Friday 2 September 2016

Siri “Bergelumang Dengan Ira Briar” : Ira Silang (Cross Grain)


​Kita memperkatakan tentang “bird’s eye” atau mata beburung tidak lama dahulu. Ia sememangnya satu fenomena briar yang menarik dan mengujakan para pemipa di serata dunia. Yang menariknya, kebanyakan pipa dengan finishing smooth dan sandblast selalunya memiliki unjuran bird’s eye ini sama ada sedikit ataupun banyak.
Seperti yang kita tahu, fenomena mata beburung ini pun sebenarnya datang dengan unjuran ira grain itu sendiri, sama ada ira lurus (straight grain) ataupun ira silang (cross grain). Jika ira lurus, mata beburung selalunya akan berada pada rim dan bahagian bawah bowl dan jika pada ira silang, mata beburung tadi akan berada di sisi briar – kebiasaannya pada pipi bowl.
Ira silang / “cross grain” ini adalah satu unjuran yang biasa kita lihat pada hari ini. Oleh kerana kebanyakan pipemaker akan cuba untuk menghasilkan pipa-pipa dengan unjuran “straight grain” sebaik mungkin (dan selagi mana mampu) dan harga pasaran blok briar yang memperlihatkan “straight grain” mampu untuk dijual lebih mahal dan lebih pantas dari blok- blok biasa, pemotong briar akan memanipulasikan potongan mengikut kehendak pasaran sebegini jadi kebarangkalian untuk mendapatkan ira “cross grain” yang simetri dan baik adalah sukar.

cross-grain yang baik memerlukan simetri dan keseimbangan antara ira lurus / straight grain dan mata beburung / bird’s eye
Pipa dengan “cross grain” yang baik akan menampilkan corak “bird’s eye” yang indah di permukaan kiri dan kanan bowl, sambil memperlihatkan gugusan “straight / flame grain” yang padat walaupun agak pendek di sepanjang permukaan atas dan bawah pipa. Kesempurnaan “cross grain” sebegini adalah jauh lebih langka dan “rare” dari pipa-pipa “straight grain” yang rata-rata bernilai empat angka, kerana faktor kesukaran mendapatkan blok briar yang cukup baik untuk pipemaker mengolah pipa “cross grain” dengan simetri yang baik.
Agak mengejutkan sebenarnya untuk kita ketahui yang unjuran “cross grain” ini adalah standard tinggi untuk pipa-pipa di awal abad ke-20 dahulu! Preferensi untuk pipa-pipa “cross grain” yang simetri dan seimbang pada ketika itu adalah sangat tinggi – permintaan terhadapnya dikatakan jauh lebih baik dari pipa-pipa dengan unjuran “straight grain” – satu faktor yang menjelaskan kenapa pipa-pipa dengan unjuran “cross grain” yang simetri dan menarik banyak terdapat pada pipa-pipa British lama. Pipemaker-pipemaker pada ketika itu juga dapat mengutamakan olahan “cross grain” tanpa perlu memikirkan tentang olahan “straight grain” lantas menghasilkan banyak karya-karya “cross grain” yang menarik.
Kemudiannya, datang pula satu persoalan tentang kekuatan struktur kayu bagi sesebuah briar mengikut potongan dan unjuran grain nya. Adakah pipa-pipa dengan unjuran “cross grain” jauh lebih kuat strukturnya berbanding pipa-pipa ” straight grain”? Mengikut apa yang kita faham tentang struktur ira kayu, struktur urat kayu memainkan peranan yang penting pada kekuatannya. Membelah mengikut unjuran ira tentunya lebih mudah dari membelah membelah sesuatu secara melawan ira. Walaupun mudah untuk dibelah, hasil perkayuan tadi pula tentunya lebih lemah berbanding hasil struktur kayu yang melawan ira, bukan? Mungkin dengan teknologi perkayuan sekarang membelah dan memanipulasi hasil perkayuan tidaklah serumit dan sekompleks dulu – satu persoalan yang mungkin dapat diperjelaskan dengan lebih halus lagi oleh para pipemakers dan pakar-pakar perkayuan kita.

dengan ira grain yang mendatar / horizontal, adakah struktur briar akan menjadi lebih kuat dan lasak?
Daripada persoalan tadi lahir pula satu persoalan yang lebih relevan pada kita pemipa – adakah pipa-pipa dengan unjuran “cross grain” ini akan menjadi lebih panas ketika digunakan berbanding pipa-pipa “straight grain”? Persoalan ini sebenarnya berasal dari asbab alami unjuran grain pada briar, dimana kejadian grain ini juga adalah satu fenomena tumbuhan untuk menyalurkan nutrisi dan air kepada akarnya, yakni bahagian tengah briar tersebut (keseluruhan briar pun sebenarnya adalah akar, bukan?). Jadi, dikatakan haba dapat diserap dengan lebih baik oleh dinding briar berunjuran “straight grain” berbanding dinding “cross grain”. 
Di dalam konteks ini, sama seperti konsep “radiator” oleh permukaan sandblast, ia adalah satu teori sains yang popular tetapi masih tiada pembuktian atau ujikaji terperinci yang dijalankan ke atasnya. Sebelum saintis-saintis tampil dengan perincian sebegini, adalah lebih baik kita mengawal faktor kepanasan briar dengan cara-cara ortodoks yang kita sedia maklum – packinglah baccy anda dengan baik dan perlahankan tempo perpipaan anda.
Berbalik kita pada faktor estetik unjuran “cross grain” ini, untuk mendapatkan kualiti “cross grain” sebaik hasil abad yang lalu adalah satu perkara yang agak sukar sekarang. Pipa-pipa “cross grain” sempurna dengan unjuran ira lurus pada bahagian bawah dan atas pipa (bahagian atas pipa selalunya melibatkan bahagian atas shank dan rim) kebanyakannya adalah di dalam katalog-katalog pipa dahulukala, hanya kerana kecenderungan untuk menghasilkan unjuran “straight grain”. Sudah tidak adakah peminat pipa-pipa “cross grain” ini? Hanya kerana pipa-pipa ” straight grain” adalah lebih mahal dan lebih popular, itu tidak bermakna pipa-pipa “cross grain” akan diketepikan begitu sahaja.

jenama-jenama pipa lama keluaran British adalah sinonim dengan penggunaan teknik cross grain sebagai finishing mereka, terutamanya pada zaman di mana rata-rata pemipa tidak memperdulikan akan faktor straight grain
Bercakap mengenai hal itu, boleh dikatakan yang pemburuan pipa “cross grain” dengan simetri yang baik adalah lebih mudah untuk dilakukan di pasaran pipa estate. Jenama-jenama pipa British / Irish lebih popular untuk penghasilan pipa-pipa “cross grain” ini kerana mereka bermula lebih awal, dan pada ketika dunia dikejutkan dengan revolusi pembuatan pipa Danish, unjuran “straight grain” sedang meningkat naik popularitinya. Oleh itu banyak pipa-pipa Danish versi “high end” juga menampilkan unjuran “straight grain” berbanding “cross grain”.
Pada ketika ini, kedudukan status unjuran “cross grain” adalah pada bahagian permulaan pipa-pipa versi “smooth”, dimana biasanya ia memiliki harga pasaran yang sedikit rendah dari kategori “flame grain” dan “straight grain” seterusnya. Malah, ia juga masih di bawah “bird’s eye” jika kita lihat pada pengkelasan harga jenama-jenama pipa yang menghasilkan pipa dengan kategori tersebut. Ini jelas menunjukkan yang unjuran “cross grain” ini sudah tidak sepopular sepertimana yang ia pernah dinobatkan dahulu.
Namun seperti biasa, menjadi seorang pemipa yang peka pada kualiti, inovasi dan apresiasi briar, kita perlu sedar yang pipa-pipa dengan unjuran “cross grain” juga adalah sangat cantik dan berbaloi untuk dikoleksikan, lebih-lebih lagi pada jenis “cross grain” yang simetri dan seimbang. Oleh itu janganlah anda ragu-ragu jika hati anda tertarik pada mana-mana pipa “cross grain” yang anda jumpa di pasaran nanti; lihatlah pada kesimetrian dan keseimbangan corak “cross grain” tersebut dan anda akan tahu yang pipa itu datangnya dari pipemaker yang sangat bijak dalam memanipulasikan unjuran grain sebaik yang mungkin.

penghasilan pipa-pipa dengan unjuran cross grain juga memerlukan kemahiran tinggi seseorang pipemaker; hanya dengan itu barulah olahan cross grain terbaik dapat dihasilkan
Itu juga, adalah sesuatu yang terhad dan “rare” di dalam dunia perpipaan sekarang…
.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

No comments:

Post a Comment