Solani adalah antara blend yg kita boleh dapati di Malaysia. Walaupun tidak semua blendnya memasuki pasaran kita, White & Black (SWB) adalah blend yg sangat diperlukan di sini, lantaran janji Syrian latakia yg jarang didapati ini akan meruntun jiwa2 yg kacau.
Datang dgn persembahan tin yg berwarna silver dan putih, pakejnya agak kemas dan senang dilihat dari kaunter tobacconist yg membawa produk ini. Dari tin, kita hanya diberitahu tentang ianya adalah english blend, dengan campuran virginia dan latakia, RR. RR disini merujuk kepada "ready rubbed" sebagai indikasi bentuk tembakau yg sudah pun digosok, sedia untuk dimasukkan ke dalam bowl pipa anda.
Bila tin dibuka, bau plum masam dan sedikit pastri bakar dikesan. Datangnya tembakau ini di dalam bentuk broken flake, jadi sedikit kelembapan sepatutnya dapat dirasai dan mungkin sedikit prep utk jangkamasa yg singkat (1-2 jam) adalah memadai. Namun, jika anda mahu terus packing ke dlm bowl pun tidak mengapa.
SWB mudah dinyalakan, walaupun tidak semudah blends yg dtg di dlm bentuk ribbon cut. Nyalaan permulaan (first lighting) adalah baik, asap putih berkepul naik dan sweet flavor dari black cavendish mula menerjah palate anda, bersaing dengan spiciness dan smokiness dari Syrian latakia. Virginia nya agak lambat ke depan, tetapi saya masih dapat mengesan flavornya yg berada di belakang dan memainkan peranan seperti asas / base kepada dua flavor terdahulu. Interplay flavor dari dua komponen tembakau ini sangat menarik, dan virginia sebagai base memastikan komposisi rasa ini tidak hollow dan ringan. Jalinan flavor yg indah ini kekal hingga ke hujung suku bowl.
Kebiasaannya, dgn SWB ini setiap suku bowl saya perlukan relight. Ketika ia hampir masuk ke pertengahan bowl, virginia mula memainkan peranan di depan, menggantikan nuansa black cavendish + Syrian latakia tadi yg semakin samar ke belakang. Walaupun begitu, Syrian latakia tidaklah terus hilang dan masih memainkan peranan penting. Juga saya dapati kadar nikotin SWB adalah sederhana. Mujurlah virginia yg digunakan dapat memberikan roundness flavor profile utk blend ini, jadi masih ada punch disepanjang perpipaan.
Sampai di hujung bowl, adunan black cavendish dan Syrian latakia sudah pun lemah dan virginia kekal di depan sampai ke garisan penamat. Tiada kepahitan di hujung bowl, pembakaran yg berlaku adalah sempurna. Abu putih yg sekata mudah didapati dgn SWB, bermakna kualiti tembakau yg digunakan adalah baik. Dari awal hingga akhir, SWB memang memuaskan dan anda tahu keinginan untuk mencapai tin putih silver yg kemas ini agak sukar dibendung.
Adalah penting untuk kita sedari bahawa SWB ini bukanlah 100% English blend seperti yg kita sangka dan seperti yg dilabel pengeluar. Ini kerana komposisi blend ini yg menggunakan black cavendish sebagai salah satu komponen tembakaunya. Seperti yg kita sudah maklum, campuran virginia sebagai asas blend, Syrian latakia dan black cavendish sepatutnya menghasilkan Scottish blend. Namun mungkin kerana black cavendish yg dicampur itu adalah dlm kuantiti yg minimal, atau keupayaan Syrian latakia mengubah flavor profile cavendish tadi telah pun menghasilkan satu English mixture yg sedikit manis. Suatu hasil yg menarik dan tidak terdapat pada kebanyakan English blends.
Nuansa flavor Syrian latakia bertemu black cavendish menghasilkan profile yg agak menakjubkan. Mungkin inilah yg melontarkan SWB balik ke label English blend, dimana nuansa flavor ini menenggelamkan over-sweet tasting yg menjadi trademark Scottish blend. Ini tentunya jarang berlaku kerana sepanjang ingatan saya tiada Scottish blend yg menggunakan Syrian latakia sebelum ini.
Dengan ini bolehlah kita simpulkan bahawa SWB adalah English blend yg sedikit sweet tasting, dipenuhi dengan kebaikan Syrian latakia yg semakin sukar didapati, dan dapat memberikan anda keenakan baccy dari suatu sudut yg sedikit berlainan. Keunikan gabungan flavor yg terhasil dari adunan jitu Syrian latakia dan black cavendish bakal membawa anda ke satu dimensi perpipaan yg pastinya menarik dan berbeza.