Ramadan
akan berlalu dan Syawal bakal menggantikannya. Walaupun sedih
ditinggalkan Ramadan al Mubarak, namun pastinya kita telah pun mengambil
seberapa banyak kesempatan untuk beribadat di bulan mulia itu dan
sekarang adalah masa untuk kita saling berkunjung dan beramah-mesra.
Pipa dan baccy selepas berbuka, pairing baccy dengan air tebu dan buah
kurma sebelum tarawikh dan juga sesi susulan selepas moreh pastinya
menjadi rinduan – yang akan dinikmati kelak di Ramadan yang akan datang.
Masuk
bulan Syawal, yang ditunggu-tunggu oleh pemipa sejagat adalah pipa pagi
raya. Sebulan berpuasa menyaksikan kita menahan nafsu dari berpipa di
pagi hari, dan 1 Syawal merupakan peluang keemasan untuk melakukannya!
Menikmati baccy selepas subuh ketika suasana masih hening adalah satu
kedamaian yang layak diberikan hadiah Nobel untuk peacefulness yang ia
berikan. Dan semua ini boleh kita lakukan di pagi 1 Syawal.
Mengenangkan
kebanyakan kita adalah kaki latakia, maka adalah sangat “appropriate”
untuk memulakan lebaran pemipa dengan blend latakia yang agak “smooth”
seperti Dunhill’s Early Morning Pipe atau Torben Dansk Smooth Latakia.
Jika anda menyukai blend yang agak manis, Smooth Latakia atau blend Frog
Morton adalah pilihan yang lebih baik. Kualiti aromatik tanpa menjadi
terlalu “aromatic” dari blend-blend Frog Morton sememangnya sangat
versatil dan sesuai untuk banyak “occasion”.
Namun
peminat tegar latakia awas! Ini mungkin adalah peluang terakhir untuk
anda menikmati latakia sebelum rumah dikunjungi tetamu mulai jam 10
nanti. Tentunya di hari lebaran kita tidak mahu tetamu kita memiliki
impressi yang kita sedang membakar bulu unta di dalam pipa kita bukan?
Jadi pada peminat tegar latakia, blend-blend yang lebih “keras” aromanya
seperti Dunhill Nightcap, Old Ironsides, Savinelli tin hijau dan Old
Dublin adalah pilihan yang lebih bertepatan.
Aromatik
adalah pilihan yang lebih diplomasi dan wajar apabila tetamu berada di
sekeliling kita. Tentunya kita cuba sedaya upaya untuk mengimbangi bau
lemang dan rendang dengan aroma baccy aromatik kita – at least itu
adalah alasan terbaik untuk berpipa di dalam rumah. Beberapa blend
aromatik yang popular seperti DTM’s Devil’s Holiday, Peterson Sweet
Killarney dan beberapa lagi adalah pilihan automatik para pemipa
Malaysia, akan tetapi terdapat juga beberapa blend baru seperti Cornell
& Diehl Autumn Evening dan G.L. Pease Virginia Cream yang memiliki
profil flavor yang sangat baik, disamping menjanjikan aroma bilik / room
note yang jelas dan menarik.
Sebelah
petang menyaksikan kita tersandar di kerusi menantikan gerombolan
tetamu yang datang mulai lepas asar. Jadi kebiasaannya dari jam 3 hingga
lah 4.30pm anda akan memiliki sedikit masa untuk diri sendiri. Pada
waktu ini lah “nicotine fix” diperlukan dan blend-blend seperti Dunhill
Three Years Mature, Dunhill Flake, Orlik Dark Strong Kentucky,
McClelland Christmas Cheer, Capstan Blue, Peterson 3P atau Irish Flake
adalah antara pilihan yang menarik untuk dicuba. Nikotin akan membantu
dalam penghasilan adrenalin dan memberikan badan anda rasa bertenaga
semula untuk melayan tetamu yang bakal tiba.
Masa
rehat ini juga adalah ruang yang terbaik untuk anda melakukan sedikit
pembersihan pipa-pipa yang telah digunakan tadi. Jangan membersihkan
pipa sambil melayani tetamu kerana kedua mereka (pipa dan tetamu)
memiliki hak untuk fokus dari anda jadi lakukannya satu-persatu.
Lagipun, anda tidak mahu mengotorkan tangan anda dan bersalam dengan
tetamu kemudiannya, meninggalkan jejak-jejak baccy hangit yang anda
keluarkan dari pipa anda sebentar tadi.
Malam
pun menjelma, dan tetamu masih berkunjungan, di dalam sela masa selepas
waktu makan malam sehinggalah jam 11. Jika anda tidak sempat berpipa
selepas dinner, satu sesi in-between juga adalah baik. Blend-blend
berteraskan sedikit perique seperti Dunhill Elizabethan Mixture,
Rattray’s Old Gowrie / Hal O the Wind, Peterson Irish Oak adalah pilihan
saya yang utama. Yang paling kerap saya pack untuk sesi sebegini
tentulah Dunhill Elizabethan dek kerana profil flavornya yang sedikit
kompleks, dan kadar perique yang walaupun tidak “overt” tetapi masih
boleh dirasai dengan baik.
Apabila
malam semakin lewat, tetamu pun biasanya mulai surut dan duduk berehat
sebelum tidur adalah satu lagi peluang berpipa yang jarang saya
lepaskan! Blend pilihan saya pada ketika ini adalah blend Oriental,
kerana tembakau oriental berkemungkinan agak tengik (berdasarkan
pendapat non-smoker. Tidak semua Oriental blend bersifat begini &
sukar untuk kita jangkakan kerana oriental bersifat pukal dan datang
dengan pelbagai jenis daun yang diblend bersama. Sesetengah oriental
memiliki room note yang manis seperti Basma contohnya) untuk dibakar di
khalayak ramai. Juga blend oriental bersifat agak ringan dari segi
nikotinnya dimana pada ketika sebegini saya tidak lagi memerlukan
“adrenaline boost”. Antara kegemaran saya adalah McClelland Arcadia,
Dunhill Standard Mixture dan Balkan Sasieni.
Begitulah
sedikit sebanyak rentetan pilihan baccy di hari mulia. Dengan pilihan
tembakau yang semakin pelbagai, ditambah pula dengan dedikasi pipa untuk
blend spesifik yang mungkin kita amalkan, pemilihan baccy dan pipa
untuk balik kampung tentunya satu keputusan yang sukar namun
menyeronokkan. Sang isteri tentu tidak faham mengapa kita mengambil masa
yang lama untuk memilih, memasukkan dan mengeluarkan kembali pipa dan
tin baccy ke dalam beg setiap 5 minit namun bagaimana sukarnya mereka
memahami F1 dan Moto GP begitulah halnya dengan hobi yang satu ini.
Salam lebaran !!!
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!