Tentunya
kita semua masih ingat tentang pengenalan kepada tembakau oriental yang
telah kita selusuri pada artikel-artikel awal blog. Jika tidak, anda
masih boleh lagi membelek-belek kepada bahagian pengenalan itu, kerana
di dalam siri “Berdamping Dengan Blends” ini kita sepatutnya lebih
membincangkan tentang blend-blend yang baik mengikut genre
masing-masing.
Walau
bagaimanapun, saya titipkan sedikit pengenalan disini. Tembakau
oriental secara amnya merujuk kepada beberapa jenis tembakau yang
ditanam dan dikultivasi di beberapa negara Eropah Timur seperti Turki,
Greece, Bulgaria, Macedonia, Georgia dan lain-lain. Penanaman tembakau
ini selalunya adalah pada skala yang kecil. Variasi antara satu dengan
yang lain terkadang adalah sangat berbeza, dari segi rasa dan rupa
bentuk daun. Menyentuh mengenai rupa bentuk daun, daunan oriental
kebiasaannya adalah bersaiz kecil berbanding virginia atau burley.
Blend
oriental adalah antara genre tembakau pipa yang sangat rapuh
pengkelasannya. Kebanyakan pengeluar tembakau gagal untuk mengecam
tembakau oriental yang manakah yang mereka gunakan di dalam blend-blend
oriental keluaran mereka. Hal sebegini adalah satu norma sekarang,
kerana tembakau oriental yang bersifat spesifik mengikut varian
masing-masing seperti Izmir, Smyrna, Drama, Yenidje, Katerini, Basma,
Djebec, Samsun dan lain-lain adalah sukar untuk ditemukan. Ia biasanya
bercampur sesama sendiri, diklasifikasikan dan dijual sebagai tembakau
“oriental”. Kita akan bincangkan dengan lebih lanjut mengenai
permasalahan pengkelasan ini di artikel akan datang.
Sayugia
itu, blend-blend oriental “purist” yang masih kita boleh dapat kan di
pasaran adalah sangat terhad. Namun, satu peluang yang baik muncul
apabila McClelland 221b siri “tribute” Sherlock Holmes muncul di pasaran
pipa kita tidak lama dahulu. Siri ini mengambil pendekatan yang sangat
serius dalam menzahirkan ramuan perpipaan watak-watak di dalam Sherlock
Holmes dan Arcadia adalah blend oriental kegemaran Dr Watson yang
dicipta khusus tanpa campuran latakia. Sememangnya saya sangat meminati
siri ini kerana inilah tembakau blend oriental “as pure as it can be”.
Cuma sayangnya approach mereka tidak mengenengahkan sesebuah daun
oriental secara spesifik.
Jika
kita mahukan sesuatu yang spesifik, McClelland juga menawarkan siri
“The Grand Oriental” yang terdiri dari lapan jenis daun oriental dan
hanya satu daripadanya yang mengandungi latakia. Katerini, Samsun,
Izmir, Smyrna, Drama, Yenidje dan Sokhoum semuanya boleh anda nikmati
tanpa gangguan dari flavor latakia! Namun ia mungkin agak mencabar buat
pemipa pemula yang palate masih “untrained” – sukar untuk membezakan
flavor-flavor daunan terbabit jadi saya sarankan untuk anda biasakan
diri dengan blend-blend oriental “pukal” terlebih dahulu sebelum pergi
kepada blend-blend khusus sebegini.
Selain
dari blend oriental “purist” yang masih wujud di atas, boleh dikatakan
hampir tiada lagi blend yang berteraskan oriental sebegitu dan
blend-blend Balkan (campuran English Blend dengan tembakau Oriental –
pengecaman “Balkan” blend juga agak rapuh sebenarnya, namun untuk tidak
lebih mengelirukan semua ada baiknya kita klasifikasikan ia dahulu
sepertimana yang kita tahu) pula dikategorikan sebagai sebahagian dari
blend oriental. Nama-nama yang sering dikaitkan sebagai contoh terbaik
adalah Balkan Sobranie dan penggantinya sekarang Balkan Sasieni. Saya
ada mengeluarkan satu artikel mengenai Balkan Sasieni sedikit masa
dahulu di mana penerangan yang lebih panjang dititipkan disana.

Dunhill
Early Morning Pipe, Durbar, London Mixture dan Standard Mixture juga
merupakan blend berciri oriental yang walaupun mengandungi latakia,
kadarnya tidaklah banyak. Anda akan mendapati yang Early Morning /
London / Standard Mixture adalah lebih “light” dan beraroma (satu
atribusi tembakau oriental) berbanding My Mixture 965 yang lebih
“English” – yakni kadar “smokiness” dan “leathery”nya adalah lebih
terasa dan kandungan nikotinnya lebih kuat. Ironinya, saya lebih
menggemari blend-blend sebegini berbanding blend English “proper” untuk
sesi teh di petang hari minggu. Ia ternyata mendamaikan.
Dari
segi komposisi, Old Dublin dari Peterson juga boleh dikategorikan
sebagai blend oriental / Balkan dek kerana penggunaan Basma di dalamnya
namun saya merasakan yang kadar Basma di dalamnya mungkin sangat
sedikit, tidak mampu untuk memaniskan dan men”fragrant”kan blend secara
signifikan (Basma sangat terkenal sebagai daun yang sangat “fragrant” –
beraroma dan manis). Perwakilan Basma yang paling menarik agaknya hanya
hadir bersama Frog Morton On The Town, blend “crossover” yang menjurus
ke arah oriental, penuh dengan aroma dan kemanisan tembakau.
Robert
McConnell Oriental pula menerapkan penggunaan black cavendish ke dalam
blend oriental baik yang turut dicampur dengan sedikit latakia. Blend
ini juga agak memuaskan, kerana ia juga diadun dengan red virginia
McConnell yang terkenal itu. Ia adalah antara blend Oriental yang agak
berat, tanpa mengganggu aroma dan “fragrant” oriental yang menjadi
“staple” kepada genre ini. Agak mudah untuk mendapatkannya disini tetapi
sejak lima tahun lepas, ia semakin sukar untuk didapatkan.
Samuel
Gawith juga tampil dengan beberapa blend yang boleh juga dikategorikan
sebagai oriental, seperti Skiff Mixture dan Squadron Leader, yang
menggunakan tembakau oriental tetapi sebenarnya lebih menjurus kepada
English dek kerana kekuatan latakia yang ada didalamnya. Akan tetapi,
Sam’s Flake adalah keluaran mereka yang paling “asli” oriental – tanpa
gangguan latakia dan ditambah sedikit flavor tonquin. Cuma, ia juga
tidak mengkelaskan tembakau oriental manakah yang digunakan.
Sudah
tentu, masih banyak lagi blend yang “oriental-forward” yang tidak masuk
ke pasaran kita namun melihat kepada apa yang kita ada disini, ia
adalah memadai untuk meredakan keresahan dan rindu dendam kita terhadap
genre tembakau yang semakin pupus ini. Bukanlah kita mahu menjadi
ekstremis dengan pengklasifikasian, akan tetapi sebagai pemipa berilmu
kita perlu dan berhak tahu akan struktur tembakau yang kita nikmati.
Baru lah sesi perpipaan kita menjadi lebih bermakna.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment