Saturday, 27 January 2018

Anekdot Perpipaan #10 : Bayonet Soldadu di Gudang Senjata…

Satu penyakit yang saya bersyukur ditimpai setakat ini adalah obsesif saya terhadap sesebuah minat.
Perkara yang tidak baik yang datang dengan perihal sebegini adalah, anda akan kehilangan wang dan masa, kerana anda akan menumpukan sumber kewangan, masa dan tenaga untuk sesuatu. Seperti orang yang gila Moto GP, Man U (or Liverpool, but better be Juventus), kereta half cut, Lego atau apa pun. Setiap perhatian anda akan tertumpu kepada perkara-perkara sebegini. Sampai sanggup bersengkang mata dan beradu tenaga demi mencapai kepuasan terhadap minat tersebut.
Namun begitulah lumrahnya sesebuah hobi yang menjadi obsesi. Bagi orang yang tidak minat, sudah tentu ianya bagaikan membuang masa. Namun bagi yang minat ia adalah sangat menarik dan melalaikan. Banyak kali saya mengatakan yang “it’s not a waste of time if you enjoy the time you waste”, yang juga boleh diaplikasikan kepada duit dan tenaga. Adakah kita rugi wang dan tenaga pergi main futsal sampai lewat malam? Sudah tentu tidak, bukan…
Pernahkah isteri atau anak-anak anda, atau girlfriends anda bertanyakan tentang minat anda terhadap pipa? Balik kerja, terus menuju ke arah pipa anda dan membelek-belek deretan tin baccy untuk memilih baccy malam ini (sepatutnya adalah “baccy petang ini” – kekangan kerja yang semakin meruntun memaksa saya balik ke rumah agak lewat kebelakangan ini) seperti ia adalah satu keutamaan yang lebih penting berbanding makan malam? Mungkin tidak pernah kerana kebiasaannya mereka sudah pun terbiasa melihat kita sebegitu. Namun, ia adalah satu obsesi balik kerja yang sangat dinantikan.
Pernahkah pula mereka bertanyakan kepada anda kenapa anda perlu memiliki beg tangan lelaki yang mirip kepada clutch mereka? Atau mengapa perlu bersusah-payah menusuk-nusukkan pipecleaner ke dalam pipa selepas selesai menikmatinya? “Ada cecair di dalam kayu (pipa) tu – biarkan aja nanti dia kering sendiri lah” moments dan suggestions? Hmm, mereka semestinya tidak mengerti apa yang kita lakukan. Kebiasaannya saya akan hanya senyum dan meneruskan apa sahaja yang sedang saya kerjakan, kerana tiada gunanya bertanding logik akal apabila kegilaan kita sendiri pun sememangnya di luar konteks logik.
Pernahkah pula mereka bertanyakan berapa banyak anda telah habiskan untuk pipa dan baccy? Hmm…jawapan terbaik saya selalunya adalah “Alah, lapan puluh ringgit je pipa ni….” ataupun “daripada beli rokok 17 ringgit sekotak, baik beli baccy, ada lagi 7 ringgit balance…”. Pendek kata, harga pipa saya yang saya “declare” kepada mereka biasanya lapan puluh ringgit. Dan sudah tentunya jangan pernah membawa mereka mengikut anda mengunjungi tobakonis. Tidak, sama sekali.
Saya bukan mengajar anda berbohong. Akan tetapi itulah hakikatnya apabila kita cuba mempertahankan perkara-perkara yang kita sukai. Masa yang panjang pun tidak mencukupi, baccy di cellar hampir mencecah atap pun masih membeli – kerana ada sahaja blend-blend baru yang sangat interesting. Bloody hell.
Dan bagaimana pula dengan pipa-pipa yang bersusun seperti senapang berbayonet milik soldadu di gudang senjata itu? Kelihatan seperti kepunyaan sebuah platun, hakikatnya semua milik kita seorang. Kalau di”rotate” sebulan pun belum tentu habis satu rotation, dan sebelum ia habis kita terfikir-fikir tentang pemburuan baru pula. Mungkin kerana rindukan perasaan dan hati berbunga-bunga tatkala menunggu pipa baru sampai – siapakan tahu betapa hebatnya perasaan itu?
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Friday, 19 January 2018

If It Wasn’t For the Old Dub…

Agak sinis untuk kita memikirkan, betapa kita suka melupakan sesuatu yang senantiasa ada di depan mata…
Seperti yang kita sedia maklum, Old Dublin adalah blend tembakau berteraskan latakia dari Peterson. Strategi pemasaran Peterson yang utuh memastikan kebanyakan negara di dunia ini memiliki bekalan Old Dublin secara berterusan dari dahulu hingga lah sekarang. Pergi sahaja ke mana-mana tobakonis di Malaysia atau di luar negara, tin bulat biru ini senantiasa tersimpan kemas di dalam rak mereka. Jarang hanya satu – selalu di dalam “stack” beberapa tin sekaligus, ia menjadi satu pertaruhan untuk rekomendasi tobakonis apabila blend berteraskan latakia adalah pilihan pemipa baru, atau yang baru mula mahu berjinak dengan blend English.
Ah, sebentar. English?
Naivety di zaman awal perpipaan adalah sangat indah dan terkadang, melalaikan. Tatkala itu, kenapa kita perlu menyerabutkan kepala kita dengan apa itu English blend dan apa pula Scottish blend? What the heck?
Apatah lagi untuk memahami karakteristik Basma, posisinya di kelompok tembakau oriental dan peranannya di dalam sesebuah blend. Kegirangan mencuba blend-blend baru adalah cukup indah dan kompleks buat seketika itu. Kita sibuk dengan tongue bite, tongue burn, dapur, break-in dan segala macam perihal lagi. Jadi sebuah tembakau berteraskan latakia yang potent dan enak adalah sandaran terbaik pada waktu itu.
Akan tetapi, begitulah kita manusia berevolusi. Ketika kita masih kanak-kanak dahulu pun, apakah kepentingan borang EA, kredit kad platinum atau hari gaji kepada kita? Umur, pengalaman dan pengetahuan membina satu landasan yang membezakan apresiasi kita terhadap sesuatu. Dan apabila ia menyentuh bab tembakau, ia adalah acquired taste, acquired knowledge dan acquired preferences. Untuk menjadi “excited” terhadap sesuatu yang dianggap merbahaya dan negatif, well, ia memerlukan pembudayaan kendiri yang agak mapan.
Apa yang sinis adalah apabila segala kompleksiti dicari dan diterokai kita, Old Dublin mulai menjadi klise. Kita sibuk dengan penerokaan dark-fired untuk sedikit efek “spinning room”, keasyikan alunan rasa Semois, eksperimentasi perique terhadap Burley dan Virginia, atau ketaksuban menjejak “holy grail” Syrian Latakia, maka Old Dublin ditolak ke tepi. Tersimpan jauh di dasar cellar, mengumpul habuk di atas penutup tin. Semua kerana tanggapan “ah, pergi tobakonis esok pun boleh beli lima tin” – satu fakta yang kukuh.
Disebalik semua layanan “double-standard” ini, the Old Dub tidak pula merajuk. Di dalam kegelapan dan kesejukan suhu bilik cellar kita, Old Dub menggunakan kesempatan aerobic ini (saya katakan aerobic kerana kebiasaannya tin lama Old Dublin yang di dalam cellar itu adalah sudah dibuka) untuk memperbaiki dirinya menjadi sebuah blend yang lebih gemilang. Old Dub tidak peduli jika anda tidur dengan beratus blend Balkan saban malam. Tidak juga Old Dub peduli apabila anda menggilirkan aromatik bak poligami yang adil, tanpa namanya tersenarai. Ia terus berevolusi dan mempergunakan “shelf time”nya sebaik mungkin. Matlamatnya hanya satu – apabila suatu ketika nanti anda menyelongkar cellar dan mencapai kembali tin biru ini, anda akan dapat menikmati the good Old Dub sebagaimana anda menikmatinya sedikit masa dahulu.
If it wasn’t for the Old Dub, mungkin ramai pemipa yang tidak mengenali blend latakia. Mungkin ramai yang tidak tahu peranan Basma terhadap perapian blending. Atau mungkin kita tidak terfikir akan perbezaan blend English berbanding Scottish. Atau paling mudah, ramai yang tidak akan merasakan peluang untuk menikmati blend latakia baik yang mudah untuk didapatkan pada bila-bila masa.
Oleh yang demikian, tunjukkan sedikit rasa hormat. Secebis kasih sayang. Ambil Old Dub anda keluar dari cellar, sapukan habuk dari penutup tinnya dan isikan untaian ribon ajaib ini ke dalam bowl terbaik anda…
…kerana Old Dub berhak untuk ritual sebegitu rupa.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Ulasan Baccy : Peterson Old Dublin

Peterson Old Dublin memang sentiasa berlegar di pasaran sejak dari dahulu lagi. Sebagai seorang pemipa pemula sedikit masa dahulu, ia adalah satu blend berteraskan Latakia yang sering menjadi pilihan kerana faktor keberadaannya dan juga faktor harganya yang agak mesra poket. Sebagai pemipa pemula, membeli My Mixture 965 atau Nightcap mungkin agak mahal jadi Old Dublin selalunya adalah pilihan terutamanya apabila seseorang pemipa itu mahu menceburkan dirinya ke kancah blend-blend berteraskan Latakia atau English.
Ketika mulai berjinak di dalam dunia perpipaan, hanya Old Dublin sahaja lah blend yang berteraskan latakia/ English yang dihasilkan oleh firma perpipaan Irish itu, yang dijual di sini. Ini adalah sebelum kedatangan Balkan Delight. Jadi boleh dikatakan ia adalah antara blend berteraskan latakia terawal dari Peterson yang saya cuba. Ditambah pula pada ketika itu saya masih mentah, masih mengaitkan apa-apa blend yang mengandungi latakia sebagai blend English.
Namun sejauh manakah Englishness bagi Old Dublin? Namanya sahaja sudah melambangkan Irish. Itu belum pula kita melihat kepada komposisi blendnya. Old Dublin menggunakan Virginia sebagai asas blend dan dibantu oleh latakia dan black cavendish sebagai tembakau sekundernya, yang kemudiannya blend ini diperisakan dengan tembakau oriental jenis Basma. Melihat kepada komposisi ini, Old Dublin sepatutnya dikategorikan sebagai Scottish Blend – kerana kehadiran black cavendish dan sedikit daun oriental di situ. Walaupun begitu, kecelaruan pengkhususan genre dan blending yang melanda dunia perpipaan menyaksikan kebanyakan blend lebih mudah dilabelkan sebagai “English”, cuma pada firasat saya adalah lebih baik kita menggunakan pengkhususan dan genre ini secara lebih tepat, selagi mungkin.
Scottish atau English, Old Dublin tetap menampilkan ciri-ciri smokiness dan earthiness sebagaimana lazimnya sesebuah blend yang menggunakan latakia. Nota-nota tin yang terbit dari Old Dublin adalah smokiness yang klasik milik latakia yang berorientasikan campfire, sedikit jerky meat yang bercampur dengan bau kemanisan ala plum yang identik kepada black cavendish, dan sedikit hay. Top notes mungkin sedikit overwhelming, namun sangat menyelerakan.
Datang di dalam bentuk ribbon, kondisi ribbon Old Dublin adalah sederhana kering dan ia memudahkan kita untuk menikmatinya sama ada secara terus atau setelah ia disimpan buat seketika. Ini adalah satu kelebihan bagi Old Dublin yang saya selalu perhatikan. Konsistensi kondisi kelembapan ribbon di dalamnya adalah setanding blend-blend berjenama seperti Dunhill dan Davidoff. Ini membuatkan false / charring light dan memerun ember di dalam bowl adalah sangat mudah sekali. Sesuatu yang baik untuk pemipa pemula dan veteran, lebih-lebih lagi untuk mereka yang tidak memiliki masa untuk prepping baccy.
Asap yang menerjah palate membawakan flavor sebagaimana yang kita sepatutnya dapat dari sesebuah blend Scottish – keenakan smoky latakia dengan sedikit percikan sour dan sweet notes dari cavendish tadi. Flavor dari latakia ini, walaupun tidak bersifat heavy, adalah agak kuat dan “thick”. Kebiasaannya apabila sesebuah blend memberikan “thick notes” ia adalah agak straightforward akan tetapi Old Dublin mampu membawakannya di dalam setting smokey yang agak smooth – jadi ia adalah sesuatu yang baik untuk palate kita.
Melayani smokiness dari Old Dublin adalah sangat menyenangkan. Walaupun Old Dublin tidak memiliki tahap refined smokiness sepertimana yang kita boleh dapat dari blend-blend English standard, aroma dari retrohaling adalah sangat menyegarkan. Boleh jadi ini adalah efek dari kehadiran daun oriental Basma yang sememangnya diketahui memiliki kadar potensi aromatik / fragrant yang agak tinggi (sepertimana saya pernah kupas sedikit di dalam artikel “That Blasphemous Basma in The Frog Marsh” sedikit masa dahulu).
Old Dublin juga walaupun bukan bersifat keras, adalah agak memuaskan sekali. Terkadang saya mendapati yang wujudnya efek seperti bloated yang menandakan hadirnya vitamin N pada kadar yang banyak. Pemipa veteran juga semestinya akan berpuas hati kerana kompleksiti Old Dublin ditambah lagi pada hujung sesi perpipaan apabila sedikit bitterness juga hadir, bersama dengan intensiti thickness of flavor yang seiringan.
Persoalan Scottish atau English sudah tentu tidak akan mengganggu sesi perpipaan anda dengan Old Dublin, kerana apa yang penting adalah ia mampu memberikan anda kepuasan berpipa yang berpanjangan. Lengkap dengan kemanisan dari cavendish, smokiness yang unmistakably latakia-laden dan aroma dari Basma yang selalu mencuit rongga nasal kita. Ditambah lagi dengan faktor keberadaannya yang selalu ada, Old Dublin tentunya adalah blend “go-to” yang sangat sesuai untuk segenap lapisan pemipa.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Wednesday, 10 January 2018

Resolusi Pipa 2018 : Retro-Futurisma & Anjakan Paradigma

Setahu saya, 2018 datang dengan penuh pengharapan.
 
Bagaikan cahaya di hujung terowong, 2018 menjanjikan keadaan ekonomi yang sedikit stabil – dari segi belanjawan 2018 yang lebih komprehensif dan perkembangan positif nilai matawang Ringgit yang menjadi lebih kukuh. Pada RM4.02 untuk setiap USD1 sekarang, ianya tentu lebih selesa untuk kita melancong ke luar negara dan menikmati nilai matawang yang sedikit baik berbanding beberapa bulan terdahulu. Sudah tentu, sukar untuk kita kembali ke paras RM3.5 / dollar, akan tetapi ia jauh lebih baik berbanding RM4.5 / dollar.

Dari konteks perpipaan pula, ia memberikan satu nafas baru bagi mereka yang suka membeli pipa atau tembakau secara online. Juga secara tidak langsung ia juga mengurangkan beban reseller apabila harga pipa atau tembakau yang mereka bida adalah lebih munasabah, sekaligus memberikan mereka peluang untuk menawarkan harga yang lebih baik kepada kita. Dengan itu, ia adalah satu peluang untuk kita menambahkan koleksi cellar dan menyimpan baccy-baccy dengan cara yang lebih strategik.
 Selain dari pengukuhan strategi pencellaran pada tahun 2018, saya juga beresolusi untuk memberikan lebih penekanan kepada faktor flavor dan tunas rasa. Kita selesa menikmati blend-blend yang kita biasa nikmati namun adalah lebih baik jika kita dapat bereksperimentasi dengan pasangan minuman yang mampu memberikan kita lebih milieu terhadap sesi perpipaan kita. Gabungan kopi, teh, tisanes, jus dan pelbagai concoction lain harus dicuba dengan lebih serius agar kita dapat memaksimumkan tahap kenikmatan berpipa. Begitu juga dengan pairing bersama makanan dan kudapan, yang menambahkan lagi seri di dalam setiap sesi perpipaan. Sama ada clarity yang dicari atau enhancement yang dikejar, eksperimentasi begini adalah sangat berguna untuk melonjakkan lagi potensi sesebuah blend.
 
Aspek retrospektif di dalam dunia perpipaan juga adalah satu kecenderungan yang mulai kembali mengintai kita sekarang. Kita dikejutkan dengan pengeluaran semula stem-stem amber dan tanduk, kemunculan semula bahan bakelite dan seumpamanya, yang mungkin kelihatan agak klise dan lebih kepada aksentuasi berbanding pure practicality, sebenarnya memberikan satu dimensi tambahan yang tidak kurang menariknya. The past can never lead us so wrong, sebab kita banyak belajar dari masa silam. Mengetahui yang betapa bahan ini sangat digemari dahulu dan menikmatinya sepertimana pemipa sebelum kita memberikan sebuah perasaan yang sangat memuaskan, dan ia sedikit sebanyak turut memberikan satu pengamatan yang baik kepada mereka yang suka mengkaji.
* imej dari smokingpipes.com
Di era baru yang agak fast-paced ini, kita sudah terbiasa dengan automasi dimana semua benda tersedia untuk dinikmati terus dari pek atau tinnya. Konsumerisma alaf ini mementingkan kesegeraan – anda cuma perlu tambah air panas, dan walla! segalanya sudah sedia untuk digunakan. Begitu juga dengan tembakau, semua sudah sedia diblend untuk kita. Malah, flake juga terkadang di”broken”kan demi kemudahan kita di dalam menggunakannya. Akan tetapi lewat kebelakangan ini datang beberapa blending kit yang terdiri dari beberapa tin tembakau mengikut jenis, lengkap dengan bahan perisa untuk mereka yang sukakan aromatik, untuk kita menyinsing lengan dan bergelumang dengan blending tembakau sendiri. Ia memberikan kita lebih pilihan di dalam menentukan tahap mana kita mahu latakia atau oriental memainkan peranan, dan juga memberikan kita kebarangkalian untuk menghasilkan blend-blend hibrid tersendiri seperti Balkan+Aromatik misalnya.

 
Malah bukan itu sahaja, ia juga mampu memberikan kita sedikit insight akan bagaimana jenis-jenis tembakau saling bertindakbalas di antara satu sama lain, dan secara tidak langsung kita juga akan dapat melonjakkan penghayatan tembakau secara lebih mendalam. Ini adalah antara anjakan paradigma yang saya nanti-nantikan untuk kita pemipa. Apresiasi dan experimentasi akan membezakan pembudayaan berpipa kita ini dari hanya sekadar tabiat buruk yang memuaskan selagi bara masih terbakar di dalam bowl.
Begitulah sedikit sebanyak akan resolusi perpipaan kita pada tahun ini. Tidak banyak yang disenaraikan, namun kita telah pergi dengan lebih detail dan lebih fokus. One step at a time, inshaAllah…
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!