Blend-blend
dari Peterson merupakan antara yang paling dikenali di dunia. Ini
sebenarnya dibantu oleh faktor pengedaran dan pemasaran yang baik.
Kemana saja kita pergi, blend tembakau pipa Peterson pasti mudah
ditemui. Baik aromatik, virginia, va/per, mahupun English blends,
Peterson memiliki kesemuanya, walaupun mereka lebih dikenali dengan
blend-blend aromatik dan persembahan mereka agak terhad di bahagian
English / latakia.
Peterson
Irish Oak adalah antara offering yang sangat “bright” dari blend-blend
mereka yang lain. Datang dengan tin standard 50g berwarna hijau terang,
ianya mudah dikenali. Pelekat tin menyatakan “A rich blend of Brazilian
& African Virginia leaf with Cavendish and rare Louisiana Perique”.
Hmm…Sebenarnya Peterson juga tidak banyak mengeluarkan blend Virginia /
Perique atau va/per jadi kesangsian saya akan kemahiran atau “expertise”
mereka dalam blend-blend sebegini adalah amat mencurigakan.
Dahulu,
diberitakan Peterson menggunakan burley kultivasi Thailand di dalam
blend yang sama tetapi mungkin kerana produksi burley tersebut yang
mungkin sudah pun pupus, maka ia tidak lagi digunakan. Sayangnya tiada
“living sample” yang mampu kita gunakan sebagai kayu ukuran untuk
membezakan tekstur rasa yang asal dengan versi yang ada sekarang, jika
tidak pastinya kita dapat mengetahui akan kelebihan burley kultivasi
Thailand ini – tambahan lagi ia datang dari sebuah negara yang tidak
terkenal dengan penghasilan tembakau komersil (walaupun rakyat tempatan
kita di negeri-negeri sempadan sudah biasa menikmati tembakau kultivasi
Thailand sejak berzaman lagi).
Sebaik
sahaja penutup tin dibuka, bau / tin not yang menjemput hidung anda
adalah dari rerumput kering, jerami padi, raisin dan sedikit “citrusy”.
Ini adalah petanda kepada ciri-ciri tin not bright virginia yang baik.
Tembakaunya pula hadir dalam bentuk potongan ribon, menjadikannya mudah
untuk dipack kedalam bowl dan kadar kelembapan pun agak rendah: sesuai
untuk dinikmati segera.
Kadar
kelembapan inilah yang membantu charring lights yang baik pada
permulaan sesi berpipa. Sebaik saja bara “amber” diperolehi, asap yang
menerpa masuk ke palate adalah dari pembakaran tembakau bermutu –
tembakau virginia yang berbau jerami atau “hay-like” seperti Bell’s
Three Nuns dan Dunhill Elizabethan Mixture. “Hay note” dari Irish Oak
adalah agak tinggi sebenarnya, jadi pada mereka yang sukakan tembakau
dengan not sebegini, ini adalah satu petanda yang baik.
Boleh
dikatakan, tekstur rasa Irish Oak pada peringkat awal adalah agak sama
seperti Dunhill Elizabethan Mixture. Ini mengingatkan saya kepada
beberapa desas-desus tentang persamaan rasa antara kedua blend ini.
Sebagai penggemar Elizabethan Mixture, saya turut gembira dengan hal
ini. Namun, masuk ke tengah bowl, perbezaan yang agak ketara mula
dirasai. Saya dapati “spiciness” dan tahap kepedasan Irish Oak adalah
agak “strong” dan “intense”. Ini sudah pastinya tindakbalas dari
campuran perique yang sememangnya saya sudah kesan kehadirannya pada
awal perpipaan lagi.
Ternyata
alunan “spiciness” periquenya lebih “pronounced” dan intensitinya
meningkat di pertengahan perpipaan. Mungkin inilah nuansa rasa va/per
yang dicari-cari oleh penggemar perique tetapi bagi saya intensitinya
adalah agak tinggi dan tajam. Yang pasti, ianya bukan “Straight St
James” perique; jika tidak masakan harganya agak murah, jadi
kebarangkalian adalah ianya menggunakan “Acadian” perique pada kadar
yang mungkin agak tinggi.
Oleh
kerana datangnya Irish Oak adalah dalam bentuk potongan ribon yang agak
kering, maka pembakaran baccy adalah mudah dan lancar hingga ke hujung
bowl. Intensiti perique sedikit mendatar pada hujung bowl, namun
kehadirannya masih boleh dirasai walaupun pada lidah newbies. Dalam pada
itu, flavor-flavor profil seperti “nuttiness” dan bijirin, ditemani
rasa kismis salai yang tidak terlalu masam – hasil campuran cavendish –
dapat dikecapi di sini. Di penghujung ini juga “interplay” antara dua
karakter virginia dari dua negara yang berlainan agak menarik dan
memberikan pengalaman perpipaan yang baik. Setelah amber terpadam, tiada
masalah untuk mendapatkan habuk putih bersih di hujung perpipaan dengan
Irish Oak.
Diberitakan
bahawa tembakau Irish Oak ini juga menerima “casking” treatment di
dalam barrel oak. Satu fakta yang mungkin sedikit sebanyak membuka
sedikit selera dan “appetite sense” kita, dimana saya tidak menafikan
akan kehadiran bauan dan “smoking notes” yang sedikit “woody” dan
“earthy” sementelahan not-not barrel oak itu mungkin diserap oleh baccy
di sepanjang proses “casking” tersebut. Dimensi yang dibawakan, walaupun
mungkin separuh adalah permainan minda kita sendiri, adalah agak
menarik dan imaginatif.
Kesimpulannya,
boleh dikatakan yang keseluruhan rasa dan flavor dari Irish Oak adalah
lebih hampir kepada Elizabethan Mixture, hanya ia jauh lebih pedas (dan
mungkin lebih “kick” penataan periquenya – bergantung pada penafsiran
individu). Walaupun tekstur rasa va/per nya tidak selembut Reiner Gold
dan tidak kompleks seperti penawaran Elizabethan, namun kehadiran
perique yang banyak mampu membuatkan pencinta perique menjadi “follower”
tetap blend ini.
Dengan
situasi sekarang, di mana baccy-baccy Peterson sentiasa ada di rak-rak
tobacconist tempatan, ditambah pula dengan harga yang agak mampu milik,
para pemipa bolehlah menikmati suatu blend yang mungkin kita boleh
kategorikan sebagai “perique powerhouse” ini pada bila-bila masa dan di
mana sahaja. Tidakkah itu sesuatu yang baik untuk kita semua?
.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!