Tidak
kurang juga pemipa-pemipa yang datang melalui “pintu belakang” –
biasanya golongan yang sudah berjinak dengan cerut atau mereka dengan
“seasoned palate” – bermula mengenal pipa dengan English dan oriental
blends. Lama-kelamaan mereka akan menelusuri juga full virginia dan
va/per namun ada sesetengah yang tidak mahu menyentuh aromatik langsung.
“Seasoned”
atau tidak, latakia merupakan satu anugerah besar buat dunia perpipaan
dan lama-kelamaan seseorang pemipa akan berhadapan dengan “lat-bomb”.
Apakah itu “lat-bomb”? Perlukah pemipa risau akan cetusan “lat-bomb”
ini?
blend-blend yang mengandungi kadar latakia yang banyak dan hitam pekat selalu dilabelkan sebagai “lat-bomb”. adakah ia menjadi stereotaip sekarang? |
“Lat-bomb”
adalah satu slang dari perkataan “latakia bomb” yang sebenarnya merujuk
kepada penggunaan tembakau latakia secara berlebihan di dalam adunan
sesebuah blend, yang biasanya adalah blend English. Di dalam bahasa
Melayunya tentulah ia diterjemahkan sebagai “bom latakia”. Yang jelas,
ia membawa maksud akan keadaan sesebuah blend yang memiliki kadar
peratusan kandungan latakia yang tinggi – jauh lebih tinggi dari blend
English yang biasa.
Secara
puratanya, campuran tembakau latakia di dalam sesebuah blend English
adalah di antara 10%-40%. Komposisi blend English memerlukan tembakau
virginia sebagai tembakau primer / tembakau asas yang harus lebih dari
tembakau sekunder yakni tembakau latakia jadi kadar peratusan tadi
adalah normal. Namun, seperti biasa fitrah manusia yang tidak pernah
cukup akan membengkokkan garis panduan dan kreasi-kreasi baru pun
senantiasa tercipta. Begitulah halnya dengan English blend – penerimaan
dunia yang baik terhadap blend ini hanya menyebabkan percambahan blend
yang lebih kritis lagi!
Jika
kita mahu melihat kepada kadar peratusan latakia yang tinggi sebagai
kayu pengukur “lat bomb”, terdapat beberapa blend khusus yang jatuh di
dalam kategori ini. Terdapat beberapa blender yang suka untuk meletakkan
jumlah latakia pada kadar yang lebih banyak, seperti 50%, 60%, 70% dan
seterusnya. Setakat ini yang paling banyak peratusan latakia di dalam
blend adalah Cornell & Diehl Pirate Kake, yang dikatakan terdiri
dari 70%-75% latakia!
penggunaan adjektif seperti “plentiful”, “loads of”, “generous portion” etc selalu digunakan untuk menggambarkan penggunaan latakia yang banyak |
Secara
seriusnya saya tidak pasti akan efek kekurangan tembakau virginia
sebagai tembakau asas blend kepada blend dengan komposisi seperti ini.
Namun, ia ternyata digemari ramai dan jika anda melihatnya terjual di
kedai-kedai, jangan lepaskan peluang untuk mencubanya!
Seterusnya
adalah Samuel Gawith Commonwealth Mixture yang menggunakan 50:50 ratio
latakia dan virginia, yang mungkin agak “balanced” walaupun masih jatuh
di dalam kategori “lat bomb”. Selain dari itu Savinelli English Mixture
dan Comoy’s Cask no. 1 “Double English” juga dikatakan mempunyai kadar
campuran latakia yang banyak tetapi sayangnya peratusan sebenar
komposisi blend tidak didedahkan oleh blender masing-masing.
Melihat
kepada blend-blend yang tersenarai tadi membuatkan kita terfikir “Ah,
bagaimana pula dengan Dunhill Nightcap?”. Di sinilah saya merasakan yang
kuantiti latakia sahaja tidak seharusnya menjamin sesebuah blend itu
adalah “lat bomb” yang baik. Ternyata definisi “lat bomb” telah
diperkecilkan skopnya dengan hanya melihat kepada kuantiti sahaja. Masih
banyak faktor keampuhan sesebuah “lat bomb” yang perlu kita ambil kira
sebelum kita melabelkan sesuatu begitu sahaja.
kita semua akur yang Nightcap adalah blend English yang “strong” dan “potent” tetapi adakah peratusan latakianya mencecah 50%? |
Apa
yang kita perlu lihat juga adalah faktor hentaman nikotin / “nicotine
hit” yang banyak bergantung kepada tembakau primer juga. Tembakau
latakia sendiri memiliki kadar nikotin yang sangat rendah, maka
penggunaan tembakau primer yang baik, dengan sedikit bantuan luaran
(seperti contoh DTM’s Old Ironsides menggunakan sedikit burley di dalam
mixture itu) akan dapat menggandakan hentaman nikotin dan menjadikan
sesebuah blend itu sebagai “lat bomb” yang memiliki “umph” yang
setanding dengan namanya.
Semestinya
definisi “lat bomb” adalah lebih dari sekadar peratusan latakia di
dalam sesebuah blend. Kemajuan blending tembakau ala-artisanal seperti
yang dipelopori oleh G.L Pease menghasilkan beberapa blend “lat bomb”
moden yang agak sofistikated tanpa memerlukan jumlah latakia secara
obsesif, sepertimana yang beliau tonjolkan di dalam blend-blend seperti
Gaslight dan Lagonda. Ia juga membuktikan yang “lat bomb” mampu untuk
membawa kompleksiti rasa dan bukan hanya sekadar mengepam latakia ke
mulut kita sahaja.
Sudah
tentu pemipa yang meminati blend English dan tembakau latakia akan
teruja dan teringin untuk mencuba blend-blend “lat bomb” ini dan diharap
artikel ini dapat membantu mencadangkan sedikit sebanyak blend-blend
yang bercirikan sedemikian di sepanjang perbincangan kita. Kita boleh
berharap yang kemunculan banyak blending house dan pendekatan blending
tembakau yang lebih kepada artisanal dan “small batch” sebegini akan
melahirkan lebih banyak “lat bomb” yang dapat mencabar palate dan minda
kita.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment