan apa itu English blend dan apa pula Scottish blend? What the heck?
Apatah lagi untuk memahami karakteristik Basma, posisinya di kelompok tembakau oriental dan peranannya di dalam sesebuah blend. Kegirangan mencuba blend-blend baru adalah cukup indah dan kompleks buat seketika itu. Kita sibuk dengan tongue bite, tongue burn, dapur, break-in dan segala macam perihal lagi. Jadi sebuah tembakau berteraskan latakia yang potent dan enak adalah sandaran terbaik pada waktu itu.
Akan tetapi, begitulah kita manusia berevolusi. Ketika kita masih kanak-kanak dahulu pun, apakah kepentingan borang EA, kredit kad platinum atau hari gaji kepada kita? Umur, pengalaman dan pengetahuan membina satu landasan yang membezakan apresiasi kita terhadap sesuatu. Dan apabila ia menyentuh bab tembakau, ia adalah acquired taste, acquired knowledge dan acquired preferences. Untuk menjadi “excited” terhadap sesuatu yang dianggap merbahaya dan negatif, well, ia memerlukan pembudayaan kendiri yang agak mapan.
Apa yang sinis adalah apabila segala kompleksiti dicari dan diterokai kita, Old Dublin mulai menjadi klise. Kita sibuk dengan penerokaan dark-fired untuk sedikit efek “spinning room”, keasyikan alunan rasa Semois, eksperimentasi perique terhadap Burley dan Virginia, atau ketaksuban menjejak “holy grail” Syrian Latakia, maka Old Dublin ditolak ke tepi. Tersimpan jauh di dasar cellar, mengumpul habuk di atas penutup tin. Semua kerana tanggapan “ah, pergi tobakonis esok pun boleh beli lima tin” – satu fakta yang kukuh.
Disebalik semua layanan “double-standard” ini, the Old Dub tidak pula merajuk. Di dalam kegelapan dan kesejukan suhu bilik cellar kita, Old Dub menggunakan kesempatan aerobic ini (saya katakan aerobic kerana kebiasaannya tin lama Old Dublin yang di dalam cellar itu adalah sudah dibuka) untuk memperbaiki dirinya menjadi sebuah blend yang lebih gemilang. Old Dub tidak peduli jika anda tidur dengan beratus blend Balkan saban malam. Tidak juga Old Dub peduli apabila anda menggilirkan aromatik bak poligami yang adil, tanpa namanya tersenarai. Ia terus berevolusi dan mempergunakan “shelf time”nya sebaik mungkin. Matlamatnya hanya satu – apabila suatu ketika nanti anda menyelongkar cellar dan mencapai kembali tin biru ini, anda akan dapat menikmati the good Old Dub sebagaimana anda menikmatinya sedikit masa dahulu.
If it wasn’t for the Old Dub, mungkin ramai pemipa yang tidak mengenali blend latakia. Mungkin ramai yang tidak tahu peranan Basma terhadap perapian blending. Atau mungkin kita tidak terfikir akan perbezaan blend English berbanding Scottish. Atau paling mudah, ramai yang tidak akan merasakan peluang untuk menikmati blend latakia baik yang mudah untuk didapatkan pada bila-bila masa.
Oleh yang demikian, tunjukkan sedikit rasa hormat. Secebis kasih sayang. Ambil Old Dub anda keluar dari cellar, sapukan habuk dari penutup tinnya dan isikan untaian ribon ajaib ini ke dalam bowl terbaik anda…
…kerana Old Dub berhak untuk ritual sebegitu rupa.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

No comments:

Post a Comment