Friday 19 January 2018

Ulasan Baccy : Peterson Old Dublin

Peterson Old Dublin memang sentiasa berlegar di pasaran sejak dari dahulu lagi. Sebagai seorang pemipa pemula sedikit masa dahulu, ia adalah satu blend berteraskan Latakia yang sering menjadi pilihan kerana faktor keberadaannya dan juga faktor harganya yang agak mesra poket. Sebagai pemipa pemula, membeli My Mixture 965 atau Nightcap mungkin agak mahal jadi Old Dublin selalunya adalah pilihan terutamanya apabila seseorang pemipa itu mahu menceburkan dirinya ke kancah blend-blend berteraskan Latakia atau English.
Ketika mulai berjinak di dalam dunia perpipaan, hanya Old Dublin sahaja lah blend yang berteraskan latakia/ English yang dihasilkan oleh firma perpipaan Irish itu, yang dijual di sini. Ini adalah sebelum kedatangan Balkan Delight. Jadi boleh dikatakan ia adalah antara blend berteraskan latakia terawal dari Peterson yang saya cuba. Ditambah pula pada ketika itu saya masih mentah, masih mengaitkan apa-apa blend yang mengandungi latakia sebagai blend English.
Namun sejauh manakah Englishness bagi Old Dublin? Namanya sahaja sudah melambangkan Irish. Itu belum pula kita melihat kepada komposisi blendnya. Old Dublin menggunakan Virginia sebagai asas blend dan dibantu oleh latakia dan black cavendish sebagai tembakau sekundernya, yang kemudiannya blend ini diperisakan dengan tembakau oriental jenis Basma. Melihat kepada komposisi ini, Old Dublin sepatutnya dikategorikan sebagai Scottish Blend – kerana kehadiran black cavendish dan sedikit daun oriental di situ. Walaupun begitu, kecelaruan pengkhususan genre dan blending yang melanda dunia perpipaan menyaksikan kebanyakan blend lebih mudah dilabelkan sebagai “English”, cuma pada firasat saya adalah lebih baik kita menggunakan pengkhususan dan genre ini secara lebih tepat, selagi mungkin.
Scottish atau English, Old Dublin tetap menampilkan ciri-ciri smokiness dan earthiness sebagaimana lazimnya sesebuah blend yang menggunakan latakia. Nota-nota tin yang terbit dari Old Dublin adalah smokiness yang klasik milik latakia yang berorientasikan campfire, sedikit jerky meat yang bercampur dengan bau kemanisan ala plum yang identik kepada black cavendish, dan sedikit hay. Top notes mungkin sedikit overwhelming, namun sangat menyelerakan.
Datang di dalam bentuk ribbon, kondisi ribbon Old Dublin adalah sederhana kering dan ia memudahkan kita untuk menikmatinya sama ada secara terus atau setelah ia disimpan buat seketika. Ini adalah satu kelebihan bagi Old Dublin yang saya selalu perhatikan. Konsistensi kondisi kelembapan ribbon di dalamnya adalah setanding blend-blend berjenama seperti Dunhill dan Davidoff. Ini membuatkan false / charring light dan memerun ember di dalam bowl adalah sangat mudah sekali. Sesuatu yang baik untuk pemipa pemula dan veteran, lebih-lebih lagi untuk mereka yang tidak memiliki masa untuk prepping baccy.
Asap yang menerjah palate membawakan flavor sebagaimana yang kita sepatutnya dapat dari sesebuah blend Scottish – keenakan smoky latakia dengan sedikit percikan sour dan sweet notes dari cavendish tadi. Flavor dari latakia ini, walaupun tidak bersifat heavy, adalah agak kuat dan “thick”. Kebiasaannya apabila sesebuah blend memberikan “thick notes” ia adalah agak straightforward akan tetapi Old Dublin mampu membawakannya di dalam setting smokey yang agak smooth – jadi ia adalah sesuatu yang baik untuk palate kita.
Melayani smokiness dari Old Dublin adalah sangat menyenangkan. Walaupun Old Dublin tidak memiliki tahap refined smokiness sepertimana yang kita boleh dapat dari blend-blend English standard, aroma dari retrohaling adalah sangat menyegarkan. Boleh jadi ini adalah efek dari kehadiran daun oriental Basma yang sememangnya diketahui memiliki kadar potensi aromatik / fragrant yang agak tinggi (sepertimana saya pernah kupas sedikit di dalam artikel “That Blasphemous Basma in The Frog Marsh” sedikit masa dahulu).
Old Dublin juga walaupun bukan bersifat keras, adalah agak memuaskan sekali. Terkadang saya mendapati yang wujudnya efek seperti bloated yang menandakan hadirnya vitamin N pada kadar yang banyak. Pemipa veteran juga semestinya akan berpuas hati kerana kompleksiti Old Dublin ditambah lagi pada hujung sesi perpipaan apabila sedikit bitterness juga hadir, bersama dengan intensiti thickness of flavor yang seiringan.
Persoalan Scottish atau English sudah tentu tidak akan mengganggu sesi perpipaan anda dengan Old Dublin, kerana apa yang penting adalah ia mampu memberikan anda kepuasan berpipa yang berpanjangan. Lengkap dengan kemanisan dari cavendish, smokiness yang unmistakably latakia-laden dan aroma dari Basma yang selalu mencuit rongga nasal kita. Ditambah lagi dengan faktor keberadaannya yang selalu ada, Old Dublin tentunya adalah blend “go-to” yang sangat sesuai untuk segenap lapisan pemipa.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

No comments:

Post a Comment