Sunday 12 February 2017

The Blasphemous Basma in That Frog Marsh : Keberadaan Basma & Etcetera Etcetera

Basma dikenali sebagai tembakau varian oriental yang sangat beraroma / fragranced dan juga mampu meminjamkan rasa yang manis kepada apa jenis tembakau yang dipasangkan dengannya. Ini adalah agak bertentangan dengan kebanyakan tembakau oriental lain yang lebih ke arah flavor berteraskan rempahan dan “savoury”. How blasphemous si Basma ini bukan?
Agaknya, karakteristik Basma yang sebegini membuatkan ia sangat “celebrated” di dunia oriental – mungkin sedikit “overshadowing” the king and queen iaitu tembakau Latakia and Katerini. Adakah sebab profil flavor yang berkontra ini, atau kesukaran mendapatkannya? Atau kesesuaiannya untuk diblend ke dalam mana-mana blend dan membantu dalam memberikan “refined taste”? Mungkin salah satu dari sebab-sebab ini. Mungkin juga kesemuanya.
Basma bukanlah sebuah daun tembakau oriental yang bersifat “singular”. Ia sebenarnya adalah satu untaian keluarga daunan oriental yang membentuk satu perkumpulan dengan hierarki benih asal yakni Basma kultivasi Greece, dan kemudiannya benih asal Basma ini dibawa dan ditanam di serata tempat sepanjang pergunungan dan lembah Thrace. Kumpulan Basma yang keluar dari kawasan kultivasi asal ini kemudiannya “evolve” dengan tanah dan struktur muka bumi tempatan dan mulai bercambah untuk membentuk beberapa daunan utama komponen Basma seperti Yenidje, Xanthi dan Drama.
Siri “The Grand Oriental” dari McClelland – walaupun tidak terjual disini kecuali Yenidje Highlander (mungkin pemikiran pengimport pada masa itu adalah Malaysian sangat menyukai Latakia, lantaran hanya blend ini di dalam siri The Grand Oriental yang mengandungi latakia yang dibawa masuk ke archipelago kita) – adalah satu pengenalan baik buat daun Basma melalui tiga blend berteraskan varian kumpulan ini iaitu Yenidje Supreme, Drama Reserve, dan Yenice Agoyna. Variasi flavor yang dipersembahkan oleh siri ini adalah sangat baik, di mana anda akan dapat mengenal-pasti akan perbezaan tekstur rasa dan flavor Basma dari Drama dan Yenidje.
Sekarang mari kita pergi kepada tin tembakau yang kita selalu lihat di kedai-kedai dan tobakonis-tobakonis tempatan. Tembakau tanaman barat Greece dan tanah tinggi pergunungan dan lembah Thrace ini juga digunakan sebagai tembakau kondimen dan “flavouring” untuk keluaran McClelland Craftbury Series Frog Morton yang ke-dua, iaitu Frog Morton On The Town. On The Town juga boleh dilabelkan sebagai tembakau crossover yang paling “oriental-forward”. Walaupun memiliki komponen latakia di dalamnya, ia masih mampu memberikan persembahan oriental yang baik tanpa ditenggelami dan dibayangi oleh flavor a-la English.
Kekuatan aroma Basma di dalam blend ini cukup untuk membuatkan adunan latakianya menjadi kurang relevan, walaupun pada hakikatnya adunan kedua-dua jenis tembakau yang bersaudara ini menjemput sedikit rasa “creaminess”. Menggabungkan tembakau oriental di dalam kejayaan “franchise” Frog Morton adalah satu langkah yang bijak, dan ia menjadi satu usaha yang lebih cemerlang lagi apabila tembakau oriental yang spesifik seperti Basma ini menjadi pilihan McClelland. Sesiapa pun yang duduk di kerusi pengarah di dalam projek Craftbury Series ini tentunya seorang yang sangat bijak untuk memilih Basma bagi melengkapkan kemanisan blend asal Frog Morton dan membawanya ke satu dimensi yang baru.
Jika anda perlu untuk mengetahuinya, Peterson Old Dublin juga sebenarnya diadun dengan Basma! Cuma apa yang tertulis di tin adalah “oriental”. Mengapa Peterson tidak mempamirkan penggunaan Basma di tin mereka adalah anybody’s guess. Tetapi saya perkirakan akan beberapa sebab, antaranya adalah jumlah atau kuantiti Basma yang digunakan berkemungkinan sangat rendah. Don’t get me wrong – Peterson Old Dublin adalah antara blend English yang baik bagi saya namun aroma Basma sepertimana yang kita boleh dapati dari Frog Morton On The Town ternyata tidak hadir di dalam Old Dublin.
Juga Peterson mungkin tidak begitu agresif di dalam “tobacco hoarding” memandangkan perniagaan asas mereka adalah pembuatan pipa, bukan blender tembakau. Jadi ada kebarangkalian yang mereka tidak menitik-beratkan bekalan tembakau-tembakau eksotik sebegini lantas penglabelan “oriental” berbanding “Basma” di tin Old Dublin adalah lebih bersifat universal – bersedia untuk menghadapi hari-hari dimana bekalan Basma mereka akan habis dan dengan mudahnya mereka akan menggantikannya dengan daunan oriental pukal yang lebih senang didapati. 
Begitulah serba sedikit perihalnya dengan daun oriental yang sangat beraroma ini. Dengan pelbagai faktor seperti perubahan iklim, arus pemodenan yang menyebabkan generasi muda kurang berminat untuk meneruskan penanaman dan kultivasi tembakau oriental, halangan-halangan politikal yang cuba mengubah penanaman tembakau kepada lain-lain hasil, sedikit demi sedikit kita pemipa adalah terhalang untuk menikmati hasil bumi yang indah dan penuh variasi ini.
Jadi sebelum segalanya sudah terlewat, nikmatilah Basma anda di dalam blend-blend yang telah kita bincangkan di atas dan hayatilah variasi tekstur rasa yang diberikannya. Sesungguhnya tuhan tidak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia…


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

No comments:

Post a Comment