Saturday 14 January 2017

Top 5 “Desert Island” Baccy di Dunia Fana 2016

Melihat ragam, perihal, tempo, pola dan aturan perpipaan sepanjang 2016 adalah amat menarik sekali. Kita sering tersenyum memikirkan pilihan-pilihan terdahulu yang tidaklah jauh sangat dari hari ini, namun perbezaannya adalah agak ketara. Jika diikutkan kata orang dulu-dulu, tunas rasa kita membesar (dan menua) bersama kita dan perkara itu bukan sahaja dapat dilihat pada appetite atau selera kita yang berubah mengikut umur dan peredaran zaman, malahan baccy pilihan dan tabiat memipa kita pun turut berubah.
Syukurlah, dunia perpipaan Malaysia adalah agak sihat dan pesat dengan pelbagai pilihan, ditambah pula dengan percambahan kedai-kedai tembakau dan tobacconists di seantero negara yang memudahkan pemipa membeli amunisi mereka. Ini juga ditambah oleh kerancakan aktiviti-aktiviti seperti pipemeets dan sebagainya yang menyemarakkan lagi budaya perpipaan ini. Dengan trend sebegini dan pemilihan yang semakin meluas, kita pemipa makin sukar untuk membuat pilihan dan makin “spoilt by choices” jadinya.
Seperti tahun lepas, saya akan memilih 5 baccy yang selalu menjadi sandaran oleh Pipa Di Dunia Fana disepanjang tahun 2016 ini. Saya tidak menyenaraikan beberapa baccy “staple” seperti McClelland 221b Arcadia dan Dunhill My Mixture 965, memberi lebih peluang kepada beberapa blend yang sememangnya layak dan mungkin sesetengahnya agak baru di palate tetapi sudah mampu memberikan impak kepada pola perpipaan.


Tanpa berlengah lagi, marilah kita menjengah pilihan top 5 tahun 2016 ini:
Baccy ke-lima : Capstan Original Navy Cut (tin biru).
Flake legenda kegemaran ramai otai yang baru masuk ke pasaran baccy kita pada pertengahan tahun ini – lihat sahaja pada gambar utama MyPSJ FB page. Ini adalah full virginia flake yang sangat menarik, dengan kepuasan virginia yang maksimum dan sedikit flavor “citrusy” yang menjadi trademark Capstan. Terkadang, saya secara peribadi suka untuk melabelkan Capstan ini sebagai “doubters’ delight”, kerana jika anda meragui straight virginia, merasakan yang genre itu adalah “one-dimensional”, cubalah setin Capstan ini. Ia akan mengubah persepsi anda selamanya.
Baccy ke-empat : Peterson Old Dublin.
Mari saya beritahu anda apa yang ada pada Old Dublin. Ia padu, padat, hebat, primitif sehingga menjadi agak komprehensif, dan membawakan English dengan penuh ikhlas dan “simplicity”. Tunggu sebentar – “simplicity”? Tidak juga! Adunan daun oriental Basma memberikannya satu karakteristik menarik yang walaupun tidak sejelas kelembutan “silky smooth” My Mixture 965 dengan bright Macedonianya, Old Dublin ada keunikannya yang tersendiri. Dan enigmanya bertambah sekali ganda apabila anda menggunakan pipa Peterson untuk menikmati Old Dublin. Kenapa? Jangan ditanya kenapa…it’s just some Celtic appeal perhaps…
Baccy ke-tiga : Balkan Sasieni.
Balkan Sasieni mengemulasikan sebuah legenda yang sangat menarik sekali. Emulasi blend lama yang unggul seperti Balkan Sobranie mungkin memberikan “gigitan balas” kepada Sasieni, terutamanya jika ia gagal menyampaikan apa yang sepatutnya sampai (dalam konteks ini, komposisi asal tentunya agak berlainan). Tetapi Balkan Sasieni ternyata berjaya menghidupkan semula legasi itu – siapa peduli jika ia tidak 100% tepat pun kalau apa yang ada adalah juga sangat baik? Lagipun, kebanyakan kita tidak pernah merasa Balkan Sobranie yang asal untuk membolehkan kita menghakimi emulasi ini dengan wajar so let’s goes on with our life kawan-kawan…
Baccy ke-dua : Dunhill Royal Yacht.
Blend ini adalah “pelayaran dilanda badai” yang mulai difahami oleh penduduk setempat. Jika blend ini adalah teruk seperti yang kita sangka pada awalnya, kenapa Dunhill masih mengekalkan pengeluarannya yang sudah pun menghampiri satu abad? Royal Yacht adalah “a grower” yang akan secara diam-diam menghantui hidup anda seperti longgokan saman trafik tidak berbayar. Berita baiknya, segala keseronokan hanya baru akan bermula apabila anda membuka semula tin Royal Yacht selepas 3 tahun dengan hablur gula “blooming” dan…hmm kita hentikan di sini.
Baccy pertama : Reiner Long Golden Flake.
Agak lama saya diulit lena Elizabethan di lembah VA/per sehinggalah “old gold” digali dari cellar dan Reiner Long Golden Flake (lihat, sudah dua kali “gold” disebut) tidak pernah mengecewakan. Juga dikenali sebagai “Blend 71”, ia membawa kita ke dimensi VA/per yang tidak pernah kita alami sebelumnya; cool-smoking, sentuhan minimalism periquenya, base virginia yang memuaskan dan “nuttiness” white burleynya yang bergabung menjadi satu blend yang anda harus “beg, steal or borrow”. Datang dengan bentuk “rolled flake” yang panjang berlingkar, ia juga kaya dengan minyak mineral semulajadi dari daun virginia, membuatkannya sesuai untuk disimpan lebih lama dan ini sekaligus memberi satu sensori otak tak langsung kepada kita untuk mencapai lebih dari satu tin setiap kali kita terjumpa blend ini di tobacconist-tobacconist tempatan, jika berkesempatan!
Sangat sukar sebenarnya untuk memilih hanya lima blend dari ratusan jenis yang ada di pasaran kita, namun begitulah kita manusia, sering membina preferensi dan lemah dengan kurnia nikmat alami seperti ini. Sudah tentu kita mahu melihat banyak lagi blend-blend yang baik masuk ke pasaran Malaysia pada 2017 dan sehingga waktu itu tiba, saya sarankan anda untuk pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

No comments:

Post a Comment