Sebagai
sebuah firma pipa tersohor dunia, Peterson tidak boleh lari dari
penggunaan bahan-bahan istimewa di dalam pengeluaran pipa. Malahan,
mereka mungkin adalah jenama yang paling banyak menggunakan bahan-bahan
lain sebagai komponen atau aksentuasi pipa-pipa keluaran mereka. Lihat
sahaja kepada siri Sherlock Holmes yang menggunakan meerschaum blok A
Turki, Peterson Tawny Deluxe dengan bowl meerschaum Afrika bersama efek
rim hangus, siri yang menggunakan meerschaum Afrika yang di”latticed”
dan diwarnakan, juga penggunaan flock-flock perak dan emas untuk army
mount dan spigot. Mereka sememangnya menyukai aksentuasi sebegini dan
dengan secara sangat kreatif telah pun memikat kita pemipa untuk
mendekati Peterson.
Tidak
lama kemudian, kita dikejutkan dengan penemuan stem-stem amber stok
lama, bersama dengan rekod pembelian amber dari tahun 30an. Penemuan ini
agak mengejutkan juga sebenarnya, kerana tidak banyak spesimen-spesimen
Peterson dengan stem amber wujud sekarang. Sama ada Charles Peterson
sendiri yang kurang menggemari penggunaan amber atau sifat amber yang
brittle menyebabkan spesimen yang masih ada adalah antara unit-unit yang
terjaga rapi manakala yang lain telah patah / hancur / rosak ditelan
zaman. Namun hakikatnya blok amber yang dibeli itu telah dikerjakan
untuk menjadi sekumpulan stem dan kemudiannya terbiar di satu sudut
kilang Peterson, sehinggalah beberapa pelawat menzahirkan minat mereka
terhadap simpanan berharga ini.
Sememangnya
selain dari pipa-pipa vintaj yang lengkap dengan kotak baldu keluaran
awal abad ke 20, bahan amber sememangnya dilupakan oleh Peterson kerana
tiada pengeluaran stem amber dengan siri yang kukuh semenjak itu. Teori
asas yang paling boleh digunapakai adalah hilangnya minat masyarakat
pemipa terhadap bahan indah ini semenjak perang dunia kedua hingga lah
ke sekarang. Mungkin juga pada ketika itu plastik awal seperti Bakelite
mula muncul dan praktikaliti amber sebagai bahan stem adalah
dipersoalkan – menyebabkan stok stem ini disimpan dan dilupai hingga
sekarang.
Sewaktu
saya menyedari akan pengeluaran terhad Peterson Amber Spigot ini, ia
sudah pun berlalu selama dua bulan dan apa yang ada di smokingpipes.com (ketika
itu Peterson Amber Spigot hanya boleh didapati di sana, dek kerana
Shane Ireland dan Sykes Wilford berjaya memujuk Conor Palmer untuk
mengeluarkan siri khusus ini) sudah pun lama habis terjual. Diberitakan,
ia semua habis terjual di dalam masa seminggu sahaja.
Mengenangkan
akan kejayaan pengeluaran edisi pertama (yang mungkin bersifat
percubaan itu), Peterson mengeluarkan pula Amber Spigot untuk versi yang
seterusnya. Kali ini, kita difahamkan yang stok bahan amber telah pun
dihabiskan jadi berkemungkinan besar ia adalah keluaran Amber Spigot
yang terakhir. Peterson tidak bercadang untuk terus mencari bahan amber
selain dari stok yang mereka ada ini – dan jika ingin dicari sekali pun,
ia pastinya adalah agak sukar untuk menemui bahan asli yang sesuai
sekarang. Jauh lebih sukar berbanding hampir seabad dahulu. Tidak
dinyatakan pula berapa banyak pipa Amber Spigot yang dihasilkan, namun
pada perkiraan saya mungkin di sekitar 100-200 unit sahaja, dan apa yang
ada di pasaran mungkin adalah di bawah seratus unit.
Kita
boleh perhatikan juga pada keluaran stem amber ini akan beberapa
features awal pembuatan stem Peterson. Banyak di antara stem-stem ini
yang memiliki orifice / bukaan lubang bulat – dimana kita tahu
kebanyakan pipa hari ini memiliki stem dengan bukan segiempat tepat.
Orifice bulat ini bukan sahaja tanda ia telah dikerjakan pada suatu
ketika dahulu, malah ia juga menandakan yang pada ketika itu pun amber
adalah bahan yang sangat dihargai – pipemaker takut untuk mengambil
risiko dengan membuat orifice yang lebih besar dan rumit, kerana sedikit
silap langkah akan menyebabkan kerosakan pada bahagian button dan
begitulah ruginya satu bahan yang sangat bernilai.
Mengenangkan
yang pemipa zaman ini mungkin mahu menyimpan stem amber ini sebagai
satu memoir sejarah smoking parnaphelia ataupun sebagai investment di
masa hadapan (bukan setakat sebagai pipa estate yang baik, malah bahan
amber asli itu juga tentunya bakal memiliki harga yang sangat baik pada
suatu masa kelak), Peterson juga menyediakan sebuah lagi stem akrilik
yang datang bersama pipa ini, sekiranya ia mahu digunakan. Namun
walaupun stem amber itu lah yang akan digunakan, tidak ada sebab yang
perlu dirisaukan kerana pemipa zaman sekarang kebanyakannya adalah
well-educated, bijak dan cermat. Kita tahu bagaimana untuk menjaga dan
mengendalikan bahan bernilai ini sebaiknya. Ini adalah berbeza dengan
pengeluaran pertama yang tidak didatangkan dengan stem akrilik tambahan
(dan ia juga dijual pada harga sedikit murah berbanding yang baru).
Di
sepanjang pemerhatian saya juga, briar-briar yang digunakan untuk siri
ini adalah sangat baik. Banyak yang memiliki cross-grain yang indah, dan
terdapat beberapa yang tampil dengan birdseye yang memukau jiwa,
walaupun tidak banyak yang memiliki unjuran straight grain (well,
bukankah kebanyakan Peterson adalah begitu? – nanti kita akan kupaskan
perihal ini di artikel lain). Sememangnya Peterson menggunakan
briar-briar yang terpilih untuk siri ini. Namun jangan pula anda
menjangkakan yang siri ini tidak didatangkan dengan briar berfinishing
rustik. Memang ada briar-briar rusticated untuk Amber Spigot dan
penegasan yang terhasil dari warna stem yang jingga-keemasan dengan
rustik hitam adalah sangat mengasyikkan!
Pada
saya, praktikal atau tidak, amber memiliki tempat yang istimewa di
dalam hati seseorang pemipa. Keindahannya, mistik dan statusnya adalah
sangat menggoda. Paling tidak, ia akan membuatkan anda pemipa untuk
menjadi lebih berhati-hati dan bertanggungjawab apabila
mengendalikannya. Dan anda gabungkan perihal ini dengan pembuatan pipa
Peterson yang bersejarah dan pengalaman mereka di dalam penghasilan pipa
– anda sedang melihat kepada sebuah heritage sejarah perpipaaan yang
sangat bermakna.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment