
Prolog: Ya
saya tahu. Elvis was great. Walaupun lebih dikenali dengan lagu-lagu
rancak, King of Rock n Roll itu juga menemui beberapa slow,
almost-ballad number yang bertemakan kasih sayang. Itulah yang kita cuba
capai disini; kasih sayang antara pipa kita dengan diri kita sendiri.
Pipa kita sebenarnya adalah lebih dari sekadar alat untuk kita menikmati
tembakau. Ia adalah “men’s greatest companion” – telah saya ulaskan
sedikit masa dahulu – sesuatu yang kita hargai, bawa ke mana sahaja kita
pergi dan ditatang bagai minyak yang
penuh. Jadi, sudah tentu pipa kita memerlukan sedikit kasih sayang dan
perhatian, dan mungkin sering merayu “love me tender” kepada kita pemipa
semua.
Sayugia
menelusuri kebersihan dalaman sesebuah pipa tempohari, kita melihat
pula kepada perihal penjagaan luarannya pula. Dalam hal ini, bagi kita
sesebuah pipa adalah ibarat sebiji kereta. Bukan sahaja kebersihan
diutamakan, malah kecantikannya juga penting bagi kita. Kalau untuk
kereta banyak peminat sanggup berhabis duit untuk auto detailing, wax
dan polish, untuk pipa juga sama.
Pertama
sekali yang kita pandang tentulah akan gilapan briar kita. Terdapat
briar wax yang sedia terjual di pasaran dimana ia boleh digunakan untuk
kita menggilapkan permukaan briar-briar, terutamanya yang “smooth”.
Unjuran grain yang menarik seperti straight grain, flame grain dan
birdseye hanya akan menyerlah sekiranya wax ini diaplikasikan di serata
permukaan bowl. Selain dari menggilap, ia juga dapat melembapkan
permukaan briar pipa yang tentunya akan menjadi agak kering apabila ia
terdedah pada kepanasan ketika berpipa dan sejuk ketika ia direhatkan.
Itu belum termasuk kerosakan-kerosakan kecil akibat sentuhan dan ketika
ia disimpan di dalam beg pipa, semua calar-calar halus dan lain-lain.
Untuk
kerosakan yang agak major seperti calar yang besar – selalunya akibat
terjatuh – mungkin sedikit “sanding” dengan kertas pasir untuk
menghilangkan kesan calaran dan aplikasi carnauba wax untuk mendapat kan
semula sinarannya adalah jalan yang lebih baik. Atau hantarkan pipa
anda pada pakar-pakar restorasi kita – satu jalan yang lebih baik
apabila kerosakan berskala besar berlaku. Tanpa alatan yang cukup dan
pengalaman yang luas, anda berkemungkinan akan hanya menambahkan lagi
kerosakan kepadanya, mungkin hingga ke tahap “beyond repair” jika anda
tidak berhati-hati.
Untuk
menaikkan gilapan pada briar, ada juga beberapa petua pantas seperti
menggeselkan permukaan pipa di hidung dan pipi kita yang sememangnya
semulajadi berminyak. Teori ini sememangnya berkesan untuk sementara
waktu namun ia dikatakan tidak memberikan faedah untuk jangkamasa
panjang. Malahan, ada beberapa rakan pemipa berpendapat yang perbuatan
ini akan mengaburkan lagi permukaan bowl pipa kita jika ia menjadi satu
kebiasaan. Saya tidak mengamalkan petua ini jadi kesahihan efek negatif
tersebut tidak lah dapat saya sahkan.
Janganlah
kita hanya memikirkan tentang bahagian permukaan bowl dan shank sahaja.
Stem juga adalah bahagian pipa yang penting. Stem yang terjaga rapi
adalah ibarat sepasang kasut kulit hitam yang anda padankan dengan
tuxedo ke majlis-majlis rasmi. Boleh dikatakan, untuk mengetahui
seseorang pemipa itu cermat atau tidak, perhatikan stem pipanya kerana
hanya yang mementingkan “miniscule details” sahaja yang akan
menitik-beratkan kondisi stem pipa mereka.
Stem
akrilik kita haruslah senantiasa berkilat dan hitam. Akrilik adalah
amat mudah dijaga, dimana sapuan minyak zaitun pun sudah cukup untuk
mengilatkan bahagian stem ini. Namun calaran-calaran kecil dan kesan
akibat gigitan jika ada, ia haruslah dirawat. Proses “sanding” dengan
kertas pasir yang halus adalah pilihan utama namun seeloknya selepas
proses itu kita melalukan bahagian terbabit kepada buffing machine untuk
menjadikannya berkilat semula, dan pada masa yang sama turut
menghilangkan kesan kertas pasir tadi secara baik.
Masalah
pada stem selalunya berlaku kepada pemilik stem-stem vulcanite. Ini
kerana bahan vulcanite akan mengalami proses oksidasi yang membuatkan
warnanya menjadi sedikit kehijauan, dan ia mengeluarkan oksida tadi ke
bahagian permukaan stem yang sekaligus mengeluarkan rasa pahit seperti
getah terbakar apabila terkena lidah atau bibir kita. Pernah saya
bincangkan sedikit masa dahulu mengenai oksidasi ini – lengkap dengan
“step-by-step” akan percubaan saya – dimana kita boleh menggunakan
beberapa produk wax untuk ebonite yang mampu mengatasi masalah oksidasi
ini jika ia dilakukan dengan kerap. Ia tidak akan dapat menghilangkan
oksidasi secara terus, namun jika dipraktikkan beberapa kali, kadar
oksidasinya akan menurun dan hilang.

Satu
langkah alternatif yang saya pernah lakukan adalah dengan menggunakan
peluntur cucian / bleach. Rendamkan sahaja stem anda di dalamnya dan
dalam jangkamasa yang singkat semua oksidasi tadi akan hilang! Cuma
masalahnya, bleach adalah agak abrasif dan stem anda akan sedikit
terhakis dan menggerutu selepas rendaman. Seperti biasa, buffing yang
baik akan dapat melicinkan semula permukaan stem tersebut. Namun awas!
Saya sarankan anda untuk menggosokkan / menenyeh lilin pada bahagian
logo pipa di stem anda sebelum rendaman, kerana jika tidak ianya juga
akan turut terhakis sama!
Sebenarnya
ada satu minyak / larutan khusus bernama “Obsidian Pipe Stem Oil” yang
tidak terlalu abrasif (mungkin tidak abrasif langsung) dan lebih mudah
untuk digunakan. Sayangnya ia masih tidak ada di pasaran kita. Jika
tidak, ia adalah satu produk yang sangat baik untuk stem ebonite anda.
Sehingga saya berjaya untuk mendapatkan satu botol, saya tidak memiliki
pengalaman dengan Obsidian Oil ini untuk dikupas dengan lebih lanjut. Ia
tentunya sangat menarik untuk dicuba.
Selain
dari itu, sesetengah pipa juga memiliki kemasan-kemasan istimewa
seperti perak, emas dan lain-lain bahan tambahan. Perak terutamanya
terdedah kepada fenomena oksidasi dan ia akan bertukar menjadi kehitaman
apabila sesuatu jangkauan masa dicapai. Sesetengah pemipa suka akan
oksidasi perak ini kerana ia menjadikan pipa kita kelihatan sedikit
vintaj dan oksidasinya tidak mengganggu – tiada bau dan rasa yang
terlibat. Jika sebaliknya anda sukakan kilatan perak yang mampu untuk
menjadi satu cermin untuk anda bersikat, gunakanlah kain khusus yang
selalu dipanggil “silver cleaning cloth” yang boleh didapati dengan
mudah di kedai-kedai emas. Malah, ia juga ada di jual di
tobakonis-tobakonis tempatan.
Kain
yang sudah pun dilumuri sedikit bahan abrasif ini memang sangat
berkesan untuk menghilangkan oksidasi perak. Walau bagaimanapun,
harganya agak mahal, di dalam lingkungan RM 60 untuk sekeping kain yang
kecil. Jika intipati DIY di dalam diri anda masih tebal dan anda
mendapati yang lebih baik menghabiskan RM 60 tadi untuk membeli baccy
daripada membeli secebis kain yang kecil, anda boleh juga menggunakan
abu pipa anda. Calitkan sedikit abu tersebut pada mana-mana kain atau
tisu yang agak tebal dan sapukan pada kemasan perak tersebut. Anda akan
dapati dengan mudahnya anda dapat mengembalikan kilatan perak pipa anda,
bagaikan seperti baru dibeli!
Begitulah
halnya dengan kita pemipa ini. Kebersihan dalaman dan kecantikan luaran
adalah sangat penting untuk pipa, kerana kita berhabis wang dan masa
demi menikmatinya. Pipa yang baik bukan sahaja mampu memberikan kita
sesi perpipaan yang syahdu, namun mampu mengurangkan stress apabila kita
membelek-belek keindahan bahan dan buatannya. Dengan satu syarat – ia
haruslah bersih dan terjaga dengan rapi.
Jika
anda mendekatkan telinga kepada pipa-pipa anda, pastinya anda akan
mendengar bisikan “love me tender”, rayuan ikhlas mereka terhadap
sedikit masa kita untuk penjagaan yang sepatutnya. So, let’s love them
tenderly!
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment