Saturday, 25 February 2017

Lagi Revival Dari “The White Spot”

gambar dari Smokingpipes.com
Di dalam ura-ura tentang penghentian pengeluaran blend-blend dari Dunhill oleh BAT, awal tahun ini mereka telah mengambil langkah untuk menerbitkan kembali tiga blend lama mereka. Perkara ini bukanlah baru, kerana pada 2015-2016 pun rentetan beberapa “revival blends” seperti Elizabethan Mixture, Three Years Matured, Ready Rubbed, Baby’s Bottom, Durbar dan Aperitif telah pun mewarnai kamus perpipaan kita dengan pilihan-pilihan yang lebih meluas.
Kali ini, Dunhill kembali dengan tiga blend baru; dua adalah revival dari blend lama dan satu revival blend bulk dengan inspirasi British.

gambar dari Smokingpipes.com
Blend yang diberi nama Ye Olde Signe ini adalah sebuah blend yang dikatakan sangat digemari oleh peminat-peminat blend Dunhill dahulu. Ia sebenarnya adalah sebuah blend “straight virginia” yang menggunakan daunan virginia matang yang sudah pun berkeadaan agak gelap. Yang menariknya, blend ini dikatakan memiliki tin note dengan aroma teh – sesuatu yang saya hanya temui dengan Old Gowrie yang dicellar selama 5 tahun. Jadi, Ye Olde Signe mungkin dapat memberikan saya kondisi itu pada bila-bila masa tanpa perlu melalui proses “cellaring”.
Blend kedua yang mengalami proses revival Dunhill adalah Dark Flake. Ia dikatakan agak sama dengan Dunhill Flake, malah persembahan tin nya juga menampilkan grafik yang persis sama, cuma warna sahaja yang berbeza. Saya pernah mengatakan sebelum ini yang Dunhill Flake, bagi saya, adalah sesuatu yang saya cari kalau saya mahu mengalami kembali kehebatan rokok Dunhill “Merah”, seperti yang kita biasa nikmati dua dekad yang lalu (jika anda adalah perokok sebelum ini). Jadi mungkin boleh kita jangkakan yang Dark Flake akan memberikan kita “Dunhill Merah Kotak 14” kelak apabila ia sampai di perairan kita.
gambar dari tobaccoreviews.com
Revival ketiga juga tidak kurang menariknya. My Mixture 221B Baker Street adalah sebuah blend VA/bur (virginia dan burley) yang sering dikaitkan dengan Royal Yacht. Nama blend yang merujuk kepada alamat kediaman Sherlock Holmes ini juga mungkin agak bersesuaian dengan bentuk ribbonnya yang dikatakan sedikit halus, a-la “shag” yang memang sangat digemari oleh detektif fiksyen terkenal itu. Juga, My Mixture 221B Baker Street adalah sebuah “house blend” yang hanya boleh didapati di dalam bentuk bulk sebelum ini.
Tidak banyak yang saya ketahui mengenai ketiga-tiga blend ini, kerana kesemuanya adalah penjelmaan semula yang tidak pernah dilihat di Malaysia ini. Namun begitu sifat “curiosity” dan rasa ingin mencuba yang sangat mendalam menyebabkan saya ternanti-nanti untuk melihat ketiga-tiga blend ini di rak-rak tobakonis tempatan.
Sehingga itu, tidur saya pastinya tidak akan lena.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Sunday, 19 February 2017

Some Drugs Don’t Work As Yet…

Seminggu sudah diulit single the Verve “the drugs don’t work” dan memperbincangkan secara kasar akan beberapa blend yang “works” dengan saya. Namun, hidup manusia manakah yang senantiasa ideal. Terdapat juga beberapa blend yang tidak menepati citarasa dan palate kita, sama ada kerana preferensi pada masa-masa tertentu atau sememangnya tidak kena dengan selera kita sendiri. Jadi sememangnya ada “some drugs that don’t work as yet” dan mungkin saya boleh kongsikan dan kupas satu di sini, bersempena dengan International Pipe Smoking Day yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Cabbie’s Mixture adalah tembakau twist rolled yang menampilkan penggunaan tembakau virginia sebagai asas blend dan sedikit tembakau perique sebagai kondimen. Ini secara tidak langsung menjadikannya sebuah blend VA/per dari segi teorinya. Seperti yang kita sedia maklum, pengolahan blend-blend VA/per bukan hanya berdasarkan kepada penggunaan perique semata-mata, namun komposisi dan jenis virginia yang digunakan juga adalah sangat penting.
Sepanjang pengetahuan saya, blend ini juga adalah blend pertama dari Samuel Gawith yang menampilkan pengeluaran tembakau berbentuk coin / twist cut. Ini menjadikannya agak menarik walaupun sekaligus ia turut membawa kita ke persoalan tentang betapa berpengalamankah para blender di Samuel Gawith tentang penyediaan tembakau twist cut. Penyediaan blend juga sangat penting dan memainkan peranan yang besar di dalam pengolahan rasa keseluruhan blend jadi boleh dikatakan yang saya memang agak teruja apabila blend ini keluar di pasaran pada tahun lepas.
“Fast forward” untuk beberapa bulan selepas itu, dengan beberapa percubaan yang masih di tahap “infancy” yakni baru sepuluh atau berbelas-belas bowl, rentak dan permainan flavor Cabbie’s Mixture masih adalah bayang-bayang misteri yang sukar untuk saya ungkaikan. Somehow, seperti saranan tajuk artikel ini, “some drugs really don’t work”.
At least, not yet.
Saya gagal mendapatkan sentuhan periquenya. Ada tetapi sangat minimum. Saya juga agak “unfazed” dengan situasi persembahan tembakaunya, dimana coin / twist cutnya “is the worst mess” yang saya pernah temui dikalangan tembakau dengan potongan sedemikian. Sedikit kemasaman ketika sesi perpipaan pula memberi pembayang black cavendish tetapi ia tidak pula tersenarai sebagai sebahagian komposisi tembakaunya. Dan jelas, saya masih gagal untuk menemui “allure” VA/pernya.
Adakah kecenderungan Lakeland SG terbawa-bawa hingga ke blend VA/per ini? Saya akui yang saya memang “enjoy” Lakeland-style di dalam blend powerhouse mereka 1792 Flake, tetapi yang ini adalah agak berlainan. Atau adakah kurangnya kemahiran dan pengalaman dalam penyediaan tembakau berbentuk twist? Sampai sekarang, saya masih cuba untuk memahami Samuel Gawith Cabbie’s Mixture.
Adalah sangat mudah untuk menolak tin empat segi ini ke tepi, membuka tin Three Nuns dan menikmati petang yang damai bersamanya. Tetapi itu bukanlah tindakan seorang pemipa yang bersifat “adventurous”. Pemipa sedemikian semestinya bersifat lebih sabar dan toleransi kepada blend adalah penting di dalam dunia perpipaan, kerana terdapat beberapa blend tembakau pipa yang baik yang bersifat “grower” – yang hanya akan bersinar selepas ia mendapat sedikit “shelf time” atau menunggu masa untuk palate anda “adjust” kepadanya, sebagai contoh Samuel Gawith 1792 Flake.
Kesabaran saya kepada 1792 Flake sudah pun membuahkan hasil. Jadi, kenapa tidak memberikan sedikit masa untuk Cabbie’s Mixture?

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Sunday, 12 February 2017

The Blasphemous Basma in That Frog Marsh : Keberadaan Basma & Etcetera Etcetera

Basma dikenali sebagai tembakau varian oriental yang sangat beraroma / fragranced dan juga mampu meminjamkan rasa yang manis kepada apa jenis tembakau yang dipasangkan dengannya. Ini adalah agak bertentangan dengan kebanyakan tembakau oriental lain yang lebih ke arah flavor berteraskan rempahan dan “savoury”. How blasphemous si Basma ini bukan?
Agaknya, karakteristik Basma yang sebegini membuatkan ia sangat “celebrated” di dunia oriental – mungkin sedikit “overshadowing” the king and queen iaitu tembakau Latakia and Katerini. Adakah sebab profil flavor yang berkontra ini, atau kesukaran mendapatkannya? Atau kesesuaiannya untuk diblend ke dalam mana-mana blend dan membantu dalam memberikan “refined taste”? Mungkin salah satu dari sebab-sebab ini. Mungkin juga kesemuanya.
Basma bukanlah sebuah daun tembakau oriental yang bersifat “singular”. Ia sebenarnya adalah satu untaian keluarga daunan oriental yang membentuk satu perkumpulan dengan hierarki benih asal yakni Basma kultivasi Greece, dan kemudiannya benih asal Basma ini dibawa dan ditanam di serata tempat sepanjang pergunungan dan lembah Thrace. Kumpulan Basma yang keluar dari kawasan kultivasi asal ini kemudiannya “evolve” dengan tanah dan struktur muka bumi tempatan dan mulai bercambah untuk membentuk beberapa daunan utama komponen Basma seperti Yenidje, Xanthi dan Drama.
Siri “The Grand Oriental” dari McClelland – walaupun tidak terjual disini kecuali Yenidje Highlander (mungkin pemikiran pengimport pada masa itu adalah Malaysian sangat menyukai Latakia, lantaran hanya blend ini di dalam siri The Grand Oriental yang mengandungi latakia yang dibawa masuk ke archipelago kita) – adalah satu pengenalan baik buat daun Basma melalui tiga blend berteraskan varian kumpulan ini iaitu Yenidje Supreme, Drama Reserve, dan Yenice Agoyna. Variasi flavor yang dipersembahkan oleh siri ini adalah sangat baik, di mana anda akan dapat mengenal-pasti akan perbezaan tekstur rasa dan flavor Basma dari Drama dan Yenidje.
Sekarang mari kita pergi kepada tin tembakau yang kita selalu lihat di kedai-kedai dan tobakonis-tobakonis tempatan. Tembakau tanaman barat Greece dan tanah tinggi pergunungan dan lembah Thrace ini juga digunakan sebagai tembakau kondimen dan “flavouring” untuk keluaran McClelland Craftbury Series Frog Morton yang ke-dua, iaitu Frog Morton On The Town. On The Town juga boleh dilabelkan sebagai tembakau crossover yang paling “oriental-forward”. Walaupun memiliki komponen latakia di dalamnya, ia masih mampu memberikan persembahan oriental yang baik tanpa ditenggelami dan dibayangi oleh flavor a-la English.
Kekuatan aroma Basma di dalam blend ini cukup untuk membuatkan adunan latakianya menjadi kurang relevan, walaupun pada hakikatnya adunan kedua-dua jenis tembakau yang bersaudara ini menjemput sedikit rasa “creaminess”. Menggabungkan tembakau oriental di dalam kejayaan “franchise” Frog Morton adalah satu langkah yang bijak, dan ia menjadi satu usaha yang lebih cemerlang lagi apabila tembakau oriental yang spesifik seperti Basma ini menjadi pilihan McClelland. Sesiapa pun yang duduk di kerusi pengarah di dalam projek Craftbury Series ini tentunya seorang yang sangat bijak untuk memilih Basma bagi melengkapkan kemanisan blend asal Frog Morton dan membawanya ke satu dimensi yang baru.
Jika anda perlu untuk mengetahuinya, Peterson Old Dublin juga sebenarnya diadun dengan Basma! Cuma apa yang tertulis di tin adalah “oriental”. Mengapa Peterson tidak mempamirkan penggunaan Basma di tin mereka adalah anybody’s guess. Tetapi saya perkirakan akan beberapa sebab, antaranya adalah jumlah atau kuantiti Basma yang digunakan berkemungkinan sangat rendah. Don’t get me wrong – Peterson Old Dublin adalah antara blend English yang baik bagi saya namun aroma Basma sepertimana yang kita boleh dapati dari Frog Morton On The Town ternyata tidak hadir di dalam Old Dublin.
Juga Peterson mungkin tidak begitu agresif di dalam “tobacco hoarding” memandangkan perniagaan asas mereka adalah pembuatan pipa, bukan blender tembakau. Jadi ada kebarangkalian yang mereka tidak menitik-beratkan bekalan tembakau-tembakau eksotik sebegini lantas penglabelan “oriental” berbanding “Basma” di tin Old Dublin adalah lebih bersifat universal – bersedia untuk menghadapi hari-hari dimana bekalan Basma mereka akan habis dan dengan mudahnya mereka akan menggantikannya dengan daunan oriental pukal yang lebih senang didapati. 
Begitulah serba sedikit perihalnya dengan daun oriental yang sangat beraroma ini. Dengan pelbagai faktor seperti perubahan iklim, arus pemodenan yang menyebabkan generasi muda kurang berminat untuk meneruskan penanaman dan kultivasi tembakau oriental, halangan-halangan politikal yang cuba mengubah penanaman tembakau kepada lain-lain hasil, sedikit demi sedikit kita pemipa adalah terhalang untuk menikmati hasil bumi yang indah dan penuh variasi ini.
Jadi sebelum segalanya sudah terlewat, nikmatilah Basma anda di dalam blend-blend yang telah kita bincangkan di atas dan hayatilah variasi tekstur rasa yang diberikannya. Sesungguhnya tuhan tidak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia…


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Monday, 6 February 2017

Siri “Berdamping Dengan Blends” : Oriental

Tentunya kita semua masih ingat tentang pengenalan kepada tembakau oriental yang telah kita selusuri pada artikel-artikel awal blog. Jika tidak, anda masih boleh lagi membelek-belek kepada bahagian pengenalan itu, kerana di dalam siri “Berdamping Dengan Blends” ini kita sepatutnya lebih membincangkan tentang blend-blend yang baik mengikut genre masing-masing.
Walau bagaimanapun, saya titipkan sedikit pengenalan disini. Tembakau oriental secara amnya merujuk kepada beberapa jenis tembakau yang ditanam dan dikultivasi di beberapa negara Eropah Timur seperti Turki, Greece, Bulgaria, Macedonia, Georgia dan lain-lain. Penanaman tembakau ini selalunya adalah pada skala yang kecil. Variasi antara satu dengan yang lain terkadang adalah sangat berbeza, dari segi rasa dan rupa bentuk daun. Menyentuh mengenai rupa bentuk daun, daunan oriental kebiasaannya adalah bersaiz kecil berbanding virginia atau burley.
Blend oriental adalah antara genre tembakau pipa yang sangat rapuh pengkelasannya. Kebanyakan pengeluar tembakau gagal untuk mengecam tembakau oriental yang manakah yang mereka gunakan di dalam blend-blend oriental keluaran mereka. Hal sebegini adalah satu norma sekarang, kerana tembakau oriental yang bersifat spesifik mengikut varian masing-masing seperti Izmir, Smyrna, Drama, Yenidje, Katerini, Basma, Djebec, Samsun dan lain-lain adalah sukar untuk ditemukan. Ia biasanya bercampur sesama sendiri, diklasifikasikan dan dijual sebagai tembakau “oriental”. Kita akan bincangkan dengan lebih lanjut mengenai permasalahan pengkelasan ini di artikel akan datang.


Sayugia itu, blend-blend oriental “purist” yang masih kita boleh dapat kan di pasaran adalah sangat terhad. Namun, satu peluang yang baik muncul apabila McClelland 221b siri “tribute” Sherlock Holmes muncul di pasaran pipa kita tidak lama dahulu. Siri ini mengambil pendekatan yang sangat serius dalam menzahirkan ramuan perpipaan watak-watak di dalam Sherlock Holmes dan Arcadia adalah blend oriental kegemaran Dr Watson yang dicipta khusus tanpa campuran latakia. Sememangnya saya sangat meminati siri ini kerana inilah tembakau blend oriental “as pure as it can be”. Cuma sayangnya approach mereka tidak mengenengahkan sesebuah daun oriental secara spesifik.
Jika kita mahukan sesuatu yang spesifik, McClelland juga menawarkan siri “The Grand Oriental” yang terdiri dari lapan jenis daun oriental dan hanya satu daripadanya yang mengandungi latakia. Katerini, Samsun, Izmir, Smyrna, Drama, Yenidje dan Sokhoum semuanya boleh anda nikmati tanpa gangguan dari flavor latakia! Namun ia mungkin agak mencabar buat pemipa pemula yang palate masih “untrained” – sukar untuk membezakan flavor-flavor daunan terbabit jadi saya sarankan untuk anda biasakan diri dengan blend-blend oriental “pukal” terlebih dahulu sebelum pergi kepada blend-blend khusus sebegini.
Selain dari blend oriental “purist” yang masih wujud di atas, boleh dikatakan hampir tiada lagi blend yang berteraskan oriental sebegitu dan blend-blend Balkan (campuran English Blend dengan tembakau Oriental – pengecaman “Balkan” blend juga agak rapuh sebenarnya, namun untuk tidak lebih mengelirukan semua ada baiknya kita klasifikasikan ia dahulu sepertimana yang kita tahu) pula dikategorikan sebagai sebahagian dari blend oriental. Nama-nama yang sering dikaitkan sebagai contoh terbaik adalah Balkan Sobranie dan penggantinya sekarang Balkan Sasieni. Saya ada mengeluarkan satu artikel mengenai Balkan Sasieni sedikit masa dahulu di mana penerangan yang lebih panjang dititipkan disana.
Dunhill Early Morning Pipe, Durbar, London Mixture dan Standard Mixture juga merupakan blend berciri oriental yang walaupun mengandungi latakia, kadarnya tidaklah banyak. Anda akan mendapati yang Early Morning / London / Standard Mixture adalah lebih “light” dan beraroma (satu atribusi tembakau oriental) berbanding My Mixture 965 yang lebih “English” – yakni kadar “smokiness” dan “leathery”nya adalah lebih terasa dan kandungan nikotinnya lebih kuat. Ironinya, saya lebih menggemari blend-blend sebegini berbanding blend English “proper” untuk sesi teh di petang hari minggu. Ia ternyata mendamaikan.

Dari segi komposisi, Old Dublin dari Peterson juga boleh dikategorikan sebagai blend oriental / Balkan dek kerana penggunaan Basma di dalamnya namun saya merasakan yang kadar Basma di dalamnya mungkin sangat sedikit, tidak mampu untuk memaniskan dan men”fragrant”kan blend secara signifikan (Basma sangat terkenal sebagai daun yang sangat “fragrant” – beraroma dan manis). Perwakilan Basma yang paling menarik agaknya hanya hadir bersama Frog Morton On The Town, blend “crossover” yang menjurus ke arah oriental, penuh dengan aroma dan kemanisan tembakau.
Robert McConnell Oriental pula menerapkan penggunaan black cavendish ke dalam blend oriental baik yang turut dicampur dengan sedikit latakia. Blend ini juga agak memuaskan, kerana ia juga diadun dengan red virginia McConnell yang terkenal itu. Ia adalah antara blend Oriental yang agak berat, tanpa mengganggu aroma dan “fragrant” oriental yang menjadi “staple” kepada genre ini. Agak mudah untuk mendapatkannya disini tetapi sejak lima tahun lepas, ia semakin sukar untuk didapatkan.


