Meerschaum: Bahan Pipa Terbaik?
Meerschaum adalah perkataan German yg bermaksud "buih lautan". Berwarna putih, ianya sangat poros dan lembut, walaupun secara amnya ia adalah batuan fosil. Komponen kimianya adalah hidrasi magnesium, silikon dan oksigen.
Ciri-ciri meerschaum adalah ringan, tahan panas, daya menyerap yg tinggi, warnanya yg cantik dan teksturnya yg lembut: yakni mudah dibentuk, diukir dan dipolish. Kebolehannya untuk menyerap jus tembakau dan bertukar dari putih gading kepada coklat matang adalah sangat bernilai dan unik.
Sebenarnya ciri terbaik meerschaum berbanding briar adalah sifat neutral rasanya: meerschaum tidak memiliki rasa dan jika anda berpipa menggunakan meerschaum, anda akan dapat menikmati rasa tembakau / blends secara total dan menyeluruh. Briar biasanya subjektif terhadap jenis briar dan kematangan blok yg digunakan, jadi masih ada sedikit rasa kayu dari briar itu di dalam sesi perpipaan. Juga sifat meershaum yg tahan panas bermakna anda tidak perlu risau akan bowl yg terbakar ketika berpipa: dengan meerschaum anda tidak perlu berhenti berpipa walaupun ianya sangat panas, kerana ianya tidak akan terbakar. Kualiti ini ditambah dengan kuantiti nya yg semakin terhad menyebabkan pipa meerschaum biasanya agak mahal dan disanjung tinggi.
Seperti yg dikatakan tadi, meerschaum adalah bahan yg sangat-sangat terhad. Boleh dikatakan ia hanya terdapat di Turki, secara tepatnya di Eskisehir, utara Ankara. Deposit di lain-lain tempat juga wujud (beberapa negara seperti Morocco, Syria dan Afrika) tetapi sangat sedikit dan tidak signifikan untuk pengeluaran industri. Kawasan perlombongannya hanya di sekitar 16km persegi sahaja di daerah itu, di mana banyak lubang-lubang digali seperti lombong emas yg kita tahu di sini. Semakin dalam sesuatu blok meerschaum itu dijumpai, semakin pure sifatnya dan semakin tinggi kualitinya. Meerschaum juga sudah digali sejak lebih seribu tahun lepas jadi boleh dikatakan bahan ini mungkin semakin sukar didapati kelak. Turki pun telah mengharamkan blok meerschaum dibawa keluar "mentah" sebelum dibentuk menjadi produk seperti pipa, ukiran buah catur dan lain-lain end product, membuktikan betapa pengeluarannya sudah semakin terhad.
Secara amnya, walaupun lembut, meerschaum memiliki daya tahan yg tinggi. Banyak meerschaum dari zaman dahulu masih disimpan baik terutamanya di muzium-muzium dan juga di tangan kolektor-kolektor tegar, menjadikannya sangat berharga. Ini telah menjadikan industri meerschaum tiruan juga melonjak naik. Antara bahan tiruan yg digunakan untuk dijual sebagai pipa meerschaum adalah gypsum, plaster of paris yg telah dikeraskan, dan habuk dari ukiran meerschaum yg dikumpulkan dan dibentuk semula. Salah satu cara untuk mengenalpasti ketulenan meerschaum adalah dengan membasahkan hujung jari anda dan menyapu bahagian dalam bowl dengan hujung jari itu: jika ada rasa sedikit lekitan (meerschaum adalah sangat poros, lembapan di jari akan diserap oleh dinding bowl nya jadi permukakan jari akan sedikit melekap di dinding bowl itu) maka besar kemungkinan itulah meerschaum yg tulen.
Walau bagaimanapun saya menasihatkan jika anda mahukan meerschaum yg betul-betul tulen, anda haruslah sanggup berbelanja sedikit lebih kerana beza harga antara pipa meerschaum tulen berbanding yg tiruan adalah agak jauh. Beberapa jenama seperti Fikri Baki, Meerqueen, Altinay, Hakan Cantekin dan lain-lain adalah antara pengeluar pipa meerschaum yg baik dan boleh dipercayai. Rata-rata harga dari pengeluar ini adalah EUR200 / Turkey Lira 400 ke atas. Boleh didapati di Grand Bazaar Istanbul dan dengan kaedah tawar-menawar, anda mungkin mampu memilikinya pada kadar yg sedikit rendah lagi. Di sana banyak pipa meerschaum dijual pada harga serendah 50 Lira (biasanya yg tiada jenama) namun adalah baik jika anda berhati-hati dan tahu apa yg anda sebenarnya mahukan.
Masih didebatkan bahawa walaupun pipa dibuat dari kayu briar, kayu oak "morta", kayu cherrywood, tanah liat, porselin, kaca, buluh, besi dan sebagainya, material-material ini tidak dapat menandingi kehebatan karakteristik meerschaum sebagai bahan unggul pipa. Bahkan meerschaum juga dinobatkan sebagai raja kepada pipa oleh kolektor-kolektor sedunia. Keunggulan rasa 100% tembakau, kecantikannya, ketahanannya dan kesukaran untuk memilikinya (mungkin di masa depan yg terdekat nanti) menjadikan pipa meerschaum adalah satu koleksi anda yg patut anda nikmati, hargai dan banggakan. Malahan, meerschaum itu mungkin akan berada di muka bumi ini lebih lama dari diri anda, menjadikannya satu legasi utk tinggalan kepada anak cucu nanti.