Alangkah
indahnya idea untuk menyukai dan memiliki bekalan baccy tanpa had. Di
sini, anda memerlukan sedikit palate training. Tidak salah untuk kita
menyukai Hearth & Home Blackhouse atau Penzance atau Three Oak
Syrian akan tetapi where the heck anda mahu membelinya apabila tin anda
habis kelak? Jadi latihlah palate anda untuk menyukai beberapa blend
yang memiliki tahap keberadaan yang tinggi seperti Erinmore (dari zaman
tok nenek kita hinggalah sekarang, Erinmore atau lebih senang dikenali
sebagai “cap nenas” masih boleh didapati pada bila-bila masa anda
mahukannya. Habis baccy pada jam dua pagi? No worries – pergi 7-11 dan
beli lah setin cap nenas!). Atau baccy-baccy Peterson atau Dunhill yang
selalu ada di tobakonis-tobakonis online dan tempatan. Ini akan
mengurangkan faktor “kecewa menggigit jari” atau menggigit stem sehingga
rosak.
My
Mixture 965 dan Nightcap kekal bertahan sepanjang zaman, popular dan
menjadi bualan di serata dunia. Dengan sebatang pipa dan se tin Nightcap
di atas meja di Café le Buci di Rue Dauphine, pasti seseorang akan
menyapa anda dan ia akan menjadi satu topik perbualan yang baik dengan
mana-mana patron yang juga pemipa. Malah, jika anda adalah seorang sweet
talker, mungkin ada gadis-gadis yang akan duduk di sebelah anda sambil
mendengar anda bercerita tentang Nightcap (ok, latakia-based baccy
memang agak sukar untuk anda bermesra dengan masyarakat sosial jadi
kenapa tidak pack sahaja Devil’s Holiday di dalam bowl pipa itu?). I
leave the rest of the evening to your own imagination then.
Alangkah
indahnya idea untuk menyalakan baccy di dalam bowl pipa anda dengan
sebatang dua mancis dan walla – anda kekal ber-amber dan berasap hingga
ke hujung bowl! Hal ini bukan sahaja memerlukan sebuah pipa dengan
airflow engineering yang baik, malah ia menuntut skill dan kemahiran
seseorang pemipa di dalam prepping dan packing baccy, kawalan sedutan
dan kekerapan tamping. Secara peribadi, lebih mudah untuk mencipta
fenomena ini di dalam pipa yang memiliki open airflow namun magical
moments know no rules – terkadang kesemua faktor just nice bergabung
menjadi satu di dalam bowl pipa apa pun yang anda gunakan. Jika ia
adalah your lucky day.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment