Cuma
yang menjadi pertaruhan adalah wang anda. Pembelian pipa bukanlah
semudah membeli rokok. Terdapat banyak faktor-faktor intrinsik yang
bertemu
si sini, sama ada teknikal mahupun praktikal. Bahkan, mungkin mistikal
(saya maksudkan tentang mistik penjenamaan dan kesesuaian sesetengah
bentuk / shape, tidak ada faktor “angker” disini ya). Tidak
menghairankan kenapa “intertwining factors” wujud pada pembelian
pipa ini kerana ia bukanlah satu alatan membakar tembakau yang murah
dan mudah.
Menyaksikan
hampir keseluruhan pasaran pipa di Maleisië a.k.a Malaysia a.k.a
“Bolehland” sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat
perubahan
terhadap persepsi pipa pada mata masyarakat kita – sesuatu yang positif
dan menarik. Lima tahun lepas dan kebelakang, Malaysia adalah syurga
“rarities” – bukan kerana penumpuan pasaran barat ke atas kita, tetapi
kerana kurangnya bilangan pemipa pada ketika
itu, menjadikan banyak stok-stok pipa yang terdahulu, lama dan mungkin
sudah tidak dikeluarkan lagi, mudah didapati di kedai-kedai tobacconist
tempatan.
banyak lagi jenama pipa yang kita belum cuba, apatah lagi kemasan-kemasan unik seperti “plateau rim” dan mungkin hybrid sandblast dan smooth |
Ini
tentunya agak menarik kerana sesetengah tobacconist terkemuka dunia pun
tidak memiliki pipa S.Bang, Tom Eltang dan Former untuk ditawarkan
kepada
para pemipa mereka, dengan mengambil kira “inception” pipa gred ultra
yang lebih tinggi diluar sana. Bukan sahaja itu, malahan pipa-pipa
“factory made” Peterson seperti siri-siri High Grades yakni Straight
Grain, Deluxe dan Celtic juga belum tentu akan dapat
anda temui sepanjang masa walaupun di kedai terkemuka mereka di Grafton
Street, dek kerana terhadnya pengeluaran jenis-jenis ini setiap tahun.
Pasaran Malaysia pada ketika itu adalah penuh dengan kejutan dan bagi
pemipa yang meneliti hasil-hasil “higher grades”
sebegini, ia seumpama menemui lombong delima Mogok yang tidak dipajak
oleh mana-mana syarikat!
Walau
bagaimanapun, mungkin faktor kurangnya bilangan pemipa, kurangnya
“bonding” sesama pemipa yang ada dan kurangnya pendedahan ilmiah yang
menjadikan
situasi tersebut begitu, pada ketika itu. Sekarang, segalanya telah
berubah dan mencari sesuatu yang unik dan “rarity” adalah betul-betul
“rarity” – ianya agak sukar sekali. Pemipa baru muncul saban hari dan
tahap pengetahuan mereka tentang pipa dan seleksinya
terkadang adalah sangat menakjubkan.
Benar
mengikut teori “demand and supply”, kemunculan kedai-kedai pipa dan
tembakau sekarang adalah umpama kemunculan cendawan selepas hujan.
Sekali
sekala, saya akan meng”rajin”kan diri untuk menjenguk kedai-kedai pipa
yang ada di sekitar KL ini. Jika kita lihat lima tahun lepas, tidak
banyak kedai yang mampu anda ulangi tetapi sekarang, pheww, memang ada
banyak pilihan!
mengunjungi kedai-kedai pipa untuk membelek-belek dan membeli adalah satu keseronokan di dalam dunianya yang tersendiri |
Juga
terdapat banyak penjual-penjual pipa perseorangan yang membawa masuk
banyak pipa-pipa “estate”, menyajikan kita dengan jenama-jenama yang
tidak
pernah dilihat sebelum ini seperti Kirsten, Hardcastle, Parker,
Jeantet, Road Town, Kaywoodie dan sebagainya. Perkara sebegini tentunya
adalah positif – dimana ia datang bersama pakej ilmu untuk mengenali
jenama-jenama terbabit dengan lebih dekat dan ini secara
tidak langsung membantu untuk “broading the horizon” pemipa-pemipa kita
secara amnya.
Dengan
itu, pemburuan pipa-pipa terutamanya yang unik dan “rarities” adalah
agak terhad sekarang. Anda mungkin melihat sebuah Kiko B atau Peterson
Tawny Deluxe dipaparkan di Facebook untuk dijual, tetapi dalam masa
beberapa minit ia telah pun dilabelkan “sold out” tanpa sempat anda
menghubungi penjual online terbabit. Sampai ke tahap begitulah pemipa
kita sekarang, semuanya berilmu dan memiliki iltizam
pengoleksian yang tinggi belaka!
Namun
jangan pernah putus asa lah kawan-kawan. Rajin-rajinlah membelek
laman-laman online, berinteraksilah dengan “trusted sellers” di
Facebook, Whatssap
group dan sebagainya. Kebanyakan “trusted sellers” sebegini berupaya
untuk mencari sesejenis pipa yang spesifik seperti yang anda mahukan.
Nyatakan keinginan anda itu dan saya percaya jika mereka menemuinya
mereka akan segera menghubungi anda kembali. Ini
juga adalah satu jaminan servis yang baik buat mereka. Bukan sahaja
mereka mampu mencari pipa yang anda inginkan, malah mereka juga mampu
membawa pipa-pipa berjenama yang tidak dibawa oleh kedai-kedai seperti
OMS pipes, Dagner pipes & Dagner Cobs dan lain-lain
lagi!
mendapatkan pipa-pipa berjenama yang berstatus “cult” seperti Dagner dan OMS memerlukan kita mengenali “appointed seller” di negara kita ini – sepertimana saya mendapatkan Dagner Cob dari saudara budiman Amar Naiem dari Belen-Belen Store ini |
Juga,
ringan-ringankan kaki ke kedai-kedai tobacconist seantero negara dan
beleklah pipa-pipa disana selagi anda tidak muntah darah. Beli atau
tidak,
itu adalah hak kita sebagai pelanggan dan jika mereka keberatan untuk
membenarkan kita menilik-nilik pipa mereka, yang rugi adalah mereka
sendiri. Banyak lagi kedai-kedai lain yang memiliki “customer service”
yang lebih baik. Akan tetapi janganlah anda pula
“overdo” penilikan tadi dengan singgah setiap hari tanpa membeli.
Belilah sedikit tembakau atau “tools” seperti filter, briar wax atau
pipecleaners sekali-sekala apabila perlu untuk “menceriakan” hati
pekedai. Mereka juga ada sewa dan pekerja untuk dibayar…
Satu
lagi langkah yang baik adalah untuk terus bereksperimen dengan jenama
dan bentuk pipa yang kita tidak biasa dan tidak pernah miliki. Luaskan
skop
perpipaan kita dan tingkatkan tahap eksplorasi sendiri. Kita pemipa
senantiasa berubah selera dan penumpuan, dan harus juga sentiasa membuat
penambahbaikan kendiri. Billiard adalah menarik namun Zulu juga agak
mengasyikkan. Dan bukankah sesetengah billiard
dari sesebuah jenama adalah sedikit berlainan dari jenama yang lain?
Atau adakah anda pernah melihat pipa bentuk hawkbill dengan mata kepala
anda sendiri? Atau bagaimana jika kita mencuba “clay pipes” pula? –
Jangan pernah limitasikan pemburuan pipa anda.
pipa adalah satu dunia yang tidak bersempadan – jenuh dengan briar dan cob, beralihlah kepada clay pula! |
Perlu
anda ingat, sekiranya anda memilih untuk menjadi kolektor dan bukan
sekadar pemipa kontemporari, anda akan sentiasa terdedah kepada
kelemahan
diri dalam menilik-nilik pipa yang cantik. Mujur juga sekarang, variasi
penawarannya juga berkadar terus, semakin berkembang dan magnitud
pipa-pipa yang mendarat di bumi Maleisië juga semakin banyak. Pada
satu-satu masa, pastinya akan ada beberapa pipa yang
diinginkan hati, pada mereka yang rajin mencari.
.
.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment