Sebenarnya
apa yang ingin disampaikan adalah pemilihan makanan atau konsumasi kita
yang dapat sedikit sebanyak memberikan refleksi tentang tabiat kita,
kebiasaan kita dan gaya hidup kita. Ia, walaupun berkait rapat dengan
budaya dan cara hidup kita disekitar budaya itu, akan terbentuk dan
berubah apabila kita menerima sesebuah pembudayaan baru yang ia pula
dipengaruhi oleh persekitaran kita, pergaulan kita dan persepsi kita
sendiri.
Agaknya
elemen stereotaip yang paling kuat di dunia tembakau adalah mengenai
keseriusan seseorang pemipa yang men”packing” tembakau aromatik di dalam
pipanya. Atau lebih mudah, blend aromatik dianggap hanya untuk pemipa
pemula. Adakah anda berfikiran sedemikian? Tentunya tidak!
Sememangnya
kebanyakan pemipa memulakan perjalanan mereka dengan blend-blend
aromatik; masakan tidak, dari rokok yang “one-dimensional” kita pada
waktu itu tentunya mahu meneroka flavor-flavor seperti vanila, madu,
karamel, buah-buahan dan bermacam lagi. Tetapi sehingga kini terdapat
ramai pemipa yang walaupun saban hari bergelumang dengan latakia dan
perique, mereka masih mahukan sedikit sesi perpipaan aromatik
terutamanya pada hujung-hujung minggu. Terdapat banyak blend aromatik
yang baik dan bersifat kompleks seperti McClelland Holiday Season, G.L.
Pease Barbary Coast, Cornell & Diehl Pennington Gap dan
lain-lain. Jadi, jika pilihan blend anda turut merangkumi beberapa blend
aromatik, anda tidak seharusnya berasa malu dan segan.
Ia
juga tidak bermakna yang anda tidak serius dalam berpipa. Seorang
pemipa matang sepatutnya tidak merasa malu untuk membawa blend aromatik
ke mana-mana. Sesetengah blend aromatik amat baik dinikmati selepas
makan, sepertimana anda memesan pencuci mulut. Itu belum mengambil kira
lagi akan faktor yang anda perlu fikirkan jika berpipa di kawasan yang
agak sensitif – contohnya di rumah orang atau di cafe-cafe awam, di mana
bau latakia yang agak kuat dan unik boleh menyebabkan rasa kurang
selesa pada mereka yang di sekitar anda.
Dunia
seni grafik juga telah berkembang pesat dan seringkali ia digunakan
oleh pengeluar tembakau untuk menemani blend-blend mereka. Oleh itu,
kita dapati banyak blend-blend di luar sana yang mengambil pendekatan
dalam menampilkan grafik-grafik menarik seperti Cornell & Diehl
dengan kartun-kartunnya, DTM yang terkadang menggunakan
ilustrasi-ilustrasi menarik seperti di tin Devil’s Holiday, G.L. Pease
yang juga tampil dengan ilustrasi khas untuk blend-blend seperti
Gaslight, Lagonda dan Maltese Falcon, penggunaan gambar-gambar
pemandangan dari blend-blend keluaran Sutliff dan bermacam lagi. Dengan
grafik-grafik yang canggih, penuh warna dan malahan bersifat lucu
(terutamanya keluaran dari Cornell & Diehl), adakah blend-blend
mereka kurang serius berbanding blend-blend lain?
Ini
agak kontrari dengan pendekatan beberapa pengeluar berstatus “tobacco
house” seperti Dunhill, Davidoff, Peter Stokkebye dan malahan Peterson.
Mereka lebih senang menggunakan logo korporat mereka dan mengekalkan
grafik lama mereka di tin-tin blend tembakau. Bukan setakat grafik,
malahan aksara tulisan / font yang digunakan juga adalah kekal seperti
pengeluaran awal.
Bagi
mereka, blend-blend keluaran mereka sudah pun terbukti diminati ramai
dan mempunyai “follower” yang setia jadi pengekalan grafik dan tulisan
sebegini adalah sesuatu yang harus. Mereka juga mahu memberikan satu
mesej kepada peminat-peminat mereka yang blend asal yang baik adalah
kekal sebegitu, dan akan kekal selamanya, selamat dari arus pemodenan
dan campurtangan tembakau-tembakau baru.
Selain
itu, nama sesebuah blend juga mengundang kepada spekulasi akan
keseriusan seseorang pemipa itu. Ketika dahulu banyak pengeluar blend
yang menggunakan nama yang sangat ringkas atau lebih teruk, menggunakan
kod-kod R&D mereka sebagai nama blend (My Mixture 965 adalah satu
contoh jujur kepada perkara ini). Tetapi tak lama kemudian dunia
perpipaan menyaksikan nama-nama blend yang lebih drastik dan panjang
mulai popular. Dan di sebalik gimik yang terkandung di motif penamaan
blend-blend sebegini, terkadang nama yang mudah dan lurus adalah lebih
digemari berbanding dengan nama yang “catchy” tetapi panjang dan
meleret-leret.
Faktor
nama sesebuah blend ini sememangnya sangat penting kerana ia
menceritakan kita akan apa yang mahu dicapai oleh blend tersebut. Dan
ianya haruslah kena dengan “target audience” blend itu, barulah segala
faktor berhubung. Sekali lagi saya menyertakan keluaran DTM iaitu blend
yang dikeluarkan khas bersempena menyambut ulangtahun DTM yang ke-25
tahun, yang diberikan nama “Choo Choo Train”. Ianya adalah sebuah blend
aromatik berlandaskan virginia yang menarik, dengan flavor honey dan
vanilla tetapi agak sukar untuk orang memutuskan samada kita adalah
pemipa serius atau sebaliknya sebaik blend ini diletakkan di atas meja
makan selepas makan malam!
Mencapai equilibrium pemipa budiman sebegitu, adalah sangat sukar, serta berliku dan beronak duri jalannya…
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment