Saturday 14 January 2017

Ulasan Baccy : McClelland Frog Morton On The Bayou

Kesinambungan blend “crossover” yang utuh dari siri Frog Morton diteruskan lagi! Kali ini kita akan mendekati Frog Morton “On The Bayou”. Nama siri ini sebenarnya sudah pun memberikan sedikit klu akan penambahan tembakau sekundernya, iaitu Louisiana Perique yang diadun bersama dengan mixture asal Frog Morton yang menjadi “trademark” siri yang sangat berjaya ini.
Jika diikutkan, pendekatan kali ini agak lari sedikit dari tema Frog Morton yang terdahulu, dimana blend-blendnya yang lain adalah lebih berorientasikan Balkan (Frog Morton Original, Across The Pond & On The Town) dan aromatik (Frog Morton Cellar). Oleh itu penggunaan perique dalam blend ini adalah sangat dialu-alukan, terutamanya bagi peminat perique dan va/per secara amnya. Sudah tentu, saya tidak mengharapkan sesuatu yang “potent” tetapi ekspektasi yang tinggi tetap mengiringi pengeluarannya.
Sepertimana blend-blend Frog Morton yang seangkatan dengannya, On The Bayou datang dalam keadaan yang agak lembap, walaupun dalam bentuk ready-rubbed. Perkara ini agak bagus sebenarnya kerana ia akan tahan lebih lama setelah dibuka tetapi untuk menikmatinya secara optimum, anda perlu mengaplikasikan “prepping” dengan lebih lama. Saya menyarankan agar ia diudarakan selama 1-2 jam sebelum dipack untuk hasil yang terbaik.


Tin note yang harum dan berempah menjemput hidung anda tatkala ia dibuka. Namun ia tidaklah seharum Frog Morton Cellar, Original mahupun On The Town. Sedikit note tajam juga menerpa nasal dari tin note On The Bayou ini. Berkemungkinan besar faktor percampuran blend asas Frog Morton dengan perique adalah bertanggungjawab dalam penghasilan note yang tajam ini.
Seperti blend-blend lain di dalam siri Frog Morton, saya dapati kepulan asapnya sangat beraroma dan mengujakan. Secara peribadi saya memang menggemari permainan hembus dan hela asap apabila menyalakan On The Bayou. Asap dengan flavor yang seakan-akan plum bakar dan biji kopi yang baru dipecahkan adalah agak kuat di awal bowl. Kualiti seakan aromatik ini tanpa lebihan perisa “artificial” adalah sememangnya sangat menarik.
Di permulaan bowl, rasa perique sangat “subtle” – agak terkebelakang dan hampir tidak dapat dirasakan langsung. Rasa yang dominan ketika ini adalah plum bakar dan kopi panggang, sedikit smoky dari latakia dan semua ini ditambah dengan sedikit kemanisan yang biasa kita dapati dari blend oriental. Tiada hentaman nikotin yang kuat dan ia juga tentunya bukanlah sebuah lat-bomb, namun kemanisan dan sedikit note salai dari latakia tadi agak relaks dan melegakan. Mengenali perique, ia sememangnya adalah tembakau “condiment” yang baik dan terkadang mampu memberikan “refined texture” kepada sesetengah blend dan inilah yang sedang berlaku sekarang.
Perique, menjadi topik utama atau “features” kepada blend ini, mula menonjolkan dirinya ketika sesi perpipaan berada di pertengahan bowl. Bersulam baik dengan latakia, oriental dan virginia di dalam blend ini, ia meninggalkan sedikit rasa pedas-pedas di tekak dan lidah, yang walaupun tidak begitu ketara ia masih adalah “trademark” perique yang kita nanti-nantikan. Ia menambahkan “depth” kepada tema oriental Frog Morton dan saya yakin bukan saya seorang sahaja yang mendapati hasil sebegini adalah sangat menarik.
Kita sedia maklum bahawa walaupun penggunaan dedaun virginia sebagai tembakau asas / primer blend-blend Frog Morton ini adalah satu kemestian, ia tidak akan mampu untuk menzahirkan kekuatan “full body” kepada blend. Dan semestinya tidaklah saya harapkan full body dari mana-mana blend crossover kerana kita tahu posisi genre ini adalah agak santai dan bersifat “introductory” terutama kepada blend-blend English. Namun, On The Bayou yang tampil dengan sedikit kepedasan perique sebegini sudah mampu untuk memuaskan tekak kita sedikit sebanyak – terima kasih kepada adunan perique yang ternyata menambah lebih dimensi di dalam persembahan blend.
Penghujung bowl adalah kelemahan ketara blend ini, dimana permainan nasal dengan note-note menarik tadi sudah pun agak minimal dan tekstur rasa yang sudah terlalu terkebelakang untuk dikenalpasti dengan baik. Tiada encore yang boleh diharapkan untuk memberi kejutan saat akhir buat anda, yang ada hanyalah sedikit intensiti dan sedikit kepedasan dari perique. Walau bagaimanapun, “aftertaste” yang seakan pisang salai adalah satu anugerah kepada penggemar On The Bayou, sehingga setengah jam selepas sesi perpipaan anda.
Secara keseluruhannya, Frog Morton On The Bayou bukanlah sebuah “award winning” blend yang akan memberikan anda kepuasan penuh dengan skala yang maksimum. Namun disebalik kekurangan itu, jalinan rasa perique dan elemen crossover yang ditonjolkan olehnya adalah sangat menarik dan menyelerakan. Meskipun ia tidak akan menjadi go-to baccy saya, akan tetap saya pastikan untuk memiliki setidak-tidaknya setin pada tiap-tiap masa untuk hari-hari dimana apa yang anda perlukan adalah sebuah blend oriental yang manis, enak dan santai – untuk teh petang Ahad yang baik, menemani anda melihat air hujan turun membasahi bumi dari balkoni rumah anda.


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

No comments:

Post a Comment