Suatu ketika dulu, rusticated adalah finishing yang menjadi pilihan
pipemakers apabila briar yang dibeli memiliki ketidaksempurnaan seperti
sandpits, fissures dan lain-lain. Pendek kata, briar yang sepatutnya
direject kerana masalah luaran masih mampu dijadikan pipa kerana secara
keseluruhannya briar itu masih baik.
Apabila blok briar memiliki grain atau birdseye yang baik, sudah tentu
finishing smooth akan menjadi pilihan utama. Begitu juga jika pola ring
grain atau spider grain yang baik dapat dibaca oleh pipemakers, dimana
finishing sandblasted pula yang akan menjadi pilihan. Kemahiran membaca
pola dan ira grain ini sendiri adalah satu skill yang berharga pada
pipemakers, jadi peluang mengoptimumkan karya mereka pastilah akan
digunakan sebaik mungkin.
Lantaran itu, harga pipa rusticated adalah jauh lebih rendah berbanding
pipa smooth dan sandblasted. Pemipa-pemipa yang tidak mahu berbelanja
besar pada pembelian pipa mendapat manfaat yang baik dari situasi ini
kerana briar tersebut masih mampu memberikan kualiti perpipaan yang baik
setanding pipa smooth dan sandblasted. Ini adalah benar dan
mencerminkan keadaan semasa hingga ke hari ini, walaupun tujuan dan
teknologi / kemahiran rusticated pipemakers telah pun berkembang jauh.
Oleh yang demikian, terkadang pipa rusticated dipandang sebelah mata
oleh para kolektor. Ini adalah suatu fenomena yang salah; dogmatisme
yang agak besar di dalam dunia perpipaan. Adalah agak mendukacitakan
kerana banyak pipa-pipa yang baik adalah di dalam finishing ini.
Tambahan pula, sesetengah briar yang perfect pun dijadikan rusticated
dan kadangkala harganya menyamai pipa-pipa sandblast.
Kadangkala pembuatan pipa rusticated sebenarnya memerlukan skill yang
lebih tinggi dan memakan masa yang lebih lama untuk disiapkan, sebagai
contoh pipa-pipa siri Sea Rock dari Castello dan Pebble Grain dari
Ashton, dimana kemahiran yang tinggi diperlukan untuk menghasilkan
rustication itu. Sejajar dengan namanya, Sea Rock mengenengahkan
rustication yang hampir menyerupai tekstur batu berkarang di pelabuhan
dan dermaga tepian laut. Nampak kasar tetapi sebenarnya sangat lembut di
sentuhan tangan kita. Ashton Pebble Grain pula memberikan impak
rustification ala batuan kerikil di jalanan, yang semestinya menarik dan
terkenal di kalangan peminat-peminat pipa British.
Penggunaan alatan yang istimewa dan unik juga memainkan peranan di dalam
penghasilan finishing rusticated ini, dimana contohnya penghasilan pipa
Sea Rock dari Castello menggunakan sejenis tool seperti garfu yang
ditekan dan diukir pada briar dengan kuat oleh pipemaker. Finishing
paint untuk Sea Rock ini juga agak rumit, dimana warna merah disapu pada
permukaan yang tinggi dan warna hitam untuk permukaan rendah dan
overcoat untuk finishing nya. Hasilnya adalah warna merah kehitaman
dengan color zoning yang sangat memukau!
Rusticated finishing ini tidak semestinya sangat dalam dan craggy.
Sedikit sentuhan ukiran tangan (seperti siri "Fertility" dari Amorelli
yang menampilkan ukiran berkonsep daun barley) sehinggalah kreativiti
dan imaginasi tinggi yang dizahirkan dengan pipa-pipa finishing lattice
dari Konstantin Shekita yang juga tergolong antara produk-produk
rusticated yang menonjol dan masterpiece.
Dari segi kenikmatan sentuhan, pipa rusticated juga mampu untuk
memberikan tekstur menarik pada jari jemari dan genggaman anda. Ini
adalah benar terutamanya ketika briar di dalam keadaan suam-suam panas.
Efeknya memang sangat mengujakan. Juga harus diselitkan di sini adalah
"carburetor effect" yakni pembebasan haba yang lebih efisien pada
permukaan tidak rata. Tinggi rendah tekstur rusticated ini, walaupun
hanya secara teori, saya rasakan sedikit sebanyak membantu heat transfer
yang baik oleh briar.
Hasil kreativiti berkarya oleh pipemakers telah memjadikan sesetengah
pipa rusticated sebagai finishing yang exceptional, dan layak untuk
mendapat perhatian dan respect setanding (malahan mungkin lebih) dari
pipa-pipa smooth dan sandblasted. Oleh itu, jangan bazirkan usia anda
dengan prejudisma yang tidak berasas terhadap pipa rusticated. Mungkin
jenis inilah yang akan menjadi pipa kesayangan anda pada suatu hari
nanti.