Risau
ia akan memiliki nasib yang serupa seperti Stonehenge Flake 2001 –
dimana pengeluaran 1500 tin adalah terlalu sedikit dan menyebabkan satu
dunia kehilangan blend itu di dalam jangkamasa dua-tiga hari sahaja –
kebanyakan pemipa akan membeli lebih dari dua tin. Diberitakan pada
ketika itu kebanyakan pemipa menjangkakan yang mereka boleh menikmati
kembali Stonehenge Flake di dalam jangkamasa yang terdekat namun ia
mengambil masa selama 16 tahun untuk Stonehenge Flake Mark II ini muncul
kembali. 16 tahun, tuan-tuan yang budiman, adalah jangkamasa yang
sangat panjang…
Secara
peribadi, saya menyukai tona flavor Stonehenge Flake yang sedikit
berbeza berbanding VA/per standard seperti Dunhill’s Elizabethan Mixture
dan Peterson Irish Oak, dek kerana kehadiran sedikit burley di dalam
blendingnya yang mungkin terlalu sedikit untuk ia jatuh ke kategori
VA/bur. Penggunaan daunan burley ini mengiringi daun majoriti virginia
primer dari Brazil, Zimbabwe dan Malawi yang dihasilkan dengan kaedah
flue-cured dan sun-cured. Dan sudah tentunya adunan Perique melengkapkan
komposisi VA/per nya. Apa yang kita dapat adalah flake “hot-pressed”
indah berwarna coklat keemasan yang sangat kemas dan menawan.
Nota
bauan seakan butterscotch muffin yang cenderung ke arah pastry-like
smells, bercampur-baur dengan bau klorofil dari daun hijau yang baru
direnyuk dan rempahan yang manis dan light. Sedikit grassy notes seperti
rumput di padang yang sedang mengering, dan sedikit ketchup smells yang
identik dengan virginia juga adalah antara nota tin yang dapat dikesan
dengan jelas.
Kita
bukanlah seekor helang. Jika tidak berapa yakin akan tompokan-tompokan
kecil di atas flake anda, capailah macro lens atau magnifying glass dan
telitilah ia dengan baik. Hablur gula memiliki bentuk seperti obelisk
kristal yang sangat halus, dan ia memiliki persegian – sesuatu yang
sangat berlainan dengan mold atau kulat kerana kebiasaannya mold akan
terbentuk di dalam bentuk bulat atau bentuk yang tidak sekata namun
masih berasaskan bulatan.
Oh
boy how beautifully it has aged! Tona flavor baking spices yang sebelum
ini hanya lingering di sekeliling tunas rasa, sekarang adalah agak
jelas dan spot on. Sedikit kemanisan brown sugar juga hadir, memberikan
Stonehenge sedikit kelebihan di kategori “dessert blend”, yang
memungkinkan ia beraksi sebagai sebuah blend aperitif atau after meal
yang baik. Nuttiness adalah sedikit subdued sekarang – sebuah berita
gembira buat VA/per purists akan tetapi mungkin pula adalah sebuah
khabar buruk buat pencinta VA/bur.
Intensiti
perique adalah sebuah kelebihan tersendiri buat blend ini. Agak gembira
untuk saya menemui flavor perique dengan intensiti kepedasan yang
seakan sama dengan apa yang saya kecapi tidak lama dahulu. Kejelasan
flavor grassy dan hay adalah lebih kurang sama dengan apa yang saya
nikmati 6 bulan sebelumnya. Idea memberikan sedikit shelf-time kepada
sesebuah blend sebenarnya memang untuk mematangkan blend terbabit,
terutamanya di dalam bentuk aerobik setelah ia terperap dan melalui
proses pemeraman anaerobik di dalam tin yang belum dibuka sebelumnya.
Namun, apa yang baik pada awal tin dibuka sepatutnya kekal dan refined
menjadi lebih baik tatkala ia menerima masa untuk pemeraman aerobik.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment