Dari
keinginan ia berkembang menjadi satu kemestian dan seterusnya menjadi
rutin yang tidak lama kemudian bertukar menjadi satu ritual.
Ia
mengambil masa yang agak panjang untuk sesebuah hobi menjadi habit. Dan
apabila ia sudah pun menjadi satu habit, kaedah dan keterbiasan pada
satu sela masa dan ruang pula akan menjadikan ia satu ritual. Dan kita
pasti tahu yang ritual memerlukan “devotion”, dan devotion itulah yang
membentuk kita menjadi seorang insan yang berguna, dengan matlamat dan
pendapat kita yang tersendiri.
Begitulah
halnya kita dengan hobi berpipa ini. Banyak perkara yang kita lakukan
telah dari awal dahulu telah pun menjadi satu rutin kepada diri kita,
terutamanya apabila perkara itu dilakukan berulang-ulang kali. Ia sering
berlaku secara tidak sedar seperti contohnya seorang pemipa yang sudah
terbiasa tamping tembakau di dalam bowl dengan stail “membukit” – yakni
membentuk satu timbunan meninggi di bahagian tengah tembakau dan menekan
bahagian tepi supaya ia lebih terkedalam.
Saya
sendiri tidak terkecuali. Saya sangat menyukai stail tamping sebegini
dan percaya ia akan dapat membantu saya mendapatkan ember yang lebih
baik berbanding dengan hanya menekan rata. Padahal, penghasilan ember
dan kawalannya juga bergantung-harap kepada kadar kelembapan tembakau,
cara ia dipek kedalam bowl, kadar sedutan dan seribu satu faktor lagi
namun itulah ritual yang sukar untuk saya tinggalkan walaupun tiada
pembuktian sains tentang packing membukit ini.
Acapkali
juga kita akan merasakan seperti “serba tak kena” apabila sesuatu
perkara yang biasa dilakukan itu kita tinggalkan, meninggalkan
simptom-simptom seperti resah, badan gatal-gatal, tergaru-garu di sana
sini dan tidak tentu arah. Ini boleh terjadi terutamanya apabila
kebiasaan itu melibatkan sesuatu yang hygienic seperti aktiviti
membersihkan airway shank dan bowl dengan pipecleaner setiap kali
selepas selesai berpipa. Pemipa yang terbiasa dengan aktiviti sebegini
akan secara automatik mengeluarkan pipecleaners selepas sesi
perpipaannya tamat dan akan mengalami perasaan kurang senang seperti
simptom-simptom di atas sekiranya pipa yang masih belum dibersihkan ada
di dalam beg pipa mereka.
Tiada
benar atau salah di dalam hal kebersihan dan hygienic ini sebenarnya,
kerana membiarkan bowl dengan baki tembakau pipa juga mungkin adalah
satu ritual kepada pemipa lain. Hal ini berlaku terutamanya kepada
pemipa yang sangat memuja sesetengah blend. Demi memastikan pipa mereka
diselaputi dengan flavor yang mereka sangat sukakan itu, mereka akan
meninggalkan bowl semalaman, hanya untuk dibersihkan pada keesokan
harinya. Sudah tentu, pipa adalah hak individu dan Kita tidak berhak
untuk menegur ritual-ritual persendirian sebegini.
Malah,
sesetengah ritual adalah agak “abusive” seperti seorang rakan rapat
yang suka mengetuk pipa di bucu meja setiapkali selesai membersihkan
pipanya! Katanya ia memberikan satu “sense of cleanliness” kerana beliau
berjaya menggugurkan abu yang degil yang berkemungkinan melekat di
dasar bowl pipanya. Sudah tentu saya tidak menafikan hak beliau untuk
membersihkan pipa milik beliau sendiri, walaupun pendekatannya mungkin
adalah agak ekstremis dan sadis. Walau bagaimanapun, saya berterima
kasih kepada tuhan yang tidak membuka pintu hati kawan saya tadi untuk
menggunakan pipa meerschaum setakat ini. Kalau tidak, what a waste!
Antara
ritual lain yang lebih mudah difahami adalah cara seseorang pemipa
menguruskan tembakau berbentuk flake. Semua orang memiliki preferensi
tersendiri namun ritual yang selalu kita dapat lihat adalah ketika
seseorang pemipa itu meleraikan flake mereka satu persatu. Terkadang
mereka kelihatan seperti agak asyik dengan aktiviti itu; cuba
menghasilkan output ribbon sebaik mungkin di atas tudung tin tembakau
mereka. Sesetengah mereka akan go to the extreme dengan carikkan
tembakau “single ply” dan ramai yang sudah cukup berpuas hati dengan
proses “rubbing” untuk menghasilkan “broken flake”.
Bagaimana
pendapat saya? Saya juga terkadang akan melibatkan diri di dalam ritual
ini. There’s always something special tentang bauan rerumput dan jerami
lembap dari flake straight virginia ketika ia dicarik-carik yang
meruntun jiwa merindui masa-masa berharga sesi perpipaan. Menikmati
saat-saat sebegini, ditambah pula dengan sesi perpipaan yang baik
selepasnya, adalah satu nikmat dunia yang sukar untuk saya gambarkan.
Terkadang
kita pemipa dahagakan elemen komplikasi di dalam hobi perpipaan ini.
Kita tidak mahu konsep perpipaan menjadi banal dan tidak menarik
sepertimana rokok – yang hanya melibatkan elemen membeli dan mengguna
sahaja. Golongan pemipa selalunya adalah mereka yang sangat menghargai
sumber tembakau dan tahu bagaimana untuk menikmati tumbuhan ciptaan
tuhan ini dengan sangat baik dan bergaya.. Dan yang lebih penting,
nikmat sebegini tidak hanya terbatas kepada sesi intra-smoke sahaja, pre
dan post juga adalah sebuah rentetan nikmat berpanjangan, menjadikannya
satu ritual yang dituruti dan dinanti-nantikan oleh para pemipa saban
hari.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!