Ribbon
pastinya adalah adalah potongan tembakau konsumer yang paling popular
dan paling banyak kita lihat. Di zaman sekarang yang serba-serbi segera
dan fast-paced ini, ribbon adalah potongan tembakau terbaik kerana ia
mudah untuk digunakan. Boleh dikatakan juga yang tembakau berpotongan
ribbon adalah bentuk yang paling “ready made” untuk konsumasi biasa.
Cepat dan mudah, adalah kata kunci kepada kehidupan kita sekarang.
Potongan
ribbon, sebelum ia menjadi ribbon, kebiasaannya masih berada di dalam
potongan yang lebih tradisional seperti plug atau cake. Anda bayangkan
yang kepingan plug ini dipotong nipis, lebih kurang selebar setengah
sentimeter setiapnya dan kemudiannya ia mungkin dipotong lebih pendek
lagi untuk memudahkan untaian ribbon ini dipek dan digunakan. Akan
tetapi jangan lah kita hanya menyangka yang bentuk ribbon ini dihasilkan
hanya kerana ia mudah untuk digunakan sahaja.
Antara
kelebihan terhebat ribbon adalah kadar pembakarannya. Memandangkan
ribbon adalah bentuk tembakau yang kecil, nipis dan panjang, ia dapat
menghilangkan lembapan pada kadar yang jauh lebih pantas berbanding
potongan cake, flake atau plug. Jika anda mendapati yang tembakau ribbon
anda adalah agak lembap, anda hanya memerlukan sedikit airtime untuk
mengeringkannya di dalam piring atau mangkuk. Malah, jika tembakau
ribbon anda berada di dalam tin yang kedap sekalipun, ia akan dapat
menghilangkan sedikit lembapan, walaupun pada sela masa yang lebih
panjang. Keadaan tembakau yang tidak terlalu lembap dan tidak terlalu
kering adalah sangat penting kepada pola pembakarannya di dalam bowl
kelak, jadi penggunaan tembakau berpotongan ribbon dapat memberikan
pemipa lebih kawalan ke atas pola pembakaran ini, yang seterusnya
memastikan mereka untuk mendapatkan keseronokan cool, dry smoking
seperti yang selalu kita harapkan.
Ribbon
juga adalah sangat baik untuk blend-blend aromatik kerana potongannya
yang kecil membuatkannya lebih mudah untuk menjadi sedikit kering dan
mengurangkan kadar lembapan di dalam blend-blend sebegini. Kebanyakan
blend-blend aromatik menggunakan propylene glycol sebagai agen pelembap
dan beberapa agen perisa yang juga datang di dalam bentuk cecair. Ini
menjadikan tembakau-tembakau aromatik adalah agak basah dan lembap
terutamanya apabila ia baru dibuka. Bukan sahaja tembakau aromatik,
tembakau jenis straight VA atau English juga terkadang menggunakan
liquorice sebagai bahan tambahan jadi jenis ini juga tidak kurang
terdedah kepada faktor lembapan. Dengan memastikan yang tembakau itu
hadir di dalam potongan ribbon, ia dapat menghilangkan lembapan dengan
lebih mudah dan efisien berbanding bentuk plug atau flake.
Mengutarakan
hal kehilangan lembapan ini, jika dilihat pada sudut yang berlainan
sudah tentulah pula ia adalah sebuah kekurangan bagi potongan ribbon,
kerana lembapan akan hilang pada kadar yang jauh lebih singkat dari
bentuk potongan lain seperti cake dan flake. Ini menjadikan tembakau
berpotongan ribbon tidak boleh disimpan pada kadar masa yang lama –
paling tidak, ia tidak mampu bertahan sepertimana plug atau flake. Oleh
itu, pemipa haruslah mengambil-kira akan faktor ini apabila mereka
merancang strategi penyimpanan baccy mereka, demi mendapatkan pulangan
pada kadar yang optimum. Namun, faktor-faktor seperti jenis tin yang
digunakan dan kondisi cellar itu sendiri juga memainkan peranan yang
penting, kerana masih terdapat beberapa tembakau berbentuk ribbon di
dalam airtight tin yang masih dapat dinikmati dengan baik sekarang
walaupun ia adalah keluaran tahun 60an!
Walau
bagaimanapun, ribbon bukanlah bentuk tembakau konsumer yang terkecil
kerana ada lagi potongan yang jauh lebih halus, yakni jenis shag. Shag
adalah jauh lebih halus, dengan untaian sehalus benang mengait, malah
ada yang hampir sehalus rambut! Cuma permasalahannya dengan potongan
shag adalah kadar pembakarannya yang selalunya terlalu pantas, sehingga
ia dikatakan mengganggu flavor tembakau untuk menjadi lebih baik pada
pembakaran yang ideal. Juga perkara yang menjadi hal adalah status shag
yang dahulunya dikaitkan dengan sisa-sisa tembakau – yang menyebabkan
bentuk ini kurang popular sehinggalah sekarang.
Memandangkan
yang potongan ribbon ini adalah banyak, mungkin tidak perlu kita
elaborasikan apa yang ada di pasaran namun demi kepentingan pemipa
pemula yang mungkin sedikit sukar bagi mereka untuk membezakan potongan
ribbon pada peringkat ini, anda boleh menjengah ke tobakonis berdekatan
dan lihat pada blend-blend Peterson (kecuali 3P, University Flake, Irish
Flake, atau apa-apa yang memiliki perkataan “Flake” pada namanya),
semua tembakau Dunhill kecuali Dunhill Flake dan Deluxe, kebanyakan
tembakau aromatik, Samuel Gawith Squadron Leader, dan lain-lain lagi.
Mudah
untuk digunakan, profil penyimpanannya yang bersifat sederhana-lama dan
versatil, keberadaannya yang sedia ada di pasaran, dan kadar
pembakarannya yang ideal, ribbon adalah pilihan bagi banyak pemipa, sama
ada pemula atau yang veteran. Ia adalah pilihan utama untuk go-to baccy
dan mungkin juga adalah “savior” kepada dunia perpipaan moden – kerana
jika kita hanya mempunyai potongan plug, cake dan flake sahaja sekarang,
sudah tentu ramai pemipa pemula yang akan mendapati hobi ini adalah
sangat melecehkan dan memakan masa – sebelum mereka “indulge” di dalam
keseronokan memeritkan diri dengan plug, pisau dan peruntukan 3 jam yang
damai di petang hari, pada fasa perpipaan yang kemudiannya.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!