Sunday 1 February 2015

PERIQUE MASTERCLASS

Perique Masterclass: Ada apa dengan Perique?

Dunia perpipaan mmg agak kerap membincangkan soal tembakau. Antara nama yg selalu disebut-sebut adalah latakia. Tembakau ini, terutamanya versi asli Syrian memang dikenali sebagai raja tembakau pipa dan diakui semakin terhad bekalannya. Tetapi kita kurang beri perhatian kepada fakta bahawa Perique itu sebenarnya adalah lebih rare dari Syrian latakia dan kehilangannya mungkin akan lebih dirasai, kerana tiada penggantian yg setara, sepertimana Syrian latakia boleh digantikan dgn Cyprian latakia.

Dari sudut sejarah, perique adalah tanaman tembakau kecil-kecilan oleh masyarakat red indian setempat sejak ribuan tahun dahulu. Diakui masyarakat ini juga mengetahui yg perique tidak boleh dikultivasi dari tempat yg lain, jadi mereka menggunakan tapak penanaman yg sama sejak dulu lagi. Kedatangan penghijrah dari Eropah, terutamanya Perancis dan Italy juga melibatkan diri di dalam kultivasi tembakau perique, dimana tiga keluarga telah dicatatkan mengeluarkan perique untuk jualan komersial.

Hanya ada di St James Parish, penanaman perique tidak pernah berjaya dibawa ke tahap yg sepatutnya, terutamanya mengenangkan permintaan yg tinggi untuk tembakau mahal ini semakin naik saban tahun. Ini adalah kerana HANYA jenis tanah di kawasan St. James Parish yg sangat kecil ini (diberitakan sekitar 15 kilometer persegi sahaja) sahaja yg sesuai untuk menghasilkan perique yg terbaik. Digelar "Magnolia soil" oleh warga tempatan, kawasan ini ternyata tidak mampu untuk memenuhi permintaan dunia terhadap perique, maka segala usaha yg mampu digemblengkan pasti akan diutamakan di sini.

Sekitar abad ke 19, Pierre Chenet dikatakan telah menemukan cara pemprosesan perique yg lain dari apa yg biasa dibuat oleh kaum red indian maka terhasil lah perique seperti yg kita tahu sekarang. Proses pemeraman yang dibantu oleh tekanan tinggi ke atas kumpulan tuaian daun perique ini dapat "menaikkan seri" atau memberi tekstur rasa yg sangat unik kepada blend virginia khususnya, lantas ia mendapat perhatian khusus dari pipesmokers dan permintaan terhadap perique meningkat dgn begitu pesat.

Sebenarnya, proses penghasilan perique ni memang sangat-sangat rumit. Daun perique yg baru dituai disimpan bersama sebagai satu "bale" dan bila kadarnya mencukupi, ia akan dimasukkan penuh ke dalam oak barrel dan dikompress selama SETAHUN untuk proses penapaian mengambil alih. Fermentation ini adalah natural tetapi kadar tekanan yang diberikan adalah tinggi dan dedaun perique dalam "bale" atau  masing-masing akan dibalikkan dua-tiga kali setahun bagi memastikan proses penapaian nya di dalam oak barrel itu sempurna dan sekata. Bagaikan kicap yang difermentasikan, dalam setahun itu dedaunan perique akan bertindak balas dgn proses fermentasi lantas menghasilkan flavor spiciness dan ketajaman edge seperti yg kita dapati dari blend-blend Virginia + perique (va/per) yg baik.

Dek kerana kerumitan proses penghasilan nya dan sela masa produksi yg sangat lama, kebanyakan penanam tempatan sudah tidak mahu menanam perique lagi. Krisis ini hampir tidak dapat ditangani pada awal abad ini namun sekarang masih ada satu syarikat yg membeli dan membekal tembakau perique secara aktif, lantas menggalakkan beberapa penanam perique untuk kembali mengusahakan tanaman yg sangat berharga ini. Oleh kerana perique tidak dapat dihasilkan di tempat lain, maka satu dunia bergantung-harap pada bekalan ini sahaja sekarang.

Perique dipasarkan di dalam dua variasi: "Acadian Perique" dan "Straight St James". Perbezaan yg ketara adalah kandungan nya. "Acadian perique" adalah campuran perique dan burley yg dijadikan blend primer, dimana kekuatan rasa perique distabilisasikan oleh burley dan campuran ini akan digunakan untuk dicampur dengan blend virginia (lantas menghasilkan Va/Per). Kebanyakan blend yg mengandungi perique yg boleh didapati sekarang mengandungi "acadian perique".

"Straight St. James" pula, agak menarik ceritanya. Inilah perique yg sebenar. Sememangnya 100% perique yg asli tanpa campuran lain. Ini mungkin digunakan begitu sahaja oleh red indian dahulu tetapi hakikatnya kekuatan rasanya tidak memungkinkan kita consume perique secara 100%, lantas "Straight St James" juga sebenarnya digunakan di dalam blend -blend tertentu. Mungkin anda akan sedikit keliru tetapi kelainan nya terletak pada peratusan: blend yg menggunakan "acadian perique" dgn volume 1% sebenarnya menggunakan kurang dari 1% perique (since acadian perique sendiri adalah blend perique + burley) manakala blend yg menggunakan "straight St James" pada volume 1% adalah menggunakan perique pada kadar yg sama iaitu 1%. Tentunya, tekstur rasa dan flavor profile akan sedikit lain dan harganya juga jauh lebih mahal. Oleh kerana itu, blend-blend yg menggunakan "straight St James" semestinya melabelkan penggunaan tembakau ini di label tin-tin mereka, juga sebagai justifikasi harganya yg selalunya lebih tinggi berbanding blend-blend yg menggunakan "acadian perique".

Pengeluaran "straight St James" sebenarnya telah pun dihentikan dari awal 60an hingga ke hujung 90an oleh kerana penghasilan perique yg makin sedikit membuatkan produksi 100% perique adalah "extravagant" atau terlalu mewah untuk dibuat, mengambil kira akan permintaan sedunia yg makin mendadak naik. Namun, menyedari akan kepentingan representasi perique yg tulen adalah perlu untuk memuaskan pipesmokers yg memiliki citarasa yg tinggi, pengeluaran Straight St James disambung semula pada hujung 90an hingga sekarang.

Perique telah lama mewarnai dunia perpipaan dengan flavor unik dan tersendiri nya. Di sebalik isu pengeluaran nya yang semakin kurang, inilah satu dimensi perpipaan yang menarik kerana kita tahu flavor ini tidak dapat diberikan oleh tembakau lain, jadi keunikan rasanya memang sangat dihargai dan dinikmati seadanya sekarang. Namun, sudah tentu sebagai pemipa kita mengharapkan perique akan kekal diproduksikan supaya flavor rasa yang baik ini masih dapat dinikmati untuk suatu jangka masa yg panjang lagi.

No comments:

Post a Comment