Samuel Gawith juga tampil dengan beberapa blend yang boleh juga dikategorikan sebagai oriental, seperti Skiff Mixture dan Squadron Leader, yang menggunakan tembakau oriental tetapi sebenarnya lebih menjurus kepada English dek kerana kekuatan latakia yang ada didalamnya. Akan tetapi, Sam’s Flake adalah keluaran mereka yang paling “asli” oriental – tanpa gangguan latakia dan ditambah sedikit flavor tonquin. Cuma, ia juga tidak mengkelaskan tembakau oriental manakah yang digunakan.

Sudah tentu, masih banyak lagi blend yang “oriental-forward” yang tidak masuk ke pasaran kita namun melihat kepada apa yang kita ada disini, ia adalah memadai untuk meredakan keresahan dan rindu dendam kita terhadap genre tembakau yang semakin pupus ini. Bukanlah kita mahu menjadi ekstremis dengan pengklasifikasian, akan tetapi sebagai pemipa berilmu kita perlu dan berhak tahu akan struktur tembakau yang kita nikmati. Baru lah sesi perpipaan kita menjadi lebih bermakna.


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Love Me Tender (Part Deux) ; Kecantikan Luaran

PrologYa saya tahu. Elvis was great. Walaupun lebih dikenali dengan lagu-lagu rancak, King of Rock n Roll itu juga menemui beberapa slow, almost-ballad number yang bertemakan kasih sayang. Itulah yang kita cuba capai disini; kasih sayang antara pipa kita dengan diri kita sendiri. Pipa kita sebenarnya adalah lebih dari sekadar alat untuk kita menikmati tembakau. Ia adalah “men’s greatest companion” – telah saya ulaskan sedikit masa dahulu – sesuatu yang kita hargai, bawa ke mana sahaja kita pergi dan ditatang bagai minyak yang penuh. Jadi, sudah tentu pipa kita memerlukan sedikit kasih sayang dan perhatian, dan mungkin sering merayu “love me tender” kepada kita pemipa semua.
Sayugia menelusuri kebersihan dalaman sesebuah pipa tempohari, kita melihat pula kepada perihal penjagaan luarannya pula. Dalam hal ini, bagi kita sesebuah pipa adalah ibarat sebiji kereta. Bukan sahaja kebersihan diutamakan, malah kecantikannya juga penting bagi kita. Kalau untuk kereta banyak peminat sanggup berhabis duit untuk auto detailing, wax dan polish, untuk pipa juga sama.
Pertama sekali yang kita pandang tentulah akan gilapan briar kita. Terdapat briar wax yang sedia terjual di pasaran dimana ia boleh digunakan untuk kita menggilapkan permukaan briar-briar, terutamanya yang “smooth”. Unjuran grain yang menarik seperti straight grain, flame grain dan birdseye hanya akan menyerlah sekiranya wax ini diaplikasikan di serata permukaan bowl. Selain dari menggilap, ia juga dapat melembapkan permukaan briar pipa yang tentunya akan menjadi agak kering apabila ia terdedah pada kepanasan ketika berpipa dan sejuk ketika ia direhatkan. Itu belum termasuk kerosakan-kerosakan kecil akibat sentuhan dan ketika ia disimpan di dalam beg pipa, semua calar-calar halus dan lain-lain.
Untuk kerosakan yang agak major seperti calar yang besar – selalunya akibat terjatuh – mungkin sedikit “sanding” dengan kertas pasir untuk menghilangkan kesan calaran dan aplikasi carnauba wax untuk mendapat kan semula sinarannya adalah jalan yang lebih baik. Atau hantarkan pipa anda pada pakar-pakar restorasi kita – satu jalan yang lebih baik apabila kerosakan berskala besar berlaku. Tanpa alatan yang cukup dan pengalaman yang luas, anda berkemungkinan akan hanya menambahkan lagi kerosakan kepadanya, mungkin hingga ke tahap “beyond repair” jika anda tidak berhati-hati.
Untuk menaikkan gilapan pada briar, ada juga beberapa petua pantas seperti menggeselkan permukaan pipa di hidung dan pipi kita yang sememangnya semulajadi berminyak. Teori ini sememangnya berkesan untuk sementara waktu namun ia dikatakan tidak memberikan faedah untuk jangkamasa panjang. Malahan, ada beberapa rakan pemipa berpendapat yang perbuatan ini akan mengaburkan lagi permukaan bowl pipa kita jika ia menjadi satu kebiasaan. Saya tidak mengamalkan petua ini jadi kesahihan efek negatif tersebut tidak lah dapat saya sahkan.

Janganlah kita hanya memikirkan tentang bahagian permukaan bowl dan shank sahaja. Stem juga adalah bahagian pipa yang penting. Stem yang terjaga rapi adalah ibarat sepasang kasut kulit hitam yang anda padankan dengan tuxedo ke majlis-majlis rasmi. Boleh dikatakan, untuk mengetahui seseorang pemipa itu cermat atau tidak, perhatikan stem pipanya kerana hanya yang mementingkan “miniscule details” sahaja yang akan menitik-beratkan kondisi stem pipa mereka.
Stem akrilik kita haruslah senantiasa berkilat dan hitam. Akrilik adalah amat mudah dijaga, dimana sapuan minyak zaitun pun sudah cukup untuk mengilatkan bahagian stem ini. Namun calaran-calaran kecil dan kesan akibat gigitan jika ada, ia haruslah dirawat. Proses “sanding” dengan kertas pasir yang halus adalah pilihan utama namun seeloknya selepas proses itu kita melalukan bahagian terbabit kepada buffing machine untuk menjadikannya berkilat semula, dan pada masa yang sama turut menghilangkan kesan kertas pasir tadi secara baik.
Masalah pada stem selalunya berlaku kepada pemilik stem-stem vulcanite. Ini kerana bahan vulcanite akan mengalami proses oksidasi yang membuatkan warnanya menjadi sedikit kehijauan, dan ia mengeluarkan oksida tadi ke bahagian permukaan stem yang sekaligus mengeluarkan rasa pahit seperti getah terbakar apabila terkena lidah atau bibir kita. Pernah saya bincangkan sedikit masa dahulu mengenai oksidasi ini – lengkap dengan “step-by-step” akan percubaan saya – dimana kita boleh menggunakan beberapa produk wax untuk ebonite yang mampu mengatasi masalah oksidasi ini jika ia dilakukan dengan kerap. Ia tidak akan dapat menghilangkan oksidasi secara terus, namun jika dipraktikkan beberapa kali, kadar oksidasinya akan menurun dan hilang.
Satu langkah alternatif yang saya pernah lakukan adalah dengan menggunakan peluntur cucian / bleach. Rendamkan sahaja stem anda di dalamnya dan dalam jangkamasa yang singkat semua oksidasi tadi akan hilang! Cuma masalahnya, bleach adalah agak abrasif dan stem anda akan sedikit terhakis dan menggerutu selepas rendaman. Seperti biasa, buffing yang baik akan dapat melicinkan semula permukaan stem tersebut. Namun awas! Saya sarankan anda untuk menggosokkan / menenyeh lilin pada bahagian logo pipa di stem anda sebelum rendaman, kerana jika tidak ianya juga akan turut terhakis sama!

Sebenarnya ada satu minyak / larutan khusus bernama “Obsidian Pipe Stem Oil” yang tidak terlalu abrasif (mungkin tidak abrasif langsung) dan lebih mudah untuk digunakan. Sayangnya ia masih tidak ada di pasaran kita. Jika tidak, ia adalah satu produk yang sangat baik untuk stem ebonite anda. Sehingga saya berjaya untuk mendapatkan satu botol, saya tidak memiliki pengalaman dengan Obsidian Oil ini untuk dikupas dengan lebih lanjut. Ia tentunya sangat menarik untuk dicuba.
Selain dari itu, sesetengah pipa juga memiliki kemasan-kemasan istimewa seperti perak, emas dan lain-lain bahan tambahan. Perak terutamanya terdedah kepada fenomena oksidasi dan ia akan bertukar menjadi kehitaman apabila sesuatu jangkauan masa dicapai. Sesetengah pemipa suka akan oksidasi perak ini kerana ia menjadikan pipa kita kelihatan sedikit vintaj dan oksidasinya tidak mengganggu – tiada bau dan rasa yang terlibat. Jika sebaliknya anda sukakan kilatan perak yang mampu untuk menjadi satu cermin untuk anda bersikat, gunakanlah kain khusus yang selalu dipanggil “silver cleaning cloth” yang boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai emas. Malah, ia juga ada di jual di tobakonis-tobakonis tempatan.
Kain yang sudah pun dilumuri sedikit bahan abrasif ini memang sangat berkesan untuk menghilangkan oksidasi perak. Walau bagaimanapun, harganya agak mahal, di dalam lingkungan RM 60 untuk sekeping kain yang kecil. Jika intipati DIY di dalam diri anda masih tebal dan anda mendapati yang lebih baik menghabiskan RM 60 tadi untuk membeli baccy daripada membeli secebis kain yang kecil, anda boleh juga menggunakan abu pipa anda. Calitkan sedikit abu tersebut pada mana-mana kain atau tisu yang agak tebal dan sapukan pada kemasan perak tersebut. Anda akan dapati dengan mudahnya anda dapat mengembalikan kilatan perak pipa anda, bagaikan seperti baru dibeli!
Begitulah halnya dengan kita pemipa ini. Kebersihan dalaman dan kecantikan luaran adalah sangat penting untuk pipa, kerana kita berhabis wang dan masa demi menikmatinya. Pipa yang baik bukan sahaja mampu memberikan kita sesi perpipaan yang syahdu, namun mampu mengurangkan stress apabila kita membelek-belek keindahan bahan dan buatannya. Dengan satu syarat – ia haruslah bersih dan terjaga dengan rapi.
Jika anda mendekatkan telinga kepada pipa-pipa anda, pastinya anda akan mendengar bisikan “love me tender”, rayuan ikhlas mereka terhadap sedikit masa kita untuk penjagaan yang sepatutnya. So, let’s love them tenderly!




pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Love Me Tender (Part One) ; Kebersihan Dalaman

Prolog: Ya saya tahu. Elvis was great. Walaupun lebih dikenali dengan lagu-lagu rancak, King of Rock n Roll itu juga menemui beberapa slow, almost-ballad number yang bertemakan kasih sayang. Itulah yang kita cuba capai disini; kasih sayang antara pipa kita dengan diri kita sendiri. Pipa kita sebenarnya adalah lebih dari sekadar alat untuk kita menikmati tembakau. Ia adalah “men’s greatest companion” – telah saya ulaskan sedikit masa dahulu – sesuatu yang kita hargai, bawa ke mana sahaja kita pergi dan ditatang bagai minyak yang penuh. Jadi, sudah tentu pipa kita memerlukan sedikit kasih sayang dan perhatian, dan mungkin sering merayu “love me tender” kepada kita pemipa semua.



Isu pipa yang terbiar dan kotor adalah agak biasa di dalam dunia perpipaan. Mungkin agak “redundant”, clichè atau retorik, boleh saya katakan, tetapi agak menarik untuk kita melihat teori, hipotesis, dan modus operandi atau pendekatan-pendekatannya yang senantiasa berbeza-beza. Sesungguhnya perkara sebeginilah yang membina misteri alam pipa yang sangat menarik untuk dikupas.
Seringkali dikaitkan dengan kualiti hygienic seseorang individu, saya merasakan yang kebersihan dalaman sesebuah pipa adalah lebih kepada norma atau “habitual-mix” yang berlandaskan kepada strategi-strategi perpipaan yang tertentu, seperti usaha pembinaan dapur, “bowl-flavouring” atau “delay gratification technique” terutamanya yang extended / dibiarkan lebih lama. Tidak dinafikan yang memang wujud beberapa pemipa yang bersikap acuh tak acuh di dalam hal ini, tetapi ini adalah hak individu dan kita seharusnya hormat dengan cara kendalian individu terhadap barangan miliknya.

Nah, secara amnya kita Malaysian terlalu menyayangi pipa-pipa kita sehingga tidak banyak yang kita perlu perkatakan mengenai “pipe abuse”. Didikan dan pembelajaran tentang pipa yang senantiasa berjalan, samada melalui temupipa-temupipa, google, fb dan whatsapp groups, blog-blog, buku dan lain-lain berlaku saban hari. Inilah pemipa abad ke-21, pengetahuan menjadi tunjang perpipaan kerana informasi amat mudah untuk didapati.



Berbanding dengan situasi pada zaman dahulu; katakan pada tahun 70-an atau 80-an, tidak ramai pemipa berkumpul bersama untuk berkongsi ilmu. Tiada google tiada blog dan whatsapp yang menjadi sumber perkongsian ilmu. Mungkin, jumlah pemipa tidak sebegitu ramai pun (kerana vintaj menjadi trendy sejak pertengahan dekad yang lalu). Agak pelik memikirkannya kerana pada ketika itu sesiapa pun bebas berpipa di mana sahaja, walaupun di dalam shopping complex dengan penyaman udara mahupun di dalam kapal terbang – makin banyak sekatan pada ketika ini makin ramai pula yang mulai berpipa. Mungkin kita manusia sukakan larangan dan cabaran; makin dilarang makin menjadi-jadi pula akhirnya.



Berbalik kepada topik asal, setiap pipa memiliki hak untuk dibelai dan dimanja. Dalam ertikata lain, ia sepatutnya sentiasa berada di dalam keadaan yang bersih dan menarik. Hal ini bukanlah satu kemestian atau undang-undang tetapi dari segi kebersihan adalah patut kita sebagai pemipa faham dan mahir dalam hal-hal sebegini. Sudah tentunya ilmu dan alatan untuk membersihkan pipa sudah pun kita miliki, dan yang tinggal hanyalah “execution”.

Penggunaan alasan “untuk membina dapur” haruslah digunakan secara baik. Ini kerana bahagian bowl pipa mampu menyerap lembapan di dasar bowl dan anda bayangkan sekiranya ia dibiarkan sehingga ke tiga atau empat minggu, sudah tentu sedikit-sebanyak ia akan menyimpan bau dan rasa yang kurang menyenangkan, bukan?

Masalah sebegini kebiasaannya berlaku kepada dua jenis pemipa – mereka yang memiliki pipa pada kadar yang banyak dan pemipa yang berpengalaman. Saya dapati golongan pemipa baru selalunya sangat baik di dalam hal-hal membersihkan pipa ini kerana pipa adalah ibarat “investment” bagi mereka dan yang paling penting – mereka selalunya sangat berminat untuk melakukannya.
Saya ada menyatakan di dalam resolusi perpipaan 2016 akan disiplin baru untuk menggunakan pipecleaners dengan lebih kerap. Ternyata ianya sangat berjaya – setiap kali sesi perpipaan tamat saya akan lalukan pipecleaners dan biarkan ia disitu untuk dua-tiga jam. Ini bertujuan untuk pipecleaner itu menyerap lembapan dari pembakaran tembakau dan hanya selepas itu barulah saya membuang abu dan membersihkannya. Lagipun, ia baik untuk lubang shank kerana tiada pemipa yang mahu selaput dapur terbentuk di dalam shank.


Ia adalah satu kebiasaan bagi masyarakat barat untuk menggunakan spirit atau minuman beralkohol untuk membersihkan pipa-pipa mereka. Ia dikatakan dapat memberikan sedikit “character” pada bowl briar untuk sesi perpipaan seterusnya. Namun bagi kita mungkin agak memadai untuk menggunakan pipe cleaning solution yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Terkadang saya mencelup pipecleaner dengan solution tadi dan membersihkan shank dan dasar bowl dengannya. Vinegar mungkin baik untuk pipa porcelain / seramik namun untuk briar, ia berkemungkinan akan menyerap rasa kemasaman dan acidic vinegar tadi.


Jika anda berhasrat untuk membina dapur di dalam bowl, adalah lebih baik untuk menahan diri anda dari mengorek dasar bowl dengan pipecleaner basah seperti ini pada peringkat awal – biarkan sedikit lapisan dapur terbina terlebih dahulu dan apabila itu tercapai barulah anda gunakan pipecleaner basah sebegini di bahagian tersebut. Bagi bowl-bowl yang sudah memiliki dapur nipis yang selalu diura-urakan itu, saya akan pastikan yang tiada tekanan yang tinggi atau agresif diberikan terhadap pipecleaner basah tadi apabila membersihkan bahagian dalam dan dasar bowl. Laluan yang lembut sudah cukup untuk memberikannya cucian asas.

Tanpa pipecleaners, saya dapati tisu yang digulung dan dipintal juga mampu untuk memberikan efek kebersihan yang memadai. Cuma dengan kondisinya yang lembut, anda perlu memutarkannya di dalam shank sehingga struktur pintalannya agak padat demi memastikan ruangan yang dicapai tisu tadi berjaya menyentuh semua bahagian dalaman shank dan bowl. Pada awal perpipaan, saya merasakan penggunaan pipecleaner adalah agak mahal jadi isteri saya selalu menemukan pintalan-pintalan tisu yang kotor, pelik lagi “suspicious” di atas meja membaca saya, sehinggakan saya dituduh mengamalkan voodoo pula! Saya harus akui yang saya memang love New Orleans terutamanya aestetik kulturalnya yang majmuk, pengaruh baroque di dalam arkitektural bangunannya dan masakannya yang spice-inclined tetapi mengamalkan voodoo? Come on!

Putik kapas (cotton bud) tidak begitu baik buat saya kerana ia gagal untuk mencapai bahagian dalam shank. Malah, ia bakal memberikan satu masalah lain apabila kapas tertanggal di dalam shank dan anda terpaksa menjolok ia keluar dari shank pula. Untuk bowl, mungkin ya tetapi saya boleh membersihkan kedua-dua bahagian bowl dan shank dengan pipe cleaner atau tisu voodoo saya, kenapa saya mahu gunakan putik kapas?


Disebalik kaedah pembersihan harian menggunakan pipecleaners tadi, penggunaan methylated spirit untuk menyah-bau dan membersihkan pipa tentunya adalah satu langkah berkesan yang sering dilakukan oleh pemipa-pemipa terutamanya pakar-pakar restorasi pipa. Saya merasakan Ia adalah langkah yang paling mudah dan praktikal setakat ini, lebih-lebih lagi kita tidak memiliki peralatan yang lengkap untuk kaedah-kaedah yang lebih “advanced” seperti “pipe retort” dan “ozone chamber”. Hal ini telah saya kupas di dalam artikel mengenai “ghosting” tempohari dan disini saya lebih menumpukan kepada kaedah-kaedah asas yang mudah, yang kita boleh lakukan bila-bila masa sahaja.

Pendek kata, terdapat pelbagai cara dan praktik untuk kita aplikasikan di dalam mandat kita untuk menyayangi pipa-pipa kita. Carilah satu yang sesuai dengan cara hidup dan masa kita sendiri, atau cuba lah satu persatu dan bangunkan cara unik anda yang tersendiri. Yang penting adalah apresiasi kita kepada pipa dan penjagaan kebersihan dalaman yang baik mampu untuk memberikan generasi yang seterusnya peluang untuk menikmati pipa-pipa kita ini.
Temui anda di bahagian ke dua “Love Me Tender”


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!