Saturday 29 October 2016

Anekdot Perpipaan #6 – Tentang Pipa & Cerut…



Agaknya ada yang tahu bagaimana segalanya bermula, yang ada saya ceritakan di dalam doppelgänger blog ini iaitu cerut di dunia fana. Mempraktikkan “paganism” kepada cerut Cuban yang berkualiti adalah satu dosa tak rasmi pertembakauan yang memberi impak kepada semua orang. Daunan yang baik ini adalah sumber alam yang berhak dinikmati oleh semua, walaupun anda mampu membeli dan memunggah kesemuanya.
Dengan pemikiran sebegitulah saya terbawa untuk mendalami cerut dengan lebih mendalam lagi. Asas perpipaan yang rata-rata kita miliki saya rasakan seperti satu kelebihan – dan agak terkejut apabila saya mendapati kemudian bahawa tidak banyak persamaan pun yang dikongsi antara keduanya. Dari segi jenis tembakau, flavor, cara penyediaan, cara menikmati dan etika-etika yang terikat olehnya, dunia cerut adalah asing sepertimana asingnya Alaska bagi saya. Jika anda takutkan pembaharuan, anda pasti mahu berundur, balik ke rumah dan bersembunyi di sebalik kesuaman bowl Castello Perla Nera anda. Namun jika anda berfikiran positif, anda bayangkan betapa luasnya nikmat yang belum diterokai!
Cerut selalu saya kaitkan dengan kejayaan. Kita membakar cerut ketika dikurniakan bayi, selepas majlis konvokesyen (cerut 7-Eleven adalah pilihan popular), selepas mendapat projek juta-jutaan atau menang perlumbaan motor naik ke Genting Highlands. Perlambangan kejayaan memang sinonim dengan menghisap cerut. Persekitaran hidup seseorang peminat cerut yang selalu mencari elemen-elemen kejayaan, cabaran dan keseronokan digilai oleh gadis-gadis yang mahukan faktor “fun and flamboyant”.
Berpipa pula menonjolkan sikap budiman. Saya selalu terbayangkan akan tuxedo atau pakaian kemas, twill tweed jacket, double monk strap leather shoes, wool felt beret, jam yang kemas dan paling penting adalah sikap yang budiman. Pemipa adalah golongan yang menghormati orang lain, pendengar yang baik dan pemikir yang kritis. Bagaikan ada kod-kod tertentu yang difahami pemipa sejagat, dan tentunya ia dibentuk oleh disiplin ketika berpipa itu sendiri; dari ritual penjagaan pipa yang selalu dipolish dan dibelai rapi, men”packing” tembakau, meratakan abu dengan tamper, membersihkan pipa selepas sesi perpipaan selesai dan sebagainya. Kemas, budiman dan segak, pemipa menjadi perhatian gadis-gadis yang bijak dan mahukan “assurance” di dalam perhubungan.
Di sebalik perbezaan ketara itu, keduanya datang dari daunan induk yang sama, nicotina tobacciana. Ia juga adalah satu pembudayaan tentang gaya hidup dan pemburuan ketenangan jiwa yang memberikan kita tujuan untuk mencari aspek-aspek kehidupan yang lebih berkualiti. Ia bukannya ketagihan. Kita ternanti-nanti masa yang sesuai untuk berpipa dan menyalakan cerut seperti seorang peminat teater menantikan persembahan bermula. Sedari atau tidak, anda memiliki pemikiran yang lebih kritis dan lebih kurang berprasangka berbanding non-smokers. Dan itu adalah fakta.
Sepertimana saya geram dan kecur air liur melihat susunan tin blend-blend di kedai tembakau, begitu juga perasaan saya ketika melihat susunan cerut yang sedang “berehat” di dalam humidor atau kotak cedar masing-masing. Saya tahu di sebalik balutan wrapper yang selembut sutera itu tersembunyi flavor-flavor indah hasil berbudi kepada tanah, sepertimana saya tahu keunggulan rasa di rongga-rongga flake blend-blend virginia. Saya juga sedia maklum akan keunggulan pembakaran dari “long filler” sepertimana kepastian pembakaran sekata bagi untaian ribon tembakau pipa yang di pack rapi di dalam bowl pipa kita. Kepuk asap yang sama akan terhasil, memberikan inspirasi untuk kita berkontemplasi.
Sayugia itu suka sekali untuk saya menerima kedua budaya daunan bangsawan ini dengan telapak tangan yang terbuka. Jika cerut melambangkan kejayaan / “success” dan pipa pula melambangkan perilaku jejaka budiman / “gentlemanliness”, bukankah menikmati keduanya akan membawa kita kepada “successful gentleman”?
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

No comments:

Post a Comment