Friday, 30 September 2016

Berpipa Adalah Satu Preskripsi Alternatif Kepada Kemelut Jiwa


Umum pemipa semua tahu berpipa ini adalah rutin harian yang ditunggu-tunggu. Ini benar terutamanya pemipa yang bekerja dimana aktiviti berpipa tidak boleh dilakukan di opis atau tempat kerja masing-masing. Semakin jam berdetik ke arah angka 5 semakin jelas bayangan pipa dan tembakau pilihan yang bakal dinikmati kelak.
Bayangkan keadaan kita yang baru pulang dari kerja, menikmati makan malam bersama keluarga dan kemudian mengundurkan diri ke bilik peribadi untuk memilih pipa, membelek-belek tin baccy sebelum memilih salah satu darinya, yang kemudiannya akan diprep sedikit dan di”pack” untuk dinikmati bersama secawan teh atau kopi panas yang baru dihidangkan – oh ilusi ini memang sangat melegakan!
Bayangan tadi tentunya membuatkan segala tekanan dari pejabat dan tempat kerja terbang bersama asap pipa kita itu, menelusuri bayu malam dan terus ke awan tinggi, hilang dari pandangan mahupun pemikiran. Dari suasana beginilah maka dikatakan yang aktiviti berpipa ini mampu untuk mengatasi tekanan kerja dan stress harian.
 
tekanan kerja dan stress yang dihimpun dari hari ke hari akan menyesakkan pemikiran seperti akar pokok tua yang penuh berselirat
Hal ini adalah benar sekali kerana gejala stress dan tekanan kerja sekarang adalah sangat membimbangkan. Kita dapati pola gaya hidup yang sibuk terutamanya di bandar-bandar menjanjikan kadar stress yang tinggi. Di bandar, kita harus bangun awal pagi hanya untuk mengatasi kesesakan lalu lintas. Pulang kerja pun sangat lewat atas dasar kerja banyak atau juga sekali lagi untuk mengatasi kesesakan lalulintas. Sedar atau tidak, masa berkualiti di rumah untuk bersama keluarga kita semakin kurang, dan kehidupan kita semakin dibelenggu stress.
Boleh dikatakan, stress adalah pembunuh senyap kerana anda tidak tahu akan bahayanya kepada anda. Tahu-tahu, strok datang menyerang. Anda boleh lihat di Coronary Care Unit di hospital-hospital, dimana ramai pesakit jantung sekarang adalah muda-mudi di bawah 40an – sesuatu yang sangat jarang berlaku di zaman 80an dan sebelumnya.
Tetapi kemudian datang pula persoalan mengenai bahaya tembakau kepada tubuh badan kita. Ya kita harus akui akan kemudaratan tembakau kepada manusia tetapi seperti mana segala sumber lain; gula, karbohidrat, lemak dan malahan air sekali pun, apa yang berlebihan pastinya memudaratkan. Dari situlah kita harus faham yang keserhanaan dalam penggunaan bahan adalah penting untuk badan kita. Berpipa, selagi dilakukan dengan sederhana, adalah antidot kepada stress.
berpipa dengan moderasi sememangnya sangat menenangkan jiwa dan bertindak sebagai “anti-depression” kepada minda kita
Bukanlah juga saya mengatakan yang berpipa ini tiada bahayanya. Segala apa yang kita lakukan, mendedahkan kita kepada bahaya. Segala perkara pun mempunyai risiko. Kita tahu yang banyak lagi aktiviti-aktiviti yang jauh lebih merbahaya, merumitkan dan menggunakan lebih tenaga seperti rock climbing, windsurfing, extreme water rafting dan extreme motorcross yang peminatnya bersumpah mengatakan aktiviti-aktiviti ini mampu mengurangkan kadar stress. Jadi, apalah sangat bahayanya dengan berpipa?
Mengupas kembali sejarah perpipaan yang pada ketika dulu sangat popular di universiti-universiti dan kampus-kampus, ia dianggap sebagai satu tabiat yang menenangkan dan membantu para pensyarah dan pelajar berfikir. Jadi jika ia adalah satu tabiat buruk yang bahaya, adakah universiti adalah satu institusi yang alpa dan salah? Ingat, “guns don’t kill but men do” – ianya terletak pada bahu kita untuk membezakan antara bahaya dan tidak.
Salah satu cabang pengurangan stress juga datang dari rutin berpipa itu sendiri. Segala rutin perpipaan itu sebenarnya adalah sangat menenangkan dan bersifat relaks. Walaupun ia akan melibatkan aktiviti-aktiviti yang agak melecehkan seperti penyediaan tembakau, “packing”, memadankan “tamping” dan “lighting”, membersihkan pipa selepas guna dan sebagainya, ia membantu pemipa untuk fokus dan secara tidak langsung melupakan hal-hal lain yang mendorong kepada stress.
rutin-rutin perpipaan seharusnya membuatkan kita fokus pada aktiviti ini dan terlupa akan masalah-masalah harian
Rutin yang melecehkan ini lah yang menjadi pendukung kepada nikmat perpipaan. Saya seringkali diajukan oleh rakan-rakan bukan pemipa dengan soalan-soalan seperti “Tak menyusahkan ke, kesana-kemari dengan beg pipa tu?” atau “Tak melecehkan ke nak kena cai, pack dan tamp bagai ni?”…hmm. 
Perkara-perkara kecil dan melecehkan sebegini lah yang membantu kita untuk melupakan seketika masalah-masalah lain dan memberikan kita pemikiran dan pertimbangan yang lebih baik dan wajar.
Juga penting untuk kita dapatkan adalah suasana yang baik. Berpipa dengan suasana yang baik seperti di “lounge”, di kedai-kedai bersama taulan perpipaan dan mungkin berseorangan di “smoking room” rumah sendiri sambil membelek-belek buku atau majalah juga adalah penting, bagi mendapatkan mood terbaik untuk aktiviti mengurangkan stress ini. Seperti teori “tidur berkualiti”, anda akan mendapat kepuasan terbaik dari sesi perpipaan yang diselubungi suasana nyaman, tenang dan relaks.
Tiada apa yang lebih melegakan bagi saya dari menyediakan pipa kegemaran dengan tembakau pilihan untuk “chill out” – biasanya blend-blend enak yang tidak terlalu kompleks seperti Frog Morton On The Bayou atau McClelland Three Oaks Syrian, menyalakannya dan menghisapnya secara perlahan sambil memperhatikan asap-asap menipis ditiup angin lalu. 
biarkanlah masalah dan stress harian kita terbang bersama kepulan asap pipa kita
Kehidupan yang baik tidak memerlukan hayat ke-100 tahun tetapi ketenangan jiwa adalah kunci utama kepadanya.



pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Monday, 26 September 2016

“Lat-Bomb” ; Bersedia Untuk Dos yang Lebih Tinggi?

Tahap penerimaan latakia seseorang pemipa itu adalah berbeza. Banyak yang bermula dengan aromatik, kemudian berjinak dengan virginia, va/per, English, oriental dan seterusnya. Ini adalah kitaran asas yang umum dirasai semua pemipa, walaupun ada yang mungkin terjun seperti dari aromatik terus ke English, kemudian balik ke full virginia dan bermacam lagi.
Tidak kurang juga pemipa-pemipa yang datang melalui “pintu belakang” – biasanya golongan yang sudah berjinak dengan cerut atau mereka dengan “seasoned palate” – bermula mengenal pipa dengan English dan oriental blends. Lama-kelamaan mereka akan menelusuri juga full virginia dan va/per namun ada sesetengah yang tidak mahu menyentuh aromatik langsung.
“Seasoned” atau tidak, latakia merupakan satu anugerah besar buat dunia perpipaan dan lama-kelamaan seseorang pemipa akan berhadapan dengan “lat-bomb”. Apakah itu “lat-bomb”? Perlukah pemipa risau akan cetusan “lat-bomb” ini?
blend-blend yang mengandungi kadar latakia yang banyak dan hitam pekat selalu dilabelkan sebagai “lat-bomb”. adakah ia menjadi stereotaip sekarang?
“Lat-bomb” adalah satu slang dari perkataan “latakia bomb” yang sebenarnya merujuk kepada penggunaan tembakau latakia secara berlebihan di dalam adunan sesebuah blend, yang biasanya adalah blend English. Di dalam bahasa Melayunya tentulah ia diterjemahkan sebagai “bom latakia”. Yang jelas, ia membawa maksud akan keadaan sesebuah blend yang memiliki kadar peratusan kandungan latakia yang tinggi – jauh lebih tinggi dari blend English yang biasa.
Secara puratanya, campuran tembakau latakia di dalam sesebuah blend English adalah di antara 10%-40%. Komposisi blend English memerlukan tembakau virginia sebagai tembakau primer / tembakau asas yang harus lebih dari tembakau sekunder yakni tembakau latakia jadi kadar peratusan tadi adalah normal. Namun, seperti biasa fitrah manusia yang tidak pernah cukup akan membengkokkan garis panduan dan kreasi-kreasi baru pun senantiasa tercipta. Begitulah halnya dengan English blend – penerimaan dunia yang baik terhadap blend ini hanya menyebabkan percambahan blend yang lebih kritis lagi!
Jika kita mahu melihat kepada kadar peratusan latakia yang tinggi sebagai kayu pengukur “lat bomb”, terdapat beberapa blend khusus yang jatuh di dalam kategori ini. Terdapat beberapa blender yang suka untuk meletakkan jumlah latakia pada kadar yang lebih banyak, seperti 50%, 60%, 70% dan seterusnya. Setakat ini yang paling banyak peratusan latakia di dalam blend adalah Cornell & Diehl Pirate Kake, yang dikatakan terdiri dari 70%-75% latakia!
 
penggunaan adjektif seperti “plentiful”, “loads of”, “generous portion” etc selalu digunakan untuk menggambarkan penggunaan latakia yang banyak
Secara seriusnya saya tidak pasti akan efek kekurangan tembakau virginia sebagai tembakau asas blend kepada blend dengan komposisi seperti ini. Namun, ia ternyata digemari ramai dan jika anda melihatnya terjual di kedai-kedai, jangan lepaskan peluang untuk mencubanya!
Seterusnya adalah Samuel Gawith Commonwealth Mixture yang menggunakan 50:50 ratio latakia dan virginia, yang mungkin agak “balanced” walaupun masih jatuh di dalam kategori “lat bomb”. Selain dari itu Savinelli English Mixture dan Comoy’s Cask no. 1 “Double English” juga dikatakan mempunyai kadar campuran latakia yang banyak tetapi sayangnya peratusan sebenar komposisi blend tidak didedahkan oleh blender masing-masing.
Melihat kepada blend-blend yang tersenarai tadi membuatkan kita terfikir “Ah, bagaimana pula dengan Dunhill Nightcap?”. Di sinilah saya merasakan yang kuantiti latakia sahaja tidak seharusnya menjamin sesebuah blend itu adalah “lat bomb” yang baik. Ternyata definisi “lat bomb” telah diperkecilkan skopnya dengan hanya melihat kepada kuantiti sahaja. Masih banyak faktor keampuhan sesebuah “lat bomb” yang perlu kita ambil kira sebelum kita melabelkan sesuatu begitu sahaja.
kita semua akur yang Nightcap adalah blend English yang “strong” dan “potent” tetapi adakah peratusan latakianya mencecah 50%?
Yang pertama sekali adalah tahap kekuatan blend tersebut. Kita tentu sedar yang latakia, sepertimana tembakau-tembakau oriental minor adalah tembakau yang memberikan flavor tetapi agak rendah kadar kekuatannya. Jadi, ” full bodied” dan strength blend adalah bergantung kepada tembakau asas. Sebagai contoh, mungkin ramai yang setuju yang Dunhill Nightcap adalah antara kategori “lat bomb” dan apa yang membantu blend itu adalah perique. Begitu juga dengan Commonwealth Mixture dari SG yang menggunakan “steamed virginia” yang pastinya membantu dalam pembinaan blend “lat bomb” yang sangat menarik.
Apa yang kita perlu lihat juga adalah faktor hentaman nikotin / “nicotine hit” yang banyak bergantung kepada tembakau primer juga. Tembakau latakia sendiri memiliki kadar nikotin yang sangat rendah, maka penggunaan tembakau primer yang baik, dengan sedikit bantuan luaran (seperti contoh DTM’s Old Ironsides menggunakan sedikit burley di dalam mixture itu) akan dapat menggandakan hentaman nikotin dan menjadikan sesebuah blend itu sebagai “lat bomb” yang memiliki “umph” yang setanding dengan namanya.
Semestinya definisi “lat bomb” adalah lebih dari sekadar peratusan latakia di dalam sesebuah blend. Kemajuan blending tembakau ala-artisanal seperti yang dipelopori oleh G.L Pease menghasilkan beberapa blend “lat bomb” moden yang agak sofistikated tanpa memerlukan jumlah latakia secara obsesif, sepertimana yang beliau tonjolkan di dalam blend-blend seperti Gaslight dan Lagonda. Ia juga membuktikan yang “lat bomb” mampu untuk membawa kompleksiti rasa dan bukan hanya sekadar mengepam latakia ke mulut kita sahaja.
blend-blend English “Powerhouse” sebegini meluaskan skop “lat-bomb” dan membawanya ke satu dimensi yang baru yang mendorong apresiasi yang lebih tinggi dari pemipa
Ramai yang menyatakan yang “lat bomb” sesuai untuk dinikmati sebelum tidur atau selepas makan malam. Mungkin pagi dan sebelum tidur bukanlah pilihan saya namun selepas makan malam semestinya saya, seperti kebanyakan kita, sukakan blend yang mempunyai hentaman nikotin yang tinggi dan sedikit “full bodied” untuk menemani saya sambil sistem badan kita mencernakan makanan. Saya tidak memerlukan nikotin untuk berjaga malam atau untuk membantu saya tidur, tetapi efek tembakau full-bodied terhadap diri kita sesudah menikmati makanan adalah sangat menyamankan dan melegakan. That is what smoking pipe is all about…
Sudah tentu pemipa yang meminati blend English dan tembakau latakia akan teruja dan teringin untuk mencuba blend-blend “lat bomb” ini dan diharap artikel ini dapat membantu mencadangkan sedikit sebanyak blend-blend yang bercirikan sedemikian di sepanjang perbincangan kita. Kita boleh berharap yang kemunculan banyak blending house dan pendekatan blending tembakau yang lebih kepada artisanal dan “small batch” sebegini akan melahirkan lebih banyak “lat bomb” yang dapat mencabar palate dan minda kita.


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Saturday, 17 September 2016

Siri “Berdamping Dengan Blend” – English

Ini adalah siri ke-empat (selepas aromatik, va/per, dan full virginia) yang menampilkan genre blend yang kita semua sudah sedia maklum.  Cuma kali ini genre yang dibincangkan adalah genre yang sangat unik dan diminati ramai – blend English.
Sewajarnya sebelum bermula, kita perlu faham akan apakah peratusan komposisi sesebuah blend English?  Apa yang menjadikan sesebuah blend itu English dan apakah sempadannya dengan blend terdekat iaitu blend Balkan? Walaupun pengkelasan blend sekarang adalah agak longgar dan bercelaru dek kerana sikap kurang berhati-hati dan kurang bertanggungjawabnya sesetengah blender tembakau, kita sebagai tembakau enthusiast perlulah lebih prihatin.
kadar peratusan latakia ke dalam sesebuah English blend seharusnya dicatat oleh pengeluar namun mungkin kerana menjaga “resepi” blend maka blender selalunya tidak mempamerkan komposisi sebenar blend
Apa yang diklasifikasikan sebagai blend English adalah campuran antara tembakau primer virginia sebagai asas dengan tembakau latakia sebagai “perisa” nya. Campuran latakia ini boleh datang dari sekecil 1% hinggalah ke peratusan popular iaitu 20%-30%. Jika kita mahu mengambil kira pendekatan blend yang agak ortodoks, sememangnya blend English tidak boleh dicampur dengan tembakau lain selain dari virginia dan latakia. 
Pendekatan purists ini tentunya mendapat sedikit olahan di sana-sini dan seterusnya kita menyaksikan yang sedikit daunan oriental ditambah di dalam blend English. Lebih kepada “perisa tambahan”, campuran daun oriental di dalam setiap blend English dianggap sebagai tambahan “umami” dan memperisakan blend English itu lagi, sepertimana campuran ajinomoto di dalam masakan kita.
Campuran tembakau oriental di dalam blend English menjadi popular sehinggakan majoriti blend English memiliki struktur sebegini maka perbezaan antara blend English dengan blend Balkan hanya boleh diklasifikasikan melalui kadar penggunaan tembakau orientalnya. Jika komposisi tembakau latakia adalah lebih dari tembakau oriental maka blend itu adalah blend English dan jika komposisi tembakau oriental adalah lebih berbanding latakia, maka blend itu dikategorikan sebagai blend Balkan.
Struktur ini kekal sama dan walaupun penggunaannya agak longgar – ditambah lagi dengan keadaan sekarang di mana tembakau latakia itu sendiri adalah daunan oriental (Cyprian latakia). Tidak dinafikan akan benarnya satu tanggapan bahawa blend Balkan juga adalah tercipta ekoran keterbiasaan para blender untuk menyelitkan sedikit daunan oriental di dalam blend English mereka, demi menjimatkan penggunaan Syrian latakia yang sudah semakin genting keadaan bekalannya pada ketika itu.
faktor kekurangan bahan utama seperti contoh keberadaan Syrian latakia untuk the Solent Mixture ini adalah punca kenapa pengeluarannya terpaksa diberhentikan walaupun ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan
Diterima ramai di seluruh dunia, blend English juga memiliki beberapa dimensinya sendiri seperti prinsip “latakia-bomb” atau lebih mudah diletakkan sebagai “lat-bomb”. Ciri-ciri penting bagi sesebuah blend English yang dikatakan “lat-bomb” adalah penggunaan tembakau latakia secara banyak. Blend-blend sebegini senantiasa dikaitkan dengan struktur mixture yang bersifat “heavy” dan rasa latakia yang sangat “intense”. Intensifikasi rasa latakia sememangnya bergantung kepada kadar campuran latakia itu tadi, tetapi struktur tembakau seperti “full bodied”, “heavy” atau dipenuhi nikotin “hits” itu semua sebenarnya lebih bergantung kepada tembakau primer yakni virginia. 
Oleh kerana itu, janganlah kita terkejut jika kita mendapati blend-blend yang mengaspirasikan “lat-bomb” seperti Dunhill Nightcap, Savinelli English Mixture, DTM’s Old Ironsides dan Samuel Gawith’s Commonwealth Mixture menggunakan beberapa daun lain seperti burley, Kentucky dan malahan perique demi untuk merealisasikan impian kita pemipa yang mahukan lebih “kick” dan lebih nikotin dari blend- blend yang kita labelkan sebagai “lat-bomb” ini – akan kita bincangkan perihal “lat-bomb” dengan lebih lanjut lagi pada minggu hadapan.
Berbalik kepada asal kepada nama kategori “English blend” ini, ia adalah agak jelas. British merupakan pengguna tembakau secara ekskusif dan ia bermula sejak dari zaman perluasan empayar dan penerokaan “New World” lagi (yang kemudiannya dikenali sebagai benua Amerika). Penjelajahan yang bersifat pencarian sumber mentah dari dunia-dunia luar Eropah adalah sengit pada ketika itu. British disaingi hebat oleh Portugal, Belanda dan Sepanyol dan sepertimana Sepanyol menemui tembakau dan mengungguli dunia cerut / cigar, British juga menemui tembakau dan pipa adalah cara penggunaan tembakau yang lebih popular bagi mereka.
kita pemipa boleh berbangga akan kewujudan blend-blend English yang sememangnya tercipta untuk pemipa sahaja – tiada English blend untuk rokok mahupun cerut
Yang paling menarik tentang blend English ini adalah ekslusivitinya yang hanya ada untuk pemipa – tidak ada rokok mahupun cerut yang berperisa “English”. Kita masih boleh lagi menikmati rasa “full-flavor” burley melalui rokok Lucky Strike, keenakan “full bodied” virginia dari rokok Dunhill King Size (Dunhill merah) tetapi latakia secara amnya dan English blend secara khususnya hanya boleh didapati melalui tembakau-tembakau pipa. Tekstur rasanya yang “earthy”, “leathery”, “creamy” dan “swampy”, ditambah pula dengan flavor-flavor identik English blend seperti BBQ, daging salai, rempahan dan perapan panggang adalah sangat ekslusif untuk tembakau pipa. Perkara yang paling hampir dengan tekstur rasa sebegini dari luar tembakau pipa adalah tembakau maduro untuk cerut, yang juga sangat “earthy” dan sedikit “leathery” tetapi dimensinya adalah agak berlainan.
Di pasaran kita ini, beberapa blend English menonjol dan diminati ramai seperti Dunhill My Mixture 965, Dunhill Nightcap, Rattray’s Red Rapparee, Samuel Gawith Squadron Leader, dan Peterson Old Dublin. Mujurlah blend-blend ini masih ada dan mudah didapati, tidak seperti dua blend legenda Ashton Artisan Blend dan MacBaren Solent Mixture yang keberadaannya sudah tidak menentu lagi. 
Tidak lama kemudian datang beberapa blend English baru yang agak menarik juga seperti Peterson Wild Atlantic, Comoy Cask No 1 (Double English), GL Pease Westminster, Drew Estate’s Meat Pie dan DTM Old Ironsides yang menambahkan lagi pilihan kepada pemipa kita yang sudah pun pening dengan apa yang ada. Namun bagi saya, lebih banyak pilihan adalah lebih baik – kerana setiap blend juga memiliki gubahan komposisi masing-masing dan semuanya memiliki karakteristik tersendiri.
dengan rasanya yang enak dan unik, blend-blend English dengan mudah menambat hati pemipa dan digemari oleh segenap lapisan pemipa juga, baik yang tua mahupun yang muda
Pada permulaan mengenali English blend ini mahu saja saya kategorikan ia sebagai “acquired taste” dek kerana rasa dan baunya yang agak “intense” mungkin memerlukan sedikit keterbiasaan. Namun lama-kelamaan saya dapati sememangnya majoriti pemipa adalah yang dari jenis “English blend smoker” jadi tidak salah kalau dikatakan yang English blend adalah blend paling popular untuk para pemipa.
Dengan itu, sebagai seorang pemipa yang peka dengan penawaran-penawaran sebegini kita tentunya sentiasa mahukan blend-blend English ini kekal di pasaran kita. Keberadaan blend-blend English yang baik adalah satu rahmat buat kita dan sekali-sekala melihat pembaharuan blend-blend bercirikan English adalah satu perkara yang sihat di dalam dunia perpipaan ini.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Friday, 9 September 2016

Melihat, Memilih & Membeli Pipa di Maleisiƫ


Sesiapa yang membaca artikel ini sudah tentunya pernah membeli pipa. Paling tidak, mungkin merancang untuk membeli pipa (jika masih tidak, apa yang anda sedang lakukan di sini?). Hakikatnya, minat anda yang semakin mendalam mendorong kepada pembelian “debut” atau penambahan koleksi “upping the ante” yakni berhijrah kepada pipa-pipa yang lebih baik kualitinya.
Cuma yang menjadi pertaruhan adalah wang anda. Pembelian pipa bukanlah semudah membeli rokok. Terdapat banyak faktor-faktor intrinsik yang bertemu si sini, sama ada teknikal mahupun praktikal. Bahkan, mungkin mistikal (saya maksudkan tentang mistik penjenamaan dan kesesuaian sesetengah bentuk / shape, tidak ada faktor “angker” disini ya). Tidak menghairankan kenapa “intertwining factors” wujud pada pembelian pipa ini kerana ia bukanlah satu alatan membakar tembakau yang murah dan mudah.
Menyaksikan hampir keseluruhan pasaran pipa di MaleisiĆ« a.k.a Malaysia a.k.a “Bolehland” sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat perubahan terhadap persepsi pipa pada mata masyarakat kita – sesuatu yang positif dan menarik. Lima tahun lepas dan kebelakang, Malaysia adalah syurga “rarities” – bukan kerana penumpuan pasaran barat ke atas kita, tetapi kerana kurangnya bilangan pemipa pada ketika itu, menjadikan banyak stok-stok pipa yang terdahulu, lama dan mungkin sudah tidak dikeluarkan lagi, mudah didapati di kedai-kedai tobacconist tempatan. 
banyak lagi jenama pipa yang kita belum cuba, apatah lagi kemasan-kemasan unik  seperti “plateau rim” dan mungkin hybrid sandblast dan smooth
Sebagai contoh, kita ada beberapa jenama seperti Bjarne, Karl Erik, S.Bang (ya, kita ada pipa S.Bang di sini!), Luigi Viprati, Peter Heeschen, Tom Eltang, Former, Holmer Knudsen, Peterson “higher grades” seperti Celtic dan Straight Grain, terpapar sedia untuk dijual di segenap pelusuk negara. 

Ini tentunya agak menarik kerana sesetengah tobacconist terkemuka dunia pun tidak memiliki pipa S.Bang, Tom Eltang dan Former untuk ditawarkan kepada para pemipa mereka, dengan mengambil kira “inception” pipa gred ultra yang lebih tinggi diluar sana. Bukan sahaja itu, malahan pipa-pipa “factory made” Peterson seperti siri-siri High Grades yakni Straight Grain, Deluxe dan Celtic juga belum tentu akan dapat anda temui sepanjang masa walaupun di kedai terkemuka mereka di Grafton Street, dek kerana terhadnya pengeluaran jenis-jenis ini setiap tahun. Pasaran Malaysia pada ketika itu adalah penuh dengan kejutan dan bagi pemipa yang meneliti hasil-hasil “higher grades” sebegini, ia seumpama menemui lombong delima Mogok yang tidak dipajak oleh mana-mana syarikat!
Walau bagaimanapun, mungkin faktor kurangnya bilangan pemipa, kurangnya “bonding” sesama pemipa yang ada dan kurangnya pendedahan ilmiah yang menjadikan situasi tersebut begitu, pada ketika itu. Sekarang, segalanya telah berubah dan mencari sesuatu yang unik dan “rarity” adalah betul-betul “rarity” – ianya agak sukar sekali. Pemipa baru muncul saban hari dan tahap pengetahuan mereka tentang pipa dan seleksinya terkadang adalah sangat menakjubkan.
Benar mengikut teori “demand and supply”, kemunculan kedai-kedai pipa dan tembakau sekarang adalah umpama kemunculan cendawan selepas hujan. Sekali sekala, saya akan meng”rajin”kan diri untuk menjenguk kedai-kedai pipa yang ada di sekitar KL ini. Jika kita lihat lima tahun lepas, tidak banyak kedai yang mampu anda ulangi tetapi sekarang, pheww, memang ada banyak pilihan!
mengunjungi kedai-kedai pipa untuk membelek-belek dan membeli adalah satu keseronokan di dalam dunianya yang tersendiri

Juga terdapat banyak penjual-penjual pipa perseorangan yang membawa masuk banyak pipa-pipa “estate”, menyajikan kita dengan jenama-jenama yang tidak pernah dilihat sebelum ini seperti Kirsten, Hardcastle, Parker, Jeantet, Road Town, Kaywoodie dan sebagainya. Perkara sebegini tentunya adalah positif – dimana ia datang bersama pakej ilmu untuk mengenali jenama-jenama terbabit dengan lebih dekat dan ini secara tidak langsung membantu untuk “broading the horizon” pemipa-pemipa kita secara amnya.
Dengan itu, pemburuan pipa-pipa terutamanya yang unik dan “rarities” adalah agak terhad sekarang. Anda mungkin melihat sebuah Kiko B atau Peterson Tawny Deluxe dipaparkan di Facebook untuk dijual, tetapi dalam masa beberapa minit ia telah pun dilabelkan “sold out” tanpa sempat anda menghubungi penjual online terbabit. Sampai ke tahap begitulah pemipa kita sekarang, semuanya berilmu dan memiliki iltizam pengoleksian yang tinggi belaka!
Namun jangan pernah putus asa lah kawan-kawan. Rajin-rajinlah membelek laman-laman online, berinteraksilah dengan “trusted sellers” di Facebook, Whatssap group dan sebagainya. Kebanyakan “trusted sellers” sebegini berupaya untuk mencari sesejenis pipa yang spesifik seperti yang anda mahukan. Nyatakan keinginan anda itu dan saya percaya jika mereka menemuinya mereka akan segera menghubungi anda kembali. Ini juga adalah satu jaminan servis yang baik buat mereka. Bukan sahaja mereka mampu mencari pipa yang anda inginkan, malah mereka juga mampu membawa pipa-pipa berjenama yang tidak dibawa oleh kedai-kedai seperti OMS pipes, Dagner pipes & Dagner Cobs dan lain-lain lagi!
mendapatkan pipa-pipa berjenama yang berstatus “cult” seperti Dagner dan OMS memerlukan kita mengenali “appointed seller” di negara kita ini – sepertimana saya mendapatkan Dagner Cob dari saudara budiman Amar Naiem dari Belen-Belen Store ini

Juga, ringan-ringankan kaki ke kedai-kedai tobacconist seantero negara dan beleklah pipa-pipa disana selagi anda tidak muntah darah. Beli atau tidak, itu adalah hak kita sebagai pelanggan dan jika mereka keberatan untuk membenarkan kita menilik-nilik pipa mereka, yang rugi adalah mereka sendiri. Banyak lagi kedai-kedai lain yang memiliki “customer service” yang lebih baik. Akan tetapi janganlah anda pula “overdo” penilikan tadi dengan singgah setiap hari tanpa membeli. Belilah sedikit tembakau atau “tools” seperti filter, briar wax atau pipecleaners sekali-sekala apabila perlu untuk “menceriakan” hati pekedai. Mereka juga ada sewa dan pekerja untuk dibayar…
Satu lagi langkah yang baik adalah untuk terus bereksperimen dengan jenama dan bentuk pipa yang kita tidak biasa dan tidak pernah miliki. Luaskan skop perpipaan kita dan tingkatkan tahap eksplorasi sendiri. Kita pemipa senantiasa berubah selera dan penumpuan, dan harus juga sentiasa membuat penambahbaikan kendiri. Billiard adalah menarik namun Zulu juga agak mengasyikkan. Dan bukankah sesetengah billiard dari sesebuah jenama adalah sedikit berlainan dari jenama yang lain? Atau adakah anda pernah melihat pipa bentuk hawkbill dengan mata kepala anda sendiri? Atau bagaimana jika kita mencuba “clay pipes” pula? – Jangan pernah limitasikan pemburuan pipa anda.
pipa adalah satu dunia yang tidak bersempadan – jenuh dengan briar dan cob, beralihlah kepada clay pula!

Juga perhatikan kemasan pipa, kepelbagaian gaya stem seperti military bit, spigot, fishtail atau P-Lip dan sebagainya. Sedikit sentuhan ini, walaupun sangat kecil namun mampu membentuk keperibadian berpipa anda yang tersendiri. Walaupun tiada perbezaan ketara pada kualiti perpipaan, jangan pandang rendah pada faktor “feel good” anda.
Perlu anda ingat, sekiranya anda memilih untuk menjadi kolektor dan bukan sekadar pemipa kontemporari, anda akan sentiasa terdedah kepada kelemahan diri dalam menilik-nilik pipa yang cantik. Mujur juga sekarang, variasi penawarannya juga berkadar terus, semakin berkembang dan magnitud pipa-pipa yang mendarat di bumi Maleisiƫ juga semakin banyak. Pada satu-satu masa, pastinya akan ada beberapa pipa yang diinginkan hati, pada mereka yang rajin mencari.
.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Friday, 2 September 2016

Siri “Bergelumang Dengan Ira Briar” : Ira Silang (Cross Grain)


​Kita memperkatakan tentang “bird’s eye” atau mata beburung tidak lama dahulu. Ia sememangnya satu fenomena briar yang menarik dan mengujakan para pemipa di serata dunia. Yang menariknya, kebanyakan pipa dengan finishing smooth dan sandblast selalunya memiliki unjuran bird’s eye ini sama ada sedikit ataupun banyak.
Seperti yang kita tahu, fenomena mata beburung ini pun sebenarnya datang dengan unjuran ira grain itu sendiri, sama ada ira lurus (straight grain) ataupun ira silang (cross grain). Jika ira lurus, mata beburung selalunya akan berada pada rim dan bahagian bawah bowl dan jika pada ira silang, mata beburung tadi akan berada di sisi briar – kebiasaannya pada pipi bowl.
Ira silang / “cross grain” ini adalah satu unjuran yang biasa kita lihat pada hari ini. Oleh kerana kebanyakan pipemaker akan cuba untuk menghasilkan pipa-pipa dengan unjuran “straight grain” sebaik mungkin (dan selagi mana mampu) dan harga pasaran blok briar yang memperlihatkan “straight grain” mampu untuk dijual lebih mahal dan lebih pantas dari blok- blok biasa, pemotong briar akan memanipulasikan potongan mengikut kehendak pasaran sebegini jadi kebarangkalian untuk mendapatkan ira “cross grain” yang simetri dan baik adalah sukar.

cross-grain yang baik memerlukan simetri dan keseimbangan antara ira lurus / straight grain dan mata beburung / bird’s eye
Pipa dengan “cross grain” yang baik akan menampilkan corak “bird’s eye” yang indah di permukaan kiri dan kanan bowl, sambil memperlihatkan gugusan “straight / flame grain” yang padat walaupun agak pendek di sepanjang permukaan atas dan bawah pipa. Kesempurnaan “cross grain” sebegini adalah jauh lebih langka dan “rare” dari pipa-pipa “straight grain” yang rata-rata bernilai empat angka, kerana faktor kesukaran mendapatkan blok briar yang cukup baik untuk pipemaker mengolah pipa “cross grain” dengan simetri yang baik.
Agak mengejutkan sebenarnya untuk kita ketahui yang unjuran “cross grain” ini adalah standard tinggi untuk pipa-pipa di awal abad ke-20 dahulu! Preferensi untuk pipa-pipa “cross grain” yang simetri dan seimbang pada ketika itu adalah sangat tinggi – permintaan terhadapnya dikatakan jauh lebih baik dari pipa-pipa dengan unjuran “straight grain” – satu faktor yang menjelaskan kenapa pipa-pipa dengan unjuran “cross grain” yang simetri dan menarik banyak terdapat pada pipa-pipa British lama. Pipemaker-pipemaker pada ketika itu juga dapat mengutamakan olahan “cross grain” tanpa perlu memikirkan tentang olahan “straight grain” lantas menghasilkan banyak karya-karya “cross grain” yang menarik.
Kemudiannya, datang pula satu persoalan tentang kekuatan struktur kayu bagi sesebuah briar mengikut potongan dan unjuran grain nya. Adakah pipa-pipa dengan unjuran “cross grain” jauh lebih kuat strukturnya berbanding pipa-pipa ” straight grain”? Mengikut apa yang kita faham tentang struktur ira kayu, struktur urat kayu memainkan peranan yang penting pada kekuatannya. Membelah mengikut unjuran ira tentunya lebih mudah dari membelah membelah sesuatu secara melawan ira. Walaupun mudah untuk dibelah, hasil perkayuan tadi pula tentunya lebih lemah berbanding hasil struktur kayu yang melawan ira, bukan? Mungkin dengan teknologi perkayuan sekarang membelah dan memanipulasi hasil perkayuan tidaklah serumit dan sekompleks dulu – satu persoalan yang mungkin dapat diperjelaskan dengan lebih halus lagi oleh para pipemakers dan pakar-pakar perkayuan kita.

dengan ira grain yang mendatar / horizontal, adakah struktur briar akan menjadi lebih kuat dan lasak?
Daripada persoalan tadi lahir pula satu persoalan yang lebih relevan pada kita pemipa – adakah pipa-pipa dengan unjuran “cross grain” ini akan menjadi lebih panas ketika digunakan berbanding pipa-pipa “straight grain”? Persoalan ini sebenarnya berasal dari asbab alami unjuran grain pada briar, dimana kejadian grain ini juga adalah satu fenomena tumbuhan untuk menyalurkan nutrisi dan air kepada akarnya, yakni bahagian tengah briar tersebut (keseluruhan briar pun sebenarnya adalah akar, bukan?). Jadi, dikatakan haba dapat diserap dengan lebih baik oleh dinding briar berunjuran “straight grain” berbanding dinding “cross grain”. 
Di dalam konteks ini, sama seperti konsep “radiator” oleh permukaan sandblast, ia adalah satu teori sains yang popular tetapi masih tiada pembuktian atau ujikaji terperinci yang dijalankan ke atasnya. Sebelum saintis-saintis tampil dengan perincian sebegini, adalah lebih baik kita mengawal faktor kepanasan briar dengan cara-cara ortodoks yang kita sedia maklum – packinglah baccy anda dengan baik dan perlahankan tempo perpipaan anda.
Berbalik kita pada faktor estetik unjuran “cross grain” ini, untuk mendapatkan kualiti “cross grain” sebaik hasil abad yang lalu adalah satu perkara yang agak sukar sekarang. Pipa-pipa “cross grain” sempurna dengan unjuran ira lurus pada bahagian bawah dan atas pipa (bahagian atas pipa selalunya melibatkan bahagian atas shank dan rim) kebanyakannya adalah di dalam katalog-katalog pipa dahulukala, hanya kerana kecenderungan untuk menghasilkan unjuran “straight grain”. Sudah tidak adakah peminat pipa-pipa “cross grain” ini? Hanya kerana pipa-pipa ” straight grain” adalah lebih mahal dan lebih popular, itu tidak bermakna pipa-pipa “cross grain” akan diketepikan begitu sahaja.

jenama-jenama pipa lama keluaran British adalah sinonim dengan penggunaan teknik cross grain sebagai finishing mereka, terutamanya pada zaman di mana rata-rata pemipa tidak memperdulikan akan faktor straight grain
Bercakap mengenai hal itu, boleh dikatakan yang pemburuan pipa “cross grain” dengan simetri yang baik adalah lebih mudah untuk dilakukan di pasaran pipa estate. Jenama-jenama pipa British / Irish lebih popular untuk penghasilan pipa-pipa “cross grain” ini kerana mereka bermula lebih awal, dan pada ketika dunia dikejutkan dengan revolusi pembuatan pipa Danish, unjuran “straight grain” sedang meningkat naik popularitinya. Oleh itu banyak pipa-pipa Danish versi “high end” juga menampilkan unjuran “straight grain” berbanding “cross grain”.
Pada ketika ini, kedudukan status unjuran “cross grain” adalah pada bahagian permulaan pipa-pipa versi “smooth”, dimana biasanya ia memiliki harga pasaran yang sedikit rendah dari kategori “flame grain” dan “straight grain” seterusnya. Malah, ia juga masih di bawah “bird’s eye” jika kita lihat pada pengkelasan harga jenama-jenama pipa yang menghasilkan pipa dengan kategori tersebut. Ini jelas menunjukkan yang unjuran “cross grain” ini sudah tidak sepopular sepertimana yang ia pernah dinobatkan dahulu.
Namun seperti biasa, menjadi seorang pemipa yang peka pada kualiti, inovasi dan apresiasi briar, kita perlu sedar yang pipa-pipa dengan unjuran “cross grain” juga adalah sangat cantik dan berbaloi untuk dikoleksikan, lebih-lebih lagi pada jenis “cross grain” yang simetri dan seimbang. Oleh itu janganlah anda ragu-ragu jika hati anda tertarik pada mana-mana pipa “cross grain” yang anda jumpa di pasaran nanti; lihatlah pada kesimetrian dan keseimbangan corak “cross grain” tersebut dan anda akan tahu yang pipa itu datangnya dari pipemaker yang sangat bijak dalam memanipulasikan unjuran grain sebaik yang mungkin.

penghasilan pipa-pipa dengan unjuran cross grain juga memerlukan kemahiran tinggi seseorang pipemaker; hanya dengan itu barulah olahan cross grain terbaik dapat dihasilkan
Itu juga, adalah sesuatu yang terhad dan “rare” di dalam dunia perpipaan sekarang…
.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

"GHOSTING"

Sementelahan kita bercerita mengenai "ghosting" tempohari, ramai juga yang bertanyakan saya tentang "exorcism". Terus terang

Tiada pemipa yang mahu melayan "ghosting" pemipa lain. Namun, jika "go-to baccy" pemipa tersebut sama dengan rasa "ghosting"nya, sesetengah pemipa mungkin tidak kisah akan perihal "ghosting" tersebut. Dengan kebarangkalian yang amat rendah untuk terjadinya perkara seperti tadi, maka penghapusan "ghosting" atau secara popularnya digelar "exorcism" adalah pilihan yang utama.

Cara yang paling mudah untuk menghapuskan "ghosting" adalah dengan "salt & alcohol treatment". Penggunaan Methylated Spirit / alkohol dan garam kasar adalah gabungan berkesan yang telah pun terbukti. Biasanya campuran kedua medium ini di dalam bowl pipa dibiarkan semalaman atau dua ke tiga hari, bergantung pada tahap "ghosting" yang dialami. Perhatian harus diberikan jika campuran ini dibiarkan untuk lebih dari sehari, kerana ada ketikanya rasa Methylated Spirit / alkohol tadi pula yang akan mengambil alih "ghosting" asal dan rasa yang akan dialami pemipa sekiranya menggunakan pipa ini mungkin sama teruknya dengan kondisi asal pipa.

Meletakkan perkara itu ke tepi, Methylated Spirit / alkohol dan garam terbukti berkesan untuk menghapuskan "ghosting" yang jinak tetapi ada kalanya flavor lama masih dapat dirasakan. Disarankan anda mengulangi "salt treatment" ini dan mungkin setelah beberapa kali dilakukan, "ghosting" akan menyerah kalah jua.

Kaedah "alcohol retort" pula adalah berkonsepkan laluan wap alkohol ke dalam shank dan bowl pipa tanpa memerlukan rendaman agen pembersih di dalam bowl. Kaedah ini ternyata lebih "hygienic" dan mesra-pipa, kerana kurang bahan asing yang diserap ke dalam bowl pipa kita. Ia lebih menjamin kestabilan rasa untuk bowl terbabit beraksi kelak dan boleh dikategorikan kurang invasif kerana kurangnya "contact" antara material pipa dengan agen pembersih tadi.

Kita tahu yang briar adalah bahan yang boleh menyerap rasa dan bagi mereka yang kritikal dan "puritan" terhadap perkara ini, "salt treatment" semestinya sesuatu yang bercanggah dengan ideologi mereka tadi. Jadi, untuk golongan ini "alcohol retort" adalah jalan terbaik.

Juga terdapat satu cara baru untuk menghapuskan "ghosting" iaitu dengan kaedah "Ozone Chamber Treatment". Dikatakan kaedah ini dapat menghapuskan bukan sahaja bau, malahan bakteria juga! Bahan aktif pembersihnya meresap jauh ke dalam briar, berbanding penggunaan "salt & alcohol" yang hanya menghapuskan bakteria di permukaan dalam bowl sahaja. Saya sendiri tidak pernah melihat bagaimana proses ini dilakukan, tetapi ia dikatakan mampu menjadikan pipa estate terjahat anda seperti bayi yang baru lahir - baik dan beraroma baru.

Disebalik kecanggihan treatment-treatment terkini, ada satu lagi pendekatan yang lebih ortodoks, mesra alam dan bersahaja. Pendekatan itu adalah mudah - anda teruskan sahaja berpipa dan ulangi berpipa hingga flavor dari baccy baru anda mampu membunuh "ghosting" tersebut. Ini ada kebenarannya kerana lama-kelamaan, lembapan dari blend anda sendiri dan proses pembakaran berulang-kali akan menyebabkan flavor blend anda pula yang diserap ke dalam dinding bowl pipa tersebut.

Cuma, anda perlu tahan dalam menempuh hari-hari sebelum hantu di dalam bowl tersebut dapat dibunuh. Kaedah ini juga agak memakan masa dan memerlukan kesabaran yang jitu. Jika anda memiliki beberapa buah pipa estate yang dihuni hantu-hantu degil, cubalah kaedah ini sambil menggunakan pipa estate tersebut di dalam rotasi biasa. Kita tidak perlulah terlalu memaksa pipa estate kita untuk terus beraksi, kerana jika kita mendapatkan yang baru pun, kita masih harus menanti saat-saat "breaking in" sebelum ia berfungsi seperti johan. Jadi, berikanlah sedikit masa.

Saranan saya lagi, jika anda mahu menggunakan pendekatan bersahaja ini, cubalah ia dengan blend-blend yang agak kuat dan lebih beraroma (tetapi pastikan yang anda memilih blend-blend yang memiliki aroma yang anda suka) seperti blend oriental tertentu, blend aromatik kegemaran ataupun blend English yang agak heavy. Ini mungkin dapat mempercepatkan proses penggantian ghosting milik pemipa asal kepada ghosting anda sendiri. Jika anda menggunakan blend-blend yang tidak kuat kadar ghostingnya seperti blend-blend burley, anda mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk membunuh ghosting asal tadi.

Pendekatan ini juga akan menjadi amat berkesan sekiranya anda memiliki baccy aromatik lama yang jarang anda gunakan dan yang boleh anda "bazirkan" untuk tujuan ini. Selepas sesi perpipaan, bersihkan pipa anda sebaiknya dan sumbatkan bowl anda dan shank (jika perlu) dengan baccy ini (setengah bowl sudah memadai - anda mungkin memerlukan tembakau pada kadar yang agak banyak jika anda mahu mampatkannya secara "full-bowl"). Kemudian biarkan ia begitu untuk sehari dua sebelum anda menggunakan pipa itu semula. Ulang proses ini dan anda akan dapati pada aplikasi ketiga dan keempat, sebahagian besar ghosting tadi sudah pun lemah dan berkurangan.

Sebagai pemipa berilmu, kita haruslah pandai mengambil kesempatan untuk menikmati sesi perpipaan secara menyeluruh sambil menikmati rasa tembakau yang khusus dari blend-blend kesukaan kita tanpa gangguan-gangguan "halus". Apa gunanya berhabis duit membeli blend virginia + perique yang terbaik, yang sudah tentu agak mahal harganya, tetapi tercalit sedikit rasa ceri dan kopi masam ketika menikmatinya, bukan?

Oleh itu, saya mengucapkan selamat kepada anda untuk membuang semua puaka-puaka lama dari bowl pipa anda, dan nikmatilah hari-hari mendatang dengan rasa dan flavor yang kita sukai. Jika kita tidak mahu menyingsing lengan membuang puaka-puaka itu sendiri, rujuklah kepada pakar-pakar restorasi kita seperti saudara Saiful Haizan (briarclinic) dan saudara Zainal Rock Reggae (zrrbriarworks), mungkin mereka ada cara tersendiri untuk menangani masalah ini.
saya katakan yang saya bukanlah "shaman" atau bomoh yang mampu menghapuskan hantu begitu sahaja. Namun, hidup di alam Melayu ini kita dibekalkan dengan petua dan amalan-amalan tertentu, yang boleh saya kongsikan di sini.