Saturday, 31 March 2018

There’s Sugar on my Stonehenge..

Enam ke tujuh bulan terdahulu, sukar untuk saya berenggang dengan blend terbaru & ekslusif dari G.L. Pease iaitu Stonehenge Flake. Saban hari saya membuka tinnya untuk mencium aroma yang terhasil, meleraikan flake demi flake sehingga lah setin habis dan setin yang baru dibuka. Tin yang baru itu dibuka dan selepas dua keping flake digunakan, terus saya simpan di cellar untuk diberikan sedikit “shelf-time” dan dinikmati pada sedikit masa kelak. Masa pun berlalu dengan agak pantas dan sekarang sudah setengah tahun berlalu – masa untuk singgah melihat perkembangan tin Stonehenge sudah pun tiba!
Risau ia akan memiliki nasib yang serupa seperti Stonehenge Flake 2001 – dimana pengeluaran 1500 tin adalah terlalu sedikit dan menyebabkan satu dunia kehilangan blend itu di dalam jangkamasa dua-tiga hari sahaja – kebanyakan pemipa akan membeli lebih dari dua tin. Diberitakan pada ketika itu kebanyakan pemipa menjangkakan yang mereka boleh menikmati kembali Stonehenge Flake di dalam jangkamasa yang terdekat namun ia mengambil masa selama 16 tahun untuk Stonehenge Flake Mark II ini muncul kembali. 16 tahun, tuan-tuan yang budiman, adalah jangkamasa yang sangat panjang…
Dan kali ini, Pease dan mereka di Cornell & Diehl memastikan yang pengeluarannya adalah lebih banyak. Walaupun begitu memandangkan Stonehenge Flake ini adalah kolaborasi antara Pease, C&D dan Gawith Hoggarth, sukar untuk kita menebak akan keberadaannya, sepertimana blend-blend Gawith Hoggarth itu sendiri yang seringkali kehabisan stok. Akan tetapi setakat ini masih mudah lagi untuk mendapatkan Stonehenge Flake, thank god, dan jika anda masih belum memilikinya peluang anda masih terbuka.

Secara peribadi, saya menyukai tona flavor Stonehenge Flake yang sedikit berbeza berbanding VA/per standard seperti Dunhill’s Elizabethan Mixture dan Peterson Irish Oak, dek kerana kehadiran sedikit burley di dalam blendingnya yang mungkin terlalu sedikit untuk ia jatuh ke kategori VA/bur. Penggunaan daunan burley ini mengiringi daun majoriti virginia primer dari Brazil, Zimbabwe dan Malawi yang dihasilkan dengan kaedah flue-cured dan sun-cured. Dan sudah tentunya adunan Perique melengkapkan komposisi VA/per nya. Apa yang kita dapat adalah flake “hot-pressed” indah berwarna coklat keemasan yang sangat kemas dan menawan.
Nota bauan seakan butterscotch muffin yang cenderung ke arah pastry-like smells, bercampur-baur dengan bau klorofil dari daun hijau yang baru direnyuk dan rempahan yang manis dan light. Sedikit grassy notes seperti rumput di padang yang sedang mengering, dan sedikit ketchup smells yang identik dengan virginia juga adalah antara nota tin yang dapat dikesan dengan jelas.
Waktu tin Stonehenge Flake dibuka pada bulan Jun tahun lepas, saya masih ingat akan sensasi susu kocak yang dicampur dengan rempahan yang agak earthy walaupun lebih menjurus ke arah baking spices. Shelf-life selama enam bulan mungkin memberikan ruang kepada fermentasi aerobik untuk bertindak-balas dengan baik dan sedikit penyejatan juga memungkinkan hablur-hablur gula sebegini terbentuk. Hablur gula adalah petanda baik kepada baccy kerana ia memberitahu kita yang proses fermentasinya adalah matang dan ia berada di tahap optimum untuk dinikmati.
Kita bukanlah seekor helang. Jika tidak berapa yakin akan tompokan-tompokan kecil di atas flake anda, capailah macro lens atau magnifying glass dan telitilah ia dengan baik. Hablur gula memiliki bentuk seperti obelisk kristal yang sangat halus, dan ia memiliki persegian – sesuatu yang sangat berlainan dengan mold atau kulat kerana kebiasaannya mold akan terbentuk di dalam bentuk bulat atau bentuk yang tidak sekata namun masih berasaskan bulatan.
Tanpa berlengah saya carikkan untaian flake Stonehenge yang dilanda penghabluran gula ini di atas tudung tin baccy, dan memberikannya setengah jam airtime sebelum ia dipek ke dalam pipa Dunhill Dress size 1 ini. Untaian broken flake Stonehenge ini, walaupun sudah 7 bulan berada di dalam keadaan aerobik, masih agak lembap dan fresh. Akan tetapi tidak sukar untuk saya mendapatkan nyalaan false / charring light dan seterusnya mendapatkan ember yang agak konsisten kemudiannya.

Oh boy how beautifully it has aged! Tona flavor baking spices yang sebelum ini hanya lingering di sekeliling tunas rasa, sekarang adalah agak jelas dan spot on. Sedikit kemanisan brown sugar juga hadir, memberikan Stonehenge sedikit kelebihan di kategori “dessert blend”, yang memungkinkan ia beraksi sebagai sebuah blend aperitif atau after meal yang baik. Nuttiness adalah sedikit subdued sekarang – sebuah berita gembira buat VA/per purists akan tetapi mungkin pula adalah sebuah khabar buruk buat pencinta VA/bur.
Intensiti perique adalah sebuah kelebihan tersendiri buat blend ini. Agak gembira untuk saya menemui flavor perique dengan intensiti kepedasan yang seakan sama dengan apa yang saya kecapi tidak lama dahulu. Kejelasan flavor grassy dan hay adalah lebih kurang sama dengan apa yang saya nikmati 6 bulan sebelumnya. Idea memberikan sedikit shelf-time kepada sesebuah blend sebenarnya memang untuk mematangkan blend terbabit, terutamanya di dalam bentuk aerobik setelah ia terperap dan melalui proses pemeraman anaerobik di dalam tin yang belum dibuka sebelumnya. Namun, apa yang baik pada awal tin dibuka sepatutnya kekal dan refined menjadi lebih baik tatkala ia menerima masa untuk pemeraman aerobik.
Saya menjangkakan yang lebih banyak gula lagi akan terhasil sedikit masa kelak. Cuma buat masa sekarang, saya hanya mengambil kesempatan yang sedikit ini untuk menikmati untaian flake di mana gula telah terbentuk. Stonehenge Flake sememangnya “brimming” dengan mistik dan potensi untuknya menjadi sebuah blend yang mantap setelah sedekad-dua adalah sangat dinantikan. Jadi saya akan terus menyimpannya dan kembali kepada anda apabila hampir kesemua flake nya telah bergula.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

“Aboriginal Finish” – Finishing yang Mustahil dan Pra-Sejarah dari Peterson

Pipa-pipa keluaran Peterson adalah berbaloi untuk kita perhatikan. Sebagai sebuah jenama pipa yang popular dan selalu ada di tobakonis-tobakonis sama ada luar negara mahupun tempatan, anda tidak mampu untuk mengelak dari membelek-belek Peterson. Julat penawarannya yang sangat meluas – dari entry level hingga lah ke seleksi premium; dari briar hingga lah ke meerschaum – sukar untuk kita mengatakan yang Peterson tidak mampu menawarkan sesuatu.
Disebalik kesemua penawaran ini dan pengamatan saya terhadap kemajuan dan percambahan produksinya, saya masih mampu untuk dikejutkan dengan sesuatu yang saya tidak pernah pegang – Plato adalah well-coveted enough dan sukar untuk didapatkan, Gold Spigot pernah saya belai dan pertimbangkan untuk memilikinya (hampir-hampir sekali), Tawny Deluxe ada di tangan saudara Howler Wolves (kita masih berpeluang untuk meniliknya, jika beliau izinkan), dan terdapat juga beberapa kolektor tempatan yang memiliki Straight Grain, Deluxe dan House Pipes – namun saya tidak pernah mendengar tentang “Aboriginal Finish” sehingga lah saya memegangnya.
Tunggu. Saya tidak pernah membeli sesuatu tanpa mengetahui akan namanya. Terasa janggal, bagaikan membawa gadis berdating tanpa anda bertanyakan akan namanya terlebih dahulu; sangat rude dan kelam.
Namun intuisi itulah yang membawa saya kepada finishing yang tidak diketahui ramai ini. Pada sekitar 60-70an, Peterson mengeluarkan segerombolan pipa yang dihasilkan oleh Laxey di Isle of Man, yang hampir kesemuanya diperbuat dari meerschaum keluaran Amboseli Basin, atau Tanganyika – yang secara umumnya kita kategorikan sebagai meerschaum Afrika. Oleh kerana kadar “impurities” yang tinggi di dalam meerschaum jenis ini menjadikannya agak sukar untuk didapati di dalam warna putih mulus sepertimana meerschaum kelas terbaik dari Eskisehir Turki, ia diwarnakan dengan tona yang lebih gelap dan diukir supaya permukaan bowl nya memiliki facet-facet yang berkemungkinan untuk mengelak bahagian-bahagian berimpuriti. Pada ketika itu, jenis meerschaum dengan finishing sebegini dikenali sebagai “Aboriginal Finish”.
Mengapa ia dipanggil “Aboriginal Finish”? Tidak ada jawapan konkrit yang dapat saya temukan. Cuma andaian saya mengatakan yang mungkin dek kerana bentuknya yang agak kasar dan prasejarah menyebabkan ia digelar begitu oleh pipemaker-pipemaker Peterson pada waktu itu. Dua-tiga dekad kemudian Peterson masih lagi mengeluarkan pipa-pipa meerschaum Afrika / Amboseli, namun dengan finishing berukir atau “latticed” yang tentunya kelihatan lebih moden, maka jolokan “Aboriginal Finish” untuk keluaran faceted ini adalah agak sesuai juga akhirnya.
Saya menyatakan yang “hampir kesemua” pipa Aboriginal Finish ini diperbuat dari meerschaum Afrika / Amboseli kerana untuk menemui spesimen briar adalah sangat, sangat sukar! Finishing aboriginal finish ini sememangnya ekslusif datang dengan pipa-pipa meerschaum, yang ia sendiri juga sukar untuk didapatkan, dan tidak saya pasti kenapa ia masih dihasilkan dengan pipa briar. Namun sepanjang pengetahuan saya sangat sukar untuk menemukan briar dengan finishing sebegini – sampel gambarnya di internet juga sangat sukar untuk dilihat – jadi apabila ia sampai ke tangan saya ia adalah satu titik pengkolektivitian yang sangat berharga dan penting, kerana faktor rarity dan juga kepentingannya dari sudut sejarah Peterson itu sendiri.
Terdapat satu garisan yang sangat halus mengenai “rarity” dan populariti – dan terpulang kepada individu untuk menilai faktor ini secara tersendiri. Sememangnya dikatakan pipa Peterson dengan aboriginal finish atau “faceted” ini adalah keluaran khusus – kebiasaannya untuk meerschaum akan tetapi terdapat juga pada jenis briar, pada tahap yang sangat sedikit. Boleh jadi kerana pengeluarannya memang dikhususkan untuk menjadi sedikit, ataupun mungkin kerana bentuk faceted ini kurang mendapat tempat di hati pemipa. Jika dikirakan pada estetik bentuk, faceted finish akan sedikit sebanyak mencacatkan rupa bentuk asal sesebuah pipa, lantaran itu ia mungkin adalah agak kurang disenangi oleh para pemipa. Namun jika dilihat dan diamati, kecantikan faceted finish ini adalah sangat menarik, lain dari yang lain dan sangat “fresh” lagi “evergreen” – anda tidak akan bosan melihatnya dan setiap kali mencapai pipa ini, saya akan dapat melihat sudut kecantikan yang berbeza dari apa yang saya perhatikan sebelumnya.
Tentunya, demi menghasilkan faceted finish yang sebegini menarik, pipemakers juga terpaksa meneliti briar dengan lebih mendalam, mengambil-kira setiap unjuran grain pada setiap facet yang mahu dicorakkan. Ia pasti mengambil masa yang agak lama dan usaha yang jauh lebih tinggi untuk menghasilkan faceted finish berbanding pipa dengan finishing smooth yang biasa, kerana walaupun ia kelihatan seperti tidak dirancang, pengukiran faceted finish juga akan menjadi tidak menarik sekiranya ia di lakukan tanpa perancangan yang baik. Oleh itu, ia masih meruntun skill pertukangan yang baik dan perancangan kerja yang rapi dari pipemakers yang terlibat.
Selain dari keunikan bentuk dan faktor “rarity”nya, Peterson dengan finishing ini memberikan anda sensasi “tactile” yang sangat unik. Ia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sensasi “tactile” yang kita biasa dapatkan dari pipa-pipa rusticated, yang jauh lebih tajam dan kasar. Aboriginal finish memiliki kelembutan sentuhan pipa smooth, dan permukaannya yang bersegi itu pula sangat mendamaikan apabila anda melalukan ibu jari anda padanya. Agak seronok untuk memegangnya sambil memandu atau sambil membaca buku.
Juga keseronokannya tidak habis di situ sahaja. Aboriginal finish sebegini juga adalah sebuah pipa yang sangat menarik untuk dilihat, terutamanya apabila pencahayaan tertumpu pada sesebuah bahagian sahaja. Sama ada ia disinari lampu sorot yang menumpu atau menerima sedikit cahaya matahari, beberapa bahagian persegiannya di sekitar bowl akan memantulkan sedikit cahaya manakala persegian yang lain akan kelihatan kelam dan beberapa persegian lagi menerima separuh penumpuan cahaya untuk kelihatan sedikit kemerahan, menampakkan apa sahaja unjuran grain atau birdseye dengan sangat baik sekali. Keseronokan untuk membelek pipa sebegini, leka dengan refleksi cahaya terhadap permukaan bowlnya adalah salah satu kenikmatan di dalam hobi perpipaan yang hanya dapat di apresiasi oleh golongan kita sahaja. Mengasyikkan dan melegakan, ia memiliki unsur-unsur “stress-relieving” di situ.
Adalah sangat indah bagi pemipa seperti kita untuk memiliki koleksi unik seperti Peterson jenis “aboriginal finish” ini – tambahan pula kita sedia maklum yang Peterson mengeluarkan beribu pipa setahun. Strategi pemasaran Peterson ini menjadikan pasaran pipa dilambakkan dengan jumlah Peterson pada kadar yang agak banyak, dan untuk melihat sebutir-dua yang agak unik dan “stood-out” sebegini, it just make my day. Dan jika anda tertanya-tanya tentang smoking capabilities Peterson ini, saya boleh mengatakan yang setakat ini kesemua Peterson saya adalah di dalam kategori “very good smokers”. Mungkin bukan the best atau di tahap sebagaimana bagusnya pembuatan pipa yang lebih baik seperti Castello atau jenama artisan perseorangan yang lain, akan tetapi saya tidak pernah menemui sebuah pun Peterson yang dikategorikan sebagai “bad smoker”.
Dengan penghasilan banyak keluaran baru yang lebih menjurus kepada komemoratif dan berpaksikan bentuk-bentuk yang lebih moden dan popular, harapan untuk Peterson menghasilkan kembali “aboriginal / faceted finish” sebegini adalah seperti menunggu kucing bertanduk. Mungkin mereka memiliki sebab-sebab yang tersendiri namun yang nyata sekarang pipa-pip Peterson sudah pun menjadi semakin “commoditised” dan biasa. Bentuk-bentuk dan finishing yang unik dan “specialised pieces” sebegini adalah seperti menikmati short ribs di hujung minggu selepas nasi lauk sepanjang hari minggunya.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Sunday, 18 March 2018

Positiviti Tentang Kehilangan McClelland

“Apa, positif?” anda bertanya. “Di mana positif nya kalau kita dah hilang arah – pagi hari mengorek tin Frog Morton mengumpul serdak untuk bowl terakhir?”. Peluh jantan mengalir dan belang tarung terpamir di dahi. Saya boleh lihat akan kerisauan yang membelenggu jiwa anda.
Sabar, kawan-kawan. Kita baru pertama kali mengalami kehilangan secara besar-besaran. Datuk nenek kita dahulu pernah mengalami perkara yang sama dengan Balkan Sobranie, Bengal Slice, John Cotton, Druquer & Sons, malah McCranie dan bermacam lagi. Lebih memilukan pada masa itu kerana tidak banyak blending house lain yang available. Kita mungkin boleh beralih arah ke Cornell & Diehl. Atau DTM. Atau even better, Capstan. Di dalam kes Arcadia, saya perkirakan John Cotton Smyrna adalah calon pengganti terbaik untuk mewarnai kehendak oriental sejagat.
Ia adalah sebuah “life-cycle” yang sangat kejam dan, sayang seribu kali sayang, ianya tidak dapat dielakkan. Tidak juga ia dapat diramal walaupun kita duduk di hulu Sungai Ramal. Bagaikan taufan atau tsunami, apabila ia datang, kita tahu yang kita sedang dilanda bencana. Dan apabila kita tahu bencana semakin hampir, kita mulai mencongak wang kertas di dalam wallet untuk justifikasi pembelian kecemasan, sepertimana Doomsday Preppers membuat persediaan akhir zaman mereka.
Di sini lah positiviti yang kita boleh lihat. Apabila pemipa kita membuat pembelian cemas – paling tidak ia menandakan yang kita sudah peka pada konsep mikroekonomi baccy. Kita tahu yang ia bakal jadi mahal dan sukar untuk didapati kemudiannya. Jadi kita boleh menyimpan sedikit sebagai bekalan hari tua. Pemipa zaman sekarang sudah sedia maklum dengan konsep demand & supply. Jadi dari terpaksa berbelanja lebih dikemudian hari untuk mendapatkan baccy yang rare pada masa itu tetapi masih boleh dibeli pada harga yang rendah di tobakonis sekarang, adalah lebih baik untuk membeli sedikit lebih dan menyimpannya.
Ada juga kemungkinan yang McClelland akan membuat sebuah “comeback” apabila daunan tembakau berkualiti berjaya didapatkan semula. Mungkin ada syarikat lain yang akan meneruskan usaha murni Mike McNeal. It happen all the time – kita ada revival Drucquer & Sons tahun lalu, dan John Cotton juga telah kembali. Begitu juga dengan Bengal Slices. Mungkin ada konglomerat yang melihat perihal ini sebagai satu peluang untuk mereka melabur dan menghidupkan semula jenama McClelland. Sudah tentu agak sukar untuk menyaingi resepi asal akan tetapi lebih baik ada berbanding tiada, bukan?
Selain itu, kepupusan mengejut McClelland ini juga memberikan sedikit lagi kesan positif – satu peluang untuk kita menjengah beberapa blending house yang baru dan kurang mendapat sambutan sebelumnya. Sebagai contoh, DTM memiliki beberapa blend hebat seperti Bailey Balkan Blend, Old Ironsides dan Hamborger Veermaster, untuk menyatakan hanya beberapa blend, yang patut anda cuba. Lane Limited juga memiliki penawaran yang baik dengan Crown Achievement, Foundry dan lain-lain. Juga terokailah Drucquer & Sons; di bawah lembayung GL Pease dan Cornell & Diehl, blend-blend revival mereka mendapat olahan yang sangat baik sekali.
Kehilangan McClelland berlaku pada kadar masa yang jauh lebih cepat berbanding kepupusan Syrian Latakia yang sememangnya yang telah diramal sejak dari bertahun lepas lagi. Paling tidak, kita masih memiliki Three Oak Syrian, Artisan Blend, Solani Black & White dan beberapa blend lagi sehingga tahun lepas. HH Vintage Syrian pula masih ada sehingga ke hari ini. Namun blend-blend McClelland habis licin disapu para hoarders di dalam jangkamasa kurang dari sebulan.
Pemipa sedunia bagaikan menjadi panik dan histeria secara tiba-tiba. Dan jika anda tidak sempat untuk membeli atau menyimpan blend-blend McClelland sebelum ia kehabisan, janganlah anda berduka. Masih terdapat titik-titik positif di dalam kehilangan ini yang masih kita boleh nikmati dan pelajari. Semuanya bergantung dari sudut manakah anda melihatnya.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Saturday, 10 March 2018

Pemergian Mengejut McClelland…

Hubungan cinta antara saya dengan Arcadia dan siri Christmas Cheer bukanlah satu rahsia lagi. Saya masih ingat lima ke enam tahun lepas menjejaki saki-baki Arcadia di tanah Malaya dan hoarding bagaikan tiada hari esok. Begitu juga dengan Christmas Cheer dan Frog Morton – cuma Frog Morton tidak memerlukan hoarding kerana blend ini dibawa secara terus-menerus oleh tobakonis tempatan.
Kesemua blend ini adalah dari McClelland. Dan kini, McClelland tidak bersama kita lagi.
McClelland adalah sangat terkenal di kalangan pemipa, terutamanya bagi penggemar virginia kerana dikatakan hanya McClelland yang mampu menghasilkan blend-blend virginia dengan mutu dan kualiti yang sangat baik berbanding dengan blending house lain. Saya fikir ia adalah sebuah “fair statement” – anda tidak mungkin menjadi sangat baik di dalam semua bidang atau semua perkara yang anda lakukan ; GL Pease terkenal dengan permainan latakianya, Cornell & Diehl dengan pendekatan blending yang agak meluas, Solani terkenal dengan Aged Burley Flake mereka, dan anda juga memiliki Peterson dengan penawaran aromatik yang komprehensif. Akan tetapi jika kita mengutarakan tentang blend-blend Virginia atau VA, bagi saya, adalah milik McClelland. Standard VA adalah kepakaran McClelland.
Dikatakan juga merekalah yang mengenalkan stoved virginia kepada dunia perpipaan. Kreasi dan ciptaan sebeginilah yang menjadikan dunia perpipaan sangat menarik. Anda memerlukan “passion” untuk datang dengan kreasi sebegini, yang meletakkan hasil keuntungan jualan sebagai faktor yang kurang penting berbanding menikmati blend-blend dengan kreasi baru. Dedikasi McNiel adalah sesuatu yang agak sukar dicari pada era ini.
Adakah kehilangan McClelland ini akan memberikan masalah kepada kita? Yes, big time. Ia lebih dari sekadar kehilangan sebuah jenama tembakau pipa. Ia juga memberikan satu petanda yang memberitahu kita akan keberadaan tembakau mentah berkualiti yang semakin sukar, semakin mustahil untuk didapatkan. Agak menyedihkan kerana kita bakal kehilangan produk-produk pertembakauan yang berkualiti tinggi kelak. Namun apa lebih menakutkan adalah fakta dimana kebanyakan blend menggunakan virginia sebagai tembakau asas, dan apabila Mike McNiel sendiri mengakui betapa sukarnya untuk mendapatkan bekalan virginia yang “worthy” untuk digunakan di dalam blend-blend mereka, kita seakan tertanya-tanya apakah yang akan berlaku kepada blend-blend lain kelak?
Selain dari siri-siri tersohor McClelland seperti Frog Morton, Christmas Cheer, Personal Reserve, Grand Orientals dan Holiday Spirit, terdapat juga banyak siri-siri yang agak “obscured” seperti Club Blends (revival blend Ashton lama), Limited Edition Anniversary, Oriental Mixture dan Royal Cajun Blends, yang kurang mendapat tempat di hati pemipa yang leka dan alpa. Sedikit konsolasi bagi saya kerana masih berjaya mendapatkan siri Royal Cajun (dan tambahan semula Grand Oriental) sebelum kegilaan hoarding baccy McClelland ini bermula. Jika tidak, sudah tentu saya terpaksa mendapatkannya pada harga tiga ke empat kali ganda sekarang. Jelajahi eBay dan saksikan sendiri kegilaan hoarding McClelland ini.
Kita akan merindui keenakan virginia primer yang manis, hay-ish dan fruity. Kita juga akan merindui trademark “ketchup smell” dari tin-tin McClelland. Christmas Cheers, Frog Morton, hats off dan goodbye. Arcadia, hmm, sukar untuk saya membayangkan hidup saya sebagai seorang pemipa tanpanya di sisi.
Disebalik semua rintihan itu, terkuburlah sebuah blending house yang mampu meyakinkan saya yang dunia perpipaan adalah seperti embun pagi di hujung rumput. Segar dan meyakinkan akan tetapi mulai menghilang tidak lama kemudian.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Sunday, 4 March 2018

Beberapa Fine & Peculiar Ribbons – G.L. Pease Montgomery

Sementelahan kita bersembang tentang tembakau potongan ribbon tempohari, mari kita lihat sebuah blend tembakau berpotongan ribbon yang sedikit berbeza dari yang lain.
Montgomery was never been easy. Jika kita sanggup untuk meluangkan masa untuk melihat dengan lebih dekat, Montgomery adalah sebuah blend kompleks dengan filosofi dan teknik blending yang baik. Ia bukanlah blend yang anda akan berikan high-five sebaik sahaja tinnya dibuka. Sebaliknya, Montgomery berkemungkinan dikeji dan dinista, terutamanya oleh pemipa pemula dan mereka yang kurang kesabaran
Ia adalah agak nasty pada tahun pertama tin nya dibuka – jadi anda berkemungkinan hanya akan dapat menikmati Montgomery secara fullest selepas anda buka penutup kedap udara aluminiumnya, kenakan penutup plastik dan simpan ia untuk jangkamasa setahun. Mengenang kembali akan tahun pertama saya membuka tin Montgomery, saya mendapati ia adalah sebuah blend VA yang sangat lembap. Walaupun ia memiliki beberapa pembayang blend VA kualiti seperti sedikit citrusy dan aroma teh yang baik, ia mudah menjadi panas dan bitter aftertaste juga mudah terbentuk. Malah, bitterness yang terbentuk adalah agak cloying dan seolah-olah seperti getah terbakar. Terima kasih kepada kadar lembapannya yang luar biasa, saya dapat mengagak yang blend ini sememangnya memerlukan shelf life yang lebih panjang jadi saya simpan kembali Montgomery yang baru dibuka itu di cellar, untuk dinikmati semula pada tahun berikutnya.
Dek kerana ia disimpan agak tersorok, saya terlupa langsung akan Montgomery sehingga lah masuk tahun yang ketiga. Selepas hampir tiga tahun, anda akan masih mendapati yang untaian ribbon Montgomery masih lagi lembap! Cuma ia tidak lah selembap ketika ia baru dibuka namun moisture retention ribbon Montgomery ini adalah sangat tinggi. Ini berkemungkinan adalah kerana Pease telah memberikan “special process” kepada Montgomery – proses yang dikatakan dari sebuah resepi purba yang diberikan nafas baru oleh Pease.
Montgomery akan memberikan bayangan teh Lung Ching / Longjing, lengkap dengan pumpkin seeds aftertaste. Dari konteks flavor yang kita rujuk sebagai “tea-like”, ia adalah jauh lebih bitter berbanding Rattrays’s Old Gowree atau Robert McConnell’s Red Virginia pada ketika tin nya baru dibuka. Anda berikan shelf-life setahun dua dan Montgomery bersinar bak kejora di ufuk timur. Meninggalkan profil bitter nya yang terdahulu, Montgomery adalah lebih sober; dengan refined Lung Ching flavor yang diikuti rapat oleh nuttiness – sesuatu yang tidak ada padanya seketika dahulu.
Perbandingannya dengan Dunhill Royal Yacht adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia tidak lah sebegitu hampir sebenarnya. Royal Yacht lebih “saucy”, lebih vitamin N dan walaupun jauh lebih kompleks, ia tidak memiliki hay dan nuttiness “swagger” sebagaimana Montgomery mampu berikan.
Sehingga lah ke hari ini, walaupun tasting notes dan penataan flavor Montgomery sudah pun matang dan optimum, ia masih adalah ribbon yang separa-lembap dan masih agak “hot-smoking” bagi saya. Sehinggakan jika kita terlalu memaksa blend ini, anda akan mendapat tongue burn dengan mudah. Anda adalah agak hampir dengan catastrophe jika menggunakan pipa berchamber “V” – cuba gunakan kombinasi yang agak menyejukkan seperti Pot atau meerschaum, anda mungkin boleh meminimumkan risiko “hot-smoking” Montgomery. Boleh dikatakan, Montgomery adalah sebuah blend yang agak memilih – hanya pipa-pipa tertentu yang tergolong sebagai “best performer” anda yang akan mampu mengawalnya. Ia adalah satu peluang untuk menguji briar-briar anda!
Go easy on Montgomery dan anda akan dihadiahkan dengan sebuah blend VA yang unik, dengan untaian ribbon yang tidak konvensional tetapi berbaloi dengan masa yang anda akan habiskan untuk menguji dan menyediakannya.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!