Sewajarnya
sebelum bermula, kita perlu faham akan apakah peratusan komposisi
sesebuah blend English? Apa yang menjadikan sesebuah blend itu English
dan apakah sempadannya dengan blend terdekat iaitu blend Balkan?
Walaupun pengkelasan blend sekarang adalah agak longgar dan bercelaru
dek kerana sikap kurang berhati-hati dan kurang bertanggungjawabnya
sesetengah blender tembakau, kita sebagai tembakau enthusiast
perlulah lebih prihatin.
kadar peratusan latakia ke dalam sesebuah English blend seharusnya dicatat oleh pengeluar namun mungkin kerana menjaga “resepi” blend maka blender selalunya tidak mempamerkan komposisi sebenar blend |
Apa
yang diklasifikasikan sebagai blend English adalah campuran antara
tembakau primer virginia sebagai asas dengan tembakau latakia sebagai
“perisa”
nya. Campuran latakia ini boleh datang dari sekecil 1% hinggalah ke
peratusan popular iaitu 20%-30%. Jika kita mahu mengambil kira pendekatan blend yang agak ortodoks,
sememangnya blend English tidak boleh dicampur dengan tembakau lain
selain dari virginia dan latakia.
Pendekatan
purists ini tentunya mendapat sedikit olahan di sana-sini dan
seterusnya kita menyaksikan yang sedikit daunan oriental ditambah di
dalam
blend English. Lebih kepada “perisa tambahan”, campuran daun oriental
di dalam setiap blend English dianggap sebagai tambahan “umami” dan
memperisakan blend English itu lagi, sepertimana campuran ajinomoto di
dalam masakan kita.
Campuran
tembakau oriental di dalam blend English menjadi popular sehinggakan
majoriti blend English memiliki struktur sebegini maka perbezaan antara
blend English dengan blend Balkan hanya boleh diklasifikasikan melalui
kadar penggunaan tembakau orientalnya. Jika komposisi tembakau latakia
adalah lebih dari tembakau oriental maka blend itu adalah blend English
dan jika komposisi tembakau oriental adalah
lebih berbanding latakia, maka blend itu dikategorikan sebagai blend
Balkan.
Struktur
ini kekal sama dan walaupun penggunaannya agak longgar – ditambah lagi
dengan keadaan sekarang di mana tembakau latakia itu sendiri adalah
daunan oriental (Cyprian latakia). Tidak dinafikan akan benarnya satu
tanggapan bahawa blend Balkan juga adalah tercipta ekoran keterbiasaan
para blender untuk menyelitkan sedikit daunan oriental di dalam blend
English mereka, demi menjimatkan penggunaan Syrian
latakia yang sudah semakin genting keadaan bekalannya pada ketika itu.
faktor kekurangan bahan utama seperti contoh keberadaan Syrian latakia untuk the Solent Mixture ini adalah punca kenapa pengeluarannya terpaksa diberhentikan walaupun ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan |
Diterima
ramai di seluruh dunia, blend English juga memiliki beberapa dimensinya
sendiri seperti prinsip “latakia-bomb” atau lebih mudah diletakkan
sebagai “lat-bomb”. Ciri-ciri penting bagi sesebuah blend English yang
dikatakan “lat-bomb” adalah penggunaan tembakau latakia secara banyak.
Blend-blend sebegini senantiasa dikaitkan dengan struktur mixture yang
bersifat “heavy” dan rasa latakia yang sangat
“intense”. Intensifikasi rasa latakia sememangnya bergantung kepada
kadar campuran latakia itu tadi, tetapi struktur tembakau seperti “full
bodied”, “heavy” atau dipenuhi nikotin “hits” itu semua sebenarnya lebih
bergantung kepada tembakau primer yakni virginia.
Oleh
kerana itu, janganlah kita terkejut jika kita mendapati blend-blend
yang mengaspirasikan “lat-bomb” seperti Dunhill Nightcap, Savinelli
English
Mixture, DTM’s Old Ironsides dan Samuel Gawith’s Commonwealth Mixture
menggunakan beberapa daun lain seperti burley, Kentucky dan malahan
perique demi untuk merealisasikan impian kita pemipa yang mahukan lebih
“kick” dan lebih nikotin dari blend- blend yang
kita labelkan sebagai “lat-bomb” ini – akan kita bincangkan perihal
“lat-bomb” dengan lebih lanjut lagi pada minggu hadapan.
Berbalik
kepada asal kepada nama kategori “English blend” ini, ia adalah agak
jelas. British merupakan pengguna tembakau secara ekskusif dan ia
bermula
sejak dari zaman perluasan empayar dan penerokaan “New World” lagi
(yang kemudiannya dikenali sebagai benua Amerika). Penjelajahan yang
bersifat pencarian sumber mentah dari dunia-dunia luar Eropah adalah
sengit pada ketika itu. British disaingi hebat oleh
Portugal, Belanda dan Sepanyol dan sepertimana Sepanyol menemui
tembakau dan mengungguli dunia cerut / cigar, British juga menemui
tembakau dan pipa adalah cara penggunaan tembakau yang lebih popular
bagi mereka.
kita pemipa boleh berbangga akan kewujudan blend-blend English yang sememangnya tercipta untuk pemipa sahaja – tiada English blend untuk rokok mahupun cerut |
Yang
paling menarik tentang blend English ini adalah ekslusivitinya yang
hanya ada untuk pemipa – tidak ada rokok mahupun cerut yang berperisa
“English”.
Kita masih boleh lagi menikmati rasa “full-flavor” burley melalui rokok
Lucky Strike, keenakan “full bodied” virginia dari rokok Dunhill King
Size (Dunhill merah) tetapi latakia secara amnya dan English blend
secara khususnya hanya boleh didapati melalui tembakau-tembakau
pipa. Tekstur rasanya yang “earthy”, “leathery”, “creamy” dan “swampy”,
ditambah pula dengan flavor-flavor identik English blend seperti BBQ,
daging salai, rempahan dan perapan panggang adalah sangat ekslusif untuk
tembakau pipa. Perkara yang paling hampir
dengan tekstur rasa sebegini dari luar tembakau pipa adalah tembakau
maduro untuk cerut, yang juga sangat “earthy” dan sedikit “leathery”
tetapi dimensinya adalah agak berlainan.
Di
pasaran kita ini, beberapa blend English menonjol dan diminati ramai
seperti Dunhill My Mixture 965, Dunhill Nightcap, Rattray’s Red
Rapparee, Samuel
Gawith Squadron Leader, dan Peterson Old Dublin. Mujurlah blend-blend
ini masih ada dan mudah didapati, tidak seperti dua blend legenda Ashton
Artisan Blend dan MacBaren Solent Mixture yang keberadaannya sudah
tidak menentu lagi.
Tidak
lama kemudian datang beberapa blend English baru yang agak menarik juga
seperti Peterson Wild Atlantic, Comoy Cask No 1 (Double English), GL
Pease Westminster, Drew Estate’s Meat Pie dan DTM Old Ironsides yang
menambahkan lagi pilihan kepada pemipa kita yang sudah pun pening dengan
apa yang ada. Namun bagi saya, lebih banyak pilihan adalah lebih baik –
kerana setiap blend juga memiliki gubahan
komposisi masing-masing dan semuanya memiliki karakteristik tersendiri.
dengan rasanya yang enak dan unik, blend-blend English dengan mudah menambat hati pemipa dan digemari oleh segenap lapisan pemipa juga, baik yang tua mahupun yang muda |
Pada
permulaan mengenali English blend ini mahu saja saya kategorikan ia
sebagai “acquired taste” dek kerana rasa dan baunya yang agak “intense”
mungkin
memerlukan sedikit keterbiasaan. Namun lama-kelamaan saya dapati
sememangnya majoriti pemipa adalah yang dari jenis “English blend
smoker” jadi tidak salah kalau dikatakan yang English blend adalah blend
paling popular untuk para pemipa.
Dengan
itu, sebagai seorang pemipa yang peka dengan penawaran-penawaran
sebegini kita tentunya sentiasa mahukan blend-blend English ini kekal di
pasaran
kita. Keberadaan blend-blend English yang baik adalah satu rahmat buat
kita dan sekali-sekala melihat pembaharuan blend-blend bercirikan
English adalah satu perkara yang sihat di dalam dunia perpipaan ini.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment