Friday, 20 February 2015

DUNHILL MY MIXTURE 965

Sepetang bersama Dunhill My Mixture 965.

Sambil menikmati petang Jumaat yang nyaman di cuti Tahun Baru Cina ini, saya terpanggil untuk membelek baccy-baccy lama. Memandangkan tin Dunhill My Mixture 965 ini sudahpun sampai ke status "alert" (dah botak: di sebalik untaian ribbons dah terlihat kertas dasar nya) maka saya pack baccy ni lightly ke dalam Peterson Outdoor saya, nosewarmer Dublin yang kecil molek dan jarang-jarang melihat api kebelakangan ini.

Dunhill My Mixture 965 (MM965) ini adalah sebuah English blend yang sangat versatil. Adunan daun tembakau Macedonia Bright yang sederhana heavy diolah dengan sedikit Cyprian latakia untuk menghasilkan rasa full-body yang sedikit nutty dan light. Ini ditambah dengan brown cavendish untuk menaikkan keharuman dan kemanisan blend. Jadi pada saya, MM965 bukanlah "lat-bomb" ala Dunhill Nightcap dan tidak juga "tangy", "spicy" dan tajam seperti Dunhill Standard Mixture series, menjadikan nya sesuai untuk santai petang sebegini.

Dari segi sejarah nya, MM965 adalah antara blend Dunhill yang paling terkenal dan digemari ramai. Permulaannya dikhabarkan adalah dari satu pertandingan mencipta baccy dimana entry no 965 telah memenanginya dan blend itu terus digunakan sehingga ke hari ini. Satu lagi teori ialah dimana masa dulu Dunhill selalu membuat blend-blend tertentu atas permintaan pelanggan. Di stor mereka di Duke Street terdapat satu buku lejar kulit yang bertajuk "My Mixture" di mana semua tembakau "custom-made" atas permintaan pelanggan tertentu dicatat, dan blend bernombor daftar 965 adalah di antara blend-blend custom ini. Blend ini asalnya dikatakan dibuat untuk E.A. Baxter, Esq. 

Disebalik teori-teori ini, MM965 dikatakan telah dicipta sejak 1910 lagi. Ini menyebabkan ia tergolong sebagai blend yang paling tua di dalam sejarah Dunhill: Royal Yacht dicipta sekitar 1912, Standard Mixtures lahir pada 1920, dan London Mixture pula pada 1928. 

Sejak itu, MM965 muncul di dalam katalog-katalog Dunhill dengan tag line nya "Rich Flavor, Fine Aroma. Very Cool Smoking". Ia juga sentiasa dilabel sebagai 'The finest Mixture ever produced'. Memandangkan MM965 tidak pernah diberhentikan pengeluarannya, Dunhill telah pun menghasilkan suatu blend "trade mark" yang mudah dikenali ramai dan banyak penggemar setia.
Namun, sejak Dunhill mewakilkan pengeluaran tembakau nya kepada pihak ketiga dari awal 70an, banyak juga yang diperkatakan tentang MM965. Blending asal dan Murray & Sons dikatakan antara blender terbaik untuk blend ini. Versi terkini, di tangan Orlik, memiliki spekulasi nya tersendiri di kalangan "purist" dan Dunhill "hardcore". Walaupun begitu, apa yang penting ialah kesinambungan blend yang sudah pun berusia lebih 100 tahun ini tetap terjaga dan dapat dinikmati pipesters sekarang.

Mungkin suatu masa nanti kita boleh berbincang dengan lebih lanjut mengenai strategi pemasaran Dunhill dan kunci kepada "branding mystique" dan prestij nya yang telah tercipta sejak sekian lama. Ketika ini, saya hanya mahu melabuhkan konsentrasi yang lebih terhadap nuttiness flavor dari Cyprian latakia dan bright Macedonia yang menghasilkan produk kepulan asap putih yang agak mengasyikkan ini. Dengan strength nya yang sederhana, diulit flavor latakia yang smoky dan tidak heavy, sesi pipa petang saya adalah amat cool dan menenangkan. 

Jika saya memerlukan "lat bomb", Dunhill Nightcap dan Savinelli English sedia menanti. Jika oriental yang dicari, McClelland Arcadia atau Dunhill Standard Mixture adalah pilihan yang baik. Inginkan kompleksiti Syrian latakia yang "leathery" itu? - Ashton Artisan Blend atau Solani White & Black terlintas di fikiran. Namun petang ini sudah pun terisi dengan kualiti perpipaan yang hebat, adunan rasa yang seimbang dari MM965 yang sememangnya popular dan mengasyikkan. 

Variasi flavor dan taste dari blend-blend yang berlainan ini membuatkan saya bersyukur yang kita ini bertuah memiliki hobi berpipa. Hidup sentiasa berwarna-warni dengan seleksi yang ada dari tobacconist-tobacconist tempatan. Penting juga bagi tobaccobist ini untuk menyediakan stok-stok baru dari semasa ke semasa, kerana selera pipesters ini senantiasa bertukar saban tahun.

Friday, 6 February 2015

VIRGINIA MASTERCLASS

Virginia Masterclass: V untuk Versatiliti.

Virginia kekal sebagai tembakau yang paling banyak digunakan di dalam dunia. Secara amnya, kebanyakan produk tembakau keluaran dunia ini adalah berasaskan tembakau Virginia. Sesuai dengan namanya, tembakau ini mula ditanam di daerah Virginia dan South Carolina pada permulaannya, dan sekarang ianya merebak ke Ohio, Maryland, Eastern Missouri, Tennesse, malah turut dihasilkan di Zimbabwe dan juga Malawi, kerana mudahnya ia dikultivasi dan kesesuaian tanah untuknya tersebar di seluruh daerah- daerah tersebut. Ciri-ciri tanah yang berpasir & bertanah liat, seperti di daerah-daerah ini amat sesuai untuk penghasilan daun virginia yang terbaik.

Kadar lembapan mineral yg tinggi membolehkan tembakau ini menyimpan glukos dengan banyak, maka tidak hairanlah jika kadar gulanya adalah tinggi. Selain itu, virginia juga diketahui memiliki note bauan seperti jerami kering (hay-like), buah tin (figs), kismis kering (raisins), bijirin dan roti (breadiness) yang agak membangkitkan selera. Ini berkait rapat dengan proses kultivasi nya yang biasanya melalui proses "flue-cured". Oleh kerana itu proses pemeraman yang berlaku adalah sederhana dan penapaian daun tembakau nya adalah agak lambat. Hanya "cavendish" ialah satu-satunya variasi tembakau virginia yang melalui proses pemeraman yang serius; dimana anaerobic fermentation akan menghasilkan tembakau yang lebih manis dan lebih fragranted.

Kerana sifatnya yang memiliki kadar gula yang tinggi, ianya memiliki tekstur rasa yang menarik, tidak terlalu pekat dan fulfilling. Jika kita lihat dengan lebih dekat, kebanyakan syarikat tembakau masih menggunakan Virginia sebagai asas / tembakau primer atau base kepada blend masing-masing. Hanya gubahan dari tembakau sekunder yang menetapkan taste akhir sesuatu blend mengikut klasifikasi mereka tersendiri (tambahan sedikit latakia terhadap base Virginia akan menghasilkan English blends, tambahan perique akan menghasilkan Va/Per, tambahan dedaunan oriental seperti Izmir, Smyrna atau Basma akan menghasilkan Oriental blends, dan seterusnya). Komposisi Virginia yang digunakan oleh biasanya bermula dari 60% hinggalah ke 99% (biasanya blend-blend Va/Per).

Virginia juga memiliki kadar minyak yang tinggi dan tentunya setiap crop dari daerah yang berlainan memiliki kadar mineral oil yang berbeza. Jika anda perasan, kebanyakan full virginia blends adalah berbentuk flake / broken flake, dimana bentuk-bentuk ini dapat mengekalkan kadar mineral oil di dalam tembakau ini untuk tempoh yang lebih lama. Yang menariknya, hal ini turut mempengaruhi flavor dan relatif rasa sesuatu blend virginia. Faktor cuaca semestinya amat mempengaruhi kadar oil di dalam crop virginia, kerana itulah ciri-ciri kedaerahan ini dipanggil "belt". Hasil dari Georgia yang dituai pada July-August, crop nya digelar "Georgia belt" atau "yellow belt virginia", sesuai dgn warnanya yg cerah kekuningan. Hasil crop dari Virginia yang dikenali sebagai "old belt" pula hanya dituai pada musim luruh, jadi sinaran matahari yang diterima crop ini tidak lah sebanyak crop dari yellow belt. Pada pengamatan saya, McClelland mengeluarkan blend-blend Virginia dari crop-crop yang berlainan saban tahun dan jika anda mengikuti keluaran Christmas Cheer ini, anda mampu membezakan tekstur rasa dan flavor virginia dari belt-belt yang berlainan secara langsung.

Selain "bright virginia", variasi nya yang lain seperti "red virginia" juga memiliki sedikit kelainan dari tekstur rasa nya. Datang dari kultivasi virginia dengan profil tanah dan cuaca yang sedikit berbeza, red virginia memiliki kualiti yang sama baik tetapi flavor profile nya lebih intense dan mungkin sedikit pahit. Kadar oil nya lebih tinggi dan sugar level adalah sedikit rendah dari "bright leaves". Kebiasaannya red virginia diperolehi dari sekitar Louisiana.

Penggunaan tembakau virginia tidak terhad untuk tembakau pipa sahaja. Rokok-rokok keluaran English seperti Dunhill dan Benson & Hedges juga menggunakan tembakau virginia, dimana ini berkait rapat dengan sejarah penanaman awal tembakau "old belt virginia" yang khususnya diimport ke England sejak awal lagi. Bagi yang ingin tahu, rokok Amerika awal seperti jenama Lucky Strike menggunakan tembakau burley.

Dari segi komposisi kimia nya, tembakau virginia tidak mengandungi nikotin yang tinggi. Walaupun begitu, trmba dan Virginia tetap memiliki full-body flavor dan roundness rasa yang digemari ramai. Oleh yang demikian, virginia boleh dinikmati tanpa memerlukan campuran tembakau lain. Ini dapat dilihat dengan penghasilan banyak blend-blend 100% virginia oleh pengeluar tembakau / blending house, dan attribusi blend full virginia seperti ini selalunya agak "sweet" dan "fulfilling". Di sebalik itu, kadar nikotin yang sederhana rendah, full-bodied taste dan roundness of tobacco flavor, ini juga sudah tentunya adalah antara faktor kenapa ia sering dijadikan asas / base tembakau kepada blend-blend lain.

Sesungguhnya dunia amat memerlukan tembakau virginia. Sifat versatiliti nya menyebabkan lahirnya banyak blend-blend yang berasaskan virginia yang mewarnai dunia perpipaan kita selama ini. Oleh itu, hargailah kompleksiti rasa dari virginia dan cuba-cuba lah berjinak-jinak dengan variasi nya, kerana memahami bahan asas itu dapat memberikan kita perspektif yang lebih luas mengenai dunia tembakau.

Sunday, 1 February 2015

PERIQUE MASTERCLASS

Perique Masterclass: Ada apa dengan Perique?

Dunia perpipaan mmg agak kerap membincangkan soal tembakau. Antara nama yg selalu disebut-sebut adalah latakia. Tembakau ini, terutamanya versi asli Syrian memang dikenali sebagai raja tembakau pipa dan diakui semakin terhad bekalannya. Tetapi kita kurang beri perhatian kepada fakta bahawa Perique itu sebenarnya adalah lebih rare dari Syrian latakia dan kehilangannya mungkin akan lebih dirasai, kerana tiada penggantian yg setara, sepertimana Syrian latakia boleh digantikan dgn Cyprian latakia.

Dari sudut sejarah, perique adalah tanaman tembakau kecil-kecilan oleh masyarakat red indian setempat sejak ribuan tahun dahulu. Diakui masyarakat ini juga mengetahui yg perique tidak boleh dikultivasi dari tempat yg lain, jadi mereka menggunakan tapak penanaman yg sama sejak dulu lagi. Kedatangan penghijrah dari Eropah, terutamanya Perancis dan Italy juga melibatkan diri di dalam kultivasi tembakau perique, dimana tiga keluarga telah dicatatkan mengeluarkan perique untuk jualan komersial.

Hanya ada di St James Parish, penanaman perique tidak pernah berjaya dibawa ke tahap yg sepatutnya, terutamanya mengenangkan permintaan yg tinggi untuk tembakau mahal ini semakin naik saban tahun. Ini adalah kerana HANYA jenis tanah di kawasan St. James Parish yg sangat kecil ini (diberitakan sekitar 15 kilometer persegi sahaja) sahaja yg sesuai untuk menghasilkan perique yg terbaik. Digelar "Magnolia soil" oleh warga tempatan, kawasan ini ternyata tidak mampu untuk memenuhi permintaan dunia terhadap perique, maka segala usaha yg mampu digemblengkan pasti akan diutamakan di sini.

Sekitar abad ke 19, Pierre Chenet dikatakan telah menemukan cara pemprosesan perique yg lain dari apa yg biasa dibuat oleh kaum red indian maka terhasil lah perique seperti yg kita tahu sekarang. Proses pemeraman yang dibantu oleh tekanan tinggi ke atas kumpulan tuaian daun perique ini dapat "menaikkan seri" atau memberi tekstur rasa yg sangat unik kepada blend virginia khususnya, lantas ia mendapat perhatian khusus dari pipesmokers dan permintaan terhadap perique meningkat dgn begitu pesat.

Sebenarnya, proses penghasilan perique ni memang sangat-sangat rumit. Daun perique yg baru dituai disimpan bersama sebagai satu "bale" dan bila kadarnya mencukupi, ia akan dimasukkan penuh ke dalam oak barrel dan dikompress selama SETAHUN untuk proses penapaian mengambil alih. Fermentation ini adalah natural tetapi kadar tekanan yang diberikan adalah tinggi dan dedaun perique dalam "bale" atau  masing-masing akan dibalikkan dua-tiga kali setahun bagi memastikan proses penapaian nya di dalam oak barrel itu sempurna dan sekata. Bagaikan kicap yang difermentasikan, dalam setahun itu dedaunan perique akan bertindak balas dgn proses fermentasi lantas menghasilkan flavor spiciness dan ketajaman edge seperti yg kita dapati dari blend-blend Virginia + perique (va/per) yg baik.

Dek kerana kerumitan proses penghasilan nya dan sela masa produksi yg sangat lama, kebanyakan penanam tempatan sudah tidak mahu menanam perique lagi. Krisis ini hampir tidak dapat ditangani pada awal abad ini namun sekarang masih ada satu syarikat yg membeli dan membekal tembakau perique secara aktif, lantas menggalakkan beberapa penanam perique untuk kembali mengusahakan tanaman yg sangat berharga ini. Oleh kerana perique tidak dapat dihasilkan di tempat lain, maka satu dunia bergantung-harap pada bekalan ini sahaja sekarang.

Perique dipasarkan di dalam dua variasi: "Acadian Perique" dan "Straight St James". Perbezaan yg ketara adalah kandungan nya. "Acadian perique" adalah campuran perique dan burley yg dijadikan blend primer, dimana kekuatan rasa perique distabilisasikan oleh burley dan campuran ini akan digunakan untuk dicampur dengan blend virginia (lantas menghasilkan Va/Per). Kebanyakan blend yg mengandungi perique yg boleh didapati sekarang mengandungi "acadian perique".

"Straight St. James" pula, agak menarik ceritanya. Inilah perique yg sebenar. Sememangnya 100% perique yg asli tanpa campuran lain. Ini mungkin digunakan begitu sahaja oleh red indian dahulu tetapi hakikatnya kekuatan rasanya tidak memungkinkan kita consume perique secara 100%, lantas "Straight St James" juga sebenarnya digunakan di dalam blend -blend tertentu. Mungkin anda akan sedikit keliru tetapi kelainan nya terletak pada peratusan: blend yg menggunakan "acadian perique" dgn volume 1% sebenarnya menggunakan kurang dari 1% perique (since acadian perique sendiri adalah blend perique + burley) manakala blend yg menggunakan "straight St James" pada volume 1% adalah menggunakan perique pada kadar yg sama iaitu 1%. Tentunya, tekstur rasa dan flavor profile akan sedikit lain dan harganya juga jauh lebih mahal. Oleh kerana itu, blend-blend yg menggunakan "straight St James" semestinya melabelkan penggunaan tembakau ini di label tin-tin mereka, juga sebagai justifikasi harganya yg selalunya lebih tinggi berbanding blend-blend yg menggunakan "acadian perique".

Pengeluaran "straight St James" sebenarnya telah pun dihentikan dari awal 60an hingga ke hujung 90an oleh kerana penghasilan perique yg makin sedikit membuatkan produksi 100% perique adalah "extravagant" atau terlalu mewah untuk dibuat, mengambil kira akan permintaan sedunia yg makin mendadak naik. Namun, menyedari akan kepentingan representasi perique yg tulen adalah perlu untuk memuaskan pipesmokers yg memiliki citarasa yg tinggi, pengeluaran Straight St James disambung semula pada hujung 90an hingga sekarang.

Perique telah lama mewarnai dunia perpipaan dengan flavor unik dan tersendiri nya. Di sebalik isu pengeluaran nya yang semakin kurang, inilah satu dimensi perpipaan yang menarik kerana kita tahu flavor ini tidak dapat diberikan oleh tembakau lain, jadi keunikan rasanya memang sangat dihargai dan dinikmati seadanya sekarang. Namun, sudah tentu sebagai pemipa kita mengharapkan perique akan kekal diproduksikan supaya flavor rasa yang baik ini masih dapat dinikmati untuk suatu jangka masa yg panjang lagi.

W.O. Larsen 2015




Impressi Pertama: W.O. Larsen 2015

Keluaran edisi terhad saban tahun dari W.O. Larsen senantiasa dinantikan oleh peminat tembakau aromatic. Keunikan yg ketara adalah kepelbagaian flavor yang diolah unik untuk setiap tahun yang berlainan. Diberitakan edisi tahun ini diolah dari base asas virginia, "double-fermented" cavendish, cube burley dan daun mawar putih.

Bagi saya strategi "annual limited edition blending" sebegini boleh dikatakan seperti pengeluaran kereta prototaip; kegagalan akan menjadi satu pengajaran, dan keberjayaan mungkin akan dijadikan asas kepada pembangunan siri-siri blend baru mereka untuk masa yang akan datang. 

Seperti kebiasaannya, W.O. Larsen menggunakan tin "pencil case" yang sudah sememangnya sinonim dengan tembakau limited edition mereka. Walaupun saya tidak memiliki tinnya, kerana sample yang diberikan kepada saya adalah di dalam "zip lock" bag, namun dari gambar yang dilihat saya rasakan grafik edisi 2015 lebih menonjol dan semestinya berbeza dengan tahun-tahun lepas. Ini ternyata dapat menarik minat mereka yang suka mengumpul tin-tin sebegini. Grafik tin yang terbaik sudah tentu dari tahun 2009 dan seperti yang kita masih boleh lihat terjual di kedai-kedai, grafik tin keluaran 2014 adalah sangat mengecewakan. Tahun ini, ianya "fresh" dan sangat lively dengan penonjolan warna-warna cerah di sebalik latar belakang hitam itu.

Note pertama yang dapat dihidu dari tembakau ini adalah, ianya sangat wangi! Sedikit berbeza dengan note tahun sebelumnya yang lebih creamy dan citrussy, tahun ini tin note nya agak tinggi dan sedikit tajam. Penggunaan daun mawar putih adalah amat unik dan berani di sini, saya boleh katakan ia mungkin membantu dalam menaikkan fragrance note nya. Pipers yang sudah biasa dengan Lakeland-style tobacco mungkin akan menyukainya namun bagi sesetengah pipers pula ianya mungkin agak keterlaluan.

Komposisi tembakau nya tidaklah terlalu lembap, jadi saya tidak mengalami masalah dalam first lighting. Flavor dari berries menusuk ke palate dan sweetness baccy ini dapat dirasai secara langsung. Flavor berries itu memang dapat saya rasai, namun tidak pomegranate / buah delima di mana saya gagal mendeteksi flavor ini. Sedikit tentang sweetness baccy ni, ianya agak manis. Ditambah dengan note mawar putih / white rose yang sememangnya tajam dan tinggi, ia mungkin agak "offensive" buat sebilangan besar pipesters. Hanya mereka yang sudah terbiasa dengan aromatic baccy yang manis seperti Peterson Sweet Killarney, Winslow Harlekin dan baccy-baccy dari K&K akan berasa selesa dengan kemanisan dan fragranted ini.

Kemanisan ini semestinya datang dari double-fermented cavendish. Seperti yang kita tahu (boleh refer dalam "Asas Kepada Variasi Tembakau"), cavendish adalah suatu proses fermentasi tembakau yang menjadikannya manis, dan double-fermentation sudah tentu menaikkan lagi kadar gula yang tertapai olehnya. Di sini, boleh dikatakan kadar sweetness itu agak keterlaluan bagi saya, namun mungkin ramai pipesters yang akan menyukainya. Your mile may vary....

Tobacco body nya agak okay, sedikit kurang dari medium strength, dimana saya juga tidak menjangkakan sesuatu yang mengandungi cube burley untuk memiliki kadar strength yang sedikit rendah. Apa yang saya boleh katakan, mungkin komposisi cube burley nya adalah sangat minimal. Di sebalik itu, kadar body yang sederhana begini sebenarnya agak bagus untuk casual pipesters atau pada ketika kita perlukan sesuatu yang ringan. Kadar nikotin blend ini juga adalah rendah, jauh lebih rendah dari Sweet Killarney atau blend-blend yang sewaktu dengannya, baik untuk beginners.

Boleh dikatakan impressi pertama saya terhadap W.O. Larsen 2015 adalah ianya agak sederhana. Keluaran 2013 adalah lebih baik dan 2011 lebih creamy dan unik bagi saya, dan keluaran 2015 ini gagal memberikan impressi yang hebat. Tetapi adunan rasa yang seimbang dan kadar sweetness yang agak tinggi mungkin satu daya penarik untuk penggemar tembakau aromatic yang casual. Namun ketajaman fragrance darinya mungkin agak keterlaluan buat sesetengah pipesters. Dominasi berry flavor yang dimilikinya juga adalah kuat, dan ia mungkin menenggelamkan flavor lain dengan secara tidak sengaja. Walaupun begitu, ia tetap sesuai untuk bersantai bersama rakan-rakan di kafe-kafe dimana berkemungkinan orang-orang disekeliling akan bertanyakan tobacco blend apakah yang anda sedang nikmati...

***SPECIAL THANKS TO KAMELAH TOBACCO HOUSE***
- coz bagi baccy for di rasa dan dikongsi rasanya di sini