Sunday, 23 July 2017

MENGENAL STEM PIPA : BENTUK & JENIS STEM


Sebagai sebuah komponen penting yang sangat dekat dengan pemipa (seperti yang dikatakan sebelum ini, stem adalah bahagian pipa yang paling “in contact” dengan kita kerana kita menggigitnya setiap hari), stem tidak dapat lari dari digayakan. Sudah menjadi adat untuk perubahan stail dan design sesebuah stem pipa (dan bentuk pipa secara amnya) apabila zaman berubah dan manusia mahukan pembaharuan demi pembaharuan. Itulah hal yang berlaku apabila bentuk-bentuk pipa dikaji semula dan diolah untuk berevolusi sepenuhnya – bentuk stem juga turut berevolusi sama.

Kita pemipa diberikan begitu banyak pilihan untuk bentuk stem pipa ini, walaupun banyak bentuk pipa-pipa tradisional yang sudah pun memiliki bentuk stem yang “pre-defined” seperti lovat, bulldog dan lain-lain. Walaupun bentuk-bentuk stem ini berevolusi sebagaimana bentuk-bentuk pipa berevolusi, masih terdapat ruang yang banyak untuk kreativiti dan penghasilan bentuk-bentuk stem yang baru, apatah lagi dengan pipa-pipa jenis “freehand” yang tidak terhad kepada format-format bentuk yang tertentu.
Marilah kita melihat kepada bentuk asas stem pipa, dimana stain dan fungsi serta kepenggunaannya turut dapat kita perbincangkan;
1. Tapered Stem – ini adalah bentuk stem yang paling asas. Tapered stem kebiasaannya memiliki bahagian badan stem yang sama besar dengan shank pipa, dan kemudiannya ia akan menirus semakin ia menuju ke arah lip stem. Design sebegini adalah agak praktikal memandangkan untuk kekuatan menahan tekanan dari gigitan pemipa, stem perlu memiliki badan yang semaksimum mungkin. Hal ini adalah benar akan tetapi tahap keselesaan akan berkurangan terutamanya apabila pemipa terpaksa menggigit sesuatu yang agak tebal. Ia juga menyumbang kepada lebihan berat yang akan menyebabkan mereka yang suka menggigit stem berasa cepat lenguh.
2. Saddle Stem – Bentuk ini dipercayai direka dengan bertujuan untuk memberikan lebih keselesaan kepada pemipa. Ia bermula dengan bahagian badan stem yang memiliki saiz yang sama seperti shank pipa, akan tetapi kemudiannya diameter stem akan mengecil secara mendadak dan terus berada di dalam saiz kecil itu sehingga lah ke bahagian lip stem. Oleh kerana bahagian ini adalah agak kecil, lubang stem juga kebiasaannya adalah lebih kecil berbanding stem jenis tapered. Namun, jenis saddle ini ternyata adalah agak menyelesakan pemipa terutamanya mereka yang menggigit stem. Stem juga menjadi sedikit ringan kerana banyak bahagian badan stem yang telah dibuang. Malah terkadang beberapa jenis bentuk pipa akan kelihatan agak kemas apabila stem jenis saddle digunakan.
3. Military / Army Bit – stem jenis ini kebiasaannya adalah berbentuk tapered akan tetapi dari jenis yang tidak “acute” atau boleh dikatakan yang tapernya hanya berlaku pada sudut yang agak kecil sahaja. Stem jenis ini pula tidak memiliki bahagian tenon seperti stem-stem jenis lain. Sambungan stem jenis military ini kebiasaannya adalah dengan memasukkan stem terus ke dalam “floc” yang diperbuat dari bahan akrilik, nikel, perak, ataupun emas. Terkadang, bahan yang lebih unik seperti tanduk, boxwood atau gading juga berkemungkinan digunakan sebagai “floc” ini. Oleh yang demikian, stem military ini boleh dibuka dan dipasang walaupun pada ketika sesi perpipaan sedang berjalan, kerana ia tidak memiliki tenon yang mungkin rosak dan patah jika ia dibuka ketika berada di dalam keadaan yang panas – kerana dengan suhu yang tinggi kebiasaannya tenon akan sedikit mengembang.
4. Churchwarden Stem – stem jenis ini kebiasaannya memiliki bentuk asas stem tapered, cuma ia adalah lebih panjang dan bengkok. Churchwarden adalah salah satu “homage” buat stem pipa kerana bentuk itu hanya dibezakan oleh karakteristik stemnya yang bengkok dan panjang. Sesi perpipaan yang sejuk dan menyelesakan palate adalah janji sesebuah churchwarden kerana asap perlu melalui shank dan kemudian stemnya yang panjang, menjadikan proses penyejukan adalah munasabah di sepanjang laluan tersebut.

Sesetengah bahan akan menentukan bentuk stem – contoh terbaik adalah apabila Peterson mengeluarkan versi terhad Amber Stem Spigot mereka, dimana komposisi amber seperti yang kita tahu adalah agak rapuh / brittle, ia tidak dikeluarkan dalam bentuk saddle yang pastinya agak genting kekuatannya di bahagian bit apabila bahan material menjadi nipis. Malah, Peterson turut mengambil inisiatif untuk menyarankan pelanggan supaya tidak menggigit stem amber keluaran ini. Oleh itu, pada mereka yang sememangnya menggigit stem keluaran ini adalah agak novelti namun ia tetap adalah satu koleksi yang menceritakan semula tentang bahan-bahan mewah yang digunakan pada masa lampau, dimana ia diganti dengan material yang lebih baik dari segi ketahanan dan keberadaannya sekarang.
Setelah kita mengenali bahagian-bahagian stem dan bentuk-bentuknya sekarang, adalah agak sesuai juga untuk kita mengenal pula bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan stem. Nantikan keluaran artikel itu kelak!





pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Monday, 17 July 2017

Mengenal Stem Pipa : Bahagian-Bahagian Stem

Stem adalah bahagian yang kedua terpenting di dalam sesebuah pipa selepas bowl di mana pembakaran berlaku. Secara kasarnya pipa adalah terdiri dari dua bahagian akan tetapi dari segi kejuruteraan dan fungsinya biasanya dirujuk kepada tiga komponen utama iaitu bowl, shank dan stem.


Dari segi kejuruteraannya pastilah shank lebih penting kerana ia berperanan menyejukkan asap yang melaluinya dari bowl di mana pembakaran tembakau berlaku hinggalah ke bahagian stem untuk “output” atau penerimaan konsumer. Namun stem adalah bahagian pipa yang sangat dekat dengan kita, kerana ia adalah “direct contact” di mana bibir dan gigi kita memegang pipa tersebut dan faktor keselesaan tentunya amat penting di sini.
gambar olahan dari rebornpipes.com
Stem walaupun kecil dan pendek, masih memiliki bahagian-bahagian tertentu yang masing-masing memiliki tujuannya yang tersendiri. Mari kita lihat dengan lebih dekat akan bahagian-bahagian tersebut;
1. Lip / button – bahagian ini terletak di sudut yang paling hujung sekali di dalam sesebuah pipa. Ia adalah bahagian di mana asap akan diterima keluar ke mulut pemipa. Button / lip ini juga memiliki beberapa jenis yang tertentu; yang biasa kita temukan adalah (i) “fish tail” dengan bentuk mencapah seperti ekor ikan, dimana ia membantu memberikan lebih grip kepada gigitan kita. Lip jenis kedua adalah (ii) “dental”, dan ia agak jarang ditemukan kini kerana “dental” adalah dipatenkan kepada beberapa jenama pipa sahaja (contohnya Falcon dan Duncan) dan entah kenapa ia menjadi semakin kurang popular sekarang. Lip “dental” adalah agak unik dimana sedikit kepanjangan diberikan kepada sisi atas lip stem tersebut, untuk memberikannya semacam satu ruang untuk “sendalan” yang membolehkan stem “digantung” di gigi pemipa. Satu lagi jenis adalah agak popular iaitu (iii) “P-lip” yang juga adalah paten milik sebuah jenama pipa terkenal yakni Peterson. P-lip memiliki lubang asap yang disasarkan ke atas, jadi asap dari shank kelak akan terus diarahkan ke lelangit kita berbanding dengan terus ke lidah. Perbezaan arah laluan asap ini adalah khusus untuk menangani masalah “tounge bite” yang lazim melanda pemipa terutamanya mereka yang baru bermula (walaupun bagi sesetengah pemipa ia akan mengundang pula masalah “palate bite”).


2. Bit – mewakili bahagian yang paling nipis di dalam sesebuah stem, terletak betul-betul di belakang button / lip. Bit juga adalah titik yang paling kritikal sekali, salah satu sebab adalah kerana ia sangat nipis dan satu lagi sebab adalah kerana gigi pemipa biasanya akan terletak di bahagian ini dan menekan bit dengan kuat. Kebocoran dan retak atau pecah sering berlaku di bahagian ini.









3. Body – ini adalah bahagian yang bermula dari hujung bit dan terus ke bahagian hujung stem, sebelum tenon bermula. Kebiasaannya bahagian ini hanya mengikut alunan design dari bit hinggalah ke hujungnya.












4. Tenon – ia adalah bahagian stem yang penting kerana ia akan memasuki mortise dan “fitment” antara tenon dan mortise inilah yang akan menyatukan stem dan pipa bersama. Terdapat juga tenon yang memiliki alur skru yang kebiasaannya diperbuat dari bahan logam, sering digunakan di dalam pipa-pipa yang menggunakan teknologi “stinger” sebagai penyejuk di dalam shank seperti jenama Kaywoodie dan beberapa jenis lagi. Selain itu juga terdapat tenon yang berasingan dari stem – kebiasaannya tenon delrin “push-pull” yang dipasangkan ke stem pipa-pipa meerschaum dek kerana meerschaum adalah agak lembut untuk menahan kekuatan daya kilas yang kita biasa gunakan untuk membuka dan memasang stem ke mortise di shank pipa.
Tidak semua jenis stem memiliki kesemua bahagian ini; ada stem yang tidak memiliki bahagian tenon dimana hal ini sebenarnya bergantung kepada bentuk dan jenis stem tersebut. Kita akan melihat dengan lebih lanjut akan perkara tersebut di artikel yang akan datang.




5. Lubang Udara / Airhole – laluan untuk asap diterima masuk dari pembakaran di bowl pipa. Asap akan dibawa ke shank dan seterusnya ke mulut pemipa melalui lubang udara ini.
Pendek kata, dengan mengenali stem pipa, kita adalah selangkah lebih dekat di dalam usaha untuk memahami pipa secara lebih mendalam. Nantikan siri-siri lain di dalam topik “Mengenal Stem Pipa” dari pipa di dunia fana kelak, yang akan dibawakan secara santai namun mengandungi lebih banyak informasi dan maklumat berkaitan perihal komponen yang penting ini.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Drucquer & Sons Ltd ; Sebuah Institusi Pertembakauan

imej dari smokingpipes.com
Di hujung abad ke 20, Drucquer & Sons telah melabuhkan tirai perniagaan tembakau keluarga mereka. Dunia yang tidak menyedari peranan sesebuah tobakonis cepat melupakan mereka, manakala para pemipa yang menjadikan premis Drucquer sebagai “second home” menangisi pemergian sebuah institusi pertembakauan, kaya dengan sejarah dan blend-blend yang tersendiri, menarik, dan unik yang telah dinikmati oleh ramai pemipa semenjak dari abad ke 19 lagi.










Drucquer & Sons memulakan perniagaan mereka pada 1841, di mana penjualan tembakau adalah masih di salon-salon dan farmasi terutamanya di tempat mereka bermula iaitu kota London. Di situ lah tembakau-tembakau blending mereka mula dikenali ramai, baik oleh pemipa umum mahupun penulis dan selebriti terkenal seperti Charles Dickens, Sir Henry Irving, Admiral Byrd dan lain-lain yang menjadi pelanggan dan peminat setia blend mereka. Malah, industri pertembakauan pada ketika itu adalah sangat gah dan fokus hinggakan beberapa blend sememangnya direka khas di atas permintaan para selebriti ini, seperti contoh blend “The Devil’s Own” yang dicipta khusus untuk Sir Henry Irving sendiri. Ini memberikan satu gambaran tentang betapa “customer-centric”nya industri ini pada ketika itu.
Atas sebab-sebab tertentu, John Drucquer III memindahkan operasi tobakonis mereka ke US pada awal 1920an. Sebagai generasi keempat Drucquer, John masih memberikan penekanan kepada legasi blend-blend ciptaan keluarganya yang sudah pun menjadi popular, dan juga pengkhususan di dalam penawaran produk-produk tembakau. Walaupun kemudiannya perniagaan Drucquer & Sons Ltd bertukar tangan, pemilik-pemilik yang baru masih juga mengekalkan modus operandi dan produk yang sama sehinggalah Drucquer & Sons menutup perniagaan mereka pada 1999.

imej dari Cornell & Diehl

Satu penampilan yang menarik mengenai cara Drucquer & Sons mengekalkan perniagaan mereka secara “salon” memberikan satu ruang yang cukup baik untuk para pemipa bersosial dan mengenali satu sama lain dengan lebih rapat. Tambahan pula dengan tekanan dari pergerakan anti-tembakau yang menjadi semakin kuat pada pertengahan abad lalu, salon tobakonis sebegini dapat memberikan satu perlindungan, bagaikan satu “sanctuary” kepada pemipa untuk menikmati pipa dan blend kegemaran mereka tanpa pandangan serong lagi tajam dari masyarakat setempat.
Bagi ramai pelanggan Drucquer, ia bagaikan satu institusi; suatu tempat untuk mereka berkolaborasi sama ada secara aktif atau tidak, berkongsi pendapat tentang tembakau, Latakia, Oriental, Virginia dan bermacam hal lagi. Juga tentang politik dan pergolakan dunia semasa atau tentang apa pun, di dalam keselesaan genggaman bowl pipa yang suam-suam kuku dan sedapur tembakau rekomendasi pekerja-pekerja Drucquer. Inilah zaman di mana tobakonis adalah satu kareer yang sama hebatnya dengan sommelier – pandangan mereka adalah sangat bernas, digunapakai dan dipercayai, dan pengetahuan mereka tentang tembakau adalah sangat tinggi dan dihargai – sesuatu yang semakin terhakis buat tobakonis pada zaman ini khususnya.
imej dari Cornell & Diehl

Kemudian, pada awal 80an satu epitom pertembakauan moden pun berlaku di Drucquer & Sons, dimana seorang lelaki muda memulakan kareernya di situ. Beliau adalah Greg L Pease. Dengan pengalaman yang ditimbanya di Drucquer & Sons pada ketika itu, beliau telah mengorak langkah dari seorang tobakonis yang sangat entusiastik kepada seorang master blender yang dikagumi dan mewarnai dunia perpipaan dengan blend-blend tembakau yang kreatif, kompleks dan enak. Tambahan pula dengan 1000 lebih blend persendirian dan “on the shelves”, ia menjadi satu “training ground” yang sangat menarik dan kondusif buat Greg.
Pada zaman Greg Pease bekerja di Drucquer, mereka turut menawarkan perkhidmatan lain seperti penyelenggaraan dan baikpulih pipa serta penjualan pipa estate. Malah, ramai pelanggan mereka yang turut menyimpan pipa-pipa mereka di situ dimana pekerja Drucquer dapat membantu membersihkan dan menyelenggara pipa-pipa tersebut sebagai satu khidmat tambahan. Oleh kerana itulah, ramai pemipa terutamanya pelanggan tempatan mendapati Drucquer & Sons adalah lebih dari hanya sebuah kedai tembakau. Tambahan pula deria mereka sudah pun terbiasa dengan aroma dari blend-blend Drucquer yang selalu dinikmati oleh datuk atau bapa mereka, dan apabila mereka mula berpipa mereka masih mampu untuk mendapatkan blend-blend yang sama dari salon Drucquer. Ia bagaikan satu jalinan memori yang mesra dan dekat di hati, satu imaginasi dan himbauan “the good old days” yang sukar untuk direka kembali sekarang.
imej dari Cornell & Diehl

Memandangkan peranan dan signifikasi Drucquer & Sons yang berfungsi lebih sebagai institusi pertembakauan berbanding sebuah kedai yang menjual tembakau, lahirlah idea dari Greg L Pease untuk mengabadikan blend-blend tersohor Drucquer kepada para pemipa abad ini. Blend-blend Drucquer inilah yang memupuk kemahiran seni blending tembakau Greg pada peringkat awalnya, satu fakta yang diakui sendiri oleh beliau. Dengan pendedahan semula blend-blend ini, ia memberikan satu peluang yang baik, bukan sekadar kepada mereka yang kerap mengunjungi Drucquer di Berkeley sahaja, malah untuk pemipa-pemipa lain yang selama ini hanya mendengar cerita tentang blend-blend Drucquer dari mulut-mulut pemipa veteran sahaja.
Apa yang perlu dilakukan hanyalah isikan blend-blend ini ke dalam pipa anda dan hayati detik-detik kegemilangan Drucquer & Sons Ltd yang dizahirkan sehampir mungkin dengan blend asalnya oleh bekas “apprentice” terbaik mereka sendiri. Ia akan membawa anda kembali semula ke zaman di mana manusia lebih bersyukur di atas setiap kurniaan dari tuhan.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!