Memori dengan “kapal layar diraja” ini sudah pun bermula sejak dari awal detik perpipaan saya…
Dengan
nama yang diluar konteks perpipaan, seni tin tembakau yang bersifat
agak retro dan penawaran blend bukan English yang diluar kebiasaan
Dunhill (yang terkenal dengan blend-blend bersifat English), ia bererti
sesuatu yang anda perlu cuba.
Royal
Yacht sebenarnya adalah blend virginia yang agak kompeten. Saya percaya
akan kualiti tembakau yang digunakan untuk blend ini adalah “top-notch”
seperti kebanyakan blend-blend Dunhill yang lain. Sebaik sahaja tin
dibuka, bau virginia dan sedikit bau pelik seperti ammonia yang antara
tajam dan tidak pasti akan menerpa hidung pemipa. Ya, bukan bau virginia
konvensional yang anda selalu alami; jerami, barley dan sedikit
kemasaman plum kering adalah identik keterbiasaan yang sedikit tenggelam
disebalik timbunan ribbon ini.
Bau
yang agak tajam itu adalah “sos istimewa” yang diadun bersama virginia
tadi. Dunhill, sepertimana kebanyakan syarikat pengeluar tembakau lain
memiliki kecenderungan untuk merahsiakan komposisi bahan yang digunakan
dalam menghasilkan sos-sos blend yang istimewa sebegini. Mungkin
molasses, mungkin liquorice atau mungkin juga vinegar, kita hanya mampu
membuat spekulasi sahaja dan membiarkan mistik Dunhill bermain-main
dengan perasaan kita saban hari.
Dalam
sibuk kita melayani misteri tidak terjawab sebegini, saya harus akui
bahawa Royal Yacht bukanlah sebuah blend yang mudah difahami. Seperti
yang dikatakan di atas tadi, blend ini adalah agak “potent”- ia dapat
memberikan kepuasan virginia yang baik. Kehadiran nikotin juga dapat
dirasai tanpa ragu-ragu. Hentaman nikotin dan kepuasan yang dirasai
adalah persis pengalaman semois. Walaupun secara peribadi semois adalah
lebih “tasty” dan lazat, pembangunan kompleksiti Royal Yacht pula adalah
amat menarik dan mencabar minda pemipa kontemporari.
Disebalik
potensi virginia yang memuaskan ini, ramai juga pemipa pemula yang
beranggapan bahawa blend Royal Yacht adalah “keras” dan “heavy”. Faktor
ini adalah popular dan malangnya ia sekaligus membataskan pemipa pemula
untuk mencuba dan memahaminya. Walaupun memang betul yang Royal Yacht
bukanlah “instant hit” kepada pemipa pemula tetapi setelah palate mereka
di asuh oleh blend-blend virginia lain, potensi Royal Yacht akan mulai
terserlah dan pemahaman blend yang baik dapat berlaku.
Sebenarnya
ramai pemipa yang bertanyakan saya tentang blend ini dan reaksi biasa
adalah “Urgh, kerasnya blend ini!”. Dengan reaksi sebegitu, perlukah
kita menganjurkan mereka supaya bersabar dengan blend ini? Atau berpesan
“come back when your palate is ready”? Di dalam dunia perpipaan
sekarang di mana banyak blend-blend baru yang menarik dihasilkan,
ditambah pula dengan pengeluaran blend-blend berteraskan
“customer-oriented” seperti yang diterapkan oleh Hearth & Home
(“Larry’s Blend dan Frenchy’s Sunza Bitches bermain-main di benak
pemikiran kita) yang semakin popular dan juga pengeluaran blend-blend
virginia yang lebih “yield-specific” seperti siri McClelland Christmas
Cheer juga selalu kelihatan, bukankah lebih baik untuk menganjurkan
mereka untuk “move on” kepada blend-blend sebegini dan “be happy”?
Ini ditambah pula dengan beberapa lagi kekeliruan yang sering menghantui Royal Yacht. Ribbon yang kecoklatan gelap ini, walaupun nampak agak menyelerakan, sememangnya mengelirukan pemipa. Ramai yang menyangkakan Royal Yacht adalah blend aromatik!
Ini ditambah pula dengan beberapa lagi kekeliruan yang sering menghantui Royal Yacht. Ribbon yang kecoklatan gelap ini, walaupun nampak agak menyelerakan, sememangnya mengelirukan pemipa. Ramai yang menyangkakan Royal Yacht adalah blend aromatik!
Terkadang,
pengkategorian sesebuah blend boleh menjadi sangat melemaskan. Ia
sememangnya mengandungi sejenis “special sauce” a-la GL Pease’s
Montgomery (atau dilihat dari segi tahun keluaran, Montgomery lah yang
menginspirasikan Royal Yacht, dek kerana Royal Yacht sudah pun berada di
dalam rotasi “over-the-counter” blend di Dunhill sejak lebih kurang
seabad lalu), tetapi apa yang kita dapat rasakan dari terma aromatik
hanyalah sedikit note “fruity” yang boleh didapati dari blend-blend full
virginia yang lain, bukan?
Mungkin,
sos istimewa itu lah yang membantu dalam konteks “blend refinement” dan
mengurangkan flavor “citrusy” yang selalu terdapat pada blend-blend
virginia, lantas memberikan kita peluang yang lebih besar untuk menjejak
flavor-flavor virginia yang lain. Ini, jika dilihat dari sudut positif,
adalah satu peluang besar untuk mereka yang sukakan virginia dan
variasi-variasinya. Malah, ia boleh dikategorikan sebagai salah satu
blend virginia yang kreatif dan “out-of-the-box”!
Kesukaran
untuk memahami persekitaran ini menyebabkan Royal Yacht terkepuk di
dalam simpanan saya buat satu masa yang agak panjang. Secara tidak
sengaja ia di”shelf”kan sehingga dua-tiga tahun dan secara tidak sengaja
juga hati saya terdetik untuk memungah dan mengeluarkannya dari dalam
simpanan tidak lama dahulu. Walaupun agak lama dibiarkan di dalam tin
kedap yang sudah dibuka, untaian ribbon nya tidak terlalu kering.
Mungkin sos istimewa tadi juga membantu dalam pengekalan sedikit
lembapan ini. Apa yang saya dapati adalah blend virginia yang sangat
baik, agak komplikated tetapi memberikan anda dimensi full virginia yang
tidak sama seperti blend-blend lain.
Ternyata,
kesabaran pastinya adalah faktor penting bagi setiap satu perkara dan
keterbukaan kita untuk mengalami dan memahami kenapa sesebuah blend di
adun sebegitu rupa adalah sangat “rewarding”. Jadi sekarang apabila
ditanya mengenai Dunhill Royal Yacht saya selalu menganjurkan untuk
mencuba walaupun satu tin, simpan dan cellarkan untuk setahun dua lagi
dan datangi ia kembali pada kemudian hari, untuk anda menikmati blend
virginia unik yang tiada salinan resepi yang lain kepadanya. Penantian
itu, bagi saya sudah tentunya sangat berbaloi.
No comments:
Post a Comment