Salah
satu faktor kenapa baccy-baccy keluaran Peterson digemari ramai adalah
kerana ianya mudah untuk diperolehi. Boleh dikatakan dengan keadaan
sedia adanya, ditambah dengan harganya yang berpatutan, Peterson
seringkali menjadi pilihan pemipa-pemipa baru.
Walaupun
begitu, Irish Flake bukanlah dicipta untuk pemipa newbies. Blend ini
mengenengahkan rasa yang agak keras dan full bodied, suatu yang jarang
digemari oleh pemipa baru yang biasanya lebih cenderung ke arah
aromatik. Palate seseorang pemipa haruslah lebih maju / developed
untuknya menghargai dan menikmati Irish Flake ini.
Dari
segi komposisi blend, Irish Flake menggunakan air-cured burley dan
flue-cured virginia sebagai tembakau primer, dimana adunan ini disertai
oleh sedikit dark fired kentucky sebagai pelengkap. Oleh itu, kita boleh
kategorikan ia sebagai blend Va/Bur secara kasarnya. Bila tin dibuka,
saya dapati flake yang ada di dalam adalah agak lembap, dimana bentuk
flake itu mampu menyimpan kelembapan pada tembakau untuk jangkamasa yang
agak panjang. Juga, hasil pemerapan tembakau-tembakau ini menjadikan
flakenya agak gelap, diselang-seli dengan untaian kecoklatan disana
sini. Juga, penapaian tembakau masih berlaku kerana ada sedikit
hablur-hablur gula ringkas yang melekat pada flake di serata tempat.
Note
dari tinnya memiliki bauan cigar yang lemah dan sedikit masam prune,
tanda dominasi adunan burley yang mungkin lebih menonjol dari virginia
dan kentucky nya. Secara tak langsung, mungkin inilah apa yang dikatakan
"bau tembakau", keras dan maskulin. Flake gelap di dalam tin memiliki
kelembapan yang cukup, tidak terlalu basah dan tidak pula terlalu
kering, jadi anda boleh terus pack dan light tanpa persediaan /
prepping.
Sebaik
sahaja api mancis anda menyambar flake gelap di dalam bowl pipa anda
ini, asap pertama yang menyelubungi palate anda akan memiliki rasa
nuttiness burley yang kuat, dengan sedikit hint / pembayang cigar dan
sedikit citrus. Beberapa puff kemudian, rasa spicy yang agak lembut
datang seolah-olah memujuk anda untuk menerima flavor yang datang
seiringan - sesuatu yang agak keras seakan mahu menerjah belakang tekak
anda - penanda pembakaran daun dark fired kentucky yang mula menonjolkan
dirinya. Tidak lama kemudian, flavor utama menjadi semakin stabil dan
dominan: rasa tembakau dengan imej maskulin yang mengemudi perpipaan,
berteraskan nuttiness yang datang dari burley. Flavor ini juga ditemani
hint-hint flavor kecil seperti sedikit rasa daun teh, kayu manis, dan
allspice yang saling bersulam.
Perkahwinan
rasa burley + virginia + kentucky inilah yang cuba ditonjolkan oleh
Irish Flake kepada palate anda. Namun gabungannya menghasilkan flavor
tembakau old world yang full-bodied, woody, sangat maskulin dan mungkin
juga keras bagi sesetengah pemipa. Jika anda rasa begitu, saya
mencadangkan anda untuk mencapai segelas teh atau kopi yang mungkin
dapat membantu anda di sepanjang sesi perpipaan. Irish Flake juga adalah
antara blend yang mampu menerima re-light tanpa mengubah struktur
rasanya. Kepahitan yang selalu dikaitkan dengan re-light juga tidak
terdapat pada blend ini. Sama ada anda di awal, pertengahan atau hujung
bowl, konsistensi flavor dapat anda nikmati.
Satu
perkara yang saya rasa agak kurang adalah kontribusi partikel dark
firednya. Walaupun rasa kentucky itu hadir di dalam setiap sesi
perpipaan, kadar nikotin yang diharapkan darinya tidak kunjung tiba,
kerana ianya agak sederhana. Agak sayang sekali kerana jika kadar
nikotinnya tinggi, Irish Flake mampu memberikan dimensi yang lebih baik
daripada menjadi sekadar blend Va/Bur yang keras dan maskulin. Jadi,
tidak perlulah anda mengharapkan "room spinning" atau "drousing feel"
dari Irish Flake ini.
Walau
bagaimanapun, alunan flavor dari Irish Flake ini tetap memuaskan. Rasa
yang full-bodied ini adalah seperti rasa tembakau yang sebenar. Agak
keras, tetapi ia bukanlah dalam kategori extreme seperti plug-plug
keluaran Samuel Gawith, jadi selepas seketika palate kita akan terbiasa
dengan Irish Flake dan ketika itulah kita akan dianugerahkan dengan
kebaikan dan keenakan tembakau semulajadi / straight tobacco feel.
Berteraskan
old-school feel inilah, saya boleh melipat dan memasukkan (fold &
stuff) Irish Flake ini di dalam bowl pipa meerschaum saya sambil
membayangkan duduk di pangkin rumah ladang Inggeris di New World
countries, di atas bukit yang tinggi, sambil memerhatikan
pekerja-pekerja ladang menuai hasil tembakau untuk dihantar ke
pelabuhan. Gabungan atribusi full-bodied, old world feeling ini ditambah
dengan maskuliniti yang mampu dievokasi darinya, menjadikan Peterson
Irish Flake ini sangat sesuai untuk dinyalakan di majlis-majlis formal,
autoshows dan upacara-upacara formal yang berteraskan kelelakian dan
kemachoan.