Sedikit
masa dahulu, ramai pemipa yang mengimpikan untuk “dihujani” baccy
apabila membuka pintu cellar mereka (sudah tentu rumah di Malaysia
jarang mempunyai attic / bilik loteng – anda boleh membayangkan akan
tong clear bin anda yang tersimpan di atas rak buku atau almari baju
jatuh dengan penutupnya terbuka ke atas anda ketika anda
terjengket-jengket mengambilnya, untuk memberikan anda gambaran
“dihujani baccy” tersebut). Jauh dari menceritakan tentang kemalangan
ketika berkemas, ia sebenarnya adalah satu epitom yang besar kepada kita
para pemipa.
“Dihujani
baccy” memperlambangkan satu obsesi kepada pemipa tentang kebebasan
mereka di dalam mengatur baccy untuk dinikmati saban hari, keseronokan
untuk “being lost” di dalam memilih baccy-baccy yang perlu dibawa
bersama ketika balik kampung, keupayaan untuk memiliki blend-blend
tertentu ketika produksi blend tersebut sudah pun terhenti dan
backorders adalah mustahil, dan juga untuk memberikan mereka peluang
dalam menikmati blend-blend kegemaran mereka apabila mereka sudah
berusia kelak.
Bayangkan
yang anda sekarang masih memiliki 5 tin Craven’s Mixture, atau Balkan
Sobranie, atau Bengal Slices yang original, ia akan menjadi satu koleksi
“pinnacle” anda, dimana anda mampu untuk masih menikmati blend-blend
rare ini disamping membandingkannya dengan blend-blend baharu yang cuba
untuk mengemulasikan semula these late greats. Paling tidak, ia adalah
satu “conversational pieces” untuk anda bincang dan perbualkan dengan
rakan-rakan pemipa anda tatkala temupipa-temupipa (mungkin akan
membuatkan beberapa pemipa senior “cringe” dan berair-mata mengenangkan
akan baccy-baccy kegemaran mereka ketika mereka muda belia).
Hakikatnya,
kita membeli dan terus membeli baccy, sama ada secara sedar atau tidak.
Kunjungan ke tobakonis-tobakonis selalunya akan melibatkan pertukaran
wang dengan setin-dua baccy; pergi singgah kononnya untuk melihat
pipa-pipa baru tetapi selalunya kita akan termakan akan pujuk rayu
tobakonis (sebenarnya bukan pujuk rayu pun – para tobakonis harus faham
betapa lemahnya golongan pemipa ini – sedikit penjelasan tentang baccy
pun akan membuatkan lutut kita lemah dan tangan kita gatal untuk
mengeluarkan wang dari saku).
Membeli
baccy untuk “mencuba blend baru” adalah satu alasan paling “legit” buat
kita membeli baccy. Semestinya saya (dan seharusnya anda semua) setuju
yang kita patut mencuba sehabis banyak blend selagi mungkin. Memang agak
“impossible” untuk mencuba segalanya, tetapi di dalam keadaan sekarang
di mana pasaran untuk pipa sememangnya sedang berkembang pesat dan
banyak blend-blend baru dibawa masuk ke sini saban tahun, masakan kita
mampu bertahan melihat blend-blend baru terpampang di rak-rak tobakonis
begitu sahaja?
Tidak
kurang juga yang membeli baccy sebagai “pendua” untuk stok mereka.
Konsep “cellaring” sebegini agak sinonim dengan pemipa tempatan
sekarang, dimana apabila tin sesebuah baccy kegemaran dibuka, sebaiknya
ada lagi satu tin yang disimpan untuk “standby”. Pengalaman lalu bersama
The Solent Mixture, Ashton Artisan Blend, Solani White & Black dan
kebelakangan ini dengan MacBaren London Burley Blend, Matured Virginia
dan beberapa blend lain, dimana mencari stok adalah satu proses yang
agak sukar sekarang, sudah tentu menjadi satu igauan ngeri buat pemipa
semua.
Ini
agak berbeza dengan sedekad yang lepas di mana Malaysia adalah syurga
baccy-baccy rare, dek kerana kurangnya jumlah pemipa untuk membeli
kesemua baccy-baccy ini dan selalunya ia boleh didapatkan dengan harga
yang murah kerana tobakonis gagal menjualnya walaupun ia sudah bertahun
terpampang di rak-rak kedai mereka.
Apa
yang saya boleh katakan, pembelian baccy adalah natural buat kita
pemipa. Sangat selalu ia berlaku tanpa disengajakan, namun ia sebenarnya
lebih kerap lagi diter-sengajakan.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment