Sunday, 27 August 2017

Mempersembahkan “The Castello Compendium” ; Sempena 70 Tahun Bersama Artisanal Kualiti Tinggi



Bagi mereka yang memiliki / pernah memiliki pipa Castello, membakar baccy di dalam bowlnya buat kali yang pertama adalah seperti “satu tompok salutan lumpur di muka” kepada falsafah perpipaan kita…
Kita selalu mencari “the one” – sebuah pipa yang kita rasakan so ultimate, teman tatkala duka yang mampu menceriakan kita bilamana sahaja kita mahukan. Dan dengan sebuah Castello kita dihadiahkan dengan “the one”.

Akan tetapi, sedikit masa lagi “the one” adalah “one too many” – anda akan terus mencari lagi, Castello demi Castello!
Mungkin begitulah perihalnya dengan pipa-pipa lain, dimana kita sebagai kolektor akan tetap membeli (atau terbeli) pipa-pipa – jadi sekali anda terjumpa “the one” dan selepas itu mungkin “the so-so” ataupun “yang biasa-biasa sahaja”. Namun dengan Castello ia adalah sangat berlainan, kerana setiap Castello yang anda beli adalah “the one” – dari kedua-dua segi sama ada estetik mahupun fungsinya.
Jadi, bilakah “the one” akan jadi “the final one”?
imej dari Wallpapersdsc.com
Ramai pemipa di serata dunia yang pernah memiliki Castello (termasuk saya) akan mengutarakan perkara yang sama. Castello akan menghantui anda. Jika Dunhill bermain dengan “branding mystique”, Castello membawa “manliness” dan “sexiness” kepada briar yang dunia tidak pernah lihat dari jenama lain. Cuba anda fikirkan tentang Ferrari, Lamborghini, Ducati, Aprilia, Vespa, Armani, Gucci, Juventus, Monica Bellucci…entah mengapa, Itali adalah sangat efisyen tentang estetik dan functionality.

imej dari Vespa.com
Castello sememangnya telah diakui ramai sebagai salah satu jenama pipa terbaik dunia. Lebih kepada “artisanal workshop” berbanding operasi a-la “factory” seperti Dunhill, Big Ben, atau rakan senegara mereka Savinelli, Castello hanya memiliki 5 ke 6 artisan mahir yang menghasilkan pipa 100% dari tangan mereka sendiri.
Kemahiran mereka, ditambah pula dengan mata yang peka terhadap kualiti, nilai seni dan estetik sesebuah pipa adalah jelas di dalam setiap satu dari 3500 pipa yang mereka keluarkan saban tahun. Ini ditambah pula dengan sumber briar & lucite terbaik yang mereka mampu dapatkan, menjadikan setiap pipa Castello adalah satu work of art.

Tahun ini, Castello meraikan ulang tahunnya yang ke-70. Oleh yang sedemikian, ia agak bersesuaian juga untuk pipa di dunia fana menyampaikan “The Castello Compendium” ini, satu testimoni pada hegemoni perpipaan yang mungkin agak panjang namun penuh dengan informasi dan penghargaan kepada karya seni yang berkualiti tinggi.
 Let’s look it this way; saya memaksa diri saya menjadi lebih rajin dan lebih produktif (kejar sales number / buat overtime / stay up di opis / berjimat-cermat sebulan / bawa bekal nasi + telur dadar kicap ke ofis etc – atau mana satu cara yang berkesan bagi anda) demi mencapai matlamat kendiri untuk mendapat sedikit duit lebih bagi “menghalalkan” pembelian Castello pertama saya. Pipa Castello pertama saya itu menunjukkan saya satu dimensi perpipaan baru yang saya tidak pernah tahu wujud sebelumnya. Bukannya perpipaan sebelum ini adalah tidak baik, akan tetapi saya ditunjukkan akan suatu dunia perpipaan yang lebih “refined” dan keseronokan yang lebih bermakna.
Smoke like a dream, dengan sebuah pipa yang menzahirkan “sexiness” karya artisanal terbaik dari bumi Italia ini adalah salah satu “enticing moments” di dalam dunia perpipaan yang kita patut hargai dan nikmati sepenuhnya. 


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

“That Aileron Roll Manoeuvre” – Dogfights Terhadap Nightcap Nation


Berapa banyak kah latakia yang anda perlukan di dalam blend anda?
Dan perlukah kita menggembleng segala latakia itu?
Latakia bukanlah seperti perique. Tembakau kulitivasi St James Parish itu memang “a little goes a long way”. Latakia sebaliknya adalah sebuah tembakau condiment yang agak lemah dari segi flavoring – ia memerlukan tembakau asas seperti virginia atau burley untuk menyokongnya. Tanpa daunan asas sebegini, keseimbangan sesebuah blend akan menjadi lari dan “unbalanced”.

Walaupun kita tahu yang sesetengah blend memiliki kadar latakia hingga 75%, seperti contoh Pirate Kake, dimana ia ternyata popular kerana fakta itu. Namun agak sukar bagi saya untuk menjadikan blend ini sebagai “staple blend” sepertimana yang saya boleh lakukan untuk My Mixture 965, Old Dublin, Nightcap atau, ahem, Squadron Leader. It’s good to be had (75% latakia content); saya suka akan occasional Pirate Kake time-out bilamana ia diperlukan, namun kekurangan asas tembakau base itu dapat saya rasai, mungkin burley yang ada di dalamnya tidak begitu efektif pada kadar bawah 25% di dalam komposisi blend, meninggalkan smokiness latakianya agak “thick” pada lidah.
Lebih dos latakia tidak bermakna blend itu akan menjadi lebih “English” atau lebih “kaw”, dan kurang latakia tidak pula menjadikan persembahan English sesebuah blend itu hambar. Let’s be realist dan minimalist. Sepertimana seorang chef yang baik, penggunaan badan-bahan perasa adalah sangat minimum namun adunan yang tepat dan pada masa mana sesebuah bahan dimasukkan, memainkan peranan yang lebih penting di dalam penonjolan rasa sesebuah masakan. Same goes for tobacco blenders.
And same goes to Squadron Leader…
Mengecapi tiga ke empat tin Squadron Leader setakat kehidupan berpipa yang fana ini, boleh saya katakan yang kandungan latakianya adalah agak rendah. Malah, dengan melihat kepada komposisi Squadron Leader secara visual, tidak banyak kelihatan untaian ribbon hitam. Yang banyak adalah ribbon coklat terang dan coklat gelap.
Namun, itulah kekuatan sebenar Squadron Leader. Ribbon coklat terang gelap inilah yang mengalunkan kesegaran virginia dengan interplay yang agak hay-ish dan grassy, memberikan lebih bayangan genre stoved virginia berbanding English. Smokiness yang hadir, walaupun tidak intensif sepertimana blend-blend English powerhouse seperti Nightcap dan Levant Mixture atau yang lain-lain, adalah memadai dan memuaskan. 
Dari keterbiasaan dengan blend-blend terbabit kita secara automatik mengharapkan double smokiness apabila blend English powerhouse ini dipack ke dalam bowl pipa dan dengan Squadron Leader, saya mencari interplay antara virginia dan latakia. It’s all about managing one’s expectation.
Jadi, jangan kita mengharapkan sebuah “frontal latakia attack” seperti Nightcap berlaku di sini. Squadron Leader tidak dicipta untuk itu. Bukanlah pula saya anti-Nightcap; sebaliknya saya masih menyimpan Nightcap yang dibeli di salon Dunhill di St James Street sejak lima tahun dahulu. Akan tetapi sebagai pemipa yang peka kita perlu sedar tentang variasi blend English, in itself. There’s so much more in English blend than Nightcap. Apresiasi blend haruslah meluas dan holistik.
Sebenarnya, jika kita lihat pada satu sudut yang lain, ini adalah satu peluang baik untuk “breakaway” dari blend English tradisi sepertimana yang kita tahu dan biasa nikmati. Ataupun kita letakkan ia begini; layan Squadron Leader seadanya dan apabila detik untuk menikmati blend English berdos tinggi itu tiba, capailah tin Nightcap atau Levant Mixture yang sememangnya tersedia ada di tepi meja anda…
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Sunday, 13 August 2017

Samuel Gawith’s Squadron Leader

Samuel Gawith adalah sebuah blending house yang agak terkenal dengan blending-blending ala Lakeland mereka. Pemipa mana yang tidak pernah mendengar tentang Full Virginia Flake, Best Brown Flake, 1792 Flake, Chocolate Flake atau Commonwealth Mixture? Semua Ini adalah blend identik mereka dan kesemuanya adalah berbentuk flake kecuali satu.
Squadron Leader pula adalah salah satu blend English dari Samuel Gawith yang juga agak popular. Malah, ia boleh dikatakan sebagai blend berbentuk ribbon yang paling digemari para peminat blending house itu sendiri. Popularitinya hanya diatasi oleh Full Virginia Flake dan adalah satu blend staple bagi kebanyakan pemipa.
 



Dengan design tin yang menampilkan gambar kapal terbang perang dunia pertama dan kedua, blend ini menggunakan daunan bright dan dark virginia sebagai asas blend, dengan latakia dan daunan Turkish dicampurkan bersama, menjadikannya sebuah blend English secara harfiahnya.
Melihat kepada tembakau yang berada di dalam tin segiempat trademark Samuel Gawith ini, Squadron Leader adalah your no-nonsense lighter English blend. Ia mudah disediakan – terima kasih kepada bentuk ribbonnya yang agak kering, jauh lebih kering berbanding lain-lain blend keluaran Samuel Gawith yang terkenal dengan flake yang agak basah. Nota bauan yang nyata adalah latakia, pemeraman tembakau, hay / jerami, sedikit masam dan tangy. Agak menyelerakan.
Saya masih ingat waktu pertama kali menyalakan Squadron Leader dan menjadi agak terpinga-pinga pada mulanya. Smokiness level bagi Squadron Leader adalah agak muted dan terkebelakang – sesuatu yang mungkin agak mengecewakan kepada peminat English tegar. Apa yang saya dapat rasakan adalah the bright virginia yang sangat menonjol. Boleh dikatakan, permainan virginia squadron leader adalah jauh lebih baik dari latakia yang ada padanya. Dengan campuran bright dan dark virginia, kita dapat menjejak untaian flavor-flavor hay, sedikit tanginess dan smokiness yang tidak terlalu mendalam.
Malah terkadang saya rasakan seperti menikmati premium stoved Virginia, sepertimana yang anda dapat rasakan pada blend McClelland 221B Black Shag, yang ditambah dengan sedikit latakia untuk memberikan dimensi “light English” kepadanya. Mungkin Squadron Leader bukanlah dicipta untuk mengemulasikan blend proper English idaman anda, kerana banyak lagi blend-blend Samuel Gawith yang menjurus ke arah genre itu.
Kehadiran daunan Turkish yang tidak dinyatakan jenisnya mungkin membantu dalam penghasilan flavor-flavor yang agak santai sebegini. Namun campurannya mungkin adalah tidak banyak – kerana tiada flavor manis yang identik dengan blend-blend oriental. Seperti yang saya katakan tadi, flavor grassy lebih menonjol disini dan adalah lebih tepat untuk mengatakan yang Turkish mungkin hanya membantu dalam memberikan sedikit “refined character” kepadanya.
Tidak terlalu kejam untuk saya menyalakan yang Squadron Leader adalah blend English yang agak santai, simple dan bersih – pengaruh oriental adalah rendah tetapi ia membantu latakia untuk menjadi sedikit refined. Smooth smoking dapat dicapai dengan mudah oleh Squadron Leader – terutamanya selepas tin anda dibuka selama 3 bulan ke atas. 
Walaupun peminat blend English tegar mungkin akan sedikit kecewa dengan karakteristik Englishnya yang agak lemah, sebenarnya agak mudah untuk kita menyukai Squadron Leader terutamanya pada sesetengah waktu dimana apa yang kita mahukan adalah blend English yang santai dan lebih menonjol di bahagian base blend virginianya. Atas sebab itulah ia masih merupakan sebuah blend SG yang agak popular di kalangan pemipa. How could majority goes wrong?


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Wednesday, 9 August 2017

Anekdot Perpipaan #8 : It’s never a chore (it’s a chord)

Sedar tak sedar, pipa di dunia fana sudah pun memiliki 157 artikel – and what a journey it was! 
Menulis bukanlah satu perkara yang mudah. Memikirkan kembali betapa bosannya subjek BM dan BI dahulu (Bahasa Arab was not quite boring – sebab ustazah saya cantik), agak ironi untuk mengasah kalam dan menggores madah sekarang.

Ramai yang bertanya kepada saya sebenarnya – dari mana datangnya minat dan dedikasi untuk menulis saban minggu. Sebenarnya saya bukan menulis pada setiap hari Khamis sebelum artikel itu disiarkan di dunia fana pada keeseokan harinya. That would be too structured already. Let’s just let it flow. Saya menulis apabila ilham dan idea datang. Ia bagaikan satu work in progress sehinggalah ia siap. Semuanya juga adalah sangat rawak. Ada katanya seminggu tiga ke empat artikel dan ada juga masa dimana saya tidak menulis langsung di dalam minggu tertentu.
Saya sememangnya menyimpan satu nota memo untuk saya tulis, coret, lukis, agak cakar-ayamly, tentang pipa, tembakau dan anything perpipaan. Ia menjadi satu tabiat untuk saya bawa ke mana sahaja. Kalau terlupa, kertas memo pad di hotel atau bilik mesyuarat regional office menjadi mangsa tatkala idea datang apabila saya outstation. Ia bagaikan satu memorabilia yang menarik buat saya. Dan dari situ lahirlah artikel-artikel tersebut; dari rangka menjadi satu plan, kemudian perenggan demi perenggan terbentuk – jarang secara terus, selalunya sebagai work in progress bergantung kepada penjurusan minat pada masa tersebut – dan akhirnya ia siap sebagai artikel. Proof reading menyusul kemudian.
Mudah untuk memasukkan pengisian di dalam sesebuah rangka artikel apabila kita ada pengetahuan tentang subjek artikel terbabit. Pengetahuan sebegini harus datang dari pembacaan kita, pemerhatian kita, kajian dan penyelidikan kita, perkongsian ilmu dari perbincangan kita dengan rakan-rakan – dimana semua ini akan membentuk satu informasi yang berguna apabila kita menggunakannya dan berkongsi tentangnya.
Artikel-artikel saya juga adalah satu cara untuk saya berkongsi dengan para pembaca yang rata-rata adalah pemipa yang berkongsi minat dan passion yang sama. Dari situ banyak teguran dan pembetulan yang kita boleh perolehi apabila artikel dikongsi dan diperbincangkan. That’s how knowledge work. Having said that, ego has to be set aside – janganlah pula kita cepat tersentap apabila perkongsian kita ditegur. Saya percaya semua teguran adalah ikhlas dan bersifat membina. Saya juga sentiasa percaya yang what really matter is the journey to perfection, sebab you can’t reach perfection. Nobody did.
Kelompok pemipa ini tidak ramai sebenarnya, dan ia adalah satu scene yang dijanakan oleh love and passion. Para tobakonis, estate pipe seller etc semua tidak membuat untung pada kadar yang banyak. Nobody drives Bugatti Veyron dengan keuntungan dari berniaga di dalam komuniti kita setakat ini. Apa yang mereka buat berpaksikan kepada love dan passion untuk pipa dan tembakau, and that all it takes untuk menjadikan dunia dan scene perpipaan kita menarik.
Ok berbalik kepada artikel. Oleh kerana saya menulis berlandaskan idea, pada tiap-tiap masa biasanya saya akan ada 7-8 artikel yang sudah siap. Jadi saya hanya perlu mengatur artikel ini seperti sebuah study plan. Selalunya kita ikut plan yang telah direncana namun ada kalanya beberapa artikel baru yang disiapkan lebih sesuai disiarkan pada masa-masa tertentu, menyebabkan artikel-artikel di dalam study plan itu tertangguh. Biasa lah tu, manusia hanya merencana bukan memberikan ketentuan.
 
Jadi, what’s driving you to write articles by articles on pipesmoking – tanya seorang pembaca dari Spain tempohari. Saya suka meneliti dan membelek pipa dan tembakau. Material, bentuk, kejuruteraannya, finishing, aksentuasi, stem yang berkilat, tin art, struktur flake, ramuan dan resepi blend – semuanya menarik. Now sprinkle some element of rarity and uniqueness in it; blend yang sudah tidak dikeluarkan lagi, aksentuasi perak dan permata, shape yang sukar untuk didapati, mistik penjenamaan – hush semuanya ada pada pipa dan baccy. Mudah untuk saya menulis panjang tentang perkara yang saya suka.

It’s never a chore, but it’s a chord for me to struck in…


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

PENDEKATAN VA/PER YANG TIDAK ORTODOKS ; TINJAU-INTAI STONEHENGE FLAKE



Stonehenge Flake adalah satu memori yang agak jauh (jika ada) untuk peminat VA/Per dan VA/Bur. Tahun 2001 – saya sendiri masih belum mula berpipa dan masih adalah seorang pelajar!
Dan pada tahun itulah juga G.L. Pease berkolaborasi dengan John Gawith dari “blending house” Gawith Hoggarth untuk menghasilkan satu blend VA/Per yang mengaplikasikan proses pembuatan tembakau tradisional Lakeland. Percubaan pertama yang diikuti dengan 1500 tin untuk jualan itu habis terjual pada masa yang singkat dan ramai pemipa yang tidak sempat membelinya; hanya mampu memburu di pasaran “after sales” yang menyaksikan harganya meningkat tiga ke empat kali ganda, atau seperti kebanyakan kita menunggu keluaran kedua blend yang diberi nama “Stonehenge Flake” ini.
Akan tetapi siapa yang dapat menyangka yang penantian itu memakan masa yang sangat panjang – dan di dalam kes ini, hampir 16 tahun?
Stonehenge Flake menggunakan beberapa daunan flue-cured dan sun-cured dari Brazil, Zimbabwe dan Malawi sebagai asas blend. Perique digunakan sebagai “spice elements” dan sedikit burley turut diadun untuk memberi lebih dimensi kepada keseluruhan blend. Ianya kemudian dikukus, di”hot-pressed” sehingga menjadi blok dan di”aged” secukupnya sebelum ia dipotong kepada flake yang merupakan “final product” kepada kita. Perhatikan flake yang cantik ini, dengan adunan daun-daun tadi membentuk satu corak yang sangat rawak tetapi menyelerakan.

Perkara pertama yang anda akan perasan adalah nota-nota bauan dari tin Stonehenge Flake – ia agak lain dari yang lain. Campuran cocoa, coklat, krim, bau jerami basah yang agak masam, ground nutmeg yang sedikit pedas, ketumbar, sedikit elemen rempahan untuk memerap daging – semua ini mengiringi nota cardamom yang agak kuat. Bayangkan susu kocak coklat yang dicampur dengan segala rempahan ini, ia bagaikan satu “medley” rempahan mocktail di dalamnya!
Berdasarkan pemerhatian saya disepanjang pembakaran 7-8 bowl setakat ini, Stonehenge Flake adalah satu blend yang agak “potent” dan memuaskan. Ia tergolong di dalam genre VA/Per dengan sedikit adunan burley yang mungkin menjadikannya satu ” marriage” yang meriah di antara tunjang VA/Per dan sedikit ciri VA/Bur. Cara ia disediakan adalah seperti blend-blend Lakeland (kukus, “hot-pressed” dan aged) namun setakat ini saya gagal untuk menemukan apa-apa flavor yang boleh menjurus ke arah Lakeland.
 
Pedulikan sebentar akan rujukan Lakeland ini, kerana “the real highlight” bagi saya adalah “marriage” antara VA/Per + VA/Bur seperti yang dikatakan tadi. Pada permulaan, flavor-flavor utama VA/Per adalah “spot on”, sepertimana anda boleh dapatkan dari Dunhill Elizabethan Mixture. Namun keseronokan Stonehenge bermula apabila pembakaran menjadi stabil dan ember terbentuk, dimana flavor VA/Bur yang sedikit “nutty” lengkap dengan nuansa “spiced chocolate” akan bergabung dengan itinerari VA/Per tradisi – “hay-ish”, pedas (terkadang, heavy serta sedikit perit di tekak) dan “bright”. Mungkin kesamaan beberapa komposisi dan cara penyediaan akan mengingatkan kita kepada Peterson 3P, diiringi “golden hay goodness” dari VA/Per yang bersifat “bright” seperti rujukan kepada Elizabethan tadi.
Kepedasan adalah agak jelas, mungkin datang dari Perique dan boleh dikatakan agak menyengat di rongga nasal anda. Stonehenge Flake versi 2001 sememangnya menggunakan perique asli dari St James Parish dan keluaran kali ini kita hanya diberitahu yang ianya adalah “perique” – tidak pasti adakah ia masih “Straight St James” atau Acadian perique – akan tetapi flavor perique yang ada di dalam flake ini ternyata agak jelas dan sangat baik.
Blend ini sudah pun agak kompleks walaupun tinnya baru dibuka tidak sampai sebulan, dan untuk membayangkan betapa baiknya faktor “aging” kepada blend ini di kemudian hari, ia membuatkan kita kecur air liur dan tidak sabar untuk menunggu hasilnya. Tambahan pula, ia sememangnya dicipta untuk “aging beautifully” mengenangkan ia datang di dalam bentuk flake yang agak tebal dan sedikit lembap.
Ramalan akan Stonehenge Flake kali ini akan menuruti blend asalnya juga hampir jadi kenyataan. 3000 tin yang ada untuk jualan di Smokingpipes.com telah pun hampir habis (ketika artikel ini ditulis pada 23 Julai – genap sebulan ia diiklankan di laman sesawang itu, hanya 300 lebih tin sahaja yang masih tinggal – 2700 tin telah dibeli dan di”cellar” oleh ramai pemipa dengan pemikiran mikro-ekonomik baccy yang baik nampaknya). Syukurlah yang ianya disasarkan sebagai “regular run” sekarang. Namun, kita juga tahu akan beberapa blend “regular run” yang sudah semakin pupus seperti Pelican dari Butera, Three Oaks Syrian (dan anything Syrian sekarang), blend-blend Germain & Sons – kesemuanya adalah “regular run” sebelum ianya menjadi “regularly out-of-stock”!
Dunia tembakau sudah dikenalpasti sebagai satu medan yang agak kejam dengan pertambahan pemipa baru saban hari dan faktor mikro-ekonomik baccy seperti the hoarders, the hedgers dan the prospectors, tiada apa pun yang pasti jadi selamatkan diri anda dari menyesal di kemudian hari – pesan lah dua tin hari ini (satu untuk di”cellar” dan satu untuk dinikmati sekarang). 
You see, that’s why saya sangat menyukai tembakau pipa. Sentiasa penuh dengan elemen kejutan dan ketidakpastian tentang keberadaan bahan. Hal ini ditambah pula dengan pergerakan anti tembakau yang sudah pun meletakkan banyak syarat-syarat kepada pengeluar tembakau, menjadikan keadaan semakin kusut lagi tidak menentu.


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